Sunday, January 1, 2012

Iklan rumah sewa dibuka lagi 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar terkini... siap ada pokok daun pandan kat halaman.

Masa berlalu pantas. Maka rumah teres setingkat kami yang disewakan di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan akan dikosongkan oleh penyewa pada akhir Januari ini. Penyewa yang budiman itu membuat keputusan untuk berpindah kerana membeli sebuah rumah teres dua tingkat di area yang sama. Drpd tiada rumah kpd ada rumah sendiri adalah satu pencapaian kepada pasangan suami isteri muda yg menyewa itu. Tahniah!
Justeru, rumah sewa kami ini sudah pernah didiami dua penyewa, tetapi tuan punya rumah masih belum pernah menetap di situ!. Itu lah dunia...senda gurau main-main, sungguh sementara sifatnya.
Iklan rumah ini pernah dipublish dlm blog ni di SINI , SINI , SINI dan SINI. (Boleh klik untuk tengok gambar lama).
Lokasi rumah ini amat strategik dan kawasannya amat mendamaikan untuk tinggal, sehinggakan penyewa sebelum ini pun membeli rumah di area yang sama. Lokasinya di Seri Kembangan tentulah dekat dengan Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Kuala Lumpur, Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Masjid Jamek Sri Petaling, Stadium Bukit Jalil, Giants, Jusco, Pasar Borong, Carefour, TPM dan sebagainya. Kawasan ini juga mudah untuk ke KLIA, Sepang, Dengkil, Banting dan sebagainya dengan lingkaran jalan raya dan highway yang banyak.
Kemudahan di kawasan ini juga dah bertambah termasuk gerai, restoran, kedai-kedai, tadika, petrol station, sekolah...etc dan sebuah surau yang terletak berhampiran rumah sedang dalam proses pembinaan. Ketika ini, masyarakat Islam boleh meramaikan jemaah di surau di sebuah apartment yang juga terletak berdekatan taman.

gambar lama.. masa mula2 ambil kunci




Mengambil kira rate terkini di sekitar kawasan itu, maka kami bercadang mengenakan:
-Kadar sewa RM700 sebulan.
-Deposit 2+1 (deposit sebulan dan sewa rumah masuk 1 bulan)
-Deposit api air RM250
Sesiapa yang berminat boleh meletakkan nombor di ruang komen di bawah. Dan kami akan hubungi, insya-Allah
Terima Kasih.

Thursday, December 22, 2011

Doa beramai-ramai...

بسم الله الرحمن الرحيم

Doa penutup ijtimak oleh Maulana Yusof rah

Ya Allah ya tuhan kami! Ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah ampunilah dosa kedua-dua ibu bapa kami, ya Allah ampunilah dosa dan kemaksiatan saudara mara kami, ya Allah ampuni lah dosa dan kejahatan anak isteri kami, ya Allah ampunilah dosa dan kesalahan umat Muhammad s.a.w. Ya Allah! kami bersalah, kami berdosa, kami telah mnzalimi diri kami, jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah, Engkau Amat Mengetahui bahawa kami telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak terkira banyaknya, kami mendurhakai-Mu, kami tetap bersikap acih tak acuh terhadap perintahMu, tetapi ya Allah! Kami sedar dan insaf kami bertaubat kepadaMu maka terimalah taubat kami dan ampunilah kami. Ya Allah Ya Tuhan kami! Kami beradadalam kancah kemaksiatan dan kejahatan, ya Allah masa hayat kami hampir berakhir dalam mengikut nafsu, wahai Yang Maha Pengasih! Kami telah terbenam dalam keduniaan da dunia ini telah menjadi pujaan kami, wahai Yang Maha Pengampun!  dalam megutamakan dunia maka segala kebolehan dan tenaga telah kami sia-siakan, wahai Yang Maha Rahman, kami telah menyeleweng dari agamaMu yang telah menjadi kesalahan palijg besar maka ampunilah kesalahan kami yang paling besarnitu. Wahai Yang Maha Rahim, kami benar-benar telah insaf bahawa yang penyelewengan dari agamaMu telah mencampakkan kami ke dalam kancah kejahatan dan kebinasaan dan penyelewengan dari agamaMu telah melenyapkan dari kami segala rupa kebaikan yang dahulunya Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, ampunilah kami segala kesalahan kami itu, ampunilah segala kesalahan umat Muhammad s.a.w. Ya Allah, tugas yang diletakkan oleh PesuruhMu Muhammad s.a.w ke atas bahu kami telah kami campakkan dan kami telah menyerahkan agama kami kepada anasir-anasir yang tetap menjauhkan kami daripada ajaran-ajaran kekasihMu Muhammad s.a.w. Ya Tuhan Yang Maha Rahman, kasihani lah kami,t ya Allah kasihanilah kami, kasihanilah kami ya Allah...............      


-doa di atas hanya permulaan dan sebenarnya ia lebih panjang lagi seperti yang dipetik dari buku berjudul 'Doa dan Zikir Rasulullah s.a.w.'

Tuesday, November 8, 2011

Sentiasa pertingkatkan keimanan


Perutusan Aidiladha Muhyiddin pada 5 Nov. 2011.
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Umat Islam diminta  menyemarakkan ajaran agama itu yang  menggalakkan seruan ke arah kebaikan dan  mencegah kemungkaran bagi menangkis  gejala-gejala yang boleh melalaikan diri daripada  mentaati perintah Allah.
Maulana Hamid mengimamkan solat Zuhur di Ijtimak Nilai.
Muhyiddin turut serta. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin berkata, seruan ‘al-amr bil ma'ruf’ dan  ‘al-nahyu anil-munkar’ yang diterapkan oleh agama  Islam adalah benteng terbaik untuk menghadapi  cabaran keimanan, di dalam konteks kehidupan  masyarakat yang semakin kompleks.
“Saya yakin dengan adanya usaha berterusan  daripada pelbagai pihak untuk menyeru ke arah  kebaikan dan membimbing masyarakat menjauhi  kemungkaran, kita akan dapat mewujudkan  sebuah masyarakat yang harmoni,  bermoral dan  berakhlak mulia,'' katanya dalam perutusan  Aidiladha yang dikeluarkan di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, kesepaduan umat Islam untuk  membimbing masyarakat agar sentiasa mentaati  perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.  akan menjadikan umat Islam sentiasa dipandang  mulia.
Dalam perutusan itu Timbalan Perdana Menteri  turut menyarankan umat Islam supaya  menghargai nikmat keimanan kepada Allah dan  sentiasa berusaha memperkukuh dan  meningkatkan keimanan dengan mentaati segala  suruhan dan menjauhi segala laranganNya.
Prof. Abdul Rahman memberi taklimat ringkas kepada
Muhyiddin di Ijtimak Nilai. 
Sejajar dengan sambutan Aidiladha yang disambut  esok, beliau turut mengingatkan umat Islam  menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan  ketaatan anaknya Nabi Ismail menunaikan  perintah Allah.
“Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban tidak  dapat dipisahkan daripada ibadah korban.  Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia  merupakan hari untuk umat Islam memperingati   kisah pengorbanan Nabi Ibrahim  dan  kesabaran  tiada tara anaknya Nabi Ismail dalam mentaati  perintah Allah.
“Pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim  membuktikan kemuncak takwanya kepada Allah   SWT,'' katanya.
Selain itu, penghayatan juga harus diberikan  kepada junjungan besar Nabi Muhammad, para  sahabat dan ulama yang menyebarkan Islam ke  seluruh alam.
 "Alhamdulillah, dengan pengorbanan yang  dilakukan oleh mereka dalam menyebar syiar dan   dakwah Islam, kita telah menerima sinar hidayah  paling bermakna untuk menjadi umat terpilih,  umat yang beriman kepada keesaan Allah SWT   dan kerasulan Nabi Muhammad,'' katanya.
Bersempena sambutan itu, Timbalan Perdana  Menteri dan keluarga mengucapkan Selamat Hari  Raya Aidiladha kepada umat Islam di seluruh  negara dan rakyat Malaysia yang meraikannya di  seluruh dunia.

---------END------------

NOTA: Blog ini bukan blog politik, jadi ketepikan soal perbezaan politik, kerana jika ada unsur politik maka seruan TPM di atas mungkin tidak mahu dipersetujui oleh musuh politiknya. Hakikatnya, apa yang benar tetap benar walau siapa sahaja yang memperkatakannya. Di sini, apa yang dikatakan Muhyiddin adalah benar dan kita perlu menyokongnya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails