Monday, July 18, 2011

Kisah anak-anak...

بسم الله الرحمن الرحيم


Farhah dgn hadiah basikal barunya....


baru nak blaja bawak


Abg dia dah lama jadi rider....


Tahniah la dik, baru hari ke-2 belaja dah boleh bawak...




Talhah tumpang gembira...



Sumaiyah genap 3 tahun


kasi potong...


Sunday, July 17, 2011

Fadha'il al amal

بسم الله الرحمن الرحيم


....Perkara tersebut termasuk dalam fadha'il al amal (kelebihan amalan) dan tidak berkaitan langsung dengan hukum halal atau haram.
Atas dasar inilah, ulama membina kaedah yang mengharuskan beramal dengan hadis-hadis daif yang berkaitan dengan fadha'il amal, selagi hadis-hadis tersebut bukan maudhu' (palsu atau rekaan) atau batil, dengan syarat-syarat yang muktabar (diiktiraf) dalam bab ini.
Mereka tidak mensyaratkan hadis-hadisnya mesti sahih, sebagaimana yang diistilahkan di dalam ilmu hadis.
Jika kita mengikut syarat yang agak ganjil ini (menyalahi kaedah), nescaya kita tidak mungkin dapat menyebut sirah Nabi Muhammad sama ada sebelum baginda diangkat menjadi nabi, atau pun sesudahnya.
Sedangkan, kita mendapati dalam kitab-kitab karangan para hafiz hadis yang menjadi sandaran dan perbuatan mereka tersebut menjadi rujukan utama kita juga mengetahui daripada mereka hadis-hadis daif yang boleh disebut dan yang tidak boleh disebut ternyata sarat dengan hadis-hadis maqtu' (terputus sanad) dan mursal (hadis yang disandarkan kepada Tabi'in).

--Sedikit sedutan copy paste drpd tulisan Yayasan Sofa Negeri Sembilan, dan juga disiarkan di SINI

Saturday, July 16, 2011

Sya'ban

Masuk sahaja waktu Maghrib malam ini maka melangkah masuklah kita ke tarikh 15 Sya'ban. Di kebanyakan masjid pelbagai program diatur untuk meningkatkan amalan dan pada masa yang sama bagi usaha dakwah di negara ini, waktu ini adalah musim  menuai hasil mengeluarkan jemaah. Ketika ini jemaah mungkin sudah bergerak atau berada di Seri Petaling. Student-student madrasah juga ramai yang khuruj waktu ini.
Jumlah pengeluaran jemaah di kawasan masing-masing boleh lah dibandingkan dengan waktu yang sama pada tahun lalu, dengan itu kita boleh lihat berlaku peningkatan atau pengurangan agar boleh dilipatgandakan usaha pada masa sekarang dan masa depan. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayat kepada kita, dan semoga usaha di tempat-tempat saya dan tuan terus maju.
Dalam masa beberapa hari ini juga, kawasan-kawasan kita juga akan didatangi banyak jemaah yang berhijrah (seperti kaum muhajirin) dari luar  kawasan kita untuk membantu kita membuat usaha di tempat kita. Alhamdulillah maka di sini lah peranan kita yang yang berada di kawasan untuk memberi nusrah (bantuan) sebagaimana kaum ansar.

Mengenai fadhilat bulan Sya'ban, Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketikaku berpuasa. (HR an-Nasaie).
Tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban pula, sebagaimana yang tuan-tuan sudah ketahui, telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”(H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban).
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Bagi saya yang daif ini, setiap kali menjelang Sya'ban, maka terkenang semula dalam sejarah hidup suatu ketika dahulu bahawa pertama kali keluar 40 hari ialah pada 15 Sya'ban. Waktu itu route ke Jerantut lalu diputuskan ke sekitar Kuala Lipis, Merapoh dan kawasan sekitarnya.
Sesetengah orang kata, 1st time keluar 40 hari biasa jadi kenangan yang susah nak lupa, betul tak?. Tapi tak perlulah kisah itu di story kan di sini.
Sebagaimana yang sudah ditentukan Allah, arwah ayah saya juga pertama kali keluar 40 hari ke Jerantut juga. Alhamdullah berkat doa arwah, agaknya, dan pastinya dengan taufik hidayat daripada Allah Yang Maha Esa, kesemua tujuh anak lelakinya terlibat dalam usaha dakwah ini dengan dua daripadanya sudah ke IPB manakala seorang bakal menamatkan pengajian alimnya sedikit masa sahaja lagi.
Semua sudah menjadi ketentuan Allah. Sesungguhnya kita tiada ada apa-apa, Allah lah yang buat segala-galanya. Alhamdulillah syukur.
Maka tidak lama lagi, Ramadhan pun bakal menjelang, bagaimanapun hanya Allah Yang Maha Mengetahui sama ada sempat atau tidak seseorang itu menemui Ramadhan yang dijangka berkunjung beberapa minggu sahaja daripada sekarang ini.
Jika maut menjemput seseorang itu lebih awal maka Ramadan yang lalu adalah yang terakhir buatnya.

Tuesday, July 12, 2011

Kisah muazzin terpandang wanita telanjang

Allah Maha Mengetahui, Dia sahaja tahu siapa yang mati dalam apa jua keadaan.

---------------------------------------
gambar hiasan je
Ada satu kisah di mana satu (seorang) muazzin, dia azan selama 32 tahun, (suatu ketika) dia mengikut satu jalan dan dia telah terlihat, mata pandangannya terkena (terpandang) kepada kepada seorang perempuan kristian dalam keadaan telanjang.
Selepas dia melihat perempuan itu lalu dia jatuh cinta kepada perempuan itu. (Kemudian) dia (muazzin itu) pergi kepada ibu bapa dia (perempuan itu) lalu berkata: "Kahwinkan lah saya dengan anak perempuan kamu."
Ibu bapa perempuan berkata: "Kamu orang Islam macam mana boleh kahwin dengan anak saya, kami orang kristian, kamu kena tinggalkan Islam dulu."
Muazzin kata: "Saya sedia tinggalkan Islam."
Ibu bapa perempuan itu kata: "Hanya dengan kamu cakap saya tinggalkan Islam, kami tak percaya, kamu kena tunjukkan kepada kami cara praktikal. Kamu kena makan daginig babi, minum arak baru lah kami terima kamu telah tinggalkan Islam."
Muazzin kata: "Saya sedia."
Lalu dia (muazzin) memakan daging babi dan minum arak, (dalam seumur hidupnya) tak pernah (dia) minum arak dan makan babi dan (lalu) dia telah mabuk.
Dan orang itu (ibu bapa perempuan itu) kata: "Kamu naik atas (rumah), anak saya akan jumpa kamu di atas, kamu sudah dinikahkan dengan anak saya."
(Maka) Dia (muazzin itu) naik tangga untuk naik ke atas, (dalam keadaan) dia mabuk, (tiba-tiba) dia telah terjatuh dan telah mati.

******


Siapakah dia tuan-tuan? dia (seorang yang) telah azan selana 32 tahun lalu bersembahyang.
Ada orang azan dan sembahyang tapi dia punya azan dan sembahyang tidak dapat selamatkan dia dan dia telah mati dalam keadaan tiada iman. oleh itu, kita kena takut macam mana keadaan kita yang akhir,
kita kena menghargai setiap rakan-rakan kita, jangan kita pandang rendah kepada mana-mana kawan kita.
Kalau sesiapa mula pandang rendah terhadap orang lain dia akan jatuh daripada pandangan Allah.

---------------------------------

*Di atas adalah sedutan bayan Maulana Syamim di Sri Petaling, baru-baru ini. Diterjemah oleh Syura Haji Maidin.

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan...

OLEH kerana perkataan perhimpunan ketika ini menjadi semakin glamer, jadi adalah baik barangkali jika kita melihat perkataan perhimpunan dari sudut yang lebih suci, murni, mulia dan berkait rapat dengan agama serta penuh dengan janji-janji Allah.
1) Perhimpunan harian =  Solat fardu 5 waktu berjemaah di masjid atau surau.
2) Perhimpunan mingguan =  Jumlah yang lebih besar untuk solat Jumaat.
3) Perhimpunan tahunan =  Kehadiran yang lebih besar lagi iaitu solat Aidilfitri dan Aidiladha berjemaah.
4) Perhimpunan seumur hidup = Menunaikan haji.
5) Perhimpunan amat dahsyat  = di Padang Mahsyar, apabila seluruh manusia dari zaman Nabi Adam a.s hingga bayi yang terakhir lahir sebelum hari kiamat, dibangkitkan semula.

Justeru, perhimpunan lain iaitu diadakan atas maksud keduniaan atau untuk mendapatkan makhluk, apatah lagi penuh penipuan, malah dipimpin pula oleh bukan Islam, maka tiada lah apa-apa erti.

Sekian

Friday, July 1, 2011

Kisah Maulana Umar Palanpuri dan pelancong luar negara

Di Nizamuddin, seorang pelancong luar negara datang ke Markaz dan mulai mengambil video, orang yang menjaga pintu Markaz pun menghalangnya dengan suara yang agak keras, Umar Palanpuri mendengar suara itu dan pergi ke situ. Dia bertanya kepada pelancong itu apakah sebabkan dia mengambil video itu. Pelancong itu berkata, "Saya telah mendengar banyak perkara berkenaan tempat ini sebab itu saya ambil (video itu)."
Kemudian Maulana mengajaknya berbual, membawanya ke biliknya dan berbicara dengannya dengan masa yang sangat lama (berserta penterjemah), selepas itu pelancong itu pun pergi.
Selepas beberapa tahun, sepucuk surat tiba di Markaz, tertulis, "Saya adalah pelancong yang berbicara dengan Maulana Umar Palanpuri, kini saya telah memeluk Islam dan sekitar 400 orang telah menjadi Muslim melalui tangan saya, saya mahukan mereka dilatih untuk berda'wah, jadi saya menghantar mereka ke Markaz, tolong latih mereka supaya mereka dapat berda'wah di dalam masyarakat Non-Muslim kami."
Selepas menerima surat itu, ramai orang luar negara yang tiba ke Markaz sambil merujuk kepada surat tersebut.

Copy paste dari SINI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails