JUMAAT dan Sabtu baru ni, bawak lah family jalan-jalan makan angin atau honeymoon kononnya di BBNJ (Balik-Balik Negeri Johor) bukan BBNJ (Belanja Besar Negara Jauh). Jadi ke
Desaru lah kami untuk beriadah yg dibenarkan syariat. Mmg la menyeronokkan bagi kami, lebih2 lagi bebudak tu asyik mandi je la kerja nye.

Pantai Desaru...angin, ombak mmg kuat, gua terpelanting brapa kali pun tak ingat dah. Balik2 telinga masuk pasir, tp pantai ni rasanya jauh lebih baik drpd PD, airnya biru, tapi curam sikit berbanding PD yg landai.
Untuk makluman saudara2 sekelian, pantai Desaru yang menghadap Laut China Selatan ni sewaktu ketika dahulu mmg popular tapi sekarang ni mcm kureng sikit walhal tarikan pantainya boleh katakan kekal menarik seperti dulu. Cuma mungkin sebab persaingan lokasi pelancongan pantai lain menjadikan desaru lemau skit. Apapun, Desaru mmg bebaloi utk dijadikan lokasi percutian atau berehat bersama family. Antara alasannya:
1) Pantainya cantik beb! Laut membiru, tiupan angin menyegarkan! Ini semua kurniaan Allah.
2) Soal makan, jangan risau yg murah pun ada, yang mahal pun ada. Tempat makan byk di Sungai Rengit dan kalau nak dekat pergi ke Bandar Penawar. Ikan bakar? seafood? masakan kampung? Semua ada, semua best2.
3) Nak bantu rakan seusaha tempatan usahakan 5 amal masjid pun boleh di Masjid Bandar Penawar, dekat je dgn Desaru.
4) Banyak pilihan penginapan, nak chalet, villa, bilik..., public beach ada, private pun ada, semua ada lah.

Ini permandangan dari tingkap villa kami, yang menghadap pantai. Udara menyegarkan, ditambah pula dengan cuaca baik dan angin pantai yg mendamaikan.

Sumaiyah first time di pantai selepas lebih setahun dilahirkan.

Sentuhan pertama terkena air laut..

Comotnya kaki..
Desaru ni sekrang jadi tumpuan/digemari warga Singapura kerana mereka boleh datang terus dari Singapura menggunakan feri di jeti Belungkur, yg hanya beberapa minit untuk ke Desaru.
Maka, akibatnya warga asing banyak lah kat Desaru pada waktu2 tertentu tapi orang tempatan kurang. Bagi orang Singapura, benda2 kat Desaru dan sekitarnya murah banyak.
Satu hal mengenai pantai Desaru ialah, walaupun memang cantik tapi tak sesuai untuk mandi manda pada bulan November, Disember sebab ombak tinggi sangat. Bulan2 lain ok. Tapi hujung tahun atau Nov, Dis masa ni dilarang mandi kerana ombak ganas beb!, tapi kesempatan tu mereka adakan aktiviti surfing contohnya dianjurkan Mayhem Moonson Surfing Challenge setiap tahun dan pesertanya dari seluruh dunia.
Selain itu, Desaru juga tempat berkampungnya 'hantu-hantu' sukan triathlon setiap tahun pada awal Ogos.
Cuti kami sekadar jalan2 je dan layan bebudak mandi... alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun sekarang ni tengah kecoh H1N1. Tapi di Desaru ni, suasana alam sekitar amat bersih dan menyegarkan, dan kalau datang hari biasa kurang orang, tapi Sabtu, Ahad mula ramai orang.

Sarapan pagi...
Sampai je... lepas makan, kami survey dulu area... pastu budak2 pun mandi kolam. Waktu malam tak ke mana duduk bilik je sebab, kat luar pun takde apa untuk budak2 waktu malam.
Pagi2 serbu coffehouse, isi tank perut dan pastu kami mandi kolam, pastu mandi pantai, pastu kolam balik, pastu mandi pantai......bla bla...last2 mandi air biasa kat bilik.

Mandi pool... patutnya peraturan kata kena pakai baju renang, tapi takkan kami nak pakai baju renang kan... kami pakai baju biasa je..
Sblm balik singgah ke Sungai Rengit yg dikatakan banyak tempat makan ikan bakar yg boleh tahan best.
Jadi kami tak lepaskan peluang dan mendapati pekan sungai rengit kira-kira 30 km dari Desaru, boleh dikatakan berbaloi pergi. Ikan pari bakar yg kami makan masih lagi macam terasa-rasa je sedapnya. Pekan tu bukan besar sgt pun tapi ada lah semua benda. Di situ jugak kelihatan kampung nelayan tapi sebahagian pantainya kelihatan hitam akibat buangan sisa minyak dari kapal-kapal.
Buat makluman, dari pekan sg rengit kalau terus lagi boleh ke Kpg Sungai Kapal dan akhirnya ke Tanjung Pengelih.
Sepanjang jalan pesisir pantai dari sg rengit ke tanjung pengelih, kita boleh lihat kapal2 laut besar yang berlabuh di laut dan sebelum masuk ke pelabuhan Singapura, kapal2 ni dikatakan buang sisa2 minyak ke pantai. Itu lah isunya selain isu Pulau Batu Putih yang terletak amat dekat dengan Sg Kapal, Sg Rengit, Pengerang.
Apapun, Desaru masih lagi memukau pengunjung. Dan kalau ada kesempatan, kami bercadang nak datang lagi tapi kali ni ke Tanjung Balau pulak, (Tanjung Balau sebelah Desaru).
Kami tangguh dengan istighfar petang tu. Kalau nak baca lagi boleh klik
SINI