Monday, January 12, 2009

Nak ke mumbai ke umbai?

by ahliah mutakalim,
2 bulan kebelakangan ni mmg menyeronokkan sebab byk event yg 'mengujakan'. Omputih kata full of excitement aaa. dimulakan awal bulan 12, sambut hari jadi dgn kembar, rasa cam muda balik lak pasai kami dpt kek.
Pastu, masa yg ditunggu2 tiba, pasal dah lama sgt tunggu sampai dpt 2 kali family day. first family day ofis suami, then family day keluarga suami. Mmg seronok la!!! Pasal betul2 bole rehat, makan mcm2, rehat makan, rehat makan, makan lagi rehat lagi...pemalasnyerrr. budak2 pun seronok, anak2 bantai main mcm2. kalau swiming pool tu mcm rumah diorang, melekat je mcm tak mau keluar dari mula sampai nak balik.
mula2 sempat bercuti di kampung, lepas tu pegi family day ke Sofitel Senai. Sebenornye mula2 rancangan asal nak ke desaru tp takde rezki... cancel!. Tp sofitel not bad you know, tak sangka la... ingatkan tak seronok dah, rupanya best. Org yg jadi pengerusi penganjuran family day tu mmg best giler!! (laki aku la tu... hehe).
walaupun satu malam je tapi semua staff dan keluarga lebih kurang 50 orang rasa ok la, puas hati.

nasib baik menang gak lawan tiup belon tu... kalau tak penat je la ko naufal.

family day ke-2 ke PD pulak... jauh sungguh ke sana sini bawak baby. dlm perjalanan bawak bekal, sempat pulak tu bawa roti pizza buat sendiri, hotdog special, nasi goreng mcm2 la smua home made... konon bekal la tu tapi tu la punca letih & tak larat. pastu air teh pun tak minum.
Sampai teluk kemang punya ramai umat manusiaaaaa, semua nampak gaya pakat cuti serbu laut. pantai tu macam dah tak larat nak tampung orang yg gila air masin.
Nasib baik dah book awal residence desa lagoon utk 26 org iaitu 6 family. punya ramai adik beradik suamiku... havoc jadinya. makan je dah kecoh tu belum lagi mandi manda. pak guard pun dah tak larat nak tegur pasal diorang mandi semua lengkap dgn pakaian, sluar panjang & baju padahal peraturan kolam tu hanya benarkan pakai...faham2 je la.
Mlm pulak, tunggu2 BBQ tengah makan ayam hangit tepi pantai dgn angin kuat tiba-tiba punya kuat sampai angin naik kepala...dah pening. cancel nak lama2 terpaksa tangguh awal. mujur bilik hotel selesa. baby pun siap ada babycot...aircond nyaman. tp kena baca doa sakit kepala jugak la.. alhamdulillah lepas baca doa tu dpt tidoq lena.

laa.. nape tak pakai flash kan tengah golap tu... bersama sumaiyah, suamiku si mutakalim kununnye.aksi anak-anak bersama sepupu sepapat... eemmm kecoh betol, suruh dok diam tak mau.. ketegaq!
2 budak yg berkopiah tu adik2 mutakalim.. mentang2 karkun 4 bulan, jos sangat bakar ayam sampai hangit, nasib baik ada abg ipar & kakak dok monitor.

esok, anak2 pagi2 dah terjun ke kolam renang dgn sepupu2 depa, mmg dah tak terkawal dahhhh... akhirnya dgn baby sekali masuk kolam...bogel plak tu, smua orang tengok, kira yg paling berani terseksi sekali laaa.

budak2 kalau jumpa air mmg pantang...mesti serbu, padahal bukan reti berenang pon.

tengahari berakhir la PD, next destination ke melake. suami tanya adik dia: "nak pegi mumbai macam maner?" adik dia cakap: "mana ada mumbai, umbai la.. mumbai kat India, tempat makan melake tu umbai."
Sampai di melake dari ayer keroh masuk ke bandar hilir... jem teruk... pon ramai gak orang.. dari PD ke depa nih ikut kami? pusing jln sehala dlm town byk kali sampai letih dan polis trafik pun geleng kepala nengok kitorang pusing2.
Cari hotel kat bandar hilir semua penuh... adoiii... nasib baik ada 2 bilik kosong je tinggal di hotel Queenpark. kalau takde tu, alamat la kami tido dlm keta atau suami pi tido masjid... tapi kami mcm ner? alhamdulillah Allah mudahkan bilik kami tu ok walaupun kecik, sempit dan nak bergerak pun susah bagi kami yg saiz kecil2 ni.
mlm tu bantai carik asam pedas claypot, tapi tak sedap mana pon. esoknya baru jalan sana sini sampai letih lutut. baby tu first time naik menara taming sari macam mak bapa dia jugak n naufal n farhah. byk gak produk pelancong yg biasa2 org cuba/pegi kami pun pegi tapi takle semua. paling kecian naik beca tu sbb pakcik tu dah tua larat ke dia...last2 masa kat bukit sikit kami turun la.. bila turun bukit naik balik.
suami kata, masa kecik2 ada byk rombongan sekolah pegi a farmosa tp dia tak dpt pegi sebab takde duit nak bayar rombongan... katanya dia org susah. jadi hari tu pertama kali la dia tengok a famosa depan mata pd usia 32 tahun. kih kih kih. tp bukan ada ape sgt pon.

farhah duk kat hujung sgt tu...skit lg nak tjatuh. emmm..meriam tu la dok bom orang melayu zaman dulu.

tengahari pekena asam pedas kat restoran asam pedas, punya ramai orang, mula2 terpikiaq jugak depa ni ketagih asam pedas ka? lepas rasa baru tau... mmg sedap.
lepas tu meletihkan diri round2 kawasan2 tu, sempat gak bbrp kali singgah di masjid selat pulau melaka. masjid baru tu... selesa, cantikkk.. tepi pantai ombak dan angin punya kuat. suami kata, ada 3 lokasi di msia ni dicadangkan jd lokasi buat ijtimak & masjid tu salah satu lokasi tu...entah la, most probably kat nilai, NS.
masjid selat pulau melaka... cantikk kannn.

pusing2 gak dlm town sana sini, beli sikit2 apa2 patut. Org melake mmg baik2 kalau tanya direction semua sungguh2 bagitau, depa semua pakat hemoi dgn org luaq, maybe sebab melake negeri pelancongan jadi depa dah biasa orang luaq dtg melawat @ tanya tu ni.
kapal nih tak sempat naik... ramai sgt orang.. maybe next time je la.

sebelah petang cadang nak makan ikan bakar kat umbai, tapi tiba2 dtg balik sakit kepala pening dan bbrp hal yg tak dpt dielakkan... budak2 pulak buat perangai dlm keta... hemmm... akhirnya kami decide untuk chowww awal. kami pun cabuuut.
Anyway, cuti2 ni good exprience, walaupun takle se best kalau jalan2 ke luar negara tapi kalau sahut hasrat kerajaan cuti2 mesia kira ok laa..
dlm perjalanan balik baru teringat... lupa plak... beli cencalok sebotol. takde rezki.
org smua dah letih ko masih cergas farhah?...

10 comments:

Anonymous said...

hakz.
org melaka mmg penuh dgn budi bahasa n peramah;p
Sbnrnye bukan pelancong je tny direction, org melaka sendiri pn ade yg tny direction dlm negeri sendiri jugak..hehehehe
kesiannye, xpe, lain kali dtg melaka btaw ea, sbb boleh makan cencalok kt ayer keroh(my house).hehe

Anonymous said...

insyAllah, nanti kalau kami mai melaka lg kami bagitau... nak jugak menyinggah, sefamili mai jgn havoc sudah:)

Syamsulfaiz said...

Assalamualaikum Ahliah Mutakalim

Ini kalau isteri Shah mesti org yg bernama Chot dulu kan? Hehe

Apa kabar sihat? Ingat aku lagi?

Comelnya bebudak tu.

AKU DAN PERJUANGANKU said...

salam singgah dari saya...kembara membutikan kebenaran, kembara juga meluaskan pengalaman, kembara mengajr kita mgnl hakikat indahnya ciptaan ALLAH yang maha agung....

Anonymous said...

along,
tentu la kami ingat lg kat hang. skrng bukan chot lagi tp izat, dah tua, bebudak tu comel.. tengok la mak bapak diorang. kami semua sihat kat sini..kirim salam kat isteri.

Anonymous said...

aqil,
Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa.

Shada said...

salam izat,

baru nie pun pi bercuti ke PD, pada awalnya nak singgah ke melaka sebelum balik KL, akhirnya tak jadi sebab ada hal lain.

akak seronok kalo lagi ramai ibu yang babywearing dan breastfeeding. terima kasih memberi galakkan pada akak. utk baju breastfeeding stail muslimah mmg ada dalam list nak jual...insyaallah kena bincang dgn hasben.

Anonymous said...

Assalamualaikum k shais.. tq for visiting my hasben's blog.. tp posting nih saya yg buat..tulah saya tgh sibuk cari jubah menyusu.( saya dah ada 3jubah menyusu tempah design sendr). Ingat nak cari sesiapa yg buat jubah menyusu nih.. hasben srh buat sendr tp he he saya tak tau nak jht.. kena cari tkg jht la nmpknya.. hrp kalau ada jubah menyusu inform cpt2 kat saya ye..

ahliah cikgu khairul said...

Assalamu'alaikum... seronok tgk naufal, farhah n sumaiyah. Bila la kita dpt kumpul lg.. mudahan kami pun dipilih Allah untuk fisabilillah..
nak tanya alamat restoren asam pedas tu... baru2 ni kami try cari tp x de rezeki nak jumpa n rasa.. hehe.. terliur pas tgk rancangan warung kita..

izat said...

Assalamualaikum kak nurul..
Yelah, bila lagi nak kumpul2 cam dulu..
Restoran asam pedas tuh kat air keroh..ada 2 tpt kitorg gi. Tapi nak kena tanya sahbulah..he he.. nanti bila dia blk..ijat suruh dia call cikgu ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails