Wednesday, September 1, 2010

Isu bukan Islam masuk masjid: Bagaimana pula orang Islam?

Masjid adalah jantung kepada umat Islam
Hari ini orang Islam sibuk bincang sama ada wajar atau tidak bukan Islam masuk masjid atau surau. Sama ada bincang dari segi hukum sehingga lah ke isu politik kepartian - semua sudah diulas.
Sama ada dalam bentuk ilmiah diperkatakan, emosi dan nafsu amarah juga sudah dihamburkan.
Kalau orang bukan Islam masuk masjid heboh diperkatakan, antara perkara yang belum disebut ialah bagaimana pula:
1-Orang Islam sendiri yang tidak mahu menjejak kaki ke dalam masjid? Berapa ramai saudara mara kita begini?
2-Orang Islam menjauhi masjid? Berapa saf sahaja solat fardu, ada surau yg kosong azan tak berkumandang terutama waktu Zohor dan Asar.
3-Orang Islam sendiri tidak mahu memakmurkan masjid? Masjid tak hidup!
4-Salah faham orang Islam bahawa menjaga masjid ialah memastikan ia dikunci daripada dimasuki jemaah?
5-Jemaah masjid terdiri daripada golongan warga emas, lanjut usia? Tiada pelapis, anak-anak muda jauh daripada masjid, takutkan masjid, pandang rendah pada masjid.
6-Pecah belah dalam masjid sesama Islam perlu diselesaikan, (berpecah di masjid, kemungkinan besar berpecah juga dalam masyarakat). Ini lebih berat hendak ditanggung.
7-Di masjid tiada amalan seperti Masjid Nabawi di zaman Nabi Muhammad s.a.w.
8-Masjid hanya jadi struktur bangunan, yang diperlumba-lumbakan untuk dihias-hias, tetapi kosong amalan memakmurkan masjid di dalamnya. Umpama sangkar yang diperbuat daripada emas tetapi burung di dalamnya tak cukup makan, minum, nazak menunggu masa hendak mati.
9-Zaman Nabi s.a.w, orang bukan Islam masuk masjid akhirnya dapat (jadi asbab) hidayat masuk Islam, tetapi zaman sekarang, orang bukan Islam masuk masjid dijadikan bahan kontroversi.
10-Bila kita sendiri tak faham fungsi masjid, jangan harap orang bukan Islam pula hendak faham perkara itu.

Bukankah perkara ini lebih penting untuk diambil fikir risau, diambil usaha yang sewajarnya berbanding kerisauan masjid yang berlainan sifatnya. 
Semoga Allah ampunkan kita di bulan yang berkat ini.

18 comments:

Tayadih Maysia said...

Shah,

menarik utnuk difikirkan bersama!

ismadiyusuf said...

sebenarnya umat Islam semakin jauh dari Islam...

ziarah76 said...
This comment has been removed by the author.
ziarah76 said...

kimi,
mari fikir dan ambil tindakan.

ismadiyusuf,
jauh dari kefahaman sebenar tapi pada masa yang sama mendakwa mengaku lebih faham dan banyak ilmu.

SkreMpes! said...

Salam, tak payah delete r komen sahabat tu. Isu ni bukan masalah pun. saja dey all nk wat panas je, xde kerja r tu. Yang beria-ia komplen tu pun tah brapa kali masuk masjid dlm sehari, bila org nonmuslim masuk, sbuk dia nk kecoh. mula r buat hukum sendri. mcm2 r org kita ni kan. Skit punya hal juga.

Peluncur Islam said...

100% ana bagi markah... ana minta copy utk dipostkan dlm blog ana akan datang...

entry yg sgt berkesan...buat orang lain terfikir dan risau...

jazakallah tuan...
satu entry yg cukup baik!!!

ana terharu baca...
wah2...kena sebar sebanyak mungkin ni...

Peluncur Islam said...

ana tertanya plak...pasal isu ni...

macamana plak ek orang bukan islam yang perempuan masuk masjid dalam keadaan seksi...

sebab ana ada tgk dlm gambar...orang bukan Islam masuk dalam masjid sedang bagi ceramah...

....

ziarah76 said...

SkreMpes,
komen yg kena delete tu, komen saya sendiri sbb ada tersilap tulis.
Org kita mmg macam2 ada.

Peluncur Islam,
Kalau disebar2kan, mudah-mudahan ada manfaat.
Patutnya majlis camtu AJK boleh buat di anjung, kaki lima atau dewan surau, balai lentang etc. Tak perlu ke dewan solat lebih-lebih lagi sbb keadaan dia yg tak tutup aurat tu.

Masalah kita benda macam ni mmg kadang2 terjadi. Ada kes terjadi yg buat taklim, bayan, mesyuarat harian, AJK suruh buat di kaki 5, bucu2 masjid, surau entah tepi ceruk mana disuruh buat.
Haa.. hari ni Allah hantar bukan Islam kat dewan solat, baru tahu!

Apapun, tentu ada hikmahnya. Kerja mahu terus jalannn!!

Munir Kangsari said...

Orang bukan Islam memang tidak boleh masuk Masjid. Noktah.

*ingat x kisah tawanan perang kena ikat kat tiang Masjid Nabi? Macam mana pulak tu? Abg Ziarah lah kena ulas

zarch said...

Ya hairan juga ye, ada masjid yang tak benarkan orang Islam buat amal dalam masjid seperti tak benarkan bayan, taklim dll, masyuara pun kena buat dianjung masjid tapi tiba-tiba non-muslim dengan pakaian yang tidak menutup aurat dibenarkan pula bertazkirah....tak tahulah apa niatnya..

Tak apalah,mari kita doakan hidayat kuat-kuat tambahan sepuluh hari terakhir bulan ramadan ni...

aliaazuan said...

Salam.

Bila umat Islam kuat, musuh akan gerun. InsyaAllah.

ziarah76 said...

munir,
kisah tu, dia kena ikat akhirnya masuk Islam, terkesan dgn suasana amal masjid.
Satu lagi kisah, orang Badwi masuk masjid lalu kencing di lantai, sebab dia tak tahu itu masjid.
Sahabat rasa nak marah dia tapi Nabi tak bagi marah sebaliknya dgn penuh hikmah, Nabi minta sahabat biarkan dulu orang Badwi tu habiskan hajatnya.
Lepas habis baru Nabi approach dia dan beri nasihat.

Isu ni dari segi hukum ahkam dan sebagainya dah ramai orang ulas. Biarkan la depa yg layak ulas...

kita buat kerja kita je le..

ziarah76 said...

zarch,
hairan bin ajaib,
Islam datang dagang dan akan kembali dagang.
jgn lupa sertakan daku dlm doamu di bulan yg berkat ini

aliaazuan,
benar. Gerun macam musuh Islam lihat Nabi dan para sahabat r.hum
sekarang dah terbalik... org Islam gerun tengok bukan Islam.

Munir Kangsari said...

Tujuan saya tanya sebab saya pernah baca yang Ulama ambil iktibar dari kisah itu dan jadikan Dalil untuk benarkan bukan Islam masuk ke dalam Masjid.

Nama tawanan tu which i believe is Sahabah also is Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi r.a.

Bila saya ajukan pada Mufti A.S Desai, dia kata ianya memerlukan satu perbincangan yang lebih terperinci.

Mungkin Abg Ziarah Waliullah boleh ulas....

ziarah76 said...

munir,
minta maap banyak2 le.. hehe, saya mmg tak tau nak ulas. Bahaya kalau tersilap.
almaklumlah, hang bukan tak tau, saya setakat maulena (mau tidoq) dan OStat je.
Kalau mufti A.S Desai tu ada ulas boleh le hang bagitau...

:)

Munir Kangsari said...

tukang repot kan pandai ulas atau compare...

ziarah76 said...

syeikh munir,
aku ni habok pun takdak dlm bab ni... hehe

Munir Kangsari said...

Oklah Bang S... saya malas nak komen dah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails