Wednesday, January 7, 2009

Venezuela usir Duta Israel

CARACAS 7 Jan. – Kerajaan Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara ini sebagai protes terhadap serangan rejim itu ke atas Genting Gaza.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tindakan mengusir Shlomo Cohen dan beberapa kakitangan di Kedutaan Israel sebagai seruan ke arah keamanan dan kehormatan terhadap undang-undang antarabangsa.>BACA SELANJUTNYA!
Pengusiran tersebut dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meneruskan perdebatan mengenai prospek gencatan senjata di Genting Gaza dan usaha diplomatik yang giat dijalankan bagi mendesak Israel menghentikan serangan yang masuk hari ke-12 dan telah meragut 660 nyawa.
Venezuela menuduh Israel “melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan” dan “merancang menggunakan kekerasan” ke atas penduduk Palestin.
“Dalam saat tragik dan memeranjatkan ini, rakyat Venezuela menunjukkan rasa hormat kepada penduduk Palestin yang mempunyai semangat wira,” demikian menurut kenyataan itu lagi.
Misi Venezuela ke PBB juga akan mendesak Majlis Keselamatan agar mengambil “tindakan segera untuk menghentikan pencerobohan oleh Israel ke atas kawasan Palestin.”
Venezuela mengutuk serangan Zionis ke atas Genting Gaza dan Presiden Hugo Chavez sendiri pada Isnin lalu menyifatkan apa yang berlaku sebagai “penghapusan bangsa” dan menuduh Amerika Syarikat menyokong serangan tersebut. – AFP

4 comments:

Tujuh Kaki Dalam said...

dan venezuela negara bukan Islam.

doa untuak saudara-saudara kita.

Ladyship Atie said...

di malaysia ade x duta zionis tu?.
kalau ade, halau je sekali.

Ziarah76 said...

TKD,
byk negara bukan Islam benci AS, Israel. Geng2 amerika latin misalnya, fidel castro, hugo chavez semuanya dari dulu meluat dgn AS, Israel. Negara eropah misalnya france recognise Hamas krn Hamas menang secara sah dlm election yg demokratik. Tapi AS, Israel label Hamas terrorist. Bagi yg bukan Islam, mereka lihat dari sudut kemanusiaan, pencerobohan, genocide, human right.. etc. Hitler dah lama benci yahudi. Hendry Ford pun benci dan beri amaran yahudi akan kuasai AS. Org putih AS pun byk dah lama benci yahudi.
Org Islam hampir semua benci yahudi, tapi penyakit orang Islam, kerana perkara kecil, titik bengik sanggup benci-membenci sesama sendiri.
Semua salah saya.

Ziarah76 said...

Atie, Malaysia takde duta Israel krn tak iktiraf penubuhan Israel. Ada lebih kurang 5 negara Islam ada kedutaan Israel, antaranya mesir (kalau tak silap). Tapi kalau negara bukan Islam pun halau duta Israel kenapa negara Islam tak boleh buat gitu? Jgn halau sekali @ 2, 3 kali, tp halau forever.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails