Showing posts with label seni. Show all posts
Showing posts with label seni. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Berkelana di bumi Allah s.w.t

Gambar hiasan...ini jemaah jalan kaki di Johor Bahru tahun lepas


Syair al-Imam Asy-Syafie Rah.a:

ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ

سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ 

إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ 

والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب 

والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ 

والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب 

فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ

Menetap hanya di satu tempat bukanlah sesuatu yang menyenangkannya bagi orang yang berakal dan bertamadun, justeru tinggalkanlah tanah airmu dan mengembaralah.

Bermusafirlah, nescaya kamu akan bertemu pengganti bagi orang yang ditinggalkan,
Bersusah payahlah, kerana kenikmatan hidup akan dikecapi dengan bersusah-payah

Sesungguhnya aku melihat air yang berhenti mengalir itu akan mendatangkan kerosakan, sebaliknya jika ia mengalir barulah akan mendatangkan kebaikan, begitulah jika air tidak mengalir maka tercemarlah ia.

Singa tidak akan mendapat mangsanya sekiranya ia hanya tetap di dalam sarangnya,
 
Anak panah tidak akan sampai kepada sasarannya jika ia tidak keluar dari busurnya
 
Begitujuga matahari jika terhenti pergerakannya maka pasti akan jemulah manusia sekeliannya samaada Arab mahupun Ajam.

Emas adalah semata-mata satu ketulan tanah jika tidak dikeluarkan, sementara kayu 'aud (gaharu) jika terbiar di hutan samalah nilainya seperti kayu yang biasa.

Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka barulah akan terlihat kehebatan dan ketinggian nilainya dan jika emas dalam tanah  itu dikeluarkan, maka barulah terserlah kehebatannya sebagai bongkahan emas yang tinggi nilainya.

(Syair dipetik dari Kitab Diwan As-Syafi'e)

Copy paste dari Ustaz Ishak Zaini

Tuesday, November 2, 2010

Selamatkan....

UMAT Islam umpama satu badan, jika salah satu anggotanya sakit maka kesemua anggota badan yang lain turut merasai kesannya.
Demikian yang terjadi kepada umat Islam pada waktu ini yang ditimpa pelbagai bencana sama ada musibah perpecahan, peperangan, meninggalkan amalan-amalan agama dan sebagainya sehingga lah ke malapetaka berbentuk nyata seperti gempa bumi, tsunami, banjir, gunung berapi dan sebagainya.
Apa-apapun malapetaka terhadap umat Islam yang berlaku di mana-mana, tentulah kita berkongsi simpati termasuk yang terbaru terjadi kepada Indonesia apabila dilanda tsunami dan ledakan gunung berapi yang waktunya hampir-hampir serentak.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada malapetaka dan memberikan keselamatan dan kebaikan di dunia dan akhirat. Amin.

Di bawah adalah klip video lagu oleh Salman (ex-gitaris Sheila On 7)  mengisahkan mengenai bencana yang melanda di negaranya. Lagu itu berjudul Selamatkan dari album Selamatkan.






Selamatkan
Ketika alam telah kehilangan kekuatannya
Untuk melindungi kita
Kini ragam bencana melanda

Berjuta jiwa bergelimpangan di bumi tercinta
Ada tangisan dan juga jeritan
Kini bangsaku telah berduka

*Janganlah menyalahkan ketentuan-Nya
Namun ambilah hikmahnya
Tuk (untuk) sujud pada Nya

Demi kasih sayang Mu
Oo tuhanku selamatkan lah Indonesia
Dari semua bencana yang terjadi 

Demi kasih sayang Mu
Oo Ya Allah kami memohon
Kurniai kami kemampuan
Tuk (untuk) bangkit lagi menuju 
keridhoan-Mu

(ulang chorus*)

Thursday, October 28, 2010

Peribahasa karkun Part 2

@ mymahallah
Bertemu lagi kita dalam entry peribahasa sebagai lanjutan daripada entry peribahasa part 1 yang pernah muncul dalam entry lepas iaitu di DI SINI. Disebabkan entry lepas tidak kurang hebatnya mendapat sambutan (ni exaggerate) maka dilanjutkan entry kedua mengenai peribahasa kali ini.
Namun kali ini ada sedikit kelainan kerana entry yang dahulu menyatakan peribahasa yang telah diubah suai sedikit perkataan daripada peribahasa asal untuk digunakan oleh kebanyakan rakan seusaha.
TETAPI entry kali ini mengekalkan keseluruhan perkataan asal peribahasa itu yang mana ia menunjukkan peribahasa itu memang dilakukan oleh rakan seusaha.


Contoh peribahasa entry lepas:
"Di mana bumi dipijak di situ ghast ditegakkan"
-Utk menggambarkan kononnya kesungguhan buat ghast. Ubah suai drpd 'Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'


-------------------

Peribahasa kali ini:

"Jauh perjalanan luas pandangan"
 Keterangan (K): Rakan seusaha memang alhamdulillah berjalan ke sana sini kerana Allah. Dengan itu bertemu ramai orang, tengok banyak tempat, banyak pengalaman, berfikiran terbuka, mudah masuk bersembang dgn sapa pun.


 "Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan"
K:  Ni memang berlaku, dlm rumah confirm rotan sudah ada digantung, kalau degil memang kena lah... (tapi kena ikut la cara ditetapkan). Yang si isteri kena tinggalkan 3 hari, 40 hari, 4 bulan itu memang lah tanda sayang suami untuk beri agama kpd keluarga dan seluruh umat.


"Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
K: Bersakit-sakit maksudnya bersusah-susah la jumpa orang, tebalkan muka pintu ke pintu, mujahadah sikit2 mudah-mudahan bersenang lenang di hari kemudian iaitu di akhirat.


"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"
K: Menyesal dan tersedar semasa hidup dunia masih boleh diperbetulkan, taubat etc... tapi menyesal di hari kemudian, tiadalah manfaatnya.  

Arwah Za'ba 




"Jangan pandang orang yang berkata, pandang apa yang ia kata" (Shakespeare, dipetik juga dalam buku Ilmu Mengarang Melayu oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) cetakan pertama 1934 (jawi), cetakan kedua 1962 dalam bab peribahasa, perumpamaan muka surat 191)

K: Kalau sebelum bayan, orang yg jorna kadang2 akan katakan peribahasa di atas ni. Lagipun apa yang dikatakan itu lebih penting berbanding siapa yang bercakap itu. 



"Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing"
K: Kerja gotong royong kemas set taam dan bersihkan masjid atau surau dan lain-lain perkara sebelum jemaah meninggalkan sesebuah masjid/surau untuk ke route seterusnya atau tangguh.

Okay lah, sekian dulu kali  ini, jika ada yang anda hendak tambahkan peribahasa, sila tuliskan di ruang komen. Hehe

Saturday, September 18, 2010

Bertemu semula makwe lama semasa raya

Aisye... macam jiwang sikit kali ni. Masa beraya sakan baru2 ni, tiba2 tersentak jiwa raga bila dengan tidak semena-mena dipertemukan semula dengan 'makwe' lama yang telah lamaaa ku tinggalkan kerana tidak ada lagi persefahaman.
Berdegup jantung berdebar-debar bila terpandang tubuhnya yang ramping bergetah walaupun sudah uzur berbanding usia yang pernah ku kenali dulu. 
Apa nak buat... sudah tak sehaluan, maka terpaksa membawa haluan masing-masing. 
Walaupun dulu makwe ni la yang dikepit siang malam pagi petang dan amat relanya dia menemani waktu susah senang, tapi sampai satu masa pilihan terpaksa dibuat.
Masih lagi ingat, kali terakhir kami berpisah.... ia dikebas/diambil orang kerana masa tu ia sudah tidak berapa dipedulikan, terbiar lara. Almaklumlah tuan punyanya sudah mula berjinak ke alam lain. Alam hidayattttt!!!
Rupa-rupanya, semasa beraya di rumah sorang buzruk  ni, dibukakan rahsia bahawa bekas makwe ku ni masih setia menunggu aku.
"Nak tengok senapang lama ko?" tanya buzruk tu yg muda 5 tahun drpd aku.
"Senapang apa?" tanya aku.
 "Alaa... senapang lama la, ada dalam bilik," jawab buzruk yg baru ada anak satu tu. Janggut buzruk tu dulu lebat yakmat, tapi bila dah jadi cikgu, janggut dia macam dah ada style semacam pulak.
Aku pun terus bingkas masuk ke bilik untuk menunjukkan aku tak takut pada senapang walaupun pada masa tu tak tau apa yang dimaksudkan senapang tu.
Tiba-tiba kedengaran suara isteriku: "Jangan tunjukkan kat dia." 
Tapi suara tu sudah terlambat kerana sebaik sahaja jeritan tamat aku sudahpun mendakap tubuh hitam putih dan berleher jinjang itu. hehehe
"Dah terlambat... dah digorengnya." jawap sorang abang buzruk itu.

Hahhh...ini la makwe tu... shape ala Fender tapi bukan.. so.. nak lagu apa?


Bukan Gun N Roses... tapi benda ni lah zaman dulu yg di grongg-grenggkan playlist lagu-lagu Metallica, Sepultura, Iron Maiden, Morbid Angel dan metal-metalan yg sewaktu dgnnya. 

Bagaimanapun, lepas selosai je beroyo, dgn rasa berat hati senapang tu terpaksa ditinggalkan lagi dengan pesanan 'ini barang kasi jaga baik-baik bro'. Tali tinggal dua je, kasi bela apa2 yg patut syeikh..

Tuesday, September 7, 2010

Salman (Sakti, ex-Sheila On 7) rilis album 'Selamatkan'

Album 'Selamatkan' oleh Salman Al-Jugjawy (Sakti,bekas gitaris Sheila On 7), insya-Allah akan berada di pasaran tidak lama lagi, buat masa ini, CD yg di atas tu mungkin satu-satunya CD yg berada di Msia. Ia diberi sendiri oleh Salman kpd adik yg khuruj di Joqjakarta, baru-baru ini.



ENTRY kali ini memberi peluang kepada adik saya yang baru pulang daripada khuruj 40 hari di Jogjakarta, Indonesia, menulis sedikit. Dalam banyak ceritanya, hanya di bawah saja yang mahu dikisahkan di blog ini iaitu:

""Alhamdulillah, baru-baru ini jemaah 40 hari dari Malaysia telah dihantar ke Joqjakarta, Indonesia pada bulan puasa. Kami 9 ahli jemaah termasuk 3 pelajar madrasah Kubang Bujuk. Didapati usaha di sana meningkat maju dan banyak telah dilakukan terutama usaha atas student kerana ia adalah kawasan yang ada banyak universiti.
Semasa di sana, alhamdulillah, antara yang memberi nusrah dengan begitu baik ialah Salman Sakti iaitu bekas gitaris kumpulan Sheila On 7.
Di akhir perpisahan dengan jemaah, Salman telah menghadiahkan kepada saya sekeping CD album terbarunya berjudul 'Selamatkan' yang (ketika itu) baru sahaja siap dirakamkan. 
Album itu mengandungi kelainan sebab menampilkan alunan suara bersahaja tanpa menggunakan alat muzik moden.
Tujuh lagu didalamnya berjudul:
1) Ramadan.
2) RidhoMu.
3)Harmoni Bhinneka.
4) Bertasbih.
5) Batu Bersurat.
6) Selamatkan.
7) RidhoMu (versi minus one).

Mereka yang berminat boleh mendapatkan album ini dalam masa terdekat, tapi buat masa ini ia belum berada di pasaran Malaysia. (Masa kami tangguh, album ini baru sahaja siap). Sekian.""


Dlm ruang penghargaan album ini, dinyatakan juga nama adik saya.



7 lagu best2. Antaranya, lagu berjudul, RidhoMu. Dalam CD disertakan penanda buku.


Hasil jualan CD akan diinfakkan untuk ke jalan Allah



Layout disusun dgn menarik, kemas. Setakat ni baru dengar sepintas lalu.



Saya ambik gambar re-copy pakai henfon, jd tak brapa clear...


Sudah 3 kali khuruj 4 bulan, masturat 2 bulan, fikirmen student, rumah dekat markaz... 

Untuk keterangan lanjut sila klik Salman al-Jugjawy .

Sunday, August 15, 2010

Ini lah peluang kita





Syukur alhamdulillah,
dgn keberkatan Ramadan, masjid dan surau melimpah dgn jemaah,
hingga ke tangga bahkan ke jalan saf-saf jemaah tersusun indah,
terutama masa tarawih yang berkah.

Tikar plastik yg sebelum ni sekali-sekala diguna utk lapik jamuan makan,
kini di luar masjid, surau jadi lapik untuk saf-saf tambahan,
yang kecil besar, tua muda datang berbondong-bondong,
termasuk mereka yang sblm ni tak pernah nampak batang hidung,

Masjid, surau kini tempat paling glamer,
dan diminati umat Islam seluruhnya,
rumah Allah jadi tumpuan semua,
alhamdulillah, berkat Ramadan yang sungguh banyak kelebihannya.

Di masjid sekarang ada suasana amal,
Umat Islam berlumba-lumba mengerjakan amal,
dari satu amal ke satu amal,
Hati-hati jadi lembut, inginkan kebaikan kekal.

 "Ini lah tempat kita umat Islam berkumpul dan bersatu padu,"
kata-kata begini bukan lagi retorik yg dikatakan terjadi hanya zaman dahulu,
sebaliknya Ramadan menunjukan realiti itu.
zaman ini di depan mataku.

Ramadan sungguh berkat terasa,
hati insan saling mengasihi antara.....
satu sama lain, ukhuwah dan memuliakan saudara seagama,
yang pernah bermasam muka,
kini bermanis muka, bertegur sapa, tersenyum tertawa.

Ada pula manusia yg serta merta berubah,
yang kedekut tiba-tiba jadi pemurah,
bersedekah,
tak berbalah...
furuk khilafiyah, siasah....

Banyak lagi la keindahan,
tak bisa diungkapkan di sini wahai Ramadan...

Tetapi alangkah malangnya kawan...
para daie juga terkesannnn,
ada yg tiba-tiba concentrate abid saja jadi pilihan,
peluang bertemu ramai orang tak diambil kesempatan.

Hati-hati yang lembut mahukan agama,
tak ditarik gara-gara si daie sibuk dgn amal infradi sahaja,
lima amal masjid tinggal beberapa amal saja....
yg beberapa amal jadi entah berapa amal pula.

Usaha menurun semasa Ramadan byk yang terjadi,
ini peringatan untuk daku sendiri...
ini lah tragedi umat hari ini,
Kena solat taubat hari-hari.

Di negara maju dlm usaha, ini bulan musim keluarkan jemaah,
di negara kita musim ikram keluarga dan rumah,
almaklumlah tak lama lagi dah nak raya dah,
istighfar saja lah...

Patutnya ini bulan mau jadikan suasana masjid penuh jemaah sepanjang masa,
bukan semasa Ramadan sahaja,
ganjaran berlipat ganda sudah tersedia,
ini lah masanya... peluang kita,
Ayuhhhh...tingkatkan usaha!!

Thursday, July 8, 2010

Peribahasa karkun Part 1

Entry kali ni mengajak anda berperibahasa tapi dgn disesuaikan mengikut keadaan supaya peribahasa yg kita tahu dapat digunakan dgn mudah. Sebab itu, rasanya rakan seusaha lebih mudah faham peribahasa di bawah ni. Agaknya? 
Sebab tu juga, tak perlu lah kita rujuk buku Ilmu Mengarang Melayu karya Za'ba macam kat gambar sebelah tu.



"Di mana bumi dipijak di situ ghast ditegakkan"
-Utk menggambarkan kononnya kesungguhan buat ghast. Ubah suai drpd 'Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'

"Sikit-sikit lama-lama jadi jaws"
-Utk mggambarkan buat kerja perlahan2 tapi berhasil. Ubah suai drpd 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit uhud.'

"Sudah slack ditimpa tangga"
-Utk menggambarkan rakan seusaha yang tengah berehat bawah rumah, dlm keadaan sejuk beku, tiba-tiba ditimpa tangga rumah, kesian. Ubah suai drpd sudah jatuh ditimpa tangga.

"Ukur nisab di badan sendiri,"
-Utk menggambarkan rakan seusaha mesti sentiasa periksa nisab sendiri jangan terlepas.
Ubah suai drpd 'Ukur baju di badan sendiri'.

"Orang mengantuk disorongkan bedding"
-Utk menggambarkan sifat ikram member nak tido beri bedding. Ubah suai drpd 'Orang mengantuk disorongkan bantal'.


Ada lagi nak tambah? Silakan...

Friday, August 28, 2009

Bolehkah kamu menemuinya?

Kamu mencari kenikmatan di dunia,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah berikan kenikmatan di syurga.
Kamu mencari ketenangan di gunung ganang, pulau, pantai di sana sini,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah memberikan ketenangan dalam hati yang mengingati-Nya.
Kamu mencari jalan-jalan hidayah dalam kesenangan dan keselesaan,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan ia tersembunyi dalam bermujahadah di jalan Allah.
Kamu mencari ilmu dan hikmah dalam keselesaan,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah berikan hakikat ilmu dan hikmah dalam susah payah.
Dahulu kamu hina dalam jahiliyah...
Tapi Allah telah memuliakan kamu dengan Islam dan amalan agama,
Jadi kenapa kamu mencari dunia dan yang lain,
lalu berharap agar menjadi mulia?
Kamu berharap masalah umat Islam seluruh negara, dunia selesai,
Tapi perintah Allah ke atas kamu sendiri tak kamu selesaikan.
Kamu faham kata-kata hikmah,
bahawa mengubah diri sendiri lebih mudah
berbanding mengubah orang lain,
Tetapi kamu mahu mengubah orang lain, negara bahkan dunia
sedangkan diri sendiri tak berubah kepada agama
Kamu mencari pertolongan Allah dengan harta benda dan keduniaan,
Mana bisa ditemui....
Kerna pertolongan Allah tersembunyi dalam amalan agama.
Ya Allah bantu lah hamba-Mu ini.
.
.
NOTA: Sajak di atas ditujukan kepada diri saya sendiri dan kepada sesiapa yang berasa dirinya sesuai dengan isi kandungannya.

Sunday, May 10, 2009

Berkunjung ke galeri seni

Asma ul-husna
DENGAN rasa prasan konon-kononnya ada la sikit minat pada seni lukis, jadi dengan perasan gitu baru-baru ni pergi ke pameran seni IMCAS.
Ye..lah, kalau ikut track record, gua memang dapat A1 dalam pendidikan seni masa SPM (huhu). Boleh la sikit2 melukis walaupun bakat dah berkubur lepas sekolah.
Ditambah pulak dgn darah seni (kununnya) yang pernah ada, contohnya kebolehan menggoreng gitar hentam kromo bersama rock band sejak sekolah rendah, menengah seterusnya joint band logam maut di universiti. Tapi semua seni tu pun dah dikuburkan. Hidup sudah berubah... sekarang goreng bawang boleh la... huhu
So, bagi memupuk minat seni dalam jiwa anak-anak maka mereka dibawa ke pameran seni, tapi sebenarnya budak2 ni buat macam2 perangai kat sana. Sabaar je la, sudah lah harga satu lukisan tu mencecah ratus hingga ribu ringgit kalau rosak atau terjatuh maka rabak lah poket.
Tapi alhamudillah takde kejadian tak diingini berlaku, walaupun kadang2 budak2 melompat2 kat sana sini. Guard yg jaga room tu asyik perhatikan je budak2 ni, ada ke diorang pegang lukisan tu, nasib baik takde la tertanggal kaler dia.
Banyak lukisan dan karya seni menarik, hasil kreativiti pelukis memang mengkagumkan, ada sesetengahnya menyejukkan pandangan, tak kurang juga yg menyesakkan mata. Tapi semua mahal2 bro, tengok boleh la, beli idak le. Cuma kami beli pelekat magnet utk peti sejuk je yg ada gambar lukisan, RM3 je, huhu. Kreativiti dan keindahan karya seni lukisan itu tak boleh digambarkan dalam blog dan kalau tengok gambar tu tentulah tak sama bila lihat depan mata sendiri hasil seni lukisan itu. Sempat juga la ambik bbrp gambar untuk tatapan bersama, selain itu tujuan save dlm blog ialah supaya bila-bila nak tengok boleh buka. Bagi sesetengah lukisan, mesejnya mmg sempoi tapi ada juga yg sebahagiannya mmg tak faham dan banyak juga lukisan yg sarat dgn mesej sindiran mengenai isu-isu semasa termasuk social, religion, politic tempatan dan antarabangsa.Bila pandang sekali imbas lukisan kat sebelah (kanan) tu, teringat pulak pada cover album altar of madness (Morbid Angel) ada ala-ala sikit kot cuma takde la imej tengkorak. Kadang2 terfikir jugak macam mana artis-artis ni dapat idea karya seni mereka dan mungkin kalau ternampak kelibat kucing tidur pun boleh jadi cetusan idea, macam gambar sebelah kiri. Tapi yang pasti mereka bukan sebarangan... ternyata amat sensitif dengan persekitaran dan sekeliling sama ada dalam isu-isu masyarakat dan sebagainya untuk mengetengahkan luahan rasa dalam bentuk kreativiti seni. Nadi dan nafas masyarakat dan pandangan artis digambarkan dalam karya. Aaiii... bila masa pula gua jadi pengulas seni yg macam diupah oleh balai seni lukis negara ni? he he.
Pokoknya, dapat melihat pameran karya-karya seni di IMCAS memang berbaloi (mmg berbaloi la sebab masuk free he he) untuk menikmati hasil karyanya dan kalau ada pameran seni (lebih2 lagi bertaraf profesional) di kawasan anda, tak rugi kalau menjengoknya sebab kreativiti artis kadang2 amat menarik dan di luar jangkaan. Kesemua karya seni di IMCAS ada judulnya, tapi maap la, gua tak ingat dan tak tulis.
Akhir kata, di bawah ni ada beberapa lukisan yang anda boleh ulas dan nilai sendiri... enjoy!!

Mengingatkan cover album beneath the remain (sepultura)

Lukisan atas ni memang sempoi...
Tetiba Farhah suka lukisan kiri ni pulak... katanya sebab ada baby banyak. Naufal pulak ada suka satu lukisan yang pelik


Salah seorang artis pelukis terkenal yang menyertai IMCAS, Daud Rahim (macam pernah nampak tapi di mana ya.. emm dipercayai karkun...)


Judul lukisan ni ialah American Soldier. Memang keje nembak orang je..


Selain itu, boleh jugak tengok gambar slide kat bawah, kalau dia suruh add review kat box gambar tu, pangkah je untuk abaikan. Kalau nak komen tulis dalam ruang komen macam biasa.



bawah ni ada lagi...

Friday, May 8, 2009

Sidang DUN Perak

GAMBAR di atas menunjukkan karya seni bertajuk Sidang Dewan Rakyat yang dihasilkan artis kreatif tempatan dan ia dipamerkan dalam Galeri Seni IMCAS untuk tatapan umum.
Ia menunjukkan boxing glove yang disusun di atas meja. Boxing glove itu dihasilkan secara berulang menggunakan satu acuan asal sarung tangan boxing yang asli. Kreatif betul artis ini, kalau tengok dari depan mata baru tahu betapa halus seni mereka dan cukup bermesej, ketajaman dan kritis pemikiran artis.
Meja bulat tersebut adalah simbolik dalam dewan rakyat dan kerusi mungkin menggambarkan kerusi dewan dan sekelilingnya dihiasi dengan warna pelbagai bendera mungkin menggambarkan negeri-negeri yang ada sidang DUN.
Boxing glove tu tentu lah simbolik menggambarkan ahli dewan undangan negeri 'bergaduh' atau 'bertumbuk'.
Gambar ini diambil pada April lalu. Dan tentulah tiada kaitan dengan sidang DUN Perak semalam yang menyaksikan YB-YB 'bergaduh' dan 'serang-menyerang'.

-Lebih baik apolitical.

Friday, May 1, 2009

I just wanna have a good sleep...


I went to art gallery IMCAS recently and found this (above) funny yet beautiful and tremendous art work that I think it would be nice if I could share with others. What do you think? Of course no body want to be a cat, but the message it try to convey describe some thought concerning few clumsy political issue.
The artist, Kharina Khairuddin perfected her piece of art by her words (below):

So tell me, do you really wanna have a good sleep too? But please don't forget to recite doa tidur...zzzzzzz

Friday, December 26, 2008

Puisi orang tabligh

Puisi di bawah pernah berlegar2 dlm dunia emel tak lama dulu tanpa diketahui sapa penulisnya. Kali ini ia berlegar2 pula dalam dunia blog. Maka saya tak ketinggalan membiarkan ia berlegar jugek dlm blog ini.

ORANG TABLIGH
Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

-habis

Friday, November 14, 2008

Kau karkun sekarang

Aku dengar kau karkun sekarang, kawan
Minima 2½ jam setiap hari
3 hari setiap bulan
Setiap tahun empat puluh hari
Tanpa jemu

Datang kau sekarang dengan jubah, putih
Senyum kau sekarang dengan siwak, bersih
Dagumu berjanggut
Beratmu yang susut
Apa khabar saudaraku, sekian lama tidak ketemu

Bukankah kau anak kampung yang aku kenal dahulu
Yang datang si dara, kau bersiul berlagu
Yang datang si janda, kau malu tersipu
Di tepi parit, di tembok jambatan
Kau, aku dan gitar-gitar
Di waktu Maghrib, dihalau azan
Kau, aku terketar-ketar

Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu
Hidup ini tanpa lagu rock
Seperti ayam tidak berkokok
Bak kenyang yang tidak cocok
Kalau tidak menghisap rokok

Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya
Biarlah tidak kaya-raya
Asalkan kita boleh bergaya

Sekarang lihatlah
Betapa cerah
Sinaran wajah
Penghuni jannah InsyaAllah

Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan
Dari surau ke surau
Dari kampung ke kampung
Dari pulau ke pulau
Dari tanjung ke tanjung
Kau jelajah ia
Kau daki ia
Kau redah ia
Kau takik ia
Satu persatu cabaran, dengan tabah kau tawan

Aku dengar kau alim sekarang, kawan
Bahasamu berlapik, tuturmu halus belaka
Tidak lagi memekik, macam orang Melaka
Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak salji
Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji
Seleramu buta, tidak akan memilih
Asalkan ada, tidak akan merintih

Kau yang aku lihat
Dan
Kau yang aku ingat:
Bak siput dan kilat

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau bertamu di teratak murahku?
Yang aku menangi mudah
Dari loteri tajaan syarikat jamu?
Yang aku hiasi meriah
Dengan potret gadis idaman kalbu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau menjamah masakan hidanganku?
Seorang yang tidak bersolat
Yang berdoa bila perlu?
Seorang yang sujud untuk menayang
Yang dia alim
Muslim bermutu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau datang menziarahiku?
Sedang kau menasihat dan bermesyuarat
Biarlah aku hidang teh dan air jus
Sedang kau bersyarah dan bertazkirah
Biarlah aku tenung anak matamu
Dan aku khayal mengelamun
Dan aku berangan sampai ke Jepun
Kata-katamu
Tidak meninggalkan kesan
Ia berlalu
Dari telinga kiri ke kanan

Oh
Kawan lamaku, si karkun
Usaha murnimu yang tekun
Adakah
Kau menghargai sama
Pengalaman lama?
Mahukah
Kau menilai semula
Persahabatan kita?
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah?

***Sekian, sajak di atas diambil dari blog azhar jaafar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails