Tuesday, April 27, 2010

Baiki iman, check sakit

Alkisahnya, maka dihantar lah satu jemaah dhaif untuk berusaha meningkatkan iman dan amal umat di sebuah surau untuk tiga hari sejak Jumaat lepas. Baiki, ubati iman amal yg lemah, sakit.


Surau At-Taqwa baru je siap... tapi jemaah dah dua kali masuk...lagi dan lagi nampaknye.

Arakian... berlangsung lah dgn berhempas pulas siang malam dlm bbrp program yg dilaksanakan hingga ada yg tersenguk2 dlm majlis taklim. Alhamdulillah dpt la jumpa sikit sebanyak umat.... umat dahagakan hidayat.

Tapi.... aisye...ehem ehem..
Bila ada free time, lain pulak dibuatnya, iaitu melakukan pemeriksaan dan rawatan kesihatan, al maklumlah kesedaran terhadap kesihatan zaman sekarang ni semakin tinggi, lagi pulak umur pun dah meningkat. 
Jadi ada pulak sorang ahli jemaah membawa alat akipuntur elektronik maka macam orang yang mengantuk disorongkan bedding la sesetengah kami dibuatnya!

Salah sorang ahli jemaah dicheck... kena tahan sbb makin serius penyakit tu, makin kuat signal sakit yg dirasai. Ada juga level yg boleh pilih... (sakit ooOOO).


Kalau akipuntur cina pakai jarum tajam, tapi yg ni modern punya, cuma kenakan muncung besi depan dia je kpd point-point pada tapak tangan dan sebelahnya untuk mengesan pelbagai penyakit.
Penyakit apa nak check? Kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, kolestrol, buah pinggang, tulang, kesihatan lelaki, semua boleh. (Tapi H1N1, HIV TAK boleh la...)
Selepas diperiksa, ada yg disahkan berpenyakit kencing manis dan ada ramai yg didapati berpotensi menghidap bbrp penyakit. Saya didapati berpotensi utk bbrpa penyakit.... ish ish....  

3 comments:

amirhailmi said...

sakit iman tak ade ubat jual kat klinik. ubatnye keluar jalan Allah, usaha atas iman... biar mati kerana sakit badan, asal mati kita bawak iman.

Umma-ali said...

Aslm,
Sakit zahir bawak pegi hospital.
Sakit iman bawak pegi masjid.
Tapi kalau hospital tu bangunan je tanpa doktor, nurse, dan tools tak dapat juga ubati pesakit, begitu juga kalau masjid, harap tersergam indah je tapi takde dakwah, taklim, ibadat n khidmat...tak dapat juga baiki iman...
Tapi zaman serba canggih tak perlu pegi hospital pun bole cek penyakit kita yek!
Tu lah kita kna ziarah, khususi spya lum sampai masjid, org dah tau dia sakit iman sebenarnya...

Ziarah76 said...

amir,
ye betul...sebaik-baik bekalan akhirat iman yg soheh, amal yg soleh.

umma-ali,
iman turun naik, akhir zaman iman keluar masuk.
kalau orang sakit, tak sedar dia tengah sakit camno?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails