Thursday, October 28, 2010

Peribahasa karkun Part 2

@ mymahallah
Bertemu lagi kita dalam entry peribahasa sebagai lanjutan daripada entry peribahasa part 1 yang pernah muncul dalam entry lepas iaitu di DI SINI. Disebabkan entry lepas tidak kurang hebatnya mendapat sambutan (ni exaggerate) maka dilanjutkan entry kedua mengenai peribahasa kali ini.
Namun kali ini ada sedikit kelainan kerana entry yang dahulu menyatakan peribahasa yang telah diubah suai sedikit perkataan daripada peribahasa asal untuk digunakan oleh kebanyakan rakan seusaha.
TETAPI entry kali ini mengekalkan keseluruhan perkataan asal peribahasa itu yang mana ia menunjukkan peribahasa itu memang dilakukan oleh rakan seusaha.


Contoh peribahasa entry lepas:
"Di mana bumi dipijak di situ ghast ditegakkan"
-Utk menggambarkan kononnya kesungguhan buat ghast. Ubah suai drpd 'Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'


-------------------

Peribahasa kali ini:

"Jauh perjalanan luas pandangan"
 Keterangan (K): Rakan seusaha memang alhamdulillah berjalan ke sana sini kerana Allah. Dengan itu bertemu ramai orang, tengok banyak tempat, banyak pengalaman, berfikiran terbuka, mudah masuk bersembang dgn sapa pun.


 "Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan"
K:  Ni memang berlaku, dlm rumah confirm rotan sudah ada digantung, kalau degil memang kena lah... (tapi kena ikut la cara ditetapkan). Yang si isteri kena tinggalkan 3 hari, 40 hari, 4 bulan itu memang lah tanda sayang suami untuk beri agama kpd keluarga dan seluruh umat.


"Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
K: Bersakit-sakit maksudnya bersusah-susah la jumpa orang, tebalkan muka pintu ke pintu, mujahadah sikit2 mudah-mudahan bersenang lenang di hari kemudian iaitu di akhirat.


"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"
K: Menyesal dan tersedar semasa hidup dunia masih boleh diperbetulkan, taubat etc... tapi menyesal di hari kemudian, tiadalah manfaatnya.  

Arwah Za'ba 




"Jangan pandang orang yang berkata, pandang apa yang ia kata" (Shakespeare, dipetik juga dalam buku Ilmu Mengarang Melayu oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) cetakan pertama 1934 (jawi), cetakan kedua 1962 dalam bab peribahasa, perumpamaan muka surat 191)

K: Kalau sebelum bayan, orang yg jorna kadang2 akan katakan peribahasa di atas ni. Lagipun apa yang dikatakan itu lebih penting berbanding siapa yang bercakap itu. 



"Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing"
K: Kerja gotong royong kemas set taam dan bersihkan masjid atau surau dan lain-lain perkara sebelum jemaah meninggalkan sesebuah masjid/surau untuk ke route seterusnya atau tangguh.

Okay lah, sekian dulu kali  ini, jika ada yang anda hendak tambahkan peribahasa, sila tuliskan di ruang komen. Hehe

11 comments:

Ibnu Mutalib said...

hehe,idea2..

zarch said...

* Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat - Satu hati dan satu fikir yang dicapai dengan masyuarat.

* Bukit sama didaki, lurah sama dituruni - Peribahasa untuk pedal jemaah ni..he..he

Ibnu Mutalib said...

berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian,
K: amir sab ikram ahli jemaah muda2,hehe

kacang lupakan kulit
K: makan kacang time rest taklim

ziarah76 said...

best2...
terima kasih Zarch, IM
:)

Penglipur Lara said...

Harap-harapkan pagar, pagar makan padi..
K :Bergantung haraplah pada Allah.sbb Allah Maha Kuasa, makhluk takde ape2..

Ibnu Mutalib said...

ulat buku
>rajin sangat baca kitab fadhail amal

kaki bangku
>tak dapat nak ikram remaja kampung

ayam tambatan
>kontrak bayan sepanjang 40h,heh

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Pakar-pakar bahasa kembali berentap di sini.. Hehe.. Mantap-mantap peribahasanya.

Teringat bunga bahasa *Asy Syahid Ust Haji Syed Ali, rakan seusaha dari Jerantut.

"Tanam pinang rapat-rapat,
senang puyuh hendak berlari,
mari duduk rapat-rapat,
kita hidupkan sunnah Nabi"

*[Beliau meninggal dalam solat sewaktu khuruj 4bulan di Afrika, +-pada tahun 2007 sumtink. Banyak berkorban untuk agama sewaktu hayatnya.]

p/s: Sori ust ziarah76, menyelitkan pantun dalam segmen peribahasa.

Ibnu Mutalib said...

haaaa,citer pasal karkun,
kalau ada jemaah dari markas Batu Pahat,try la tengok ada sorang karkun bayan guna bahasa berbunga2,macam gurindam.
style2 Maulana Zubir...

tahun lepas jemaah ni dihantar ke Kelantana area Kota Bharu

ziarah76 said...

Penglipur lara,
sahih..sahih

IM,
-Kalau dah kontrak macam tu, ayam tambatan disyorkan beri bayan markaz terus. hehe
-tak sure pulok ore Batu Pahat. Kawe dok JB

Ishak Zaini,
Kalau tak silap, ust. Hj Syed Ali tu syahid di Ghana.
Sebab dlm jemaah yg sama ada seorang syura Penanti, beliau beri karkuzari di markaz Penanti.
Kata2nya yg saya masih ingat: "alangkah baiknya jika dia (arwah itu) adalah saya,"

musa said...

"ayam tambatan"maknanya dia kontrak jadi Taam selama 40 hari sebab masakan sedap, dengan makan semua orang suka, tetapi dengan cakap ada orang suka dan ada yang tidak suka

ziarah76 said...

Hj Musa,
sahih...
ikram taam lagi baik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails