@ mymahallah |
Namun kali ini ada sedikit kelainan kerana entry yang dahulu menyatakan peribahasa yang telah diubah suai sedikit perkataan daripada peribahasa asal untuk digunakan oleh kebanyakan rakan seusaha.
TETAPI entry kali ini mengekalkan keseluruhan perkataan asal peribahasa itu yang mana ia menunjukkan peribahasa itu memang dilakukan oleh rakan seusaha.
Contoh peribahasa entry lepas:
"Di mana bumi dipijak di situ ghast ditegakkan"
-Utk menggambarkan kononnya kesungguhan buat ghast. Ubah suai drpd 'Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'-------------------
Peribahasa kali ini:
"Jauh perjalanan luas pandangan"
Keterangan (K): Rakan seusaha memang alhamdulillah berjalan ke sana sini kerana Allah. Dengan itu bertemu ramai orang, tengok banyak tempat, banyak pengalaman, berfikiran terbuka, mudah masuk bersembang dgn sapa pun. "Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan"
K: Ni memang berlaku, dlm rumah confirm rotan sudah ada digantung, kalau degil memang kena lah... (tapi kena ikut la cara ditetapkan). Yang si isteri kena tinggalkan 3 hari, 40 hari, 4 bulan itu memang lah tanda sayang suami untuk beri agama kpd keluarga dan seluruh umat. "Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
K: Bersakit-sakit maksudnya bersusah-susah la jumpa orang, tebalkan muka pintu ke pintu, mujahadah sikit2 mudah-mudahan bersenang lenang di hari kemudian iaitu di akhirat. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"
K: Menyesal dan tersedar semasa hidup dunia masih boleh diperbetulkan, taubat etc... tapi menyesal di hari kemudian, tiadalah manfaatnya. Arwah Za'ba |
"Jangan pandang orang yang berkata, pandang apa yang ia kata" (Shakespeare, dipetik juga dalam buku Ilmu Mengarang Melayu oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) cetakan pertama 1934 (jawi), cetakan kedua 1962 dalam bab peribahasa, perumpamaan muka surat 191)
K: Kalau sebelum bayan, orang yg jorna kadang2 akan katakan peribahasa di atas ni. Lagipun apa yang dikatakan itu lebih penting berbanding siapa yang bercakap itu.
"Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing"
K: Kerja gotong royong kemas set taam dan bersihkan masjid atau surau dan lain-lain perkara sebelum jemaah meninggalkan sesebuah masjid/surau untuk ke route seterusnya atau tangguh.Okay lah, sekian dulu kali ini, jika ada yang anda hendak tambahkan peribahasa, sila tuliskan di ruang komen. Hehe