Sunday, April 18, 2010

Suasana penamaan calon

SUASANA sunyi pada waktu pagi bukan jarang-jarang berlaku tapi sepi ini ialah selepas sesi taklim setelah solat subuh di sebuah surau, baru-baru ini.
Semua yang hadir mesyuarat memusatkan fikiran terhadap nama-nama calon yang hendak diusahakan untuk bersama jemaah 3 hari minggu keempat bulan ini.
Selain itu, seorang rakan seusaha sudah siap hendak khuruj 40 hari. Tapi ada sikit lagi yang perlu diusahakan, khabarnya beg dan beddingnya pun sudah disiapkan isterinya.
Semoga Allah permudahkan.
Bagi jemaah 3 hari, lebih-lebih lagi tertib terbaru berkehendakkan agar tiga orang bawa tiga lagi orang baru untuk dibentuk satu jemaah sempurna sekurang-kurangnya enam orang. Jadi nama-nama calon disenaraikan oleh masing-masing yang hadir dan cadangan diberikan bagaimana hendak diusahakan ke arah itu di route yang telah diputuskan mesyuarat halqah.
Seorang Haji menjadi amer sab. Keperluan dunianya ialah bertanggungjawab besar dalam pembinaan CIQ dan isu Jambatan Bengkok yang pernah menjadi kontroversi antara Malaysia-Singapura suatu ketika dahulu. Tetapi dalam mesyuarat agama, beliau adalah amer yang amat tawaduk dengan fikir risau, perkara dunia dikecilkan.
Takaza dibentang, lalu amer sab mengagih-agihkan tanggungjawab dan delegate tugasan.
Saya diberikan 'hadiah' untuk lakukan sikit-sikit apa yang patut.  
Selepas diusahakan apa yang dirancangkan, selebihnya berdoa sahaja supaya penamaan calon-calon itu termasuk mereka yang menghadiri mesyuarat harian mahallah ini dapat dikeluarkan di jalan Allah 3 hari, 40 hari, 4 bulan lagi dan lagi.
Ini lah suasana penamaan calon hari-hari, minggu-minggu, bulan-bulan dan seterusnya. Yang penting bagi nama dulu. Sedia?

6 comments:

Unknown said...

org sibuk ngn calon2...sepatutnya sibuk dgn calon diri endiri,adakah kita nie calon syurga atau neraka???

Ziarah76 said...

Anak pendang,
Iman sebesar zarah, Allah sediakan syurga sebesar 10 kali ganda dunia.
Sama-sama doa dan buat usaha amal utk jadi ahli syurga firdaus. insya-Allah

seorangnenektua said...

Azam Tuan! Jangan tak azam! Insyaallah Allah pilih!

musa said...

Alhamdulillah saya baru balik masturat 3h nisab biasa, alhamdulillah 3 ada dua orang baru, satu tauke restoran (Mamak) yg kedua tauke kotew goreng dan mee goreng(separuh mamak). Ahlia Kedua nya ada azam nak keluar lagi. yg Ahlia separuh mamak tu dia kata dulu dia rajin la dengar ceramah politik, dia cakap, bayan semasa keluar jauh beza daripada ceramah yg dia dengar, tak dak kutuk sesiapa, cakap syurga, kelebihan iman n amal, suruh buat baik,cakap tentang sahabat nabi n cerita tentanf syurga, ini membuatkan dia berasa sungguh berkesan pada dirinya, alhamdulillah ini adalah kali kedua dia keluar dan azam nak keluar 40h masturat.Yang mamak ni pula dia azam nak p taklim mingguan , bila ahlia saya cerita kami pernah keluar kat Madras dia cakap itu kampongnya tapi dia tak pernah nampak orng pakai purdah dan ada taklim ditempatnya, alhamdulillah disini dia dapat hidayat dan bersedia jika ada nak datang dia sanggup terima jemaah. Ini anugerah Allah bila kita fikir risau n letakkan calon untukmkeluar jalan allah n doa pd allah, pasti Allah akan memberi kemenangan pd kita.

Ismi Ijmi said...

nantikan rombongan student IPTA ke Sri Petaling next month!! kasi gegar masjid,heh.. doakan saya 40h deh

Ziarah76 said...

nenek,
insya-Allah, moga2 Allah pilih

Hj Musa,
hidayat mengubah manusia.
Saya azam keluar masturat, tunggu anak abis menyusu

ibnu mutalib,
setakat gegar boleh lagi, jgn runtuh sudah le

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails