DI KALA penduduk Gaza bermandi darah dengan situasi yang menuntut kesepakatan dan penyatuan umat Islam, perjalanan pilihan raya kecil Kuala Terengganu tidak syak lagi amat perlu mencerminkan perpaduan ummah.
Ancaman dan bencana terhadap umat Islam - walaupun menyedihkan - namun memberi hikmah besar iaitu ummah perlu bersatu tanpa mengira ideologi politik.
Justeru pilihan raya Kuala Terengganu yang tarikh pengundiannya pada 17 Januari ini, merupakan medan paling baik untuk menunjukkan kesediaan memperkukuhkan perpaduan iaitu walaupun berbeza fahaman ia tidak menjadi hal dan tidak perlu berpecah belah dan bercerai berai.
Jika diibaratkan hati-hati umat Islam kini seperti sebidang kain yang luas maka mudah diketahui bahawa ia sudah berkerat-kerat dan terpisah pisah kepada banyak serpihan.
Ini kerana dalam dunia Islam terdapat banyak gerakan yang menjadi seolah-olah gunting yang mengerat kain-kain itu yakni memecahbelahkan umat. Dan sepatutnya umat Islam mengelakkan diri daripada menjadi seperti gunting.
Tetapi kita perlu menjadi umpama jarum dan benang yang menjahit semula dan menyatukan semula hati-hati manusia dan berpadu di bawah satu kalimah. Dengan cara itu, umat ini akan mendapat rahmat Allah.
2 comments:
salam
moga kemenangan berpihak pada yg benar dan bersedia untuk berjihad
ibnusis,
Umat Islam yg bersedia utk bersatu dlm satu jemaah yg mengajak manusia kpd Allah, beramal soleh, mengamalkan sunnah maka pasti diberi kejayaan.
Post a Comment