Thursday, October 14, 2010

Mengislahkan hati

Kewajipan Mengislahkan (Memperbaiki) Hati
Hendaklah engkau menumpahkan perhatian pada hati dan batinmu. Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم telah bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan perawakan kalian, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kalian.”(Hadits riwayat: Imam Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah dan selain mereka daripada Sayyidina abu Hurairah رضي الله عنه)
Dalam sebuah hadist Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: “Ketahuilah, bahawa dalam jasad (tubuh) itu ada segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasad itu, dan seandainya ia rosak maka rosak pula seluruh jasad itu. Ketauhilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Hadits riwayat: al-Bukhari dan Muslim).
Kerana itu engkau wajib memperhatikan hati, serta tumpukanlah segala perhatian untuk memperbaiki dan meluruskannya sebab hati itu cepat berbolak-balik dan selalu berubah-ubah sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم berikut: “Sesungguhnya hati itu lebih cepat bolak-baliknya dari air yang sedang mendidih di dalam periuk.”
Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sering berdoa :
يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ
Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.”(Hadits riwayat: Imam Ahmad, at-Tirmidzi dan lainnya)
Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: “Sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dua jari dari jari-jari ar-Rahman, jika Dia menghendaki, Dia tetapkannya, dan jika Dia menghendaki, Dia belokkannya” (Hadits riwayat: at-Tirmidzi dan lainnya ) – [maksud hadits “إن القلوب بين أصبعين من أصابع الرحمن” – menurut ulama khalaf adalah: Antara dua shifat dari shifat-shifatnya. Dan kedua shifat itu adalah Qudrat dan Iradat. Sila rujuk Hasyiah Imam al-Baijuri ‘ala Jauharah at-Tauhid. – tambahan dari abuzahrah]
Hendaklah engkau berhati-hati dengan penuh kesungguhan, semoga Allah merahmati-mu, agar kelak engkau menemui Allah Ta’ala dalam keadaan hati yang bersih dari syirik dan nifaq, suci dari bid’ah dan akhlak yang keji, seperti menyombongkan diri dan riya’ hasad dan tipudaya terhadap kaum muslimin, dan seumpamanya.
SUMBER

8 comments:

ابن زين الرمباوي said...

semoga Allah pilih kita semua untuk usha islah hati...kami sedang usha bentuk jemaah sempurna ni...

merah_s said...

terimakasih z76..

ziarah76 said...

scuba,
sama-sama kasih

zin,
bagusnya, semoga Allah sempurnakan jemaah sempurna anta.. amin

aisyahHumaira said...

Salam tuan..

doakan bt kami juga..jemaah belum dpt dibentuk disini..Moga nusrah ALLAH kami perolehi..sedih dh lama tak keluar.. :(

Umma-ali said...

Salam, jazakAllahukhoir,Allah tmbh kefahaman mengenai dua jari tu, aritu dgr byn kurang jelas maqsudnya...
Robbana zolamnaa anfusana, wainlam taghfirlanaa, watarhamnaa, lanaku nan naa minalkhosiriin...

ziarah76 said...

aisyahHumaira,
Insya-Allah, sama-sama doa

Umma-ali,
Kesemua yg berlaku adalah atas kudrat (kuasa) dan iradat (kehendak) Nya jua.

ZamirAmno said...

SubhanAllah.. benar tuan. jge hati sgt pentg ye. penyakit hati yg kte sume takut

ziarah76 said...

Zamir,
mula-mula ambil hati, lepas tu ambil hari...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails