Wednesday, January 21, 2009

Menjadikan umat Islam mulia semula


Umar al-Khattab r.a pernah berucap: "Dahulu kita adalah kaum yang hina. Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Seandainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita, maka kita akan dihina oleh Allah. (Riwayat sahih al-Hakim).
Ulama, Abu al-Hasan Ali al-Nadwi dalam bukunya Kaifa Dakhala al-Arab al-Tarikh (Bagaimana Bangsa Arab Boleh Tercatat Dalam Sejarah) menggambarkan kehidupan orang Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan terpencil walaupun memiliki beberapa ciri-ciri kekuatan seperti akhlak mulia, bersifat berani, pandai membuat senjata, mempunyai bahasa yang indah - tetapi semua kelebihan mereka tidak meninggikan mereka dan tidak menjadi manusia mulia.
Al-Nadwi berkata: "Orang Arab perlu tahu bahawa mereka tidak akan disebut dalam sejarah (dunia) kecuali disebabkan risalah dan dakwah Islam.
"Allah tidak akan melahirkan rasa cinta dalam hati dan jiwa (orang lain) kepada mereka, tidak akan menyebarkan bahasa mereka sehingga begini luas, tidak kekal dan abadi, tidak menulis ilmu yang banyak (dalam bahasa itu), tidak membina perpustakaan yang begitu besar di mana ia dimanfaatkan oleh ulama lain melebihi orang Arab sendiri, melainkan kerana kelebihan al-Quran dan syariat Islam.
"Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan yang asal dan tidak akan dikenang dengan kemuliaan dalam sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya,"
kata ulama itu yang pernah berkunjung ke Malaysia sekitar tahun 1987 dan meninggal dunia pada tahun 22 Ramadan 1420 hijrah atau 31 Disember 1999.
Kesimpulannya, jumhur ulama bersetuju bahawa umat Islam sama ada bangsa arab, melayu, anglo saxon dan sebagainya hanya akan menjadi mulia semula jika mengambil agama dalam kehidupan dengan beramal soleh dan kembali memasuki pintu yang sama iaitu menjalankan kerja dakwah. Jika tidak, maka kehinaan dan kemunduran akan menimpa umat ini.


11 comments:

abu wahap said...

syukur kerana saya dilahirkan sbg seorg islam.Tulisan tuan sgt best!semoga Allah merahmati hidup tuan.
:)

Ziarah76 said...

masdo, semoga Allah pilih kita buat usaha dakwah bmati-matian sampai mati dan mdpt rahmat/redha Allah di dunia/akhirat. jazakallah tuan.

Anonymous said...

your words is heavenly ornaments...

Ziarah76 said...

jazakallah tuan. :)

Unknown said...

Salam tuan...saya nak mintak tolong boleh tuan..blog tuan dah daftar dngan google adsense x..btoi ke org kata klo nk daftar google adsense,,kena buh artikel b.inggeris banyak2...mintak penjelasan..ye,,,,

Ziarah76 said...

tuan, saya pon tak daftar lagi, jadi tak reti nak jawap. tapi kalau tuan dah tahu nanti, minta tolong bagitau saya. trimaseh

Anonymous said...

Peranan pemimpin adalah tonggak utama untuk memastikan perpaduan yang menjurus kepada kekuatan ummah.

Unknown said...

Salam...tuan...saya tengah nak approved google adsense...kena tukar content semua dalam bi....hu3..wait...la...

Ziarah76 said...

betul la raja rusia, if pemimpin n penduduk briman/bramal soleh tentu berjaya dunia/akhirat kita semua.
Kita sama2 minta spy dijauhkan pemimpin spt firaun yg jd tonggak utama memerintah/satupadukan mesir n jajahannya/menguasai kekayaan dunia. Hebatnya hingga ari ni piramid pun dianggap luar biasa. Walaupun kepimpinan jd tonggak n empire besar, tapi gagal di sisi Allah.

anak pendang, buat la pape patut. jgn tinggal 5 amal masjid sudah..

fahana_ann said...

em,muhasabah sekejap bila baca entri ni..memang hanya dengan agama dapat menjaga kita..mencari kebenaran dan ketenangan..hanya dengan AD-DEEN

Ziarah76 said...

fahana, benar dan alhamdulillah syukur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails