Antara kata-katanya:
"Apa lagi yang kita mahu cari dalam hidup ini selain keredaan Allah. Apa yang kita kejar sangat kerana semua yang kita punyai di dunia ini hanya pinjaman.Selesai membacanya, teringat pula kira-kira enam atau tujuh tahun lepas semasa tinggal di Bandar Tun Razak yang mana Masjid Sri Petaling adalah lokasi dikunjungi setiap hujung minggu atau Sabtu malam Ahad. Masa itu, selalu juga ternampak dR. Sam berlegar-legar di markas dan kadang kala ternampak juga kelibat beberapa 'orang seni' lain yang begitu ketara perubahan diri mereka dengan sebahagiannya difahamkan sudah memulakan 'hidup baru' yang penuh ketenangan dan kebahagiaan dalam jalan hidayat.
"Kita pinjam semua itu daripada Allah s..w.t dan apabila sampai masanya, Dia akan ambil dan apakah bekalan kita?
"Sebab itu, biar apapun anggapan orang tentang penampilan saya, hidup saya hari ini lebih tenang dan bahagia. Tak perlu nak fikir show di mana atau berapa bayaran yang akan di terima.
"Dengan usaha saya hari ini, saya bersyukur dan yakin setiap apa yang terjadi sudah ditentukan Allah. Hidup mati kita dan rezeki semuanya ditentukan Allah dan syukur alhamdulillah hidup saya cukup tenang dengan pendapatan begini."
Walaupun lazimnya di masjid itu terdapat ramai pelajar madrasah, orang2 alim, ustaz-ustaz, maulana hingga orang kebanyakan dari peniaga, penyapu jalan hingga ke orang besar, namun kehadiran golongan artis itu menjadi asbab hidayat luar biasa kepada sesetengah pihak.
Mana tidaknya, jika dilihat seorang ustaz atau orang agama berada di masjid, memakai jubah, serban dan mengamalkan sunnah nabi s.a.w yang lain, maka ia mungkin suatu gambaran yang biasa dilihat oleh masyarakat. Tetapi bagaimana pula apabila kita melihat mereka yang bergelar artis tiba-tiba dengan begitu bersungguh-sungguh dan tekun mengamalkan amalan agama, sunnah-sunnah baginda s.a.w dan sanggup menyingsing lengan memperbaiki diri dan turun padang ke dalam masyarakat dalam kerja dakwah. Maka ia sesuatu yang sudah tentu bukan perkara biasa dan tentunya ada kekuatan luar biasa yang mendorong golongan yang dikatakan 'tegar dalam hiburan' ini berubah. Dan membuktikan betapa Allah Maha Kuasa dan Dia boleh mengubah sesiapa sahaja yang Dia kehendaki untuk tujuan agama.
Dalam usaha agama terdapat pelbagai golongan, dan sudah tentu terlalu besar hikmah Allah memilih golongan 'seni' seperti mereka untuk turut terlibat dalam usaha yang murni ini sebagai asbab hidayat kepada orang lain pula. Asbab pengorbanan mereka dan orang-orang lama maka golongan seni lain yang hingga ke bawah tanah pun dapat merasai kemanisan iman dan amal.
Salam sejahtera lah kepada mereka yang beruntung kerana diberikan taufik dan hidayat untuk berada di jalan ini yang mana boleh memberi keselamatan di dunia dan azab yang pedih di akhirat. Semoga Allah pilih kita lagi dan lagi hingga tiada lagi. Amiinn.
7 comments:
Assalamualaikum.
inilah yg saya baca beberapa hari yg dulu di Utusan Melayu.
semoga ramai lagi yg Allah akan buka pintu hatinya untuk buat kerja agama yg mulia ini.
amin
tujuh kaki dalam,
Semoga Allah am kan hidayah seluruh alam. amin
Salam tuan,kt markaz jitra ada sorang artis ustaz Razi dulu vokalis melissa,tp skrg ni dh ulama kt markza jitra...full sunnah...
Anak Pendang,
Rasanye saya pernah terbaca cerita dia di mastika tak lama dulu. Byk lagi agaknye yg kita tak ta. Misalnya, gitaris asal Sheila On Seven namanya, Sakti dah keluar IPB. Sekarang gantung gitar, concentrate buat usaha dakwah dan bukak kedai runcit dan kedai dobi sebagai keperluan.
Aku terasa syadu dan jeles melihat gambar arwah Fendi A to Z yang bekopiah dan berjanggut dan tersenyum...hidayahh betui...Semoga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya...
van qif,
semoga akhir kalam kita Allah mudahkan kita ucap Lailahaillah dalam keadaan kesudahan yang baik.
Tag line Dr Sam
"[D]ua [R]akaat [S]elesai [A]ll [M]asalah" ;D
Post a Comment