Showing posts with label untuk simpanan saje. Show all posts
Showing posts with label untuk simpanan saje. Show all posts

Wednesday, December 2, 2009

Join Blog-Blog Bicara Sempoi

CLUB BLOG BICARA SEMPOI

MALAYSIA MEMBER CLUB


Baru-baru ni ternampak pulak ada beberapa member blogger yg dah menyertai Blog-Blog Bicara Sempoi. Jadi aku pun try la tengok blog tu... dan didapati memang menarik kalau disertai kerana ia menghimpunkan pelbagai ragam blog di bawah satu bumbung (ada bumbung ke? mana de, di bawah satu URL, baru betul).
Macam tengok saham naik turun, begitu lah kalau tengok list blog yg update setiap hari, dengan tajuk yg pelbagai maka pilih lah mana satu idaman qalbu kalau minat boleh klik tak kena bayar.
Yang aktif naik atas, yang kurang atau kureng akan ke bawah tetapi tak lah sampai dilupakan kecuali kalau tuan punya blog tu sendiri mendeletekan blognya sendiri.
Kebanyakannya blog peribadi dari pelbagai golongan.. baik dari yang muda, tua, miskin, kaya, hensem, tak hensem, cun, tak cun, guna gambar orang jadi profile, gambar sendiri, ada yg malu2, ada yg daring, ada yg macam bagus tapi memang bagus, ada yg informatif, interaktif, aktif, pasif, selektif...tif..tif...tif.
Nak masuk kena buat 3 benda: 1. Pasang link Club Bicara Sempoi Diblog Anda
2.Buat Posting Review Tentang Club Blog Bicara Sempoi. 3. Apa tujuan anda buat blog? Sertakan Nama Negeri Anda dan isi form.
Maknanya, posting yang anda baca sekarang ni adalah untuk comply dgn syarat nombor 3 tu.
Kalau lulus, Ziarah76 pun akan ada dalam list untuk melengkapkan lagi that colourful long list.
Macam mana pun, terus terang nak cakap, aku bukan lah mahu aktif sgt berblog, bahkan sekarang ada azam untuk 'mengurangkan blogging' atas sebab2 tertentu (boleh ke?).
Kalau bicara sempoi nak tanya apa tujuan berblog, mungkin sebab nak explore salah satu new media dlm dunia ICT. Atau mungkin nak kongsi pengalaman, minat, pendapat atau cerita2 yg entah apa2 tah.
Disebabkan, takde syarat untuk review ni sama ada perlu panjang atau pendek, maka rasanya ini dah memadai lah, kan.
Sekian dulu.

Sunday, November 29, 2009

Pertanyaan daging korban

Gambar hiasan

Dalam sehari dua ini, ada beberapa kawan-kawan pejabat dan di luar pejabat yang bertanya kepada aku soalan yang sama. Ada juga saudara mara yang bertanya.
Yang peliknya, walaupun orang berlainan, berasal dari negeri berbeza tetapi soalan tetap sama. Seolah-olah persoalan ini berlegar-legar dalam masyarakat. (Diharap tidak, kerana ia dianggap perkara basic oleh sesetengah pihak). Hikmahnya, soalan-soalan itu membuatkan aku lebih teliti dan terus bertanya kepada yang ahli.
Soalannya berbunyi lebih kurang begini:

SOALAN 1
Kawan: Daging korban, orang yang buat korban tu boleh makan ke tidak?
Aku: Siapa cakap tak boleh makan?
Kawan: Dengar ada orang cakap tak boleh.
Aku: Main dengar-dengar (hearsay) ni lah yang payah ni.


SOALAN 2
Kawan: Daging Aqiqah tak boleh beri bukan Islam, daging korban boleh ke tidak? Tulang daging aqiqah ditanam, tulang korban macam mana?
Aku jawap: tulang korban buat sup gear box sedap.


SOALAN 3
Saudara mara kata: "Orang nak korban seekor lembu, tapi AJK masjid suruh ikut bahagian yang dibahagi kepada 7 bahagian. Mana lebih baik? Tak boleh ke seekor terus?"

Sebelum mengulas lanjut, perlu dinyatakan di sini bahawa aku bukan 'ostat' ataupun ustaz, walaupun nampak macammm osstaatt baru nak start.
Yang kedua, persoalan fiqh adalah daerah yang perlu berhati-hati. (Bayangkan kalau tersalah, lalu orang mengikut perkara yang tersalah itu, siapa nak tanggung tu?).
Jadi, yang terbaik jika ada kemusykilan, adalah lebih baik saudara saudari pergi berjumpa dan merujuk sendiri kepada ustaz-ustaz dan guru agama yang
mursyid. Dapat jumpa face to face lagi baik.
Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan 'penyoal' tadi dan mengelakkan kekeliruan berlarutan berlegar di kepala jemala mereka, maka terpaksa jugak dijelaskan secara ringkas mengenai soalan itu (sikit je) selepas aku merujuk lanjut (utk lebih berhati-hati) kepada seorang ustaz yang 'berpangkalan' di Kubang Bujuk. Beliau merujuk terus kepada kitab asal dan menterjemahkannya dari bahasa Arab kepada Melayu satu persatu kepada aku.
Kitab yang dimaksudkan ialah kitab Mahalli karangan Syeikh Jalauddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli merupakan syarah kepada kitab Minhajut Tholibin karangan Imam Nawawi. (Mahalli adalah antara kitab syarah yang tertinggi dalam mazhab Syafie rah.)
Dan tujuan menulis secara ringkas di sini, semoga, ia dapat memberi manfaat kepada aku (iaitu direkodkan dlm catatan di sini) dan sesiapa sahaja boleh mengambil manfaat daripadanya jika mahu, insya-Allah.

JAWAPAN SOALAN 1
Disebut dalam kitab itu:
1) Qaul pertama, ialah orang yang membuat korban boleh memakan satu pertiga (1/3) daripada daging yang dia korbankan, yang baki disedekahkan.
2) Qaul kedua, ialah orang yang membuat korban boleh memakan separuh (1/2) daripada daging yang dia korbankan, yang baki disedekahkan.
3) Qaul ketiga, ialah orang yang membuat korban boleh memakan 1/3 daging korban manakala 1/3 lagi disedekah dan 1/3 lagi dihadiahkan.
Disebut juga, daging korban boleh diberikan kepada orang kaya tetapi dengan syarat tidak boleh bagi milik, yakni hanya boleh untuk sekadar dimakan si kaya itu tetapi tidak boleh dijual dan sebagainya.
Daging korban yang disedekahkan kepada orang miskin, terserah kepada orang miskin itu untuk dibuat apapun.
Walau bagaimanapun, kesimpulannya:
1) Wajib mensedekahkan sebahagian daripada daging korban itu.
2) Yang paling afdhal ialah mensedekahkan semuanya kecuali satu suap untuk dimakan oleh orang yang mengorbankan daging itu bagi mengambil berkat. Satu suap itu disunatkan kerana Nabi Muhammad SAW berbuat demikian.
3) Sedekah daging ini hanya daging manakala kulit dan tanduk tidak termasuk.
4) Hukum membuat korban adalah sunatun mustahabatun (sunat yang digalakkan) dan satu lagi Qaul, hukumnya adalah sunat muakad (sunat yang ditekankan).

JAWAPAN SOALAN 2
Daging Aqiqah dan korban sama sekali tidak boleh diberikan orang kafir.
Tulang aqiqah ditanam, tulang daging korban tak perlu ditanam.
Pembahagian daging aqiqah adalah sama seperti daging korban sebagaimana di atas.
Perbezaan lain antara daging aqiqah dengan daging korban pula tentu sudah sedia maklum dan diketahui umum maka tidak perlu dinyatakan lagi.

JAWAPAN SOALAN 3
Korban yang afdhol mengikut turutan keutamaan, untuk korban:
1) Paling afdhol seorang buat korban seekor unta;
2) seorang buat korban seekor lembu;
3) seorang buat korban seekor kambing;
4) tujuh orang buat korban tujuh ekor kambing masing-masing
5) tujuh orang buat korban seekor lembu yang dikongsi kepada tujuh bahagian. (yang ini banyak dilakukan di masjid-masjid di Malaysia).
(Maknanya, dari segi keutamaan, yang no. 1 lebih afdhal dari no. 2, yang no.2 lebih afdhal dari no.3, yang no.3 lebih afdhal dari no. 4, yang no. 4 lebih afdhal dari no. 5)

Sekian, waallahualam bissawab
Info tambahan:
**Pagi tadi, duduk bayan suboh malam markas, semasa bayan, pembayan memberitahu, beliau telah bermuzakarah dengan Imam Besar Masjid Sri Petaling dan maulana itu memberitahu, umat Islam di Malaysia disunnahkan mengikut mazhab Syafie.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails