Wednesday, September 23, 2009

Raya....

Naufal dan Farhah bersama sepupunya, Raof (tengah) menjenguk dari jendela rumah nenek saudaranya pada 1 Syawal. Tingkap kayu tu memang klasik.


ALHAMDULILLAH... Sambutan Aidilfitri berjalan lancar walaupun kami bergerak ke sana sini. Sebenarnya tak lah banyak sangat rumah dapat pergi sebab masa yang terbatas, apapun syukur je lah.
Yg paling best bila dapat berkumpul adik beradik.... mula lah macam2 cerita, karkuzahri. Ada usaha naik, ada usaha turun, yg naik sampai masjid suruh baca taklim kat depan setiap hari selepas selesai solat subuh (pakai microphone), AJK masjid kosongkan jadual program/tazkirah etc di masjid pada hari Ghast utk beri laluan bayan maghrib kat depan majmak dan sebagainya. Tapi malangnya rakan seusaha pulak ada beberapa kerat je aktif, yg lain berehat. Jadi yg aktif lah 'terkelam' kabut sambut takaza 5 amal masjid.
Patutlah kadang2 ada masjid surau yg tak menyokong usaha jemaah masjid, sebab jika mereka menyokong, rupa-rupanya kita pulak yang tak (belum) mampu melaksanakannya sepenuhnya, maknanya Allah nak pelihara kita semua. Jadi, dah tentu ada byk hikmah atas apa yg berlaku sama ada orang suka atau tak suka.
Tu belum cerita karkun 40 hari yg dah jadi YB dan ada jugak YB lain yg sebelum ni kerap hadir malam markas Sri Petaling dan beri galakkan kepada usaha ini di masjid kawasan dia.
Selain itu..... apa lagi... time raya ni makan aje la kerja nye....haiii apa nak jadi.

9 comments:

Munir Kangsari said...

Sapa orang nya bang? Gossip/Kargoozarie sikit

azharjaafar said...

Gambar tu aku suka. Macam iklan raya kat tv.

Ziarah76 said...

munir,
tak boley la bagitau kat sini...hehe

Azhar,
iklan yg mana? tak prasan pulak

Munir Kangsari said...

Ah Abg ni! Bila nak boleh??? Nak jumpa pun susah ;)

Anonymous said...

Kadang-kadang dalam ghairah buat usaha kita terleka dan mula ukur kejayaan usaha daripada tahap kemajuan usaha kita. Sampai terlupa usaha ni sebenarnya persiapan utk menghadapi hari kematian kita nanti, yelah.. sama ada mati dlm keadaan Allah redha atau tidak...

PS: Bila fikir macamana nasib diri masa nak mati, macam kecut je perut. Bila dah lupa.. habis semua diredah. Tulah namanya manusia, pelupa (..termasuklah saya!)huhuhu

Anonymous said...

munir,
ko hantar je email kat bro mutakalim ni, nanti dia email. boleh agak nyer?.. :D

Ziarah76 said...

anonymous,
terima kasih, tu termasuk lah saya. dakwah utk diri saya sendiri, moga2 jadi asbab hidayat seluruh alam.

emel? huhu

Ladyship Atie said...

betul, gambar tu cantik..
berseni(:
selamat hari raya encik mutakalim(:
maaf salahsilap :D

Ziarah76 said...

Ladyship,
selamat hari raya, maaf zahir batin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails