Wednesday, March 25, 2009

Politik vs Syura

Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada Politik. “Tabligh ini bagus tetapi mereka tidak melibatkan diri di dalam politik”, “Tabligh ni sesat kerana tidak ada politik.” Kata-kata seperti ini memang sering kedengaran di masjid, surau juga di dalam blog dan websites berlebih lagi ketika musim pilihanraya.
Apakah Jemaah Tabligh menolak politik.
Kalau politik dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem Syura yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada satu pun ‘karkun’ (Pengikut Tabligh) yang menolaknya. Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi Kepartian, maka mungkin sebahagian yang setuju dan sebahagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jemaah Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan kuasa, harta, pangkat, kedudukan wang ringgit maupun sokongan majoriti tetapi satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ yang mana usaha untuk mengajak semua umat untuk beramal.
Sebagaimana di dalam solat berjemaah semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada yang sihat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada yang miskin.
Maknanya semua gulungan terlibat di dalam solat berjemaah tersebut. Tidak pula solat jemaah tu khusus untuk golongan cacat sahaja, khusus untuk orang kaya sahaja, khusus untuk orang alim sahaja.
Bila dinamakan 'amalan' maka semuanya terlibat.
Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan politik atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya adalah ‘amalan’, maka mudah untuk mengumpul seperti juga amalan haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran Arafah.. Jika kita lihat pada parti-parti politik, sesama parti pun bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam Jemaah Tabligh ini tidak ada yuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Unsul dakwah ini boleh lah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di dalam sesuatu amal.
Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki Sistem Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama sehinggalah kepada negara, negeri, kawasan dan sampai kepada marhalah dengan satu kepimpinan tampa berdasarkan semapadan negara atau negeri. Cuma ianya di dalam pentadbiran urusan dakwah bukannya pentadbiran urusan negara. Hanya itu sahaja bezanya.
Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartian ini. Kata mereka Sistem Demokrasi Kepartian yang diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam. Beberapa ulama terkenal yang menolak sistem ini
antaranya Syeikh Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad Dai’yah” halaman : 132 -135.
Juga Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101
-103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil Islami”. Selain itu Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan 161. Beliau ini juga
menyatakan Kerajaan Islam (Politik Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum. Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihanraya adalah haram. Malah ada sesetengah ulama membezakan antara Syura dan Demokrasi Kepartian seperti berikut:

Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian.

Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:

1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.

3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang
mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.

4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan
kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.

5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sistem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.

6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.

7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan
demokrasi menyamakan antara keduanya.

8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.

9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.
(Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)

Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang diedarkan di masjid-masjid.
Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib
perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita kategorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian.
Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.Berlainan
di tempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Wallahu’alam


Peringatan Untuk Karkun dan yang berkenaan.

Walau pun huraian di atas berdasarkan ‘platform’ Jemaah Tabligh namun kita diarahkan dan diminta oleh ‘Elders’ untuk menghormat semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Islam. Besikaplah lemah lembut dan penghormatan yang tinggi serta akhlaq mulia. Jagalah mulut-mulut kita dari mencaci dan menghina mereka yang berfahaman yang berlainan dengan kita.
Mohon maaf jika tersalah dan tersilap juga kepada teman-teman dari jemaah atau parti Islam sekiranya tulisan di atas menyinggung saudara semua. Teruskan dengan perjuangan yang saudar yakini. Doakan untuk saya yang hina ini.
NOTA: Tulisan ini diambil dari http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/03/politik-vs-syura.html

16 comments:

eksp said...

masya Allah..

tepat sekali huraian yang dicopy-pastekan kat atas nih tuan..

ramai orang salah faham tentang usaha dakwah dan tabligh, dan fitnah keluar kerana ketidakfahaman perbezaan ini.. harapnya penulisan di atas dapat memperbetulkan beberapa persepsi orang, terutama dari gerakan-gerakan agama yang lain supaya tiada lagi perbuatan membeza2kan jemaah...

walaubagaimana pun, tak ramai orang mampu nak terima statement nih.. oleh itu,walau apa pun kata mereka.. fitnah mereka... kita tetap kena teruskan usaha dakwah... azam, samada hidup dengan agama tertegak di muka bumi... atau syahid di jalanNya!

Allahuakbar!!

van qif said...

Salam...

semoga Allah kekalkan kita semua sebagai pembantuNYA...semua orang ada hujah tersendiri untuk menyokong penderiannya.. wallahualam..

Munir Kangsari said...

Nonetheless Baginda tidak pernah menunjukkan cara untuk memilih pemimpin selepas beliau, cuma tanda-tanda sahaja.

Saidina Muawiyah amal sistem macam mana pula??? Walhal dia adalah dimana badannya telah bersandar kepada badan Nabi yang mulia dan beliau adalah pencatit Wahyu.

Our differences is our Rahmat.

Unknown said...

Salam,saya dah slack dari politik terus,sebab selama nie,saya kena tipu dengan politik,kononnya bela nasib umat islam le,,,ceh,,baru3 nie,saya keluar 3 hari bawa jemaah student,semuanya rock2,rempit,,cuba tuan bayangkan buat ghast diorang ni pakai seluar jeans dan t-shirt ja..kami keluar di sebuah markaz geng politik semua la,,ada ke patut,diorang nie,,geng pak haji2 nie,diorang cakap suruh p blajo dulu,baru boleh keluar,,,cuba bayangkan,ingat nk support ke x,,kononnya nk basmi msalah sosial..ceh,,membangun brsma #%$%#%$,,diorang punyaa slogan..tipu ja nie,,,ish geran x abeh g nie...hu3

Ladyship Atie said...

Okay, now Atie dah clear about jemaah tabligh.
Actually eventho there are more than one Islamic Organisations (or Jemaah),
semua org WAJIB faham ape itu ISLAM.
So mana2 jemaah pn kite join, kite tetap bersatu, bawah satu payung aqidah.
allahua'lam

Munir Kangsari said...

eh Nabi punya doa x makbul kan for this reason...

van qif said...

A.P.S

I noted that prob...kebnyakan orang lebih suka dengar ceramah yang "panas"...yer ler boleh gelak2lagi sambil nak tahu siapa nak terkena/hentam...kalu Bayan, yang cerita tentang kehebatan ALLAH, kemuliaan para NAbi atau the passionate of Sahabah..kebanyakan akan angkat punggung awal2 lagi...depa rasa boring ker dengar tentang benda tu???..rasanya benda2 macam tu lagi membuat kita rasa kehebatan ALLAH dalam hati kita..

MZ said...

assalamualaikum,

minggu lepas, masa pensyarah memberikan soalan kuiz untuk setiap pelajar memberi pendapat masing-masing mengenai:
i. sistem pilihanraya
ii. konsep pembuangan undi
iii. pencalonan diri
iv. bai'ah

bila pensyarah membaca setiap satu jawapan pelajar, hanya saya seorg yang terang-terangan membantah pilihanraya, buang undi dan pencalonan diri.

pilihanraya- memecahbelahkan umat islam. ia tidak langsung membuatkan umat Islam bersatu padu.
kita boleh tengok Hamas dan Fatah di Palestin, UMNO dan PAS di Malaysia.

pencalonan diri- akan membawa kepada sifat mazmumah seperti riak, cintakan dunia, rasuah, etc.
walaupun pada mula niat individu itu memang baik dan mulia tetapi sedikit sebanyak akan mendorong kpd zifat mazmumah tersebut.

konsep bai'ah- kita boleh lihat di Arab Saudi dan Brunei yang mana takde pilihanraya di negara itu.
taat setia pada pemerintah tanpa diadakan pilhanraya.

Saya juga pernah di katakan berdosa besar oleh rakan yang pro PAS, kerana orang Tabligh tidak menyokong mana-mana parti politik.

bagi saya,
dalam agama memang ada politik,
tapi mempolitikkan agama adalah satu perbuatan yang tidak patut.

apa yang penting adalah usaha atas iman, mengajak manusia berbuat kebaikan.
bukan berpolitik mengajak manusia berpecah belah.

dunia sementara, akhirat kekal abadi.

peace!

lutfi said...

paling best --> "berlapang dada"

bagus.bagus.mumtazz!

Ziarah76 said...

Kepada pengomen semua,
Maaf tak sempat jawap komen saudara/i kerana saya baru je balik tangguh drpd keluar 3 hari. Walaupun saya hanya ada satu usaha yang saya buat namun, saya bersangka baik dan berlapang dada terhadap jemaah Islam lain. Jazakallah

Anonymous said...

nabi saw bsabda, akhir zaman umat islam tpecah kpd 73 golongan...1 golongan msuk syurga, 72 lg msuk neraka...sahabat tny, sape y msuk syrga?...nabi bsbda, mrk yg mengikutiku dn sahabatku....huhu...kalo x silap aku pilhanraya, demokrasi, manifesto sume ni cara yahudi dn nasrani..pkara yg haq xleh bcmpur dgn yg batil...so???...lu pikir la sendiri....p/s: sori x hikmah, aku tgh blaja hikmah ni...bln 5 nih 3 jemaah 40 hr, 1 jemaah 4 bln stdent usm kmpus engineering nk kuar...doakn ye...

Ziarah76 said...

Anonymous,
Sapa ni? student USM engineering ke? Kirim salam kpd rakan seusaha yg lama dah saya tak jumpa terutama Dr. Shuib, Dr. Othman Sidek, Dr. Firdaus & Dr. Noor Rashid.

Anonymous said...

yup ni stdent engineering...diorang sume istiqamah dlm usaha nih...mmg knl ke diorang...dok mane

Ziarah76 said...

Anonymous,
Saya kenal depa & pernah keluar masturat bersama Dr. Shuib & Dr. Othman. Yg lain kenal jugak sbb dulu 4 thn duduk Sbrg Jaya. Ohh.. rindu betul markas Penanti. Org Penanti mmg hikmah & ikram tinggi.

nolan naim said...

saya ini bukanlah tahu sangat hal orang tabligh ni cuma saya nak pastekan sesuatu yang saya jumpa kat satu forum tentang dan politik.. ha ini dia...

apa maksud menolak politik? kena bagi dulu definisi politik itu apa?

tapi pada pendapat peribadi aku, orang tabligh ni buat banyak sangat kerja orang politik.

a. orang politik menziarahi rumah ke rumah menjelang pilihanraya, orang tabligh menziarahi rumah ke rumah setiap hari.

b. orang politik bertanya khabar penduduk dan menolong jika ada yang susah menjelang pilihanraya. orang tabligh bertanya khabar penduduk dan menolong jika ada yang susah setiap hari dalam 2 setengah jam tertib harian.

c. orang politik pening kepala fikir masalah rakyat negara sendiri. orang tabligh fikir risau atas iman diri sendiri dan seluruh manusia.

d. orang politik memimpin umat kepada wawasan. orang tabligh memimpin umat ke arah kejayaan apabila muazzin mengumandangkan azan "marilah menuju kejayaan!".

e. orang politik bina banyak masjid. orang tabligh bina manusia-manusia yang mengimarahkan masjid.

f. orang politik buat perhimpunan agung buat muktamar kumpul perwakilan untuk bincang strategi menawan kerusi di parlimen. orang tabligh buat ijtimak kumpul para daie dan para mukmin yang sedia untuk korban masa, tanaga, harta dan diri ke jalan Allah untuk sebarkan islam dan iman di seluruh pelosok dunia untuk dapat mahligai di syurga abadi.


dan kalau kata orang tabligh tolak jihad, nampak sangat salahnya. orang tabligh diajar korban masa, harta dan DIRI ke JALAN ALLAH. Jika ada takaza dari saudara-saudara yang memerlukan bantuan perlindungan, mengapa kami tak bersedia?

maafkan saya kalau saya ni silap ye..timakasih kerana sudi siarkan komen saya ni ye..

Anonymous said...

[url=http://tonoviergates.net/][img]http://tonoviergates.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]cheap financial software, [url=http://sopriventontes.net/]home premium oem software[/url]
[url=http://tonoviergates.net/]software store pictures[/url] FileMaker Pro 10 Advanced Mac Retail Price
home premium oem software [url=http://tonoviergates.net/]adobe photoshop cs4 extended trial cracks[/url] 9 Retail Price
[url=http://sopriventontes.net/]free educational software[/url] kaspersky internet security 2009 key
[url=http://tonoviergates.net/]adobe photoshop cs4 classroom in a book for sale[/url] express software price
Mac Logic Express 8 [url=http://sopriventontes.net/]kaspersky 7 patch torrent[/url][/b]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails