Showing posts with label ekonomi semasa. Show all posts
Showing posts with label ekonomi semasa. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Melihat orang yang lebih rendah dunianya...

Pepatah Melayu menyebut 'ukur baju di badan sendiri' yang antara maksudnya kalau hendak berbelanja atau melakukan sesuatu haruslah mengikut kemampuan sendiri, jika tidak, punah jawabnya.
Yang terbaik ialah mengikut saranan Nabi s.a.w iaitu dari segi keduniaan hendaklah kita melihat orang yang lebih rendah agar kita bersyukur dgn apa yang dimiliki, tetapi dari segi keagamaan, perlu lah kita melihat orang yang amalan agamanya lebih baik dan mengikutinya.
Mafhum hadis, Dari Abdullah Ibnu A'mr r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang berdoa kepada Allah, Allah akan memasukkannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barang siapa yang tidak berdoa dengan doa ini Allah tak akan menuliskan di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar.
Dan barangsiapa yang melihat seseorang yang lebih baik dari segi agamanya dan dia mengikutinya, dan mengenai perkara dunia dia melihat orang yang lebih rendah daripadanya dan dalam keadan itu dia bersyukur kepada Allah (dengan kurniaan dan limpah rahim Allah), Allah akan meletakkannya di kalangan orang-orang yang terbaik dan akan menuliskannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barangsiapa yang melihat kepada orang yang kurang agamanya dan melihat orang yang lebih dari segi dunianya dan sentiasa mengeluh dalam memperolehi duniaannya yang kurang, maka Allah tidak akan menggolongkannya di kalangan orang yang bersabar dan di kalangan orang yang bersyukur. (Hadis riwayat Tirmidzi. Boleh juga dirujuk dalam Muntakhab Hadith).
Mendengarkan mafhum hadis, dari satu segi, sudah barang tentu kita menyakini bahawa jika kita melihat orang yang lebih tinggi keduniaannya lalu cuba melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya akan sengsara.
Bagaimanapun, bukan setakat individu yang punah bahkan sesebuah negara pun boleh punah akibat sikap demikian. Ini pernah terjadi kepada sesebuah negara yang berstatus negara maju, kaya bahkan ia adalah negara paling kuat kononnya pada waktu ini hingga memegang hegemony dunia dan tak ada masalah kalau hendak bertindak secara unilateral dalam isu antarabangsa. (Seluruh kekuatan dunia tak lebih dari kekuatan sarang labah-labah; nilai seluruh dunia tak lebih dari sebelah kepak nyamuk).
Tak lain tak bukan negara itu ialah Amerika Syarikat (AS). Sesiapa yang mengikuti perkembangan politik dan ekonomi dunia takkan terlepas daripada melihat AS sebagai punca kelembapan ekonomi global, akibat krisis kewangan yang antaranya berpunca daripada krisis subprima.

Thursday, September 10, 2009

Ikhlaskan diri dgn takaful

Salam semua, hari ni, Ramadan dah nak tinggal beberapa hari saje lagi. Amalan kita macam mana, menaik? menurun? mendatar? menarik? menolak? membukit? menjunam? Pun begitu jgn lah kita lupa bulan berkat ini ketika mana hati insan lembut2, perlu lah kita ambil kesempatan untuk membersihkan diri daripada serba serbi. Ini termasuk dalam muamalat kita agar sentiasa menepati kehendak syarak.
Orang puasa kita puasa, orang solat kita solat, orang baca al-Quran kita pon baca al-Quran, satu dunia orang Islam buat perkara yang sama yang baik-baik tapi kalau orang ambik insurans kereta ke apa-apa ke, depa ambik konvensional, takkan kita nak ambik konvensional! Tentu lah kita ambik Insurans Takaful Ikhlas. Ini lah masa hendak berubah bagi yang belum. Pilihlah yang Ikhlas, amalan yang sedikit sudah mencukupi jika beserta dengan niat yg ikhlas.
Gua dah lama buat sedikit perbandingan melalui tinjauan rakan2, pembacaan dan sembang2. Ditambah pula tak lama dulu ada pulak Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM 2009) di tempat gua jadi sempat juga bersembang dan mendapatkan info mengenai produk takaful.
Al maklumlah banyak sangat institusi kewangan sekarang yang claim menawarkan takaful. Hasil kajian tak rasmi gua, kesimpulannya ialah produk Takaful Ikhlas adalah yang terbaik (setakat ini) dan mudahan-mudahan diterima Allah. Kerana ada produk lain yang mendakwa takaful tetapi sebenarnya masih bercampur baur dgn yang meragukan. Tapi Alhamdulillah, Takaful Ikhlas memang ikhlas.
Jadi kalau nak baca pasal perkara ini boleh check di banyak tempat tapi memadai di sini saya serta kan satu tulisan iaitu sila klik: Jadikan takaful pilihan utama.
Kalau nak cerita dalam lagi boleh pergi check balik isu kegawatan ekonomi global yang berlaku sekarang ini antaranya adalah berpunca dengan ketamakan syarikat insurans di Amerika Syarikat yang mengamalkan sistem konvensional tu. Itu belum lagi kes masalah toxic loan dan masalah sub-prima yg menyebabkan keruntuhan ekonomi Amerika yg turut dirasai kesannya di seluruh dunia, kerana sistem kewangan global masakini berpaksikan America's capitalist system. (Itu asbab je hasil drpd tangan2/perbuatan buruk manusia, kerana hakikatnya yang beri manfaat atau mudarat hanya Allah).
Apapun, kalau malas nak fikir isu semasa, mudah je (syariat Islam tak
menyusahkan tapi memudahkan kehidupan manusia) iaitu orang Islam jangan ambik riba. Konvensional ada riba. Jadi solutionnya ambik takaful lah.
Dan kalau hendak beli insurans takaful boleh klik saudara kita ni Azhar Jaafar tokey Takaful Ikhlas.
Insya-Allah, amalan yang sedikit sudah mencukupi jika disertakan dengan keikhlasan.

Monday, August 3, 2009

Selesaikan masalah dgn perantaraan amal

Time ni sekurang-kurangnya ada 3 isu berbangkit dlm negara kita yg menjadi tumpuan orang ramai, iaitu:
1)Kecoh demonstrasi mansuh ISA.
2)H1N1 semakin menular dan hari ini sorang lagi meninggal - menjadikan mangsa korban enam orang di Msia.
3) Masalah ekonomi dan kewangan global yg turut memberi kesan kpd Msia. World economic growth -1.4 pd Julai 09, GDP Msia drop 20 percent. Ia mungkin akan terus merosot.

Ini semua adalah berlaku dengan kehendak Allah. Tetapi hasil natijah daripada amalan-amalan buruk manusia. Baru-baru ni seorang maulana memberi ceramah yang antara lainnya bermaksud lebih kurang:

Apa2 keadaan yg datang dalam dunia, ia datang dan berlaku dgn kehendak Allah.
Baik atau buruk datang dengan kehendak Allah. Kekayaan, kemiskinan, kesusahan, kegembiraan pun Allah yang datangkan.
Tapi untuk hasilkan sesuatu keadaan ada seuatu kaedah atau tertib yg ditentukan oleh Allah.
Bila amalan hamba-hamba-Nya jadi baik maka Allah akan wujudkan keadaan yg baik bila amalan rosak, maka Allah akan jadikan keadaan pun rosak.
Bila amalan seseorang individu jadi baik maka Allah akan jadikan keadaan yg baik bagi individu itu, bila amalan individu itu rosak maka Allah akan wujudkan keadaan rosak untuk individu itu.
Bila keadaan ijtimaie atau dalam ramai2 manusia secara bersama jadi baik maka Allah akan wujudkan keadaan yg baik untuk semua orang, tetapi bila ramai2 keadaan melakukan dalam amal2 yg rosak maka Allah akan wujudkan keadaan rosak untuk semua orang.
Nabi SAW ketika dalam peristiwa Israk Mikraj baginda nampak ada perkara yang naik ke langit dan ada perkara yg turun ke bumi. Baginda bertanya, "wahai Jibril a.s apakah yg naik dan apa perkara yg turun dari langit?
Jibril a.s menjawab yg naik dari bumi adalah amalan manusia dan yang turun dari langit adalah keputusan Allah.
Iaitu bila amalan baik naik atas maka Allah beri keputusan baik turun ke bumi.
Bila amalan rosak maka keputusan Allah juga berikan keadaan yang rosak.
Suatu ketika Nabi SAW bertanya kepada Allah: "Ya Allah bagaimanakah saya dapat kenal bahawa Kamu suka kepada seseorang? Apakah tanda2 yang mana kamu suka kepada seseorang itu?"
Allah wahyukan kepada Nabi SAW: "Bila saya sukakan seseorang maka saya akan turunkan hujan semasa hasil tanamannya nak jadi masak, dan semasa nak menuai saya tidak turunkan hujan, dan saya akan beri harta2 mereka kepada orang yg ada sifat dermawan, dan saya akan tetapkan bagi mereka orang2 yang adil yang membahagikan harta dan menentukan urusan mereka."
Nabi SAW bertanya: "Bila kamu murka, apakah tandanya?"
Allah beritahu melalui wahyu bahawa: "Bila saya murka kepada satu2 kaum maka semasa mereka punya tanaman masak dan perlukan hujan tapi saya tak turunkan hujan dan bila nak menuai hasil maka saya turunkan hujan dan harta mereka berada di tangan2 orang yg kedekut di antara mereka dan saya akan letak pemerintah yang zalim di kalangan mereka."
Oleh itu, jangan lah kita mengkritik atau kondem pemerintah kita tetapi sebenarnya pemerintah itu adalah hasil daripada amalan kita.
Jika manusia beri zakat maka Allah beri berkat dalam hartanya akan ditambah dan Allah akan pelihara harta mereka. Dalam haji, seorang yang menunaikan haji tidak akan jadi fakir. Diberitahu bahawa pagi2 awal2 pagi beri lah sedekah, kerana sedekah ini tidak benarkan musibah untuk timbul utk orang itu.
Orang yang sentiasa beri sedekah maka Allah akan pelihara deripada 2 penyakit, 1: penyakit kulit jadi putih, 2: penyakit kusta.
Begitu juga, orang yg sentiasa menghubungkan silaturahim maka Allah akan tambah berkat dlm kehidupan dia.
Bila amalan kita jadi baik maka keadaan kita juga jadi baik. Jadi begitu juga kalau orang tak bagi zakat maka Allah akan tahan hujan. Dan kalau lah bukan kerana binatang yang tidak ada lidah iaitu tidak boleh cakap Allah tidak akan turunkan walaupun setitik air ke bumi.
Kalau orang tipu dalam timbangan, Allah akan wujudkan kemarau.
Bila zina jadi berleluasa di satu tempat maka Allah akan wujudkan penyakit2 di tempat itu yang mana penyakit itu tidak akan dapat mengenal pasti tabib yang pakar pun tak dapat kenal apa jenis penyakit yang Allah akan wujudkan (dan manusia tak tahu ubat atau penawarnya).
Aisyah r.ha berkata, bila satu bahagian dalam bumi tempat itu zina berleluasa, Allah akan perintahkan bumi itu bergerak dan berlaku gempa bumi di tempat itu.
Bila di tempat orang tak tunaikan janji mereka, maka di hati-hati orang itu, Allah akan letakkan ketakutan dalam hati itu terhadap orang lain.
Begitu juga kalau satu tempat orang langgar perintah Allah, buat kemungkaran berleluasa, maka bumi itu akan bertanya Allah, "Bolehkan saya pecah muka bumi dan telankan semua mereka ini? dan Allah beritahu kalau mereka itu makhluk kamu maka kamu buat lah begitu.
Maka air pun berkata, benarkan kami naik dan tenggelamkan mereka semua, maka Allah kata, kalau mereka ini makhluk kamu maka kamu buat macam tu.
Maksudnya ialah bila satu tempat kemungkaran jadi berleluasa, maka azab Allah akan datang. Macam mana kita punya amal begitu lah kita punya keadaan.
Sebenarnya keadaan yang baik ialah bentuk amalan kita bertukar kepada bentuk natijah yang baik, bila amalan tidak baik maka bentuk natijahnya ditukar juga kepada tidak baik.
Bila amalan baik bentuk ditukar kepada ganjaran syurga tetapi bila amalan buruk bentuk ditukar kepada azab neraka.
Bila Allah beri nikmat2 kepada manusia, secara umumnya manusia selalunya sibuk dengan nikmat itu hingga lupa kepada Allah.
Sebenarnya nikmat itu diberikan kepada kita kerana melalui nikmat itu supaya kita boleh sampai kepada Allah, iaitu bila kita menikmati nikmat lalu bersyukur, lebih dekat kepada Allah, mentaati perintahNya, menjauhi laranganNya.
Tapi secara umumnya manusia guna nikmat itu tetapi lupa kepada Allah.


---sekian, ini adalah sebahagian saja daripada bayan itu.

Thursday, May 14, 2009

Fakta makanan halal

Bir halal mencetuskan kontroversi kerana mengelirukan. Soalnya perlukah umat Islam kepada bir halal?. Bagi saya, ia memang mengelirukan dan umat Islam tidak memerlukan minuman yang mengelirukan seperti itu.

ALHAMDULILLAH, keprihatinan terhadap makanan dan produk halal semakin meningkat di seluruh dunia dan ia bukan setakat di kalangan orang Islam tetapi juga bukan Islam. Dari satu segi, ia membuka satu industri besar dalam menyediakan makanan dan produk tersebut bagi memenuhi permintaan pengguna. Namun apa pandangan anda apabila mengetahui fakta bahawa pengeluaran makanan dan produk halal di dunia sebenarnya didominasi oleh syarikat bukan Islam dan orang bukan Islam? Lihat fakta di bawah:
1-Nilai pasaran industri makanan halal dianggarkan bernilai RM7.4 trilion di pasaran tempatan dan antarabangsa namun ia didominasi oleh usahawan dan syarikat bukan Islam.
2-Nilai pasaran itu dijangka terus berkembang berdasarkan:
i: jumlah umat Islam yang berjumlah kira-kira 1.6 bilion akan meningkat berlipat kali ganda.
ii: masyarakat bukan Islam juga semakin menggemari produk halal kerana diyakini kebersihan dan kesucian penyediaan dan penghasilannya.
iii: penyakit dan wabak seperti selsema babi turut meningkatkan permintaan produk halal.
3-Negara bukan Islam menguasai pasaran produk halal, negara itu seperti Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Kanada, China, India dan New Zealand.
4-Di Asia Tenggara pula, Thailand sudah membina nama sebagai pengeluar makanan halal dan di Malaysia, usahawan bukan Islam lebih menguasai pengeluaran halal.
5-Punca bukan Islam menguasai di Malaysia ialah usahawan bukan bumiputera yang telah lebih awal terlibat dalam industri makanan, maka mereka hanya perlu mengubahnya kepada proses penghasilan yang diiktiraf halal mengikut hukum syarak. Usahawan Islam baru mula berniaga dan buka kilang.
7-Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) telah meluluskan sebanyak 1,686 permohonan syarikat untuk mendapatkan persijilan halal sehingga 30 April lalu. Daripada jumlah itu, hanya 25 peratus atau 423 permohonan diterima daripada syarikat milik orang Islam, selebihnya syarikat bukan Islam.
8-Kerajaan meluluskan bantuan kewangan kepada 22,696 pemohon dalam bentuk geran bersama dan pinjaman mudah berjumlah RM1.45 juta bagi membantu golongan usahawan untuk mengusahakan produk halal. Daripada jumlah itu, sebanyak 5,932 permohonan atau 26.1 peratus yang telah diluluskan merupakan milik bumiputera manakala bakinya adalah usahawan bukan bumiputera.--sumber MITI dan sini.
Apa pandangan anda?

Tuesday, January 6, 2009

Bolehkah boikot produk AS berjaya?

Boikot demi Palestin?

HAKIKAT bahawa Malaysia dan kebanyakan negara Islam di dunia telah sekian lama bergantung kepada kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang cukup besar daripada Amerika Syarikat (AS) adalah sesuatu fakta yang diketahui umum. Malaysia adalah rakan dagang ke-10 terbesar bagi AS dan Malaysia juga negara ke-12 terbesar dalam pasaran eksport AS. >BACA SELANJUTNYA!
Tidak boleh dinafikan bahawa FDI adalah antara faktor yang cukup memberi kesan menakjubkan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dengan AS sentiasa menjadi rakan dagangan pendahulu, terbesar dan utama kepada Malaysia.
Mengikut statistik, perdagangan dua hala antara AS dengan Malaysia dianggarkan lebih USD30 bilion setahun dengan nilai eksport barangan AS ke Malaysia sebanyak USD9.1bilion manakala AS mengimport dari Malaysia sebanyak USD21.4 bilion pada tempoh yang sama.
Pelaburan itu termasuk dalam bidang minyak, gas, elektrikal, semikonduktor, kimia dan produk konsumer dengan ia turut memberi limpahan peluang pekerjaan pula kepada rakyat.
Hasilnya, rata-rata sektor ekonomi sama ada perdagangan atau perniagaan hingga ke kedai kecil di sebelah sudut station bas dan kedai runcit di hulu banat pun terdapat produk dari AS, atau kadang kala paling kurang pun menjual minuman Coca Cola.
Dari segenap sudut tanah air ini, terdapat kesan-kesan kemasukan pengaruh AS dalam ekonomi, dan ia sesuatu yang sihat bagi pandangan pakar ekonomi apabila mengambil kira sistem kapitalis yang menerajui dunia waktu ini dikepalai oleh AS.
Namun, pada masa yang sama, hakikat bahawa tindak tanduk dasar luar AS sentiasa menjadi antithesis kepada popularitinya tidak boleh diketepikan begitu sahaja hingga menimbulkan kebencian meluap-luap, lebih-lebih lagi dalam tindakan unilateral termasuk menyokong Israel membuta tuli.
Justeru, pengaruh ekonomi AS yang kuat seolah-olah mengikat negara-negara Islam yang menjadi rakan dagang AS hingga menjadikan rata-rata negara ini tidak mampu berbuat
sesuatu yang konkrit setiap kali AS bertindak di luar batasan kemanusiaan bersama Israel untuk menindas umat Islam di Palestin.
Setelah begitu lama polimik antara hubungan politikal ekonomik ini berlarutan tanpa memberi kelebihan dalam penyelesaian isu Israel-Palestin maka hari ini untuk sekian kalinya timbul semula cadangan untuk memboikot produk AS di pasaran tempatan bagi membantah dan memberi tekanan kepada AS.
Boikot sampai letih?

Berikutan serangan tentera Israel ke Gaza ketika ini, maka hari ini tiba-tiba rakyat berasa produk AS perlu diboikot - walaupun banyak percubaan sebelum ini gagal.
Teorinya ialah jika 20 peratus sahaja daripada 1.3 bilion umat Islam berbuat demikian maka kesannya sudah memeritkan dan menjejaskan AS.
Namun bolehkah ia berjaya dilakukan?
Lebih menyedihkan terdapat tanggapan bahawa produk-produk AS termasuk barangan consumer yang dianggap rakyat negara ini amat diperlukan hingga tidak boleh dielak untuk dipakai.
Ini diburukkan lagi dengan sikap rakyat negara ini termasuk orang Islam yang telah 'membudayakan' penggunaan produk AS dalam kehidupan mereka.
Pada hemat saya, umat Islam perlu optimis dengan menganggap ia boleh dilaksanakan dan berusaha bersungguh-sungguh terhadap perkara itu.
Setiap orang perlu menanamkan rasa jijik dan jelek kepada produk AS dengan menganggap dengan setiap sen yang dibelanjakan adalah satu sumbangan untuk AS membedil dan membunuh orang Islam di Palestin.
Apabila pandang sahaja barangan atau restoran yang jenamanya dari AS, maka perlu dijauhi dengan menganggap ia jenama yang bersekongkol mengebom kanak-kanak Islam.
Secara psikologinya, anggap lah apabila duit yang 'mengalir' ke syarikat milik AS, ia turut 'mengalirkan' darah manusia tidak berdosa di Gaza.
Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, orang Islam perlu mempengaruhi rakan mereka yang bukan Islam untuk turut serta memboikot atas dasar kemanusiaan. Kerana
kekejaman AS, Israel adalah juga soal membelakangkan hak asasi, anti demokrasi dan sebagainya.
Perlu diterangkan dengan hujah tersusun kepada mereka kerana bukan Islam juga pastinya tidak menyukai peperangan, pembunuhan dan apa-apa kejahatan.
Kita perlu ingat bahawa isu Israel-Palestin sebenarnya menjadikan masyarakat dunia yang pelbagai bangsa semakin benci kepada AS dan Israel.
Terapkan nilai-nilai ini juga kepada anak-anak dan semua peringkat usia di kalangan masyarakat.
Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja dengan syarikat milik AS? Tulisan ini tidak bermaksud mencadangkan kepada golongan ini agar berhenti kerja atau mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka khususnya dari segi sumber pendapatan. Tetapi kami berpendapat, golongan ini perlu diberikan kebebasan untuk memikirkan perkara ini dan mengambil langkah sesuai mengikut kemampuan masing-masing. Lagipun, mereka lebih arif terhadap hal ehwal mereka sendiri.
Selain itu, apa yang lebih penting, umat Islam perlu mempraktikkan kesederhanaan dengan mengamalkan sunnah Nabi s.aw dalam kehidupan.
(Contohnya, jika seorang yang mengamalkan sugi maka harga sebatang sugi hanya lebih kurang RM1 dan boleh pakai hingga lebih satu tahun. Pakai 5 kali sehari ketika wuduk, maka betapa banyak ganjaran pahala, gigi dan mulut sihat dan betapa jimatnya perbelanjaan, tak payah beli ubat gigi dan berus gigi yg terpaksa ditukar tak sampai sebulan. Itu baru satu sunnah, terdapat banyak lagi sunnah lain).
Memboikot perlu juga melibatkan soal hal-hal hiburan atau perkara yang tidak perlu atau dianggap remeh. Misalnya filem-filem dan lagu-lagu dari AS perlu diboikot daripada dibeli atau ditonton.
Pulaukan program TV yang menyajikan bahan dari AS, kecuali perkara yang benar2 untuk tujuan pendidikan. Hari ini banyak rancangan TV diimport dari AS, maka penonton perlu memboikotnya juga.
Semua perkara ini perlu dilakukan oleh rakyat sendiri kerana kerajaan mana-mana negara Islam 'susah' hendak menganjurkan perkara itu secara total kerana terdapat banyak kekangan. Kita juga tidak boleh salahkan mereka. Dan rakyat sebenarnya mempunyai kuasa kepenggunaan yang boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan diri kita sendiri.
Walaupun pemimpin-pemimpin negara Islam bersetuju dengan memboikot tetapi tidak ramai perdana menteri dan presiden negara-negara ini yang mampu menyatakannya dengan lantang dan terang.
Sebagai contoh, kita boleh lihat sendiri, terdapat seorang bekas pemimpin sebuah negara (yang tidak perlu dinyatakan namanya di sini) mencadangkan langkah memboikot sekarang tetapi semasa dia memegang tampuk pemerintahan dahulu dia sendiri mengatakan boikot tidak selesaikan masalah.
Ini kerana semasa memegang jawatan, terdapat kekangan yang (mungkin) tidak dapat dia elakkan bagi menjaga kepentingan negara tetapi selepas dia melepaskan jawatan maka dia akan cakap apa sahaja yang difikirkan betul.
Begitupun kita tidak boleh menyalahkan mereka atau pemimpin ini, kerana mungkin mereka terpaksa berbuat demikian kerana difikirkannya ia dapat menjaga ketenteraman dan keselamatan awam dan tidak mahu mengambil risiko membahayakan rakyat semasa memegang jawatan.
Apapun, sementara kita menghormati semua rakyat negara ini, justeru usaha memboikot perlu dilakukan secara bersama-sama, bersepadu, terancang dan bukan hangat-hangat tahi ayam.
Bro, jika kita hendak ke Gaza tidak mampu, takkan buat perkara ini pun kita tak boleh beb? InsyAllah kita sama-sama azam dan buat perkara ini. WaAllahu alam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails