Thursday, May 16, 2013
Wahai YB...anda bergembira atau bersedih?
SELEPAS pilihan raya umum berlalu, pelantikan menteri kabinet menjadi perbualan ramai.
Itu adalah proses biasa dalam demokrasi iaitu selepas rakyat memilih pemimpin di kawasan parlimen atau dewan undangan negeri dalam sesebuah pilihan raya maka ketua parti yang menang majoriti terbanyak akan melantik pemimpin dalam kerajaan untuk membantunya mentadbir negara.
Apapun tahniah dan syabas kepada YB-YB yang menang dan YB-YB yang dilantik dalam kabinet.
Dari satu sudut lain, saya melihat kebanyakan pemimpin-pemimpin yang menang dalam pilihan raya begitu gembira dengan kemenangan malahan ada yang dijulang dan dilambung oleh pengikut dan penyokongnya bagi meraikan kemenangan sebaik sahaja diumumkan menang pada hari pengiraan undi.
Begitu juga, ada pemimpin terutama muka baru yang berasa cukup gembira apabila dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri atau pun exco kerajaan negeri.
Ada pula pemimpin yang berasa sedih teramat sangat, kecewa yang bukan kepalang bila tak dilantik ke jawatan tertentu dalam kerajaan pusat atau negeri atau kalah dalam pilihan raya.
Apabila mengenangkan tanggungjawab dan amanah yang dipikul bila memegang jawatan tersebut, apakah ada masa para pemimpin ini untuk bergembira atau dijulang-julang ke siling?
Patutnya yang kalah atau tidak terpilih adalah orang yang tersenyum lebar kerana terlepas daripada amanah yang berat yang akan ditanya di akhirat di hadapan Allah.
Sebab, hakikatnya, menjadi seorang pemimpin atau diberi jawatan, ia bukanlah lambang kepada kehormatan atau kemuliaan diri, bahkan satu bebanan berat yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; "Akan datang satu masa kamu akan berkeinginan untuk menjadi ketua. Menjadi ketua itu akan menyebabkan kamu menyesal pada hari kiamat. Perumpamaan menjadi ketua adalah seperti wanita yang menyusukan anak, pada mulanya menyusukan, dia disukai tetapi semasa menceraikan susu dia tidak disukai." (Bukhari)
Contoh kita adalah para sahabat r.hum. Itu lah cara untuk bergembira di akhirat kelak.
Umar bin Al Khattab masih makan roti kering dan memakai baju yang penuh dengan tampal semasa menjadi khalifah. Setiap malam beliau akan membuat rondaan untuk membantu orang-orang yang susah.
Salafusolihin, khalifah Umar Abdul Aziz hidup dalam keadaan zuhud. Diriwayatkan daripada Humaidi katanya: “Setelah Umar bin Abdul Aziz ditabal menjadi khalifah, beliau pun menangis seraya berkata: “Wahai Qilabah! Adakah kamu tidak berasa bimbang mengenai diriku? Qilabah lalu bertanya: Apakah perasaan cinta dan keinginan tuan terhadap wang? Jawabnya: Aku langsung tidak menyukainya. Kata Qilabah: Oleh itu, tuan tak perlu berasa bimbang dan takut. Sesungguhnya Allah akan sentiasa memberi pertolongan kepada tuan.”
Wahai pemimpin yang saya kasihi, sekarang anda bergembira atau bersedih?
Thursday, November 4, 2010
Politik
PERBINCANGAN mengenai politik selalunya mendapat sambutan hangat di negara ini. Maka tidak hairan jika ada pihak yang tidak berminat terhadap politik maka ia seolah-olah tidak dapat diterima masyarakat walhal sikap itu bukanlah menyalahi undang-undang negara, waima undang-undang Islam sekali pun.
Begitupun, perlu lah kita sedar bahawa bukan bermakna orang yang tidak berminat terhadap politik, tidak tahu menahu soal politik. Justeru, posting kali ini menyentuh soal asal usul ideologi politik masakini dan dari mana asalnya ia datang.
Secara umumnya, politik atau siasah di sesebuah negara dicorakkan oleh ideologi politiknya dan di kebanyakan negara khususnya negara yang pernah dijajah, permikiran politiknya adalah seperti yang dipupuk oleh penjajah.
Disebabkan itu, kebanyakan negara serasi menggunakan ideologi politik yang susur galurnya berakar dari idea tokoh pemikir eropah moden, kerana negara eropah banyak menjadi penjajah.
Sebagaimana manusia, otaknya yakni fikirannya akan mencorakkan pergerakan dan tindakan badannya, begitu juga pemikiran atau ideologi politik ini mencorakkan apa yang diamalkan kebanyakan negara.
>Baca selanjutnya...
(*Ini artikel lama, sebab takde idea untuk entry baru jadi copy paste, lagi pun agaknya sesuai dengan keadaan semasa. Bagaimanapun perlu ditekankan di sini bahawa saya amat menghormati sesiapa saja saudara seIslam kita yang berada di mana-mana parti politik pun.)
Thursday, August 5, 2010
Melihat orang yang lebih rendah dunianya...
Yang terbaik ialah mengikut saranan Nabi s.a.w iaitu dari segi keduniaan hendaklah kita melihat orang yang lebih rendah agar kita bersyukur dgn apa yang dimiliki, tetapi dari segi keagamaan, perlu lah kita melihat orang yang amalan agamanya lebih baik dan mengikutinya.
Mafhum hadis, Dari Abdullah Ibnu A'mr r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang berdoa kepada Allah, Allah akan memasukkannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barang siapa yang tidak berdoa dengan doa ini Allah tak akan menuliskan di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar.
Dan barangsiapa yang melihat seseorang yang lebih baik dari segi agamanya dan dia mengikutinya, dan mengenai perkara dunia dia melihat orang yang lebih rendah daripadanya dan dalam keadan itu dia bersyukur kepada Allah (dengan kurniaan dan limpah rahim Allah), Allah akan meletakkannya di kalangan orang-orang yang terbaik dan akan menuliskannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barangsiapa yang melihat kepada orang yang kurang agamanya dan melihat orang yang lebih dari segi dunianya dan sentiasa mengeluh dalam memperolehi duniaannya yang kurang, maka Allah tidak akan menggolongkannya di kalangan orang yang bersabar dan di kalangan orang yang bersyukur. (Hadis riwayat Tirmidzi. Boleh juga dirujuk dalam Muntakhab Hadith).
Mendengarkan mafhum hadis, dari satu segi, sudah barang tentu kita menyakini bahawa jika kita melihat orang yang lebih tinggi keduniaannya lalu cuba melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya akan sengsara.
Bagaimanapun, bukan setakat individu yang punah bahkan sesebuah negara pun boleh punah akibat sikap demikian. Ini pernah terjadi kepada sesebuah negara yang berstatus negara maju, kaya bahkan ia adalah negara paling kuat kononnya pada waktu ini hingga memegang hegemony dunia dan tak ada masalah kalau hendak bertindak secara unilateral dalam isu antarabangsa. (Seluruh kekuatan dunia tak lebih dari kekuatan sarang labah-labah; nilai seluruh dunia tak lebih dari sebelah kepak nyamuk).
Tak lain tak bukan negara itu ialah Amerika Syarikat (AS). Sesiapa yang mengikuti perkembangan politik dan ekonomi dunia takkan terlepas daripada melihat AS sebagai punca kelembapan ekonomi global, akibat krisis kewangan yang antaranya berpunca daripada krisis subprima.
Tuesday, September 1, 2009
Kucing merdeka

Menyorok atas tayar.. ni gambar dah keluar sikit..
Jadi bila gua pegi tengok dekat2, dia menggigil dan terus memperosokkan diri ke dalam. Bagus juga cara menyorok camtu sebab anjing tu tak dapat la sua kan muncung nak gigit.
Tapi bila dia alihkan sikit badannya maka ternampak lah ekornya dah berdarah dan 'alat' kejantanannya pun macam luka. Ish..ish kesiannnnn...
Gua suruh dia keluar dari tempat persembunyian kerana dia sudah 'Merdeka' dan 'Sekarang sudah aman'.
Walau apapun, kena control hensem..
Tapi dgn muka trauma dan cuak, dia terus duduk dlm dgn kepala terjenguk sikit ke luar, mungkin nak tengok line clear ke tak. Beberapa minit gak dia menyangkutkan diri atas tayar sampai sempat la gua ammik gambar. Pastu gua umpan dgn ikan keli goreng special, tapi dia 'malu-malu kucing' walaupun usia dia nampak mencecah warga emas, tapi tak la sampai umur 52 tahun.
Malu-malu kucing atau malu-malu takut...ikan keli goreng special tak terusik.
Lepas tu orang rumah pun bukak air paip sebab nak basuh lantai. Jadi bila nampak air je terus kucing tu melompat keluar dan melarikan diri dgn laju beb....
Dari tak berapa jauh dia berhenti, aku nampak dia macam dah lega kerana 'Sudah Merdeka' cuma dia takde la laungkan Merdeka!. Itu lah kucing yang dimerdekakan daripada penjajahan, pembulian dan perangai buruk haiwan anjing. Maka tiada lagi lah hidupnya buat masa tu dalam ketakutan kerana tiada lagi penjajah di kawasan daerah jajahannya.
Anjing tu memang tak berperikemanusiaan sebab dia bukan manusia. Tapi anjing tu ada hati perut dlm perut dia pasal tu bila dihalau, dia tahu itu bukan tempat milik dia lalu dia lari. Misalnya, takde la anjing tu menceroboh semenanjung Gaza lepas tu duduk buat macam rumah sendiri.
Kucing tu merdeka tapi dia tahu kemerdekaannya perlu dipertahankan dgn langkah-langkah tertentu kalau tak, boleh jadi kemerdekaannya hilang lagi dan hidup dlm ketakutan semula. Kerana anasir jahat kat luar tu bila-bila boleh datang balik.
Tapi selain ancaman luar, kucing tu tahu jugak agaknya ada ancaman dari dalam sebab kat daerah jajahan dia (sekitar taman perumahan gua) ada beberapa ekor kucing jantan jugak yang masing-masing mahu berebut kuasa, wilayah, kucing betina dan hasil mahsyul.
Semoga kucing tu terus merdeka....
Monday, August 3, 2009
Selesaikan masalah dgn perantaraan amal
1)Kecoh demonstrasi mansuh ISA.
2)H1N1 semakin menular dan hari ini sorang lagi meninggal - menjadikan mangsa korban enam orang di Msia.
3) Masalah ekonomi dan kewangan global yg turut memberi kesan kpd Msia. World economic growth -1.4 pd Julai 09, GDP Msia drop 20 percent. Ia mungkin akan terus merosot.
Ini semua adalah berlaku dengan kehendak Allah. Tetapi hasil natijah daripada amalan-amalan buruk manusia. Baru-baru ni seorang maulana memberi ceramah yang antara lainnya bermaksud lebih kurang:
Apa2 keadaan yg datang dalam dunia, ia datang dan berlaku dgn kehendak Allah.
Baik atau buruk datang dengan kehendak Allah. Kekayaan, kemiskinan, kesusahan, kegembiraan pun Allah yang datangkan.
Tapi untuk hasilkan sesuatu keadaan ada seuatu kaedah atau tertib yg ditentukan oleh Allah.
Bila amalan hamba-hamba-Nya jadi baik maka Allah akan wujudkan keadaan yg baik bila amalan rosak, maka Allah akan jadikan keadaan pun rosak.
Bila amalan seseorang individu jadi baik maka Allah akan jadikan keadaan yg baik bagi individu itu, bila amalan individu itu rosak maka Allah akan wujudkan keadaan rosak untuk individu itu.
Bila keadaan ijtimaie atau dalam ramai2 manusia secara bersama jadi baik maka Allah akan wujudkan keadaan yg baik untuk semua orang, tetapi bila ramai2 keadaan melakukan dalam amal2 yg rosak maka Allah akan wujudkan keadaan rosak untuk semua orang.
Nabi SAW ketika dalam peristiwa Israk Mikraj baginda nampak ada perkara yang naik ke langit dan ada perkara yg turun ke bumi. Baginda bertanya, "wahai Jibril a.s apakah yg naik dan apa perkara yg turun dari langit?
Jibril a.s menjawab yg naik dari bumi adalah amalan manusia dan yang turun dari langit adalah keputusan Allah.
Iaitu bila amalan baik naik atas maka Allah beri keputusan baik turun ke bumi.
Bila amalan rosak maka keputusan Allah juga berikan keadaan yang rosak.
Suatu ketika Nabi SAW bertanya kepada Allah: "Ya Allah bagaimanakah saya dapat kenal bahawa Kamu suka kepada seseorang? Apakah tanda2 yang mana kamu suka kepada seseorang itu?"
Allah wahyukan kepada Nabi SAW: "Bila saya sukakan seseorang maka saya akan turunkan hujan semasa hasil tanamannya nak jadi masak, dan semasa nak menuai saya tidak turunkan hujan, dan saya akan beri harta2 mereka kepada orang yg ada sifat dermawan, dan saya akan tetapkan bagi mereka orang2 yang adil yang membahagikan harta dan menentukan urusan mereka."
Nabi SAW bertanya: "Bila kamu murka, apakah tandanya?"
Allah beritahu melalui wahyu bahawa: "Bila saya murka kepada satu2 kaum maka semasa mereka punya tanaman masak dan perlukan hujan tapi saya tak turunkan hujan dan bila nak menuai hasil maka saya turunkan hujan dan harta mereka berada di tangan2 orang yg kedekut di antara mereka dan saya akan letak pemerintah yang zalim di kalangan mereka."
Oleh itu, jangan lah kita mengkritik atau kondem pemerintah kita tetapi sebenarnya pemerintah itu adalah hasil daripada amalan kita.
Jika manusia beri zakat maka Allah beri berkat dalam hartanya akan ditambah dan Allah akan pelihara harta mereka. Dalam haji, seorang yang menunaikan haji tidak akan jadi fakir. Diberitahu bahawa pagi2 awal2 pagi beri lah sedekah, kerana sedekah ini tidak benarkan musibah untuk timbul utk orang itu.
Orang yang sentiasa beri sedekah maka Allah akan pelihara deripada 2 penyakit, 1: penyakit kulit jadi putih, 2: penyakit kusta.
Begitu juga, orang yg sentiasa menghubungkan silaturahim maka Allah akan tambah berkat dlm kehidupan dia.
Bila amalan kita jadi baik maka keadaan kita juga jadi baik. Jadi begitu juga kalau orang tak bagi zakat maka Allah akan tahan hujan. Dan kalau lah bukan kerana binatang yang tidak ada lidah iaitu tidak boleh cakap Allah tidak akan turunkan walaupun setitik air ke bumi.
Kalau orang tipu dalam timbangan, Allah akan wujudkan kemarau.
Bila zina jadi berleluasa di satu tempat maka Allah akan wujudkan penyakit2 di tempat itu yang mana penyakit itu tidak akan dapat mengenal pasti tabib yang pakar pun tak dapat kenal apa jenis penyakit yang Allah akan wujudkan (dan manusia tak tahu ubat atau penawarnya).
Aisyah r.ha berkata, bila satu bahagian dalam bumi tempat itu zina berleluasa, Allah akan perintahkan bumi itu bergerak dan berlaku gempa bumi di tempat itu.
Bila di tempat orang tak tunaikan janji mereka, maka di hati-hati orang itu, Allah akan letakkan ketakutan dalam hati itu terhadap orang lain.
Begitu juga kalau satu tempat orang langgar perintah Allah, buat kemungkaran berleluasa, maka bumi itu akan bertanya Allah, "Bolehkan saya pecah muka bumi dan telankan semua mereka ini? dan Allah beritahu kalau mereka itu makhluk kamu maka kamu buat lah begitu.
Maka air pun berkata, benarkan kami naik dan tenggelamkan mereka semua, maka Allah kata, kalau mereka ini makhluk kamu maka kamu buat macam tu.
Maksudnya ialah bila satu tempat kemungkaran jadi berleluasa, maka azab Allah akan datang. Macam mana kita punya amal begitu lah kita punya keadaan.
Sebenarnya keadaan yang baik ialah bentuk amalan kita bertukar kepada bentuk natijah yang baik, bila amalan tidak baik maka bentuk natijahnya ditukar juga kepada tidak baik.
Bila amalan baik bentuk ditukar kepada ganjaran syurga tetapi bila amalan buruk bentuk ditukar kepada azab neraka.
Bila Allah beri nikmat2 kepada manusia, secara umumnya manusia selalunya sibuk dengan nikmat itu hingga lupa kepada Allah.
Sebenarnya nikmat itu diberikan kepada kita kerana melalui nikmat itu supaya kita boleh sampai kepada Allah, iaitu bila kita menikmati nikmat lalu bersyukur, lebih dekat kepada Allah, mentaati perintahNya, menjauhi laranganNya.
Tapi secara umumnya manusia guna nikmat itu tetapi lupa kepada Allah.
---sekian, ini adalah sebahagian saja daripada bayan itu.
Friday, May 15, 2009
Perak political crisis

TO think once was insufficent to produce an answer. An hour or two might not be enough to produce a concrete answer. A day or two would leave us in confusion. And a week or two would only put us in doubt. Imagine how long hours, days and months were wasted for the sake of power in Perak. And after serious trouble took place here and there, but still nothing shows that the crisis seem to be on the mend.
So, let us pray that our muslim brother and ummah will not be continuously deluted by the excessive struggle for power. Whether election would be held or not soon, we should be able to uphold the spririt of unity and brotherhood. Certainly, for so many years and decade, politic had always been an effective tool to put mankind into trouble.
Friday, May 8, 2009
Sidang DUN Perak
Ia menunjukkan boxing glove yang disusun di atas meja. Boxing glove itu dihasilkan secara berulang menggunakan satu acuan asal sarung tangan boxing yang asli. Kreatif betul artis ini, kalau tengok dari depan mata baru tahu betapa halus seni mereka dan cukup bermesej, ketajaman dan kritis pemikiran artis.
Meja bulat tersebut adalah simbolik dalam dewan rakyat dan kerusi mungkin menggambarkan kerusi dewan dan sekelilingnya dihiasi dengan warna pelbagai bendera mungkin menggambarkan negeri-negeri yang ada sidang DUN.
Boxing glove tu tentu lah simbolik menggambarkan ahli dewan undangan negeri 'bergaduh' atau 'bertumbuk'.
Gambar ini diambil pada April lalu. Dan tentulah tiada kaitan dengan sidang DUN Perak semalam yang menyaksikan YB-YB 'bergaduh' dan 'serang-menyerang'.
-Lebih baik apolitical.
Thursday, January 8, 2009
Menzahirkan perpaduan di K.Terengganu

Ancaman dan bencana terhadap umat Islam - walaupun menyedihkan - namun memberi hikmah besar iaitu ummah perlu bersatu tanpa mengira ideologi politik.
Justeru pilihan raya Kuala Terengganu yang tarikh pengundiannya pada 17 Januari ini, merupakan medan paling baik untuk menunjukkan kesediaan memperkukuhkan perpaduan iaitu walaupun berbeza fahaman ia tidak menjadi hal dan tidak perlu berpecah belah dan bercerai berai.
Jika diibaratkan hati-hati umat Islam kini seperti sebidang kain yang luas maka mudah diketahui bahawa ia sudah berkerat-kerat dan terpisah pisah kepada banyak serpihan.
Ini kerana dalam dunia Islam terdapat banyak gerakan yang menjadi seolah-olah gunting yang mengerat kain-kain itu yakni memecahbelahkan umat. Dan sepatutnya umat Islam mengelakkan diri daripada menjadi seperti gunting.
Tetapi kita perlu menjadi umpama jarum dan benang yang menjahit semula dan menyatukan semula hati-hati manusia dan berpadu di bawah satu kalimah. Dengan cara itu, umat ini akan mendapat rahmat Allah.