Tuesday, September 7, 2010

Salman (Sakti, ex-Sheila On 7) rilis album 'Selamatkan'

Album 'Selamatkan' oleh Salman Al-Jugjawy (Sakti,bekas gitaris Sheila On 7), insya-Allah akan berada di pasaran tidak lama lagi, buat masa ini, CD yg di atas tu mungkin satu-satunya CD yg berada di Msia. Ia diberi sendiri oleh Salman kpd adik yg khuruj di Joqjakarta, baru-baru ini.



ENTRY kali ini memberi peluang kepada adik saya yang baru pulang daripada khuruj 40 hari di Jogjakarta, Indonesia, menulis sedikit. Dalam banyak ceritanya, hanya di bawah saja yang mahu dikisahkan di blog ini iaitu:

""Alhamdulillah, baru-baru ini jemaah 40 hari dari Malaysia telah dihantar ke Joqjakarta, Indonesia pada bulan puasa. Kami 9 ahli jemaah termasuk 3 pelajar madrasah Kubang Bujuk. Didapati usaha di sana meningkat maju dan banyak telah dilakukan terutama usaha atas student kerana ia adalah kawasan yang ada banyak universiti.
Semasa di sana, alhamdulillah, antara yang memberi nusrah dengan begitu baik ialah Salman Sakti iaitu bekas gitaris kumpulan Sheila On 7.
Di akhir perpisahan dengan jemaah, Salman telah menghadiahkan kepada saya sekeping CD album terbarunya berjudul 'Selamatkan' yang (ketika itu) baru sahaja siap dirakamkan. 
Album itu mengandungi kelainan sebab menampilkan alunan suara bersahaja tanpa menggunakan alat muzik moden.
Tujuh lagu didalamnya berjudul:
1) Ramadan.
2) RidhoMu.
3)Harmoni Bhinneka.
4) Bertasbih.
5) Batu Bersurat.
6) Selamatkan.
7) RidhoMu (versi minus one).

Mereka yang berminat boleh mendapatkan album ini dalam masa terdekat, tapi buat masa ini ia belum berada di pasaran Malaysia. (Masa kami tangguh, album ini baru sahaja siap). Sekian.""


Dlm ruang penghargaan album ini, dinyatakan juga nama adik saya.



7 lagu best2. Antaranya, lagu berjudul, RidhoMu. Dalam CD disertakan penanda buku.


Hasil jualan CD akan diinfakkan untuk ke jalan Allah



Layout disusun dgn menarik, kemas. Setakat ni baru dengar sepintas lalu.



Saya ambik gambar re-copy pakai henfon, jd tak brapa clear...


Sudah 3 kali khuruj 4 bulan, masturat 2 bulan, fikirmen student, rumah dekat markaz... 

Untuk keterangan lanjut sila klik Salman al-Jugjawy .

7 comments:

zarch said...

Jazakallah atas info ini, insyaallah nanti saya cuba dapatkan albumnya.

Ziarah76 said...

zarch,
insya-Allah...

ismadiyusuf said...

uploud kat blog, bolehkah syeikh...

Nadri said...

Salam,
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat pemilik blog Ziarah76 sekeluarga...

zarch said...

Semoga segala amalan kita dikabul Allah, diampuni, dibimbing serta diberikan taufik untuk lagi dan lagi berusaha memperbaiki amalan kita.

Selamat menyambut Hari Raya dan maaf zahir/batin.

Ziarah76 said...

ismadiyusuf,
nanti saya try, test, cuba. Hari tu try copy tak boleh buat.

nadri,
selamat hari raya untuk Nadri dan keluarga termasuk staf-staf Chamek Kopitiam BBU.

Zarch,
aminn..
begitu juga kepada tuan dan keluarga yang mulia.
salam aidilfitri dari kami di Malaysia.
Bila nak beraya di Msia?

Fahmi Radzi said...

bagaimana mau beli di Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails