SESUNGGUHNYA pada diri Rasulullah s.a.w terdapat contoh teladan yang terbaik untuk kita mencontohinya bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Allah s.w.t telah menjadikan kekasih-Nya, Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh teladan untuk umatnya dalam menjalani kehidupan dengan cara menghayati, mengamalkan dan menghidupkan sunah-sunah baginda s.a.w yang pasti dan pasti memberi kejayaan setiap masa dari kita bangun tidur dan tidur semula hingga akhir hayat.
Menghidupkan sunah Rasulullah s.a.w dengan sempurna akan mendekatkan diri seseorang dengan Allah manakala orang yang terjauh daripada amalan sunah Rasulullah s.a.w maka begitu juga dia akan terjauh daripada Allah. Para mufassir menerangkan bahawa seseorang itu berdusta jika dia mendakwa mencintai Allah tetapi menentang sunah Rasulullah s.a.w.
Ini kerana kaedah dan prinsip cinta ialah sesiapa yang dicintai maka apa-apa yang berkaitan dengannya juga dicintai seperti rumahnya, dindingnya, halamannya, tamannya turut dicintai. Laksana kisah laila dan majnun, yang mana majnun mencintai tembok-tembok bandar laila dan mencium-cium tembok itu, bukan kerana cinta bandar itu yang mengasyikkan hatinya tetapi cinta si-dia yang mendiami bandar itu.
Alangkah bertuah mereka yang diberi kekuatan mengamalkan sunah-sunah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan dengan istiqamah kerana ia adalah tanda cintanya kepada Rasulullah s.a.w. Golongan yang mengikuti Nabi s.a.w dengan mengamalkan sunah-sunah baginda secara ikhlas bukan sahaja akan dikasihi Allah tetapi juga dosa-dosa mereka akan diampunkan.
Allah s.w.t berfirman dalam surah Ali-Imran: 31 yang bermaksud: "Katakan (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku. Nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun Maha Mengasihani."
Rasulullah s.a.w bersabda: "Semua umatku akan memasuki syurga kecuali mereka yang enggan." Para sahabat bertanya: "Siapakah mereka yang enggan?" Maka Nabi s.a.w menjawab: "Sesiapa yang mentaatiku akan memasuki syurga dan sesiapa yang menderhakaiku, mereka lah yang enggan." (Riwayat Bukhari).
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa berpegang dengan sunnah-sunnahku ketika di zaman rosaknya umatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah). (Riwayat Tabrani).
Semoga Allah s.w.t memberikan taufik dan hidayat kepada kita semua sama ada - lelaki wanita, miskin kaya, di desa di bandar, buta huruf terpelajar - untuk mengikuti jejak langkah jalan nabiin, sidiqin, syuhadak dan solehin. Amin.
16 comments:
" Semoga Allah s.w.t memberikan taufik dan hidayat kepada kita semua sama ada - lelaki wanita, miskin kaya, di desa di bandar, buta huruf terpelajar - untuk mengikuti jejak langkah jalan nabiin, sidiqin, syuhadak dan solehin. Amin."
Amin, ya Allah....
zarzh, amin...
tuan, kalau tuan di jerman (kalau tak silap la), apa cerita dengan karkun lama, muhammad siddiq di stuggart? Org putih tu dapat hidayat masuk Islam dan buat usaha dakwah tabligh masa dtg penang tahun 80-an, kalau tak silap.
Semoga Hidayah tersebar ke sekalian alam...
Salam Maulidurrasul.
Sedih, birthday Rasulullah, i couldnt do much, just dpt tadarus aQ.
Kena siapkan assignment pulak.
Tapi the thot that counts insyaAllah.
Semoga all of us dikurniakan syafaat oleh baginda saw d akhirat kelak.
amiin
Van qif,
kita sama2 usaha atas hidayat..
Ladyship,
Setiap amal yg ikhlas w/pun sikit adalah besar nilainya di sisi Allah. Ikhlas mmbesarkan ganjaran. Byk asgmnt ye.
Aminn.
Asalam, saya diSwiss, bahagian Swiss-German. Kat sini pun ada seorang karkun Itali masuk Islam masa duduk diKelantan dulu. Dia punya loghat pure kelantan pun, saya sendiri tak berapa faham. Azhar kenallah dia...
Salam,,,hari ini,orang kenal nabi bila maulud ja,,perarakan le,pape benda le..Hadis nabi saw,barangsiapa yang menghidupkan sunnah di zaman keruntuhan umat,baginya 100 pahala mati syahid..ulama cakap setitis darah orang mati syahid,Allah ampunkan semua dosanya,,,Keyword kt cini bukan mengamalkan tapi menghidupkan ada perbezaankan amal dan hidupkan..orang yang menghidupkan,maulana cakap dia perlu di gerakkan secara berjemaah,,(that means usaha yang sedang kita buat sekarang) baru dikatakan menghidupkan kalo mengamalkan,dia akan amal sorang2..je..semoga Allah beri toufik untuk kita amal dan sampaikan..doa kat saya,mahu keluar IPb nex years lepas aneh blajo...tq
zarzh,
Oooo ye ke.. ok2. Jazakallah.
Anak pendang,
Terima kasih, saya tambah sikit 'menghidupkan'.
Azam IPB tu... aminn.
Salam,,,dh abeh blajo dah.....cukup nisab 4 bulan,skrg ni sdang praktikal..tinggal 2 semester lg,,pastu berambus p ipb la...doa ye..
Anak pendang,
Buat sambil blaja, blaja sambil buat - itu lah keje kita dan seluruh umat. Tuan, student mana? la ni dok mana?
Salam,benar kata tuan,sebenarnya Student ni,Allah masuk kolej/universiti/politeknik ke,bukan untuk belajo saje,tp untuk buat usaha agama..jugak,,macam takaza untuk student ni,boleh di tanggungjawabkan oleh student itu sndiri...Saya student politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim,kedah..sekarang ni sedang menjalani praktikal(tempat di rahsiakan untuk tujuan keselamatan),,hu3,,tuan kasi doa sama parents saya,diorang ada azam mau pergi berkempen di bukit selambau,,saya manyak sedih la,,..
asshique,
Jazakallah. Golden letters? Saya tak layak la.
Anak pendang,
Kulim? kalau gitu, mlm markaz di Penanti la tu. Kalau tak silap pensyarah poli kulim buat usaha, cikgu Rahim. Kulim byk industri boleh buat praktikal, kalau tak pun kat prai byk. Masih dlm markas sama. Pensyarah Poli S.Prai yg buat usaha cikgu khairul. Kirim salam kat depa semua. Dulu saya duduk Seberang Jaya 4 tahun. Ramai member kat sana tu.
ramai2 pun pergi juga tinggalkan kami. uhuk..sedihnya orang dari Ipoh.
Salam,Tuan yg di mulia,kt poli kulim ni,haji rahim 2 dah tukar dah,dia dah di naikkan pangkat,jadi pengarah politeknik kota bharu..(hari tu,dia ada datang ziarah kami di poli,,,ya Allah full sunnah,,saya kenal cik khairul tu...ari da jhor kt perda tuan ada datang x...saya x buat praktikal kt sana..saya buat kt kmpg....Pendang....Tuan Kasi doa sama parent saya ye...
Hi !.
You re, I guess , probably curious to know how one can collect a huge starting capital .
There is no initial capital needed You may begin to receive yields with as small sum of money as 20-100 dollars.
AimTrust is what you haven`t ever dreamt of such a chance to become rich
The firm incorporates an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.
Its head office is in Panama with offices everywhere: In USA, Canada, Cyprus.
Do you want to become really rich in short time?
That`s your choice That`s what you really need!
I feel good, I began to take up income with the help of this company,
and I invite you to do the same. If it gets down to select a correct companion who uses your money in a right way - that`s it!.
I make 2G daily, and what I started with was a funny sum of 500 bucks!
It`s easy to join , just click this link http://iqalomoc.o-f.com/uduleh.html
and lucky you`re! Let`s take our chance together to become rich
Hello!
You may probably be very curious to know how one can make real money on investments.
There is no initial capital needed.
You may begin to get income with a money that usually is spent
on daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one project for several years,
and I'm ready to share my secrets at my blog.
Please visit blog and send me private message to get the info.
P.S. I make 1000-2000 per day now.
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]
Post a Comment