Monday, August 30, 2010

Memerdekakan umat

Marilah kita mensyukuri nikmat kesejahteraan tanah air kita.

Pernahkah anda terfikir, jika sekarang anda tinggal di sebuah negara yang masih dijajah kuasa penjajah?
Atau berlaku letupan di sana sini, kiri kanan atas bawah rumah anda? Bocor bumbung dek bom, peluru ketika dalam rumah anda juga ada anak-anak yang masih kecil yang tidak faham apa-apa kecuali mahu perut dan mulutnya disusukan?
Atau anda hidup dalam kem pelarian menyeberang sempadan negara mencari perlindungan politik? Atau anda diusir dari tanah air sendiri dan pada masa yang sama Yahudi dari segenap pelusok inci bumi hendak dibawa masuk mencerobohi halaman rumah anda? Membunuh kejam anggota keluarga?

Tentulah kita amat perlu bersyukur terhadap nikmat kemerdekaan negara yang Allah berikan kepada kita.

Nikmat yang paling besar adalah nikmat iman dan Islam.

Keselamatan, kesihatan, kesejahteraan dan lain-lain juga adalah nikmat yang perlu disyukuri. Apabila kita bersyukur maka Allah akan tambahkan nikmat, apabila kita kufur nikmat maka azab Allah amat pedih.

Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7:
Maksudnya: ”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”

Marilah kita mensyukuri nikmat kesejahteraan tanah air kita.

Namun satu perkara teramat mustahak yang perlu kita sedar bahawa, umat Islam perlu faham bahawa mereka bukan orang Malaysia, Indonesia, Jawa, Melayu, Cina, India, Pakistan dan sebagainya. Ini kerana, lebih penting umat Islam memahami bahawa kita adalah umat Nabi s.a.w. Kefahaman begini akan mengetetepikan perbezaan identiti dan assabiyah sempit, merobohkan benteng perbezaan kaum sebaliknya dicari persamaan dan elemen penyatuan ummah dalam satu kalimah.

Kefahaman begini akan memberi perubahan besar dalam ummah dan sekali gus menghapuskan rancangan asal barat memecahbelahkan umat dengan sempadan negara, nationalisme yang melampau, asabiyah sempit dan sebagainya. Lebih-lebih lagi sejarah membuktikan nationalisme yang melampau telah menyebabkan kemusnahan atau peperangan kepada manusia contohnya perang dunia pertama dan kedua, perang dingin dan sebagainya.

Dengan kefahaman bahawa kita adalah satu umat, iaitu umat Nabi Muhammad s.a.w, maka ini satu bentuk kemerdekaan diri dan umat yang tinggi nilainya dalam ketamadunan manusia.

Justeru, kita bukan peladang, petani, guru, engineer, doktor atau apa-apa, tetapi kita adalah umat Nabi s.a.w dan kerja umat ini adalah kerja dakwah menyeru manusia kepada Allah. Mahkota segala kerja. Dengan cara ini umat akan merdeka dengan satu jalan yang sama, satu pintu yang sama, pintu yang pernah dilalui oleh umat yang gemilang terdahulu.

Bukan sahaja merdeka daripada pelbagai kongkongan dunia, belenggu isme dan idelogi dunia bahkan merdeka daripada kekangan nafsu, godaan syaitan, bertaubat dari dosa, sifat-sifat tercela dan sebagainya. Ini lah jalan meMerdekakan umat.

Ini kerja saya, saya bertanggungjawab. Kerja anda juga, jika anda umat Nabi s.a.w. Anda juga bertanggungjawab.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.

7 comments:

Ishak Zaini said...

Merdeka duhai bangsaku!!

ابن زين الرمباوي said...

Merdeka dari jajahan syaitan & nafsu..

FakirFikir said...

Merdeka..

arizWanmerahs said...

Merdeka!

Jika aku buat kerja nabi, tanpa rasa ragu2 dan rasa bimbang, ni baru la aku merdeka..

Jika aku tak buat kerja nabi, merdeka kah aku?

Salam Merdeka!

ismadiyusuf said...

salam merdeka...

Umma-ali said...

ummatan wahidah, ummat yg satu jika ada surahsirahsarirah dlm kehidupan...
merdeka???
belum...
sehingga kita tau di mana tempat kita yg kekal yakni syurga Allah SWT...
di sanalah tempat kemerdekaan...
di dunia, kita masih surrender/muslim kpd Allah...
ad-dunya sijnul mukmin, dunia penjara bg org mukmin!
bagaimana kita boleh merdeka di dalam penjara ini???

Ziarah76 said...

IshakZaini,
bangsaku belum betul2 merdeka


Ibnuzin,
Penjajahan yg sering berlaku


FakirFikir,
Pulang lah bantu orang kita


IsmadiYusuf,
salam merdeka


Umma-ali,
Itu lah kemerdekaan hakiki, di kampung akhirat, syurga Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails