"Walaupun saya membaca al-Quran sudah bertahun-tahun dalam kubur tetapi tiada apa-apa manfaat."Dalam ijtimak Zon Selatan baru-baru ini, Bai Khaled antaranya (lebih kurang) menceritakan kisah seorang alim yang amalannya ialah apabila melalui tanah perkuburan dia mesti singgah lalu membaca al-Quran dan menghadiahkan pahala kepada penghuni kubur di tanah perkuburan itu.
Setiap kali singgah di tanah perkuburan maka dia akan meluangkan masa membaca al-Quran lalu mensedekahkan pahala itu kepada penghuni kubur.
Suatu ketika, dalam satu perjalanan, dia menemui satu perkuburan lalu beliau pun hendak melakukan amalan biasanya iaitu membaca al-Quran di kubur untuk disedekahkan kepada penghuni kubur.
Apabila dia menghampiri tanah perkuburan, tiba-tiba kedengaran suara orang membaca al-Quran. Maka beliau pun berasa gembira kerana ada juga orang lain yang membuat amal sepertinya.
Lalu dicarinya siapakah pembaca al-Quran itu tetapi tidak dijumpai sesiapa.