Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Peribahasa karkun Part 2

@ mymahallah
Bertemu lagi kita dalam entry peribahasa sebagai lanjutan daripada entry peribahasa part 1 yang pernah muncul dalam entry lepas iaitu di DI SINI. Disebabkan entry lepas tidak kurang hebatnya mendapat sambutan (ni exaggerate) maka dilanjutkan entry kedua mengenai peribahasa kali ini.
Namun kali ini ada sedikit kelainan kerana entry yang dahulu menyatakan peribahasa yang telah diubah suai sedikit perkataan daripada peribahasa asal untuk digunakan oleh kebanyakan rakan seusaha.
TETAPI entry kali ini mengekalkan keseluruhan perkataan asal peribahasa itu yang mana ia menunjukkan peribahasa itu memang dilakukan oleh rakan seusaha.


Contoh peribahasa entry lepas:
"Di mana bumi dipijak di situ ghast ditegakkan"
-Utk menggambarkan kononnya kesungguhan buat ghast. Ubah suai drpd 'Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'


-------------------

Peribahasa kali ini:

"Jauh perjalanan luas pandangan"
 Keterangan (K): Rakan seusaha memang alhamdulillah berjalan ke sana sini kerana Allah. Dengan itu bertemu ramai orang, tengok banyak tempat, banyak pengalaman, berfikiran terbuka, mudah masuk bersembang dgn sapa pun.


 "Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan"
K:  Ni memang berlaku, dlm rumah confirm rotan sudah ada digantung, kalau degil memang kena lah... (tapi kena ikut la cara ditetapkan). Yang si isteri kena tinggalkan 3 hari, 40 hari, 4 bulan itu memang lah tanda sayang suami untuk beri agama kpd keluarga dan seluruh umat.


"Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
K: Bersakit-sakit maksudnya bersusah-susah la jumpa orang, tebalkan muka pintu ke pintu, mujahadah sikit2 mudah-mudahan bersenang lenang di hari kemudian iaitu di akhirat.


"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"
K: Menyesal dan tersedar semasa hidup dunia masih boleh diperbetulkan, taubat etc... tapi menyesal di hari kemudian, tiadalah manfaatnya.  

Arwah Za'ba 




"Jangan pandang orang yang berkata, pandang apa yang ia kata" (Shakespeare, dipetik juga dalam buku Ilmu Mengarang Melayu oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) cetakan pertama 1934 (jawi), cetakan kedua 1962 dalam bab peribahasa, perumpamaan muka surat 191)

K: Kalau sebelum bayan, orang yg jorna kadang2 akan katakan peribahasa di atas ni. Lagipun apa yang dikatakan itu lebih penting berbanding siapa yang bercakap itu. 



"Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing"
K: Kerja gotong royong kemas set taam dan bersihkan masjid atau surau dan lain-lain perkara sebelum jemaah meninggalkan sesebuah masjid/surau untuk ke route seterusnya atau tangguh.

Okay lah, sekian dulu kali  ini, jika ada yang anda hendak tambahkan peribahasa, sila tuliskan di ruang komen. Hehe

Tuesday, October 26, 2010

Bidaah menurut syarak dan bahasa

Majlis tahlil  - Gambar hiasan
BIDAAH tidak akan menjadi isu yang terlalu rumit dan bermasalah jika kita bersedia menerima pembahagian bidaah kepada bidaah hasanah (yang baik) dan bidaah sayyi'ah (yang buruk).
Malangnya sebahagian umat Islam mengkritik pembahagian bidaah ini. Mereka begitu keras mengingkari setiap orang yang menerima dan memperkatakan tentang pembahagian bidaah ini.
Bahkan, ada di antara mereka yang menuduh fasiq dan sesat terhadap setiap orang yang mempunyai fahaman sedemikian.

Monday, October 18, 2010

Imam Al-Bukhari, Tokoh Ulama Hadis

Sumaiyah memegang buku setebal 63 muka surat
Baru-baru ni saya dihadiahkan sebuah buku kisah riwayat Imam Bukhari bertajuk Imam Al-Bukhari Tokoh Ulama Hadis yang dihasilkan oleh Dr. Taqiyuddin An-Nadawi Al-Nadzahiri dan diterjemah oleh Haji Jainal Sakiban al-Jauhari dan ditashih oleh Lujnah Penyemak dan Pentashid Penerbitan Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Dalam buku ini, banyak lah kisah menarik dinukilkan secara ringkas dan padat mengenai riwayat Imam Bukhari (lahir, 13 Syawal 194 hijrah dan wafat 256 hijrah). Nama sebenar Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Muhirah bin Bardizbah Al-Ja'fi. Datuk beliau, Bardizbah ialah seorang yang berbangsa Parsi (Bardizbah bererti petani).

Kata-kata aluan oleh Mufti Johor

Antara kisah menarik ialah Imam Bukhari yang mendapat pertolongan daripada Allah iaitu semasa kecilnya, Imam Bukhari telah mengalami buta mata. Ibunya telah bermimpi berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s lalu berkata kepadanya: "Wahai si ibu, Allah telah mengembalikan penglihatan anakmu kerana banyaknya anda berdoa. " Lalu Allah pulihkan penglihatannya, si ibu begitu gembira dengan peristiwa itu.  
Selain latar belakang Imam Bukhari, buku ini juga antara menceritakan tentang sifat peribadinya, keturunan, kelahiran dan pengembangannya, kecekapan, pengembaraan ilmu dan pengembaraan zaman sahabat r.hum.
Selain itu, buku ini juga memberitahu tentang Imam Bukhari mengenai guru-gurunya, muridnya, kehebatan hafazannya, zuhud, warak, kesopanan dan akhlaknya, kegemarannya, kecekapan memanah, kitab karangannya, pujian Imam Nawawi terhadapnya, kedudukannya yang hebat, dan mazhab fikahnya yang bertaklid (mengikut) kepada mazhab Syafie. (Bayangkan tokoh Islam yang begitu hebat juga mengikut mazhab, apa pula hujah orang biasa hendak bebas daripada mengikut mazhab?)
Kitab karangan Imam Bukhari tidak terkira banyaknya tetapi dalam buku ini disenaraikan 21 kitab seperti Al-Jami' Al-Sohih, Al-Adab Al-Mufrad, Raf'ul Yadaini Fis Solah, Al-Qiraah Khalfal Imam, Birrul Walidain, Al-Tarikh Al-Kabir, Al-Tafsir Al-Kabir, Al-Musnad Al-Kabir dan sebagainya.
Sebanyak 46 kitab ulama yang mahsyur dan muktabar menjadi rujukan buku ini.


Terdapat 46 kitab karangan ulama-ulama termahsyur dan muktabar sebagai rujuk buku ini dengan 3 kitab yang dirujuk ialah karangan Al-Allamah Maulana Zakariya al-Kandahlawi yg juga pengarang kitab Fadhail Amal yang dibaca secara meluas oleh umat Islam terutama jemaah Tabligh.
Antara kitab karangan Maulana Zakariya al-Kandahlawi yang dirujuk oleh buku ini ialah:
1) Al-Abwab wa Tarajim li Al-Bukhari.  
2) Muqadimah Aujaz Al-Masalik.
3) Muqadimah Lami' Al-Darari.


Jika anda berjumpa dengan buku riwayat Imam Bukhari bertajuk Imam Al-Bukhari Tokoh Ulama Hadis ini, amat bermanfaat untuk dibaca, insya-Allah. Mudah-mudahan.

Sekian.

[[Sebelum mengakhiri entry, bagi orang di luar sana, jika anda terserempak dengan orang membaca kitab taklim Fadhail Amal karangan Maulana Zakariya al-Kandahlawi di masjid-masjid atau surau-surau, maka dialu-alukan sangat supaya duduk lah majlis taklim itu. Mudah-mudahan dapat amal dan sampaikan hadis-hadis yang diperdengarkan.
Jika pernah anda terdengar ada yang cuba mempertikaikan kitab itu kerana terdapat hadis dhaif maka mudah-mudahan tidak lah kita termakan dengan hujah-hujah itu kerana ketokohan pengarang kitab itu sememangnya diperakui dan tiada syak.
Dan jika anda pernah mendengar orang mengatakan bahawa orang Tabligh adalah golongan taklid (mengikut) maka katakanlah bahawa Imam Bukhari juga bertaklid]].

Thursday, July 8, 2010

Peribahasa karkun Part 1

Entry kali ni mengajak anda berperibahasa tapi dgn disesuaikan mengikut keadaan supaya peribahasa yg kita tahu dapat digunakan dgn mudah. Sebab itu, rasanya rakan seusaha lebih mudah faham peribahasa di bawah ni. Agaknya? 
Sebab tu juga, tak perlu lah kita rujuk buku Ilmu Mengarang Melayu karya Za'ba macam kat gambar sebelah tu.



"Di mana bumi dipijak di situ ghast ditegakkan"
-Utk menggambarkan kononnya kesungguhan buat ghast. Ubah suai drpd 'Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'

"Sikit-sikit lama-lama jadi jaws"
-Utk mggambarkan buat kerja perlahan2 tapi berhasil. Ubah suai drpd 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit uhud.'

"Sudah slack ditimpa tangga"
-Utk menggambarkan rakan seusaha yang tengah berehat bawah rumah, dlm keadaan sejuk beku, tiba-tiba ditimpa tangga rumah, kesian. Ubah suai drpd sudah jatuh ditimpa tangga.

"Ukur nisab di badan sendiri,"
-Utk menggambarkan rakan seusaha mesti sentiasa periksa nisab sendiri jangan terlepas.
Ubah suai drpd 'Ukur baju di badan sendiri'.

"Orang mengantuk disorongkan bedding"
-Utk menggambarkan sifat ikram member nak tido beri bedding. Ubah suai drpd 'Orang mengantuk disorongkan bantal'.


Ada lagi nak tambah? Silakan...

Sunday, March 7, 2010

Buku Biografi Imam al-Bukhari

Biografi Imam al-Bukhari adalah buku sulung keluaran Institut Kajian Hadis Selangor (Inhad). Ia dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj ibni alMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena sambutan Maal Hijrah tahun 1432H bersamaan 18 Disember 2009.
Sultan Selangor telah mengilhamkan penghasilan buku ini atas titah baginda kepada KUIS setelah baginda pulang daripada lawatan mencemar duli ke Uzbekistan dua tahun lalu. Sementelahan baginda gagal menemukan satu buku biografi lengkap mengenai Imam al-Bukhari dalam Bahasa Melayu. 
Buku biografi ini adalah persembahan sintesis kajian keperpustakaan terhadap himpunan data yang terdapat mengenai Imam al-Bukhari. Ia bersumberkan gabungan legasi ilmiah Islam berbahasa Arab klasik imam-imam muktabar dan penulis-penulis semasa.
Penterjemahan maklumat digarap dengan pendekatan prosa moden yang memudahkan para pembaca mengerti perjalanan hidup ilmiah tokoh hadis yang hidup pada abad ke-3 hijrah ini. 
Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Sunday, November 29, 2009

Pertanyaan daging korban

Gambar hiasan

Dalam sehari dua ini, ada beberapa kawan-kawan pejabat dan di luar pejabat yang bertanya kepada aku soalan yang sama. Ada juga saudara mara yang bertanya.
Yang peliknya, walaupun orang berlainan, berasal dari negeri berbeza tetapi soalan tetap sama. Seolah-olah persoalan ini berlegar-legar dalam masyarakat. (Diharap tidak, kerana ia dianggap perkara basic oleh sesetengah pihak). Hikmahnya, soalan-soalan itu membuatkan aku lebih teliti dan terus bertanya kepada yang ahli.
Soalannya berbunyi lebih kurang begini:

SOALAN 1
Kawan: Daging korban, orang yang buat korban tu boleh makan ke tidak?
Aku: Siapa cakap tak boleh makan?
Kawan: Dengar ada orang cakap tak boleh.
Aku: Main dengar-dengar (hearsay) ni lah yang payah ni.


SOALAN 2
Kawan: Daging Aqiqah tak boleh beri bukan Islam, daging korban boleh ke tidak? Tulang daging aqiqah ditanam, tulang korban macam mana?
Aku jawap: tulang korban buat sup gear box sedap.


SOALAN 3
Saudara mara kata: "Orang nak korban seekor lembu, tapi AJK masjid suruh ikut bahagian yang dibahagi kepada 7 bahagian. Mana lebih baik? Tak boleh ke seekor terus?"

Sebelum mengulas lanjut, perlu dinyatakan di sini bahawa aku bukan 'ostat' ataupun ustaz, walaupun nampak macammm osstaatt baru nak start.
Yang kedua, persoalan fiqh adalah daerah yang perlu berhati-hati. (Bayangkan kalau tersalah, lalu orang mengikut perkara yang tersalah itu, siapa nak tanggung tu?).
Jadi, yang terbaik jika ada kemusykilan, adalah lebih baik saudara saudari pergi berjumpa dan merujuk sendiri kepada ustaz-ustaz dan guru agama yang
mursyid. Dapat jumpa face to face lagi baik.
Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan 'penyoal' tadi dan mengelakkan kekeliruan berlarutan berlegar di kepala jemala mereka, maka terpaksa jugak dijelaskan secara ringkas mengenai soalan itu (sikit je) selepas aku merujuk lanjut (utk lebih berhati-hati) kepada seorang ustaz yang 'berpangkalan' di Kubang Bujuk. Beliau merujuk terus kepada kitab asal dan menterjemahkannya dari bahasa Arab kepada Melayu satu persatu kepada aku.
Kitab yang dimaksudkan ialah kitab Mahalli karangan Syeikh Jalauddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli merupakan syarah kepada kitab Minhajut Tholibin karangan Imam Nawawi. (Mahalli adalah antara kitab syarah yang tertinggi dalam mazhab Syafie rah.)
Dan tujuan menulis secara ringkas di sini, semoga, ia dapat memberi manfaat kepada aku (iaitu direkodkan dlm catatan di sini) dan sesiapa sahaja boleh mengambil manfaat daripadanya jika mahu, insya-Allah.

JAWAPAN SOALAN 1
Disebut dalam kitab itu:
1) Qaul pertama, ialah orang yang membuat korban boleh memakan satu pertiga (1/3) daripada daging yang dia korbankan, yang baki disedekahkan.
2) Qaul kedua, ialah orang yang membuat korban boleh memakan separuh (1/2) daripada daging yang dia korbankan, yang baki disedekahkan.
3) Qaul ketiga, ialah orang yang membuat korban boleh memakan 1/3 daging korban manakala 1/3 lagi disedekah dan 1/3 lagi dihadiahkan.
Disebut juga, daging korban boleh diberikan kepada orang kaya tetapi dengan syarat tidak boleh bagi milik, yakni hanya boleh untuk sekadar dimakan si kaya itu tetapi tidak boleh dijual dan sebagainya.
Daging korban yang disedekahkan kepada orang miskin, terserah kepada orang miskin itu untuk dibuat apapun.
Walau bagaimanapun, kesimpulannya:
1) Wajib mensedekahkan sebahagian daripada daging korban itu.
2) Yang paling afdhal ialah mensedekahkan semuanya kecuali satu suap untuk dimakan oleh orang yang mengorbankan daging itu bagi mengambil berkat. Satu suap itu disunatkan kerana Nabi Muhammad SAW berbuat demikian.
3) Sedekah daging ini hanya daging manakala kulit dan tanduk tidak termasuk.
4) Hukum membuat korban adalah sunatun mustahabatun (sunat yang digalakkan) dan satu lagi Qaul, hukumnya adalah sunat muakad (sunat yang ditekankan).

JAWAPAN SOALAN 2
Daging Aqiqah dan korban sama sekali tidak boleh diberikan orang kafir.
Tulang aqiqah ditanam, tulang daging korban tak perlu ditanam.
Pembahagian daging aqiqah adalah sama seperti daging korban sebagaimana di atas.
Perbezaan lain antara daging aqiqah dengan daging korban pula tentu sudah sedia maklum dan diketahui umum maka tidak perlu dinyatakan lagi.

JAWAPAN SOALAN 3
Korban yang afdhol mengikut turutan keutamaan, untuk korban:
1) Paling afdhol seorang buat korban seekor unta;
2) seorang buat korban seekor lembu;
3) seorang buat korban seekor kambing;
4) tujuh orang buat korban tujuh ekor kambing masing-masing
5) tujuh orang buat korban seekor lembu yang dikongsi kepada tujuh bahagian. (yang ini banyak dilakukan di masjid-masjid di Malaysia).
(Maknanya, dari segi keutamaan, yang no. 1 lebih afdhal dari no. 2, yang no.2 lebih afdhal dari no.3, yang no.3 lebih afdhal dari no. 4, yang no. 4 lebih afdhal dari no. 5)

Sekian, waallahualam bissawab
Info tambahan:
**Pagi tadi, duduk bayan suboh malam markas, semasa bayan, pembayan memberitahu, beliau telah bermuzakarah dengan Imam Besar Masjid Sri Petaling dan maulana itu memberitahu, umat Islam di Malaysia disunnahkan mengikut mazhab Syafie.

Thursday, February 26, 2009

Mama said on education

by ahliah mutakalim.
DUA belas tahun akan datang, apa akan jadi pada anak kita? Sekarang ni anak yang sulung baru masuk 7 tahun, tapi tengok pelajaran dia macam advance betul, takut mama tengok naufal punya buku pelajaran, homework..etc. Boleh ke buat, jawab math n sains dlm bahasa inggeris ni?
Baru2 ni anak periksa, ujian. Jadi kena buat la sikit revision, mama jadi cikgu la. Fuhh... mencabar betul bagi budak umur camtu. Zaman kita dulu, masuk darjah satu baru nak kenal ABC, dia baru ujian pertama dah kena pandai baca n jawab math in English. Cuba bayangkan macam mana bentuk peperiksaan dia nanti bila nak masuk universiti, kelak?. Dah tentu mama dia kena ambil tuisyen pulak ajar dia... he he...
Sekarang ni pelajaran tadika macam darjah satu, sains pun dah ajar in english pulak tu. Bila tanya, diorang kata nanti senang nak masuk darjah satu, cikgu tak susah2 mengajar budak dah pandai, boleh ke jawab camtu? Masa depan agaknye, cikgu math tak payah susah2 ajar kalkulus dan algebra sebab kat tadika dah ajar. ni serius ni..cuba fikir.
Pada masa sama, kita ni kesian pada anak kita sbb tak enjoy life kanak2 asyik kena belajar je, ye lah, kanak2 tak sama tahap mindanye, lain2, ada yg cepat n lambat pick-upnye. Kalau yang lambat tu tak gelabah ke ibu bapa dia?
Sekarang ni tuisyen untuk budak sekolah tadika pun ada, pelik kan, padahal bukan ada peperiksaan utama pun. Darjah satu pun belum.
Trend waktu ni pulak, nak masuk sekolah yang ok, kena ambil periksa dulu, macam nak masuk PTD pulak. nasib baik soalan tak macam PTD. Ni baru 7 tahun, 12 tahun akan datang macam mana pulak? Cuba fikirkan, apa sebenarnya negara kita nak buat pada anak2 kita?
Rasa2 nye kan, boleh tak kita n orang2 lain expect budak darjah satu yang dah pandai baca akan berjaya cemerlang 12 tahun akan datang? Dan seterusnya 5 tahun akan datang atau tamat universiti. Tu lah persoalannye kan..
Dlm bab sains n math in english pulak, sebenarnya apa yang negara kita nak capai? Budak yang tahu cakap bahasa Inggeris ke atau budak yang pandai jawab sains n math dlm english (menulis). Tak tau la kan. Yang pasti anak2 kita jadi korban experimen...kesiannn. Bukan setakat budak2, cikgu pun tak tentu lagi pandai ajar math n sains dlm english. cikgu pun jadi korban experimen. Cikgu pun manusia gak.
Ni suami nak menyampuk sikit (pjg sikit la):
"Sekarang timbul pula sana sini PPSMI dibantah. Tp sebenarnya dari awal lagi dah ramai bantah, cuma dipendamkan bantahan tu. Hakikatnya, ramai sama ada tokoh bahasa, akademik, budaya, dll pun x setuju PPSMI. Para akademik kata ia bcanggah dgn pedagogi pendidikan. Org cina di sekolah cina belajar math dlm bahasa ibunda n math diorang cukup cemerlang. Tu belum cerita orang Jepun, Perancis, Jerman yg cemerlang walaupun terus taat dgn bahasa ibunda. Ada beri alasan supaya senang nak dpt keje sbb boleh cakap inggeris, betul ke?, rasanye kalau nak bagi orang boleh bercakap kena
kukuhkan komunikasi bahasa tu, maknanya mata pelajaran BI kena kukuhkan. Bukan kukuhkan BI melalui sains n math. Org yg pandai math n sains ada gak yg x reti cakap BI. Ada org pandai BI ada gak x tahu sains n math. Kalau pun semua tu diatasi, soal pasaran keje kadang2 subjektif dan byk faktor mempengaruhi. Opps...terpanjang pulak. Ok2 stop dulu, biar orang rumah sambung."
Sudah2 la tu ... dah cakap dah mesti panjang hujahnye, ni yg malas nak kasi chance ni. Idea pun dah hilang. Tapi berbalik pasal anak2 nih.. yg penting skarang ni ialah kita ibu bapanyalah yg perlu main peranan utama.. ilmu yg dia dapat tuh kalau boleh dipraktikkan terutama bidang agama misalnya kat sekolah ajar solat, kita kat rumah mesti terus tekankan amalinya, biar dia biasa solat, kat sekolah ajar mengaji quran, kita kat umah kena suruh dia terus ngaji quran biar kualiti skit ilmunya kan..jgn cemerlang peksa tapi amali hampas.. tu yg takut tuh.. byk jadi tuh sekang nih.. Kita ibu bapa jgn duk nak tekan akademik je, agama bekal utk akhirat tu jgn dilupa penting sesangat tuh..(nasihat untuk diri sendiri)..weih susah ibu bapa kat msia ni.. nak kena praktik sungguh-sungguh 6 pesanan untuk wanita mukmin (insya Allah post akan dtg)... apa pikiran anda berkenaan pendidikan di msia nih?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails