“Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sehat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah.”
Oleh Tuan Haji Musa Kuala Kedah
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib tentang kemulian orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti mereka akan bangun didepan Allah swt dalam keadaan sebagaimana mereka syahid didunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan , kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan bangun didepan Allah dalam keadaan luka mereka baharu sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi. Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun dah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.
Inilah kesah yang ingin aku paparkan untuk renungan kita bersama.
Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kesah benar yang berlaku pada Jun 2010 yang lepas.