Showing posts with label Dakwah dan tabligh. Show all posts
Showing posts with label Dakwah dan tabligh. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Kisah jemaah Yaman, bapa Habib Ben Hafiz karkun...

SUDAH lebih sebulan tiada posting baru gara-gara kesibukan. Tapi hari ini cuba mencuri masa untuk berkongsi satu karkuzari mengenai cerita satu jemaah Yaman yang sedang bergerak sebulan di kawasan Alor Setar dan Kuala Kedah. Mereka jemaah dua bulan di Malaysia. Pada tarikh posting ini ditulis (12 Julai 2012), jemaah baru sahaja meninggalkan Alor Setar untuk ke Kuala Kedah. Roote mereka seterusnya sekitar Jitra dan Sungai Petani. Saya sempat bersama beberapa ketika memberi nusrah kepada jemaah ini ketika mereka berada di Alor Setar.

Bertamu
Satu malam, seorang ustaz (orang awam) tertarik dengan jemaah ketika bertemu di masjid apabila berbual-bual, lalu ustaz itu menjemput semua ahli jemaah untuk makan malam di rumahnya.
Saya juga pergi kerana diputuskan bertindak sebagai pemandu kereta membawa mereka. Setiba di rumah, jemaah disambut dengan cukup mesra. Ustaz tersebut bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih kerana pernah belajar di sebuah universiti tanah Arab (Mesir kalau tak silap).
Terpancar kegembiraan pada wajah ustaz tersebut dan rakan-rakan ahli jemaah suraunya ketika menerima tetamu dari Yaman itu. Lalu dihidangkan lauk pauk yang sungguh lazat.
"Dhuyuf, dhuyuf... tafadhol," kata salah seorang daripada mereka ketika mempersilakan tetamu. (Dhuyuf bererti para tetamu iaitu plural-jamak, manakala dhif bererti seorang tetamu iaitu singular-mufrad dalam bahasa Arab).
Maka tetamu juga tidak kekok mengambil makanan dengan senang hati bersama tetamu lain maka masing-masing berbual-bual mesra. Di kalangan rakan seusaha tempatan tidak semua yang tahu berbahasa Arab. Antara rakan seusaha jemaah tabligh tempatan yang fasih ialah Ustaz Lan dan Haji Shamsudin yang bertindak sebagai penterjemah.
Makanan yang disediakan cukup lazat bersama buah-buahan. Begitu lah sifat seorang tuan rumah iaitu seorang ustaz itu yang tahu kelebihan memuliakan tetamu. Semoga Allah memberkati ustaz tersebut bersama ahli keluarganya.  
Selesai menjamu selera makanan berat, tetamu dijamu buah-buahan pula seperti rambutan dan betik. Salah seorang ahli jemaah Yaman berkata rambutan tiada di Yaman kerana mungkin asbab buminya kurang hujan.

Bayan talam
Tiba-tiba, amir (ketua) kepada jemaah dengan hikmah meminta perhatian kepada semua hadirin untuk memberi ruangnya bercakap sebentar. Maka semua memberi tumpuan kepadanya.
Amir itu menyentuh mengenai kepentingan golongan ulama terlibat dalam usaha dakwah sambil menyebut kisah-kisah Imam Syafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Beliau juga ada menyebut mengenai hadis 'ulama warisatul anbiya'.
Beliau juga menyatakan bahawa islah bagi golongan alim ulama adalah ketika mereka duduk bersama orang awam manakala islah bagi orang awam ialah ketika mereka duduk bersama alim ulama. Dalam situasi itu, orang awam boleh mempelajari banyak daripada ilmu si alim ulama dan pada masa yang sama alim ulama boleh belajar bersabar dan ujian kerenah orang awam.

Habib Umar
Banyak lagi yang diperkatakannya. Namun satu perkara yang menyebabkan semua orang tempatan bertambah khusyuk ialah apabila amir jemaah Yaman itu bercerita tentang kisah ulama tersohor dari Yaman yang popular di Malaysia dan luar negara iaitu Habib Umar Ben Hafiz (rujuk gambar). Ini sebagai salah satu contoh ulama masakini terlibat dalam usaha dakwah Tabligh.
Habib Umar Ben Hafiz (kiri) ketika pergi menemui 
Maulana Abdul Hamid (kanan) Syura Jemaah Tabligh 
Malaysia baru-baru ini.
Amir itu berkata, suatu ketika Habib Umar pergi ke ijtimak di Pakistan (mungkin Raiwind) lalu bertemu dengan Bai Wahab (Amir jemaah Tabligh di Pakistan). Dalam pertemuan itu, Bai Wahab mengeluarkan sebuah buku (lama) lalu ditunjukkan kepada Habib Umar. Buku itu adalah mengandungi kisah para sahabat r.hum, tetapi di sebahagian kertasnya terdapat tulisan tangan yang panjang.
Bai Wahab memberitahu, bahawa tulisan itu adalah tulisan bapa kamu (iaitu bapa kepada Habib Umar) ketika bapanya datang ke ijtimak di Pakistan zaman dahulu. Bai Wahab memberitahu kepada Habib Umar bahawa ketika bapanya hadir di ijtimak zaman itu, jumlah majmak (audien, iaitu para hadirin orang yang datang) hanyalah beberapa ratus orang sahaja (Amir menyebut jumlah ratus itu tapi saya tidak ingat). Tetapi ketika anaknya (iaitu Habib Umar) datang ke ijtimak hari itu, jumlah orang yang datang mencecah jutaan orang (Amir juga menyebut jumlah juta itu tapi saya tidak ingat).
Amir itu memberitahu, bahawa berkat jemaah dakwah maka manusia-manusia berubah dan kembali kepada agama. Ayah kepada Habib Umar adalah karkun, buat usaha dakwah tabligh yang berkorban hidupnya untuk agama. [[*Bapa kepada Habib Umar ialah Sheikh Abu Bakar Ibn Salim, adalah ulama besar yang rapat dengan Amir Tabligh pada zaman itu iaitu Maulana Yusof dan Sheikh dikatakan pernah berguru  atau mempunyai hubungan dengan Maulana Zakariyya. (Klik info di sini) . Keluarga Habib adalah daripada keturunan ahlu bayt]].

Dakwah di Afrika
Amir itu memberitahu lagi bahawa satu ketika beliau sendiri bersama salah seorang ahli jemaah itu (seorang ahli jemaah itu mengangguk ketika kisah ini diceritakan) telah khuruj berdakwah ke Kenya dan Tanzania (negara Afrika).
Beliau memberitahu, apabila tiba di satu masjid, imam masjid itu menghalau mereka (jemaah) keluar daripada masjid (yakni tidak membenarkan mereka duduk dalam masjid).
Setelah mereka berbicara dengan umat Islam di situ didapati rupa-rupanya umat Islam di daerah itu telah ramai yang murtad dan keluar daripada Islam secara beramai-ramai masuk agama nasrani.
Amir itu memberitahu, antara taktik mubaligh nasrani ialah memberikan gula-gula kepada kanak-kanak dan orang awam. Ada dua jenis gula-gula. Satu jenis gula-gula dilabelkan dengan nama Muhammad manakala satu lagi jenis dilabelkan dengan nama Isa. Maka jenis gula-gula yang berlabel Muhammad diperbuat berperisa amat pahit manakala gula-gula berlabel Isa berperisa manis. Apabila disuakan gula-gula ini kepada penerimanya selepas memberitahu nama-nama label itu maka mereka akan membuang dan menyatakan tidak mahu Muhammad tetapi mahu Isa.
Keadaan ini berlaku dalam tempoh beberapa ketika maka ramai yang telah murtad manakala orang awam juga ditipu bahawa dalam dunia tiada lagi orang yang beragama Islam maka lebih baik mereka masuk nasrani sahaja. Dan ramai yang masuk nasrani.
Terdapat sebuah masjid pula, terdapat patung berhala diletakkan di dalam masjid.
Maka jemaah dakwah tabligh ini cukup sedih, telah menangis lalu bermesyuarat maka kesemua ahli jemaah satu fikir bertekad tidak mahu pulang ke Yaman selagi Islam kembali tersebar semula di situ atau mereka mati sahaja di situ demi menyebarkan dakwah itu.
Setelah beberapa tempoh hari dan bulan jemaah berada di kawasan itu lalu membuat amal masjid seperti biasa, jaulah, ziarah, bacaan taklim, hadis, quran, mesyuarat (seperti amalan dilakukan oleh jemaah tabligh) dan sebagainya maka pertolongan Allah turun.
Iaitu lama-kelamaan penduduk di situ mula hatinya terbuka untuk kembali kepada Islam dan akhirnya kesemua masyarakatnya kembali masuk Islam semula.
Ketika amir jemaah itu bercerita, sesiapa yang mendengar pasti hatinya akan rasa sungguh terkesan kerana beliau sendiri merasai perkara itu, dan ia diluahkan daripada lubuk hatinya. Beliau menyambung dengan berkata, berkat adanya dakwah orang Islam akan menjadi kuat dan orang bukan Islam akan terbuka hati untuk memasuki Islam tetapi jika tiada dakwah dijalankan maka orang Islam akan keluar daripada agamanya.
Selepas itu Amir jemaah meminta semua yang hadir memasang niat untuk keluar berdakwah khuruj fisabilillah atas maksud agama 4 bulan, 40 hari, 3 hari dan bersama jemaah tempatan melakukan amal masjid. Maka sebahagian yang hadir berkata: "Insya-Allah! Insya-Allah!".

Minta diri
Kemudian, jemaah meminta diri untuk beredar dan bersalaman dengan ustaz dan orang-orang tempatan. Kami pun beredar meninggalkan rumah ustaz itu lalu menaiki kenderaan untuk kembali ke surau kami.
Amir jemaah dan Hj Shamsuddin menaiki kereta saya, lalu saya bertanya serba sedikit mengenai apa yang dikatakannya supaya tidak tersilap apa yang didengar.

Thursday, May 3, 2012

Teh yang bermaruah

Gambar hiasan shj
SUATU ketika saya dipilih Allah untuk melapang diri, masa dan harta di jalan Allah bersama satu jemaah yang dalamnya terdapat rakan-rakan seusaha dari pelbagai tempat, ada org local, org kelate, sabah, Sri Lanka, Somalia dan ada juga sorang dari Zimbabwe (baru masuk Islam) namanya Abdullah. (Sebelum memeluk Islam, dia beragama Kristian).

Bila berbual dengan rakan Sri Lanka, mereka memberitahu sedikit sebanyak keadaan usaha agama di negara mereka. Tetapi suatu perkara lain yg menarik, katanya, ialah Sri Lanka terkenal dengan daun teh dan sukan kriket. Teh dari Sri Langka dikatakan dieksport ke merata dunia manakala kriket pula sukan popular di negara itu.

Satu hari, dua rakan seusaha dari Sri Langka itu diputuskan untuk khidmat taam. Maka mereka mengambil kesempatan untuk menyediakan menu Sri Langka kepada jemaah dan jemaah cukup teruja menanti juadah dihidangkan. Pada waktu makan tengah hari, ahli jemaah cukup berselera dan terpancar tanda-tanda kelazatan pada wajah dan gigi-gigi rakan-rakan jemaah sewaktu menjamu selera. Dikhabarkan ayam yang dimasak menggunakan santan hingga RM8 sekali masak!

Namun bila tiba minum petang, ada sedikit kemusykilan berlaku. Ahli jemaah sudah menunggu di talam masing-masing untuk menikmati sentuhan 'teh' air tangan orang Sri Langka. Tetapi apa nak buat, teh yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba, menyebabkan ahli jemaah terus menanti dengan sabar. Maka saya pun bertanya kepada seorang rakan seusaha Melayu yang membantu orang khidmat itu (membantu untuk ke kedai, hidang, dan sebagainya). 

Dia berkata, sejak dari tadi, orang taam asyik dok rasa teh dia sebab nak pastikan betul-betul sedap. Sebab teh itu sekarang umpama maruah bagi taam yang berasal dari Sri Langka. Kejap-kejap diorang rasa, lepas tu rasa lagi, rasa lagi, rasa lagi hingga terlewat nak dihidangkan!

Selepas digesa agar cepat kerana tidak lama lagi mahu ghast, maka teh tersebut dihidangkan, maka rasanya....waahhhh...memang sedappp, Allah taala bagi sedap!! Ditanya apa resepinya, antaranya dia menggunakan susu cair.  

Ternyata, teh itu memang benar-benar bermaruah. 


Wednesday, April 18, 2012

Gembira bila kena marah

SUDAH lama tak update blog. Sibuk macam-macam. Di sini saya teringat satu kisah yang dicemburui untuk kita ambil iktibar. Ia mengenai sorang rakan seusaha, bernama Haji M (bukan nama sebenar) di satu markaz. Tak perlu dinyatakan nama sebenar cuma kisahnya sahaja yang kita nyatakan.
Beliau amat dikenali dan disegani dengan korbannya sejak zaman dahulu hingga waktu ini. Diberitakan suatu ketika beliau bertemu dengan seorang lelaki untuk maksud dakwah tersebut di sekitar kawasan mohallah beliau.
Haji M yang sudah pun berumur, menyampaikan dakwah melalui kata-katanya dengan begitu berhemah dan lemah lembut kepada lelaki itu.
Namun malangnya, lelaki itu telah menengking dan memarahi Haji M membuatkan Haji M terdiam. Ketika lelaki itu menghamburkan kata-katanya tiba-tiba berlaku sesuatu yang memeranjatkannya apabila Haji M tiba-tiba berubah wajah ceria, berasa gembira, tersenyum dan ketawa kecil ketika sedang dimarahi.
Lelaki itu menjadi hairan, kerana dia yang sedang marah tetapi orang yang dimarahi berasa cukup gembira.
Selepas selesai dimarahi, Haji M kemudian bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu sebelum beredar. Keadaan itu menyebabkan lelaki itu bertambah hairan dan terpinga-pinga.
Walaupun Haji M tidak bercerita tentang kejadian itu namun kisah ini agak mutawatir kerana berita itu berlegar di kalangan rakan seusaha dengan versi yang serupa sehingga sukar untuk disangkal lagi.
Apabila ditanya kepadanya mengapa beliau ketawa bila dimarah orang. Beliau berkata, beliau berasa sungguh gembira tatkala lelaki itu memarahinya kerana beliau tiba-tiba hatinya berasa cukup bertuah kerana beliau dimarahi semasa sedang buat usaha dakwah, yang mana seperti nabi-nabi juga pernah dimarahi kaumnya semasa menyampaikan dakwah.
Katanya, dia telah mendapat satu sunnah nabi ketika menyampaikan dakwah kerana Nabi Muhammad s.a.w juga dimarahi ketika berdakwah. Beliau begitu gembira kerana Allah memberinya taufik dan hidayat untuk mengamalkan satu sunnah itu dengan sabar. Dan sebab itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana menjadi asbab perkara itu berlaku.
Pada satu ketika, saya telah khuruj 40 hari ke markaz tersebut dan berjumpa semula Haji M. Beliau bertanya kepada jemaah kami, ada atau tidak ahli jemaah kami yang kena marah semasa ghast atau bila-bila waktu berjumpa orang.
Seperti yang telah ditetapkan oleh Allah, sememangnya salah seorang ahli jemaah kami memang sudah terkena 'fire' semasa jadi mutakalim. Haji M kemudian berkata, kalau begitu rakan seusaha yang kena marah sepatutnya kena banyak2 bersyukur dan buat sujud syukur kerana dimarahi ketika buat dakwah.
Begitulah orang yang banyak korban, kefahaman mereka berbeza dengan kita yang tidak berkorban ini. Sebahagian kita pula tidak tahan atau hilang sabar jika kena marah. Ini kerana kita belum dapat-dapat lagi kefahaman seperti itu. Kena korban lagi dan lagi.

Thursday, March 22, 2012

Takut bila jumpa orang Tabligh

SUATU ketika dahulu saya telah dipilih Allah untuk khuruj ke markaz Jerantut. Kami satu jemaah (lupa berapa orang, mungkin 10 orang kot) telah dihantar ke Kuala Lipis dan sekitarnya.
Salah satu roote ialah di kawasan Merapoh, kat situ berdekatan dengan salah satu pintu masuk ke Taman Negara Gunung Tahan (kalau tak silap ingatan saya). Sebab seingat saya, salah seorang rakan seusaha yang nusrah ketika kami di situ kerja keperluannya ialah naik turun gunung tahan bawa tourist.
Ia juga dekat dgn sempadan Kelantan, maka ramai penduduknya cakap loghat kelate. Org-org nya baik-baik.
Satu hari, saya dan seorang lagi rakan diminta buat random di sekitar kawasan kampung. Semasa kami melalui satu jalan, maka ternampak sekumpulan remaja/pemuda berlonggok lepak di tepi jalan.
Ada yang duduk atas motor dan ada yang berdiri dan ada yang mencangkuk dan duduk. Mereka berbual-bual, ada yg berseluar jeans koyak, ada yang pakai seluar pendek.
Jumlahnya sekitar 6-7 orang kalau tak silap. Jarak mereka dgn kami lebih kurang 20 meter camtu. Maka kami memberanikan diri mara menuju mereka untuk bersilaturahmi dan pada masa yang sama hendak memberitahu dan menjemput mereka ke majlis bacaan hadis yang sedang berlangsung di masjid.
Tetapi atas kelemahan fikir saya, sebaik sahaja mereka menyedari kami sedang menuju ke arah mereka, kesemuanya berdesuppp... kelam kabut meninggalkan tempat itu serta merta.
Mula-mula seorang yg dah duduk atas moto menghidupkan enjin dan blahh dgn sorang pembonceng. Sorang lagi yang atas moto cemas apabila kali pertama start (pakai kick start) gagal menghidupkan enjin. Tetapi lepas dihenjutnya 2-3 kali maka enjin hidup lalu dia pun beredar sambil tersenyih. Yang lain lari lintang pukang.
Yang lawaknya, terdapat parit sebelah jalan tu. Ada sorang berlari lalu melompat ke seberang parit itu, diikuti dengan sorang lagi yang landing betul-betul kat tepi tebing. Kemudian lesap.
Bila kami sampai tempat lepak, sorang pun tak tertinggal. Tapi yang musykil ialah, rupa-rupanya parit tu bukan kecil, agak lebar jugak, macam mana budak-budak tu boleh melompat jauh betul!!
Ni mungkin kes adrenaline rush yang boleh berlaku ke atas manusia bila terlalu takut atau terlalu gembira. Penjelasan psychology biasanya mengambil contoh seseorang yang terlalu takut bila dikejar sesuatu (manusia atau haiwan), akan boleh melompat tembok tinggi yang mana pada situasi biasa dia tak boleh melakukannya. Disebabkan takut itu badan merembeskan adrenalin utk kekuatan luar biasa. Jadi dlm kes budak-budak ni kemungkinan berlaku adrenalin rush agaknya.
Tapi apalah nak ditakutkan kepada orang Tabligh...mereka cuma mahukan kebaikan kepada umat ini dan keredhaan-Nya.
Allahu a'lam.

Saturday, February 4, 2012

Coretan mingguan...

Alhamdulillah, baru-baru ni berkesempatan untuk menziarahi kaum keluarga di kampung sempena cuti sekolah pada cuti tahun baru cina.
Memandu long distance agak meletihkan tapi semuanya berbaloi bila dapat bertemu dgn sanak saudara dan adik beradik. Rata2 yang ditemui sihat dan ada juga yang kurang sihat. Memang lah salah satu tujuan kami menziarahi orang yang kurang sihat di kalangan ahli keluarga sewaktu kesempatan ini.


Rakan seusaha. 
Masjid di kampung didapati tidak seperti dulu2 dari segi jumlah jemaahnya. Kalau dulu, waktu maghrib isyak sekitar dua saf tetapi kini bertambah lebih kurang lima saf di ruang solat yang panjang dari kanan ke kiri. Kanak-kanak juga ada satu saf, kalau dulu takde. Waktu subuh, zuhur, asar juga meningkat jemaah daripada jumlah dulu-dulu. Bila ditinjau, rupa-rupanya, masjid tu kini sudah hidup lima amal masjid berbanding dulu hanya hidup beberapa amal. Dan jumlah rakan seusaha juga bertambah. Beberapa rakan seusaha yang baru berpengalaman 40 hari, 3 hari, gigih mengambil bahagian dalam amal masjid. Berkat usaha jemaah masjid dan kesungguhan rakan seusaha di situ, Allah jadikan asbab hidayat.
Terkesan juga bila bertemu dgn sorang rakan seusaha yang gigih dan istiqamah. Sejak dulu jazbahnya sentiasa maintain, tak berubah terus maju dalam korban. Dua tahun lepas, Allah pilih beliau khuruj ke negara kanggaru, Australia manakala tahun lepas ke Singapura utk korban di jalan Allah. Korbannya sungguh dicemburui.

Ujian
Berada di kampung untuk beberapa hari mengingatkan saya dengan seorang rakan seusaha yang saya kenali sewaktu dia masih student. Saya sebagai orang awam masa tu kagum dgn jazbahnya yang begitu bersungguh buat usaha hingga ditaskilnya ramai student utk keluar 3 hari atau sehari setengah. Kami sebagai org awam tumpang sekaki shj dgn serba sedikit ikram student. Selepas selesai belajar, dia berangkat ke IPB 4 bulan. Itu masa dulu, sekarang khabarnya sudah berbeza.
Jadi baru-baru ni, lepas solat fardu, kami ke rumah rakan seusaha ni utk menemuinya. Alhamdulilah dpt berjumpa sebentar kerana sebenarnya dia hendak keluar rumah. Dia beritahu, dia kini menetap di daerah lain kerana kperluan dan hari itu dia balik kampung.
Dia memberitahu, keadaannya sibuk dan sedang diuji dengan beberapa hal.
"Markaz pun sudah bertahun-tahun tak jejak kaki," katanya sedih. Katanya, selepas balik IPB dulu, dia tinggal di kampung, khidmat keluarga dan melakukan beberapa pekerjaan tetapi kemudian berpindah kerana keperluannya dan sekarang keadaannya sedang diuji....
Marilah kita doakan agar bangkit semula dlm usaha. Dia mengakui mahu aktif semula tetapi tak tahu bila. Katanya: "Allah tak pilih." Sama sama kita doakan beliau. 
Biasa lah, semua pun ada kalanya diuji, ada yang dapat bertahan dan ada juga yang tumbang. Tak kira lah sama ada rakan seusaha 3h, 40h, 4bulan, orang korban, fikirmen bahkan syura sekalipun. Itu yang membuatkan saya yg dhaif ni berasa seram. Semoga Allah kekalkan diri saya dan zuriat keturunan saya dalam usaha.

Anak-anak, bercuti


Kesempatan cuti sekolah yang ada, dimanfaatkan juga untuk riadah anak-anak. Dan sebab itu kami sanak saudara berkunjung ke Pantai Bagan Lalang dan menginap di Hotel Seri Malaysia. Alhamdulillah semuanya seronok dan semua berjalan lancar. Bagan Lalang kini semakin menjadi tumpuan kpd orang ramai, khususnya kpd mereka yang sudah rimas hendak ke Port Dickson yg sentiasa sesak dgn orang terutama waktu cuti. Jadi Bagan Lalang satu alternatif terbaik di samping suasana yang segar, pantai yg ok dan kemudahan yang baik tersedia. Selain aktiviti pantai pada waktu siang, pada waktu malam pula penuh orang makan ikan bakar.

On the way balik ke Utara, singgah di salah satu tempat feveret utk pekena cendol di simpang makloom, memang best. dan jugak laksa n sup sebelah tu.
cendol power...


kena try ler...


kewtiaw sup, daging ricih..

laksa ada daun pudina, nanas potong..pernah cuba?



Takziah 
Baru-baru ini juga kita menerima berita salah seorang Syura Malaysia Tuan Guru Haji Salleh telah pulang ke rahmatullah. Sebelum itu, syura Msia Bai Khaled turut kembali menemui Allah s.w.t. Masih terngiang-ngiang beberapa mutiara kata-kata yang pernah telinga saya dengar dari mulut kedua-dua syura ini suatu ketika dahulu. Semoga Allah menerima pengorbanan mereka dan ruh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhadak wa solihin.

Tuan Guru Haji Salleh menunaikan solat Asar berjemaah di sebelah Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan diimamkan oleh Maulana Hamid. Hari ini orang yang mengimamkan solat tu telah dilantik sebagai salah seorang syura Msia. Pelantikan beliau beberapa hari sebelum pemergian Tuan Guru Haji Salleh. Elders kita seolah-olah diberi ilham agar orang alim yang pergi digantikan dengan orang alim yang baru dlm barisan syura Msia.


Maulid

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita untuk mengamalkan sunah Nabi s.a.w dalam kehidupan. Di bawah adalah poster maulid yg dihadiri salah seorang Syura Msia kita yang baru, Maulana Abdul Hamid.

Add caption


Wednesday, January 11, 2012

Usaha atas student

Sejak kebelakangan ini isu membabitkan student boleh dianggap menyedihkan. Student Malaysia sekarang makin terkenal di mata dunia kerana sudah ada yang berbaring di jalan, melawan polis, menjerti-jerit, dipergunakan dan ada juga kes yang culture shock di luar negara dan ada juga yang sudah melangsungkan perkahwinan sejenis. Ini pernah dibincangkan oleh posting Al-Alorstari dalam Permata yang hancur berkecai...
Masalah ini semua adalah kerana asbab kelemahan kita buat usaha atas student dan kelemahan kita juga tak buat usaha bersungguh-sungguh kepada umat. Kesian umat menderita....salah siapa? salah kita juga. Masalah umat memang banyak, tetapi kita tidak cukup membantu menyelesaikannya, semoga Allah ampunkan kita. Saya sendiri tak buat usaha masa zaman student dulu-dulu.
Dulu, ada orang bagitau, ada satu universiti di Msia kuat berjalan usaha hingga namanya dikaitkan dengan jemaah kerana asbab student dan pensyarah 'bergotong-royong' buat usaha.
Cuba tengok list kat bawah, yang manakah agaknya yang dimaksudkan universiti itu?

UIA - Usaha Iman Amal
UM - Usaha Masjid
USM- Usaha Sampai Mati
UTHM - Usuli Tengah Hari Malam
UTM - Universiti Tabligh Malaysia
UKM - Universiti Karkun Malaysia
UiTM - Usaha Iman Terbaik Malaysia
UTP - Untuk Taskil Pakistan
UNIMAP - Untuk Nak Iman Mesti Ada Pengorbanan
UNIMAS - Usaha Naikkan Iman Mesti Amal Senang
UUM - Umat Usaha Masjid
UPSI - Usaha Pelajar Sempurnakan Iman
UPM - Universiti Pendakwah Malaysia
UMS - Usaha Masturat Sedunia

Ada lagi nak tambah?

Monday, January 2, 2012

Tun Abdul Razak: Bapa pembangunan Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم
Karguzari: Baba Abdul Razak Kakrail

Karguzari "May Allah grant us hidayat from lives of these people" bersumber daripada seseorang yang bernama pena, Ibni Hatari. Penulis menceritakan pengalamannya semasa khuruj di Bangladesh sekitar Mac 2006 atau lebih tepatnya di Masjid Kakrail, Dhaka. Semoga beroleh manfaat hendaknya, Insya'Allah.

Ibni Hatari menukil karguzari:

Suatu pagi, setelah selesai sarapan roti dan chai (minuman teh susu) yang enak bersama ribuan ahli jemaah, maka pun aku merayau-rayau sorang-sorang dalam masjid Kakrail. Masjid ni sangatlah besar dan bertingkat-tingkat. Aku dah tak berapa ingatlah bilangan tingkatnya, tapi yang aku pasti masjid nih boleh memuatkan para jemaah sehingga melebihi 10ribu orang. Waktu tu pun jemaah arab dah ramai mulai membanjiri masjid tersebut. Tanda-tanda usaha agama semakin berkembang dan akan kembali ke tempat asalnya..


Masa tengah rayau sorang-sorang tu, aku telah termasuk ke dalam satu bilik yang mana terdapat satu jemaah Indonesia yang tengah berkumpul untuk mendengar bayan wapsi/tangguh daripada sorang lelaki tua. Kebetulan ketika itu juga mereka memerlukan penterjemah bayan, maka tanpa niat aku telah terpilih menjadi perantaraan untuk alih bahasa English ke bahasa Indonesia. Inilah pengalaman pertama aku sebagai murtajim/penterjemah bayan. Amal berakhir sekitar 1 jam lebih..


Jemaah Indonesia ini agak istimewa, telah diberitakan kepadaku oleh karkun-karkun yang lain ketika itu bahawa salah seorang ahli jemaahnya yang juga merupakan seorang ustaz dan juga amirsab telah meninggal dunia/syahid dalam dua hari lepas, babak-babak terakhir mereka sebelum tamat tempoh khuruj. Yang mengejutkan aku, route dimana tempat mereka dihantar untuk buat usaha agama sama juga dengan route jemaahku, cuma mereka telah selesai tangguh daripada keluar, akan tetapi jemaahku akan ke sana sekitar tengahari lepas zohor. Memang mulia keadaan orang yang meninggal dunia ketika keluar semasa buat usaha agama. Rupa macam orang tidur tersenyum.. cuma disini aku bukan mahu bercerita kisah orang syahid, tetapi pengalamanku bersama pembayan tua yang aku terserempak ini.


Selesai bayan, maka pembayan tua itu terus mencekup bahuku lalu berkata dalam bahasa inggeris " Where are you from? Jazakallah khairan for the khidmat of bayan for this particular jamat.. have somebit of time with me". Beliau tersenyum dan terus membawaku bersandar pada timbunan-timbunan bantal, di satu sudut dalam bilik tersebut. Rupa-rupanya bilik yang aku tersesat masuk tanpa niat menjadi penterjemah tadi adalah bilik khas beliau di dalam masjid Kakrail ini. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Abdul Razak, dan mahu aku panggilnya Baba. Rupa parasnya sederhana tinggi, matanya biru dan asyik terbeliak apabila ingin menyampaikan satu perkara yang penting, amat fasih berbahasa inggeris, penuh dengan jenaka tetapi tegas perwatakannya. Mukanya semacam ada nur... penampilannya serupa sedikit seperti Maulana Nazlur Rahman Raiwind damatbarakaatuhum... beliau memberitahu umurnya 89 kepadaku dengan penuh semangat. Aku pun dengan penuh rasa hormat sambil tersipu-sipu memperkenalkan diriku dan mengatakan diriku berasal daripada Malaysia.


Memang ada suatu jazbah yang berlainan dalam diri orang tua ini jika dibandingkan dengan orang-orang tua yang umum sebaya dengannya. Kebanyakan orang tua-tua dalam usaha agama biarpun umur yang lanjut, percakapan mereka ini sungguh hikmah dan menusuk hati. Tanda daie yang makbul.


"O from Malaysia? MASYAALLAH!" nadanya yang semangat. Maka disambung lagi Baba Abdul Razak kakrail "I KNOW your late prime minister Tun Abd Razak, not only we share the same name, but i know him VERY WELL". Aku pun berkata " Everyone knows about our prime ministers." Tetapi terus beliau menyahut "Oh you see this is different, everyone know Tun Razak and his son Najib but i want to tell you about something that not most of people knows about your late prime minister Tun Abd Razak". Maka berceritalah Baba Hj. Abd Razak kakrail dengan episod karkuzarinya mengenai Tun Abd. Razak. Kami bersembang-sembang sambil bersandarkan bantal pada dinding biliknya.


Beliau bertaaruf sambil bercerita kepadaku, "I was at your very age that time when doing dawat" ujar Baba. Aku pun zauk sangat ketika beliau berkata begitu(sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang).. beliau telah berbaiah di tangan Hadratji Maulana Yusuf Khandlalawi rah. Dan antara awwalun dalam usaha ini. Pada sekitar awal 60an, hazratji Maulana Yusuf Khandlavi telah bentuk satu jemaah India (waktu tu Pakistan dan Bangladesh belum wujud lagi, masih di sebut India) yang khusus ke Malaysia, yang mana beliau juga merupakan salah satu daripada ahli dalam jemaah tersebut.


Kata Baba lagi, ketika ke Malaysia, Baba Hj. Abd Razak kakrail dan jemaahnya menaiki kapal terbang. "In the plane, I sat next to your Tun Razak, and from there we became friend" ujar beliau. Beliau memuji sifat alharhum Tun Abd. Razak ketika itu kerana tidak seperti orang khawas yang lain, Tun Abd. Razak telah memilih untuk duduk bersama-sama dengan orang tempatan. "He sat down beside me and yet i noticed that he has the "ummati's sifat" " puji Baba mengenai Tun Abd. Razak.


"When we in Malaysia, our jamat'tasykil'ed him to spend sometime with us, but he was very busy.. somehow he did give nusrat by lending us his personal car and a driver. Only by night time if he is not busy, then he will perform salah maghrib and isya together with us.." kata beliau. ketika itu Tun Abd. Razak belum menjadi perdana menteri, tetapi menteri luar bandar ujarnya. Aku pun "impress" jugak dengan Baba ni akan ingatannya yang kuat dan juga masih mengetahui akan kedudukan Tun Abd. Razak ketika itu dalam bercerita.


" After months we have been in malaysia, so it was time to return back to India. before we leave your country, Tun Abd Razak wanted us to find one of his bestfriend during his studies in London, who resides in Dhaka. Tun Abd Razak was so concern about his friend, he did even write down the address and the contact number of his friend, and give it to us. He had a note for this fellow friend and want us to deliver it to him", cerita Baba.


Baba beritahu, selepas beberapa masa balik daripada tasykil Malaysia, maka datanglah satu jemaah Kuwait yang pertama kali dikatakan telah datang ke India untuk 4 bulan. Dalam jemaah Kuwait tersebut salah sorang daripada ahlinya merupakan ahli koperat. Maka dibawalah ahli koperat Kuwait tadi bersamanya untuk khususi kawan baik Tun Abd. Razak ini.


Baba bagitahu, "This Tun Abd Razak's fellow friend is extremely busy like Tun Razak too. And then we found out that this fellow was a very successful senior city planner, architect and also an engineer who works with the goverment at that time. With the given address, we managed to find his house. He lives in a very big house!"


Setelah susah payah dan memberitahu mengenai satu note daripada Tun Abd. Razak, maka Baba dan ahli koperat tadi berjaya mendapat satu "appointment" untuk perjumpaan pada waktu malam. Maka pada malam tu, lepas habis makan malam di rumah engineersab tersebut maka teruslah ahli koperat Kuwait tu bagi fikir pentingnya untuk usaha atas iman melalui perantaraan usaha agama Nabi s.a.w.


Baba pun bercerita; so the engineersab responed; "How can i spend time for this? I cannot even take a minute to relax for myself. Im very busy with the work". The kuwaiti sati said to the engineersab " Just make an intention, for you wont lose anything if you give and declare your intention to Allah."


Engineersab replied; "Ok, i put intention.. i will go in path of Allah for iman and amal before i die."


"So several years later he entered Kakrail performing zohor salah and then he sat down in a bayan. At the end of the bayan tasykil were made. He wanted to leave the gatherings.. until the person who gave the bayan said - if you think iman and amal is important before you die, please stand up and go out in the path of Allah.. so Allah gave him ilham, then he remembered back the intention he made pledge infront of me and the kuwaiti sati. So right away after that he went out for 4 months!"


Baba bagitahu sewaktu itu engineersab dilanda kemurungan jiwa.. kekayaan melimpah dalam hidupannya namun hatinya sedih dan kosong. Namun dengan qudrat Allah, engineersab telah masuk ke dalam masjid Kakrail. Sejak daripada bayan tersebut telah mengubah hidupannya 180 darjah.


Perbualan antara aku dengan Baba yang tidak dapat ku lupakan ketika Baba beritahu; "The development and extensions of Kakrail masjid was under his responsibilities. Allah accepted his struggles, Hadzratji rah appointed him as syura. Not only Bangladesh, he traveled more than 100s countries to spread islam and changed hundred thousands of them, spending whatever he has earned in his life just for dawat. He goes in the path of Allah for the rest of his life.. his whole family also changed into very devoted to islam and dawat ki mehnat. All of his children now hafizs and hafizahs, alims alimahs, zahids zahidahs. He made so much qurbani and now you see in annual Tonggi ijtima's the local old satis still remember his name untill now..."


Aku pun bertanya kepada Baba akan siapakah sebenarnya engineersab tersebut yang diceritakan oleh Baba?


"There are thousands of such examples, but they remain silent because they do it for Allah. So just let the name of engineersab remain unknown to you." senyum Baba.


"But above all, do you know why, what is the reason for me telling you all of this, and lessons can you get from this karkuzari?" Baba menyoal aku balik.


"Tell me baba" jawabku menyerah diri sambil mengerut kening..


Baba berkata (berbahasa inggeris); "Kalau kamu tahu hakikatnya, semua pahala pengorbanan yang dibuat oleh engineer sab itu, semuanya pulang kembali kepad Tun Abd. Razak kamu, kerana beliaulah asbab hidayah kepada engineersab itu. Ketika kami di Malaysia, Tun Abd. Razak telah buat pengorbanan dengan memberi nusrah kepada jemaah kami dan jelas Tun Abd. Razak telah risau ke atas engineersab. Tun Abd. Razak bukannya sahaja seorang yang kaya di dunia, bahkan di akhirat! Dalam usaha ini, kerisauan yang ada dalam hati kita dan pengorbanan dalam jalankan usaha agama adalah roh kepada jasad usaha Nabi s.a.w ini. Dengan kerisauan dan pengorbanan juga maka Allah turunkan hidayah."


Terbeliak mataku "SUBHANALLAH!, are you telling the truth? amazing! mean i cant believe that Tun Abd. Razak got a share in tablighi effort! such a beautiful struggles.."


Dan aku menyambung lagi dengan SOALAN "Engineersab, that you are telling me about, might it be the late bhai Hj. Muqib sab? am i right?"


Baba tersenyum dan hanya mampu berkata, "May Allah grant us hidayat from lives of these people."


MasyaAllah, pertemuan aku dengan Baba Hj. Abd Razak kakrail memang khas daripada Allah, ditentukanNya kepadaku. Entah mengapa, tetapi yang pasti inilah bayan hidayah dan jazbah kerja yang "special" untukku sebelum keluar tasykil di sekitar Bhola, perjalanan 2 hari 1 malam dengan menaiki feri.


Inilah kisah "behind closed door tabligh".. biarpun agak bizzare untuk dicernakan oleh sesetengah pemahaman orang awam, tetapi selepas karkuzari Baba tersebut sehingga kini pun masih lagi dapatku rasakan jazbah dan faiznya daripada Baba biarpun hampir 5 tahun berlalu. Dengan jazbah inilah aku nukilkan di dalam blog ini untuk perkongsian bersama.. lebih-lebih lagi dengan teman-teman seusaha. Kisah ini mengingatkan aku seorang waliAllah, Hazrat Ibrahim Adham Balkhi, yang sanggup korbankan kemewahan dunia, hidup berzuhud untuk sukakan Allah. Hazrat Hj. Muqib sab juga telah korban segala dunianya untuk usaha agama dan memilih jalan yang sama. Jika anda orang lama pasti anda tahu kisah Haji Muqib, Karnal Amiruddin, Prof. Sanaullah, Miaji Mehrab, Miaji Musa dan banyak lagi orang-orang lama dalam usaha agama ini.. kebanyakan mereka telah kembali menemui Allah. Semoga semua mereka diredhai Allah.. alangkah baiknya jika Allah kekalkan jazbah ini kepadaku dalam amalan 2 1/2 jam.. semoga Allah pilih kita untuk jadi seperti mereka.


Semoga Allah berkati usaha Baba Haji Abd. Razak kakrail dan juga asbab sebagai qabulliat beliau dalam usaha agama. Endingnya YANG aku benar-benar PAHAM, actually last-last semua pahala diorang masuk dalam buku amal Baba jugak.. pasal Baba sambut takaza dan buat kerja!..


Lessons learnt - "May Allah grant us hidayat from lives of these people."


Nota: 'Baiat' yang dimaksudkan di atas tidak lebih daripada berjanji setia kepada muslimin lainnya dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya. Hanya dalam urusan infradi (orang perorangan secara khusus), berlaku dikalangan orang-orang yang rapat dengan eldest(0rang-orang lama) dalam usaha dakwah dan tidak dijadikan tertib umum dalam usaha agama.



Semua di atas copy Paste dari Karguzari: Baba Abdul Razak Kakrail?

Thursday, December 22, 2011

Doa beramai-ramai...

بسم الله الرحمن الرحيم

Doa penutup ijtimak oleh Maulana Yusof rah

Ya Allah ya tuhan kami! Ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah ampunilah dosa kedua-dua ibu bapa kami, ya Allah ampunilah dosa dan kemaksiatan saudara mara kami, ya Allah ampuni lah dosa dan kejahatan anak isteri kami, ya Allah ampunilah dosa dan kesalahan umat Muhammad s.a.w. Ya Allah! kami bersalah, kami berdosa, kami telah mnzalimi diri kami, jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah, Engkau Amat Mengetahui bahawa kami telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak terkira banyaknya, kami mendurhakai-Mu, kami tetap bersikap acih tak acuh terhadap perintahMu, tetapi ya Allah! Kami sedar dan insaf kami bertaubat kepadaMu maka terimalah taubat kami dan ampunilah kami. Ya Allah Ya Tuhan kami! Kami beradadalam kancah kemaksiatan dan kejahatan, ya Allah masa hayat kami hampir berakhir dalam mengikut nafsu, wahai Yang Maha Pengasih! Kami telah terbenam dalam keduniaan da dunia ini telah menjadi pujaan kami, wahai Yang Maha Pengampun!  dalam megutamakan dunia maka segala kebolehan dan tenaga telah kami sia-siakan, wahai Yang Maha Rahman, kami telah menyeleweng dari agamaMu yang telah menjadi kesalahan palijg besar maka ampunilah kesalahan kami yang paling besarnitu. Wahai Yang Maha Rahim, kami benar-benar telah insaf bahawa yang penyelewengan dari agamaMu telah mencampakkan kami ke dalam kancah kejahatan dan kebinasaan dan penyelewengan dari agamaMu telah melenyapkan dari kami segala rupa kebaikan yang dahulunya Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, ampunilah kami segala kesalahan kami itu, ampunilah segala kesalahan umat Muhammad s.a.w. Ya Allah, tugas yang diletakkan oleh PesuruhMu Muhammad s.a.w ke atas bahu kami telah kami campakkan dan kami telah menyerahkan agama kami kepada anasir-anasir yang tetap menjauhkan kami daripada ajaran-ajaran kekasihMu Muhammad s.a.w. Ya Tuhan Yang Maha Rahman, kasihani lah kami,t ya Allah kasihanilah kami, kasihanilah kami ya Allah...............      


-doa di atas hanya permulaan dan sebenarnya ia lebih panjang lagi seperti yang dipetik dari buku berjudul 'Doa dan Zikir Rasulullah s.a.w.'

Monday, November 7, 2011

Korban perasaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat menyambut Aidiladha kepada semua pembaca dan pengunjung Ziarah76 walau di manapun berada.
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s yang didengari berulang kali, mudah-mudahan memberi keinsafan mendalam kepada kita semua.
Satu ketika semasa hampir-hampir menjelang aidiladha beberapa tahun-tahun dulu, saya berkesempatan menghadiri majlis penerangan untuk wanita (bayan masturat). Walaupun ia adalah untuk golongan ibu-ibu tetapi golongan suami turut boleh mengikutinya di tempat yang berasingan manakala si penceramah juga dipisahkan oleh dinding dan tabir ketika menyampaikan ceramah kepada golongan ibu-ibu.Ceramah diberikan oleh seorang ustaz. Dalam beberapa perkara yang disentuh ustaz itu, beliau turut bercerita mengenai ibadat korban yang mana ketika itu amat bersesuaian untuk disentuh.
Dalam salah satu ceritanya, beliau memberitahu tentang kisah seorang ulama di sebuah negara (sama ada di India atau di Pakistan - saya sudah tidak ingat negara mana).
Ulama ini membela seekor lembu sejak ia kecil hingga cukup umur untuk tujuan ibadat korban.
Sabar menunggu turn...
Ulama ini dengan sengaja membelanya dengan penuh kasih sayang dan menjaga dengan begitu berhati-hati, sakit sihat, makan minum dijaga oleh ulama sendiri ini seolah-olah seperti seorang ayah menjaga seorang anak, sehinggalah lembu itu besar. Lembu ini juga dikatakan mengenali tuannya kerana membesar di hadapan mata tuannya dan terdapat beberapa sifat yang menggambarkan betapa lembu itu amat rapat hubungannya dengan tuannya iaitu ulama ini.
Dan apabila lembu itu cukup umur dan 10 Zulhijjah sudah tiba, maka ulama tadi akan membawa lembu kesayangannya tadi untuk disembelih. Maka apabila semuanya sudah siap, maka ulama itu pun menyembelihlah lembu kesayangannya dan apabila beliau menyembelih lembu itu, beliau akan terasa satu mujahadah perasaan dalam dirinya iaitu menyembelih perasaan sayang itu.
Ulama itu sengaja cuba merasai rasa menyembelih perasaan kasih sayang itu berbanding hanya menyembelih haiwan ternakan yang tiada apa-apa kaitan dalam hidupnya.
Ulama itu mahu sekurang-kurangnya mahu mendapatkan satu perasaan menyembelih sesuatu yang disayanginya, walaupun ia hanya seekor lembu. Begitulah kelakukan seorang ulama yang mana saya tidak pernah mendengar kisah sebegitu sebelum ini.
Namun kisahnya itu begitu menyentuh pendengar. Lebih-lebih lagi, dari segi benda dunia, tentulah ada bezanya antara kita memberi sesuatu yang kita sayangi berbanding dengan sesuatu yang kita tak sayang.
Pengajaran kisah ini ialah menyeru pendengar membuat pengorbanan terutama apa yang kita sayang untuk agama Allah.

Sunday, October 30, 2011

Purdah dan tamsilan gril pintu...

Dlm beberapa minggu yang lepas sewaktu khuruj, saya berkesempatan menghadiri satu majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang ustaz tempatan. Penyampaiannya begitu menarik, suaranya jelas lagi terang. Serba sedikit dapatlah saya menambah ilmu maklumat di dada yang serba kurang ini.
Banyak perkara menarik yang disentuh dan tak dapat lah ditulis di sini. Ustaz ini bukanlah rakan seusaha tetapi amat prihatin dan menyukai jemaah. Semasa berceramah beliau beberapa kali memuji jemaah tabligh berdasarkan pengalamannya yang lalu dan pengamatannya terhadap jemaah tabligh.
Ceritanya, satu ketika dia pernah ke UK atas sesuatu urusan dan tiba-tiba entah bagaimana cerita dia berada di salah satu markaz tabligh. Katanya, beliau kagum dengan jemaah yang berada di sana dan orang Islam yang teguh menjaga agama walaupun berada di negara bukan Islam. Dia juga kagum apabila mendapat maklumat mengenai ijtimak tabligh di beberapa negara yang dihadiri begitu ramai jemaah. Dia memuji orang yang sanggup bermujahadah kerana agama, tinggal anak isteri dan sebagainya, teguh mengamalkan sunnah, dugaan macam-macam, syaitan pun cuba sedaya upaya halang orang berjihad di jalan Allah. (tajuk asal kuliah dia lebih kurang bertajuk ialah sifat syaitan yang perlu kita ketahui untuk dijauhi).
Beliau bercerita lagi. Satu ketika, semasa masih bekerja (sekarang dia dah pencen kerja dari pasukan keselamatan negara), bos dia memberitahu, bahawa bosnya itu tidak suka dengan orang pakai purdah kerana atas alasan menutup aurat yang biasa sudah cukup dan memadai. Ustaz itu bingkas bangun lalu mempertahankan pemakaian purdah.
Kata Ustaz tu: "Tuan tau (tahu) ka apa dia yang dikatakan pakaian-pakaian orang Islam?
"Kalau tak tahu jangan banyak cakap pasal benda yang tak tau."
Memandangkan bos dia adalah orang dunia, maka, ustaz itu mahu menjawap dengan lojik akal orang dunia juga.
Terus dia mendapat ilham dan bercakap: "Macam kita tengok rumah. Kan di setiap rumah dah ada pintu untuk keselamatan maka kita bulih tutup kalau tak mau bagi sapa-sapa masuk.
"Habis tu, kan pintu sudah cukup tetapi napa sudah ada pintu kita mau bubuh gril lagi? Bubuh pagaq(r) lagi?
"Kat situ maknanya, sekadar pintu saja tak cukup tapi kita mau lebih selamat lagi. Kalau crita macam ni kita faham. Tapi awat kalau orang pakai purdah kita tak faham.
"Di situ, bila pakai purdah dia lebih selamat lagi."
"Purdah ini pakaian isteri-isteri Nabi s.a.w dan isteri sahabat r.hum, kita jangan cakap benda kita tak tau," tegasnya.
Ustaz tu bagaimanapun tak memberitahu lebih lanjut apa reaksi bosnya akibat bantahan spontannya dalam cerita itu. Adakah ustaz itu diturunkan pangkat atau dinaikkan pangkat atau tidak diapa-apakan. 
Begitu juga, Ustaz tu pun bercerita, jika ada orang yang mempertikaikan sunnah-sunnah nabi sebenarnya orang itu dalam bahaya, kerana dikhuatiri boleh tergelincir imannya.

Saturday, October 29, 2011

Tabligh Jamaat (What Is Tabligh)

بسم الله الرحمن الرحيم


History
It was founded in the late 1920s by the Deobandi cleric Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi in the Mewat province of India. Maulana Ilyas put forward the slogan, ‘Aye Musalmano! Musalman bano’ (O Muslims! Be Muslims).
It is strictly a non political movement. The Tablighis work at grass roots level reaching out to Muslims across the economic and social spectrum.
Originally started in Delhi, India, the movement has spread to 150 countries and has an active following estimated to be between 70 to 80 million devout followers.

Thursday, October 27, 2011

Sebut betul-betul...'mursyid'

BEBERAPA tahun dahulu, saya dihantar ke suatu kawasan di Utara untuk tempoh 40 hari berada di jalan Allah.
Kebanyakan ahli jemaah adalah dari halqah (kawasan) sendiri iaitu di selatan tanah air. Salah seorangnya adalah seorang pemuda yang pertama kali membelanjakan diri, masa dan harta bagi tempoh 40 hari. Kalau tak silap beliau pun baru satu atau dua kali keluar 3 hari sebelum itu, dan terus ke cillah 40 hari itu.
Walaupun begitu, jazbah beliau sentiasa tinggi dan kalau kita bersembang dengannya, menerusi akhlak dan keterampilannya maka kita akan terasa seolah-olah dia seperti orang lama terlibat dalam usaha.
Beliau juga seorang yang tekun dan bersungguh-sungguh hingga saya sendiri kadang kala terkesan dengan sifatnya.
Satu hari semasa awal tempoh cillah itu, dalam mesyuarat pagi, amir yakni ketua jemaah memutuskan beliau untuk memberi bayan subuh, iaitu ceramah penerangan selepas solat Subuh.
Beliau taat kepada keputusan walaupun nampak seperti keberatan dan ada juga mengesyorkan nama rakan lain. Dia tidak memberi sebarang alasan atau tekan syor tetapi hanya diam dan taat.
Selepas habis mesyuarat, ketika bersembang, dia menyatakan kerisauan kerana dia masih belum boleh bercakap enam perkara sifat sahabat yang mana kebiasaan disampaikan pada bayan subuh. Lagipun, katanya, memandangkan ia adalah kali pertama bayan subuh dalam hidupnya maka dia bimbang akan berasa gugup nanti kerana kurang bersedia.
Namun, rakan lain memberi semangat, dorongan dan menyakinkan beliau boleh melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya dan niat untuk belajar, untuk diri sendiri. Lagipun, beliau sudah beberapa kali bermuzakarah dengan rakan seusaha mengenai 6 sifat sahabat itu.
Seorang rakan kami menenangkan perasaannya: "Alaa bayan subuh mana ada orang tempatan duduk... kita-kita je yang duduk, jadi apa nak risau."
Maka sepanjang hari berjalan lancar dan beliau kelihatan lebih tawajuh.
Apabila tiba saatnya iaitu pada selepas solat subuh maka bangunlah beliau lalu duduk di kerusi depan ruang solat untuk memberi bayan subuh.
Beliau memulakan pengucapannya dengan baik tetapi tersekat-sekat, buah-buah bayan adalah seperti orang menghafal sesuatu berkisar mengenai maksud, kelebihan dan cara nak dapatkan.
Apabila selesai hakikat kalimah maka masuk ke bab hakikat solat, beliau nampak berasa seperti sudah selesa dan bertambah bersemangat.
Sebahagian ahli jemaah mendengar dengan khusyuk dan sebahagian lagi 'teramat' khusyuk hingga kepalanya tertunduk ke bawah. Terdapat rakan seusaha tempatan dan juga seorang orang tempatan.
Tiba-tiba apabila sampai ke bab ilmu dan zikir, berlaku sedikit kekecohan.
Mana tidaknya, beliau berkata,".... ilmu masaile kita kena belajar dengan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang musyrik..."
Nahh..ambik kau. Orang tempatan wajahnya terpinga-pinga mendengar 'mursyik' manakala dua, tiga orang rakan seusaha di depan pun cuba membetulkan percakapan: "...mursyid! mursyid!..."
Tapi sebab kereta dah laju jalan susah nak break, beliau terus jalan bayan kerana tak prasan terjadi kesilapan sebutan, tapi mujur tak jauh beliau tersedar, lalu membetulkannya.
Terdengar kekecohan kecil tu, ahli jemaah yang tunduk kepalanya kerana 'amat khusyuk' pun tiba-tiba terjaga dan terpinga-pinga juga lalu tanya 'apa hal?'.
Bayan diteruskan hingga ke akhir dengan lebih berhati-hati.
Apapun, selepas kejadian itu, kami pun tergelak bila mengenangkan kejadian itu. Tetapi hikmah daripada kejadian itu dan berkat beliau taat amir, mesyuarat, dikhabarkan hari ini beliau adalah salah seorang rakan seusaha yang mantap jika diputuskan memberi bayan dan juga hari ini dikatakan beliau lebih maju dalam usaha dan memberi pengorbanan untuk agama.

Thursday, October 20, 2011

Adab usul (N3 ulang tayang)

Empat perkara diperbanyakkan:
1-Dakwah
2-Taklim wa taklum
3-Ibadat
4-Khidmat

Empat perkara dikurangkan:
1-Masa makan dan minum
2-Masa tidur dan rehat
3-Masa di luar masjid
4-Cakap sia-sia

Empat perkara ditinggalkan:
1-Jangan harap pada makhluk
2-Jangan minta pada makhluk
3-Jangan membazir
4-Jangan guna barang tanpa izin

Empat perkara jangan disentuh:
1-Isu semasa dan politik
2-Mazhab dan masalah khilafiah
3-Pangkat dan keturunan.
4-Minta Derma.

-Adab usul untuk diri sendiri masing-masing. Insya-Allah, semua ini boleh dapat bila keluar di jalan Allah SWT. Kalau setakat baca-baca je kat sini takde mujahadah maka susah lah nak datangkan perkara-perkara tu. Benda tinggiii kena mujahadah lah kan.
Aku pun tak dapat-dapat lagi!!
Tuan2 tolong doakan aku, kena keluar lagi dan lagi.



Copy paste daripada ENTRY LAMA Z76

Monday, October 17, 2011

Karkun brutal..kah..kah

Kah.. kah... tergelak baca posting di bawah:


Masa belajar di UiTM dahulu ada seorang rakan seusaha yang agak berjazbah penampilannya. Pakaian yang dikenakan hari-hari adalah seluar jeans berserta kurtah dengan kolar stail baju melayu teluk belanga. Dari segi percakapannya pun kadang-kadang menggerunkan untuk didengari kerana kecederungan beliau untuk menggunakan perkataan ‘wa’ dan ‘lu’ sebagai kata ganti nama ‘saya’ dan ‘kamu’.

Saya pernah diputuskan bersama beliau untuk menghidupkan usaha di suatu kolej atau asrama di UiTM. Hampir setiap hari, kami akan meluangkan masa di antara magrib dan isyak untuk menjalankan usaha khususi dan juga gash. Pernah sekali semasa khususi, beliau telah menjadi jurucakap utama atau mutakalim. Mendengarkan perkataan-perkataan beliau semasa menjadi mutakalim, memang mengundang kita untuk lebih tawajuh kepada Allah. Apa tidaknya, antara percakapan yang dituturkan adalah…”Wa cakap lu…kita kalau mati dengan iman sebesar zarah pun….syurga paling bangsat pun 10 kali besar dunia!!!”


Copy paste dari Mohamad Noorman Masrek

Friday, October 14, 2011

Menjadi manusia pemurah

بسم الله الرحمن الرحيم

Tidak lama dahulu di suatu masjid/surau, saya berkesempatan menghadiri majlis bayan (penerangan) yang disampaikan oleh seorang rakan seusaha yang cukup memberi kesan, mungkin asbab pengorbanan dan keihlasannya menyampaikan dakwah, lebih-lebih lagi tanpa meminta sebarang upah,  menyebabkan 'buah-buah' bayannya cukup menusuk ke Qalbu.
Dalam bayan itu, salah satu kisahnya yang disampaikan ialah mengenai kisah seorang pekebun yang alim, pemurah, kaya yang bersyukur pada zaman dahulu.  Dia diberikan Allah hidup yang aman damai dengan amalannya mensedekahkan hasil kebunnya kepada orang-orang miskin. Namun apabila dia meninggal dunia, anak-anaknya yang ramai bukan sahaja tidak mahu mengikuti jejak langkah ayahnya bahkan cuba menghalang orang miskin daripada mengambil buah-buahan dari kebun itu. Akhirnya, kebun itu dimusnahkan Allah. Setelah menyedari kesalahannya, maka anak-anak lelaki itu menyesal dan bertaubat.
Dalam bayan, lebih-lebih lagi jika disampaikan oleh orang awam biasanya kisah-kisah yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis, tidak dinyatakan dengan detail namun yang ajibnya ialah pengajarannya dan mesejnya dapat sampai kepada audien dengan berkesan dan menusuk ke mata hati. Disebabkan biasanya masa diberi untuk bayan bagi orang awam tidak lah panjang, maka sesetengah perkara atau kisah, dengan hikmah lebih baik diringkaskan sahaja untuk memudahkan pendengar walaupun ia bersabit dengan nas dan dalil sahih.   
Apapun, kita perlu bersyukur yang tidak terhingga jika dipilih dapat untuk duduk walaupun seketika dalam majlis bayan atau majlis ilmu yang ada didalamnya percakapan membesarkan Allah s.w.t.  
Untuk manfaat pembaca Z76, di bawah adalah kisah pekebun tersebut yang ditafsir oleh seorang ulama/ilmuan tempatan di negara kita. Ia adalah tafsir dari surah al-Qalam, ayat 17 hingga 33.
Semoga kita tidak menjadi orang yang bakhil dan  tamak tetapi menjadi manusia yang pemurah  sehingga mendapat keampunan di sisi Allah.  Amin.

--------------bawah ni copy paste tau!--------------


Balasan Allah tidak boleh dielak

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Siri Keenam (al-Qalam: 17-33)

Allah SWT menyebut pada ayat yang lepas bahawa  orang yang mempunyai harta benda dan  anak-anak telah kafir, bersikap derhaka dan  menyelewengkan nikmat yang dikurniakan Allah  SWT kepadanya.
Allah SWT menambahkan penjelasan apa yang  diberikan kepadanya itu hanya cubaan dan ujian  semata-mata agar Dia melihat sama ada orang itu  taat dan bersyukur kepada Allah SWT sehingga  ditambahkan kenikmatan kepadanya. Atau orang  itu akan menggunakannya untuk menimpakan  kepadanya dengan pelbagai bencana dan  seksaan.
Contohnya para pemilik kebun ketika mereka  menjalankan sedikit kederhakaan, kebun mereka  dibinasakan oleh Allah SWT. Oleh itu, bagaimana  pula dengan orang yang menentang Allah SWT  dan rasul-Nya yang tetap bersikap keras berada  dalam kekafiran dan mengerjakan maksiat.
Al-Sabuni berkata: Kami telah uji ahli Mekah  dengan kemarau dan kelaparan supaya mengikut  dakwah Rasulullah SAW sebagaimana kami  menguji pemilik-pemilik ladang yang mempunyai  pelbagai jenis buah-buahan.
Kami taklifkan ahli Mekah supaya bersyukur  kepada Tuhan mereka atas segala nikmat  sebagaimana kami telah taklifkan pemilik  ladang-ladang untuk bersyukur dengan memberi  kepada fakir miskin akan hak mereka.
Sebahagian ahli tafsir berkata ia berkenaan  dengan seorang lelaki muslim dan tinggal  berhampiran Sana’a yang mempunyai pelbagai  jenis tanaman dan buah-buahan.
Apabila sampai waktu menuai dan memetik  buah-buahan dia memanggil fakir miskin serta  memberi hak masing-masing dengan banyak. Di  samping itu memuliakan mereka.
Sebaliknya apabila mati si kaya yang bersyukur ini,  anak-anak mereka yang bertiga mewarisi harta  bapa mereka seraya berkata: “Keluarga kita ramai  dan harta kita sedikit. Tidak mungkin kita boleh  bagi kepada fakir miskin seperti yang dilakukan  oleh ayah kita. Mereka berbincang sesama  mereka untuk tidak memberi kepada seorang pun  fakir miskin. Justeru, mereka berpakat untuk  memungut buah-buahan pada waktu pagi ketika  fakir miskin tidak menyedari”.
Tiba-tiba pada waktu malam tersebut Allah  turunkan api membakar tanaman dan  buah-buahan. Apabila waktu pagi, mereka pergi ke  kebun dan mendapati tidak ada pohon kayu dan  buah-buahan.
Mereka menyangka tersilap jalan apabila mereka  mempastikan hal tersebut mereka tahu ini  hukuman Allah dengan niat jahat mereka lantas  mereka sesal dan bertaubat. (antara terjemahan  ayat 17-20 surah al-Qalam)
Muhammad Quraish Shihab berkata: Ayat-ayat  lalu menyebut beberapa sifat buruk dari  al-Mukazzibin iaitu para pengingkar ayat Allah  (baca ayat 8 dan seterusnya) kini dijelaskan  bahawa apa yang dialami oleh mereka itu serupa  dengan kisah sekelompok pemilik kebun yang  agaknya pengalaman mereka telah dikenal luas  oleh masyarakat Makkah ketika itu.
Di sisi lain, ayat yang lalu juga menghuraikan sebab  sifat-sifat buruk yang disandang oleh kelompok  orang-orang derhaka disebabkan mereka  bersikap angkuh kerana harta mereka yang  banyak dan membanggakan anak-anaknya.
Ayat di atas mengingatkan keangkuhan dengan  pemilikan harta yang melampau dan hakikatnya ia  adalah ujian Tuhan kepada manusia. Ujian Allah  tidak sama dengan ujian yang dilakukan oleh  manusia sehinggakan apabila diuji mereka tidak  dapat mengelak sama sekali.
Firman Allah SWT: Lalu mereka panggil  memanggil di pagi hari. Pergilah diwaktu pagi (ini)  ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya.
Al-Maghari berkata: Sesetengah mereka menyeru  kepada sesetengah yang lain. Marilah kita ke  kebun pada awal pagi untuk memetik buah dari  kebun kamu jika kamu hendak melakukannya.
Mereka telah menetapkan rancangan dan  menyembunyikan urusan itu sehingga tidak ada  seorang pun yang mendengar perancangan  mereka sebagaimana firman Allah SWT.
Firman Allah SWT: Maka pergilah mereka saling  berbisik-bisik. Pada hari Ini janganlah ada seorang  miskinpun masuk ke dalam kebunmu.
Sayid Qutub berkata: Seolah-olah kita yang  mendengar atau membaca al-Quran tahu apa  yang tidak diketahui oleh tuan-tuan kebun tentang  malapetaka yang telah menimpa kebun itu. Kita  telah menyaksi bagaimana tangan halus telah  menghulur dalam gelap gelita dan terus  menghapuskan segala buah-buahnya dan kita  melihat kebun itu telah dipetik buahnya setelah  berlaku peristiwa tersebut.

Kebun yang subur tiba-tiba lenyap
Firman Allah SWT: Dan berangkatlah mereka di  pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang  miskin) padahal mereka (menolongnya).
Ayat ini ditafsirkan dengan lapan pendapat seperti  kata Ibn al-Jauzi:
* Dengan penuh kekuatan seperti kata Ibn  Abbas.
* Dengan penuh kecukupan seperti kata al-Hasan  dalam satu riwayat.
* Dengan penuh kesungguhan seperti pendapat  al-Hasan, Qatadah, Abu al-‘Aliah, al-Farra’ dan  Muqatil.
* Atas perkara yang disepakati yang mereka  usahakan antara mereka. Inilah pendapat Mujahid  dan Ikrimah.
* Perkataan hard memberi maksud nama kebun  sebagaimana kata al-Suddi.
* Ia adalah rasa dendam dan kemarahan terhadap  orag miskin seperti pendapat al-Sya'bi dan  Sufian.
* Ia adalah tegahan dan halangan seperti  pendapat Abu Ubaidah dan Ibn Qutaibah.
Sedangkan perkataan mereka berkemampuan  dalam ayat ini memberi maksud dengan tiga  pendapat:
Pertama: Berkemampuan terhadap kebun  mereka di sisi mereka. Inilah pendapat Qatadah.
Kedua: Berkemampuan menguasai orang miskin.  Inilah pendapat al-Sya’bi.
Ketiga:  Mereka menegah dalam keadaan  berkemampuan. Inilah pendapat Ibn Qutaibah.
Al-Maraghi berkata: Mereka berangkat untuk  menghalang dan menjauhkan orang miskin pada  memperoleh manfaat daripada kebun itu pada  pagi hari. Sedangkan mereka dapat memberikan  manfaat kepada orang miskin tersebut.
Bagaimanapun, alangkah kecewanya dan sia-sia  usaha mereka kerana tidak tergambar atau  terlintas di fikiran kebun yang penuh melimpah dan  subur boleh menjadi dataran kosong.
Kebun tersebut seolah-olah tidak ada bekas  ditanam sehingga mereka menjadi ragu dengan  kejadian tersebut.
Firman Allah SWT: Tatkala mereka melihat kebun  itu, mereka berkata: Sesungguhnya kita  benar-benar orang-orang yang sesat (jalan),  Bahkan kita dihalangi (dari memperoleh  hasilnya).
Sayid Qutub berkata: Inilah berita yang sebenar.  Mereka ditimpa akibat tipu daya dan niat yang  jahat akibat kekufuran nikmat dan kebakhilan.  Sekarang tampillah seorang yang paling baik  fikiran antara mereka menghadapi mereka.
Nampaknya dahulu dia seorang yang mempunyai  pendapat yang berlainan tetapi terpaksa mengikut  mereka apabila pendapatnya ditentang.
Firman Allah SWT: Berkatalah seorang yang  paling baik fikirannya di antara mereka: Bukankah  Aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah  kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)? Mereka  mengucapkan: Maha Suci Tuhan kami,  Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang  zalim.
Ibn Kathir berkata: Mereka cuba melakukan  ketaatan pada saat tidak lagi memberi manfaat  dan bertasbih yang tidak diterima. Justeru,  mereka amat sesal dan iktiraf kesilapan yang tidak  berfaedah. Akhirnya mereka terpaksa mengaku  kezaliman mereka.
Sayid Qutub berkata: Sebagaimana biasa setiap  mereka akan berusaha melepaskan dirinya  apabila ditimpa akibat yang buruk dan  melemparkan kesalahan kepada rakan-rakannya  yang lain. Inilah yang dilakukan oleh mereka.
Firman Allah SWT: Lalu sebahagian mereka  menghadapi sebahagian yang lain seraya cela  mencela.
Al-Maghari berkata: Mereka saling berkata di  antara mereka: Kamu yang mengemukakan  pendapat ini kepada kami. Yang lain pula berkata  kepada rakan masing-masing: Engkau yang  menakutkan kami dengan kemiskinan.
Adapun yang lain pula berkata: Kamulah yang  mendorong aku mengumpulkan harta. Kemudian  mereka menyeru kecelakaan dan kesialan diri  mereka sendiri seperti yang ditunjukkan oleh Allah  SWT ketika menceritakan tentang diri mereka.
Firman Allah SWT: Mereka berkata: Aduhai  celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah  orang-orang yang melampaui batas.  Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti  kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik  daripada itu; Sesungguhnya kita mengharapkan  ampunan dati Tuhan kita. Seperti Itulah azab  (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih  besar jika mereka mengetahui.
Muhammad Quraish Shihab berkata: Setelah  menghuraikan bencana dan penyesalan yang  dialami penduduk yang derhaka itu, Allah SWT  menutup kisahnya dengan memperingatkan  semua pihak termasuk kaum musyrikin Mekah  bahawa itulah seksa duniawi.
Ia lebih besar kerana seksa akhirat bersumber  langsung dari Allah serta ia lebih besar serta tidak  berakhir dengan kematian. Di sana yang diazab  tidak mati sehingga tidak lagi merasa  seksaan-Nya.
Jika mereka mengetahui perihal seksaan tersebut  sudah pasti akan beriman kepada Allah SWT.  Kalimah ya wailana terdiri daripada tiga kata. Iaitu  ya merupakan kata seru, wail yang bermakna  kecelakaan dan na merupakan kata ganti yang  menunjuk kepada jamak sehingga secara harfiah  ya wailana bererti wahai kecelakaan kami.
Al-Biqaie memahaminya dalam erti wahai  kecelakaan kami inilah masa engkau datang  menemui kami kerana tidak ada lagi yang  menemani kami kecuali engkau. Kalimah ini  digunakan untuk menggambarkan rasa  penyesalan luar biasa.
Sementara ulama menyatakan, ketiga-tiga pemilik  kebun itu benar-benar menyesal dan bertaubat  sehingga Allah SWT mengkabulkan permohonan  mereka dan kebun tersebut lantas menjadi  subur.

Thursday, October 13, 2011

Kisah pancung... kah kah

Tergelak la pulak baca kisah di bawah ni:





"Pancung Maut" dan Beg Pun Melayang


Kisah yang akan dicoretkan ini tidaklah terjadi pada saya, tetapi berlaku kepada salah seorang yang agak akrab dengan saya, yang juga merupakan pensyarah di UiTM. Bilamana kami keluar 3h bersama, beliau kerap mengulangi cerita ini, lebih-lebih lagi jika jemaah tersebut terdapat pelajar UiTM. Sekitar tahun 1987,  beliau telah diputuskan untuk menjadi amir kepada jemaah 3h pelajar-pelajar UiTM. Pada waktu itu pembentukan jemaah 3h masih lagi dibuat di Masjid India Kuala Lumpur iaitu selepas tamatnya program malam markaz. Setelah jemaah dibentuk, maka mereka pun bergerak menuju ke surau yang telah diputuskan iaitu di kawasan Setapak. Seperti biasa, setelah sampai ke surau tersebut, mesyuarat dibuat untuk memutuskan program sepanjang sehari seperti jemaah khidmat, pembaca taklim, pembayan dan sebagainya. Memandangkan beliau tidak begitu arif dan kurang mengenali pelajar-pelajar tersebut maka perwatakan dan penampilan pelajar-pelajar tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran beliau sewaktu membuat keputusan di dalam mesyuarat. Justeru, untuk menyampaikan bayan magrib selepas ghast, beliau telah memutuskan salah seorang pelajar yang pada pengamatan beliau cukup munasib lantaran penampilannya tidak ubah seperti seorang karkun lama atau rakan seusaha yang telah lama berkecimpung dengan kerja agama.

Telah menjadi amalan disurau tersebut iaitu selepas selesai solat magrib mereka akan berzikir atau berwirid. Walaubagaimanapun, tidak seperti dikebanyakan surau atau masjid, zikir “Lailahaillallah” yang dilakukan oleh ahli jemaah surau tersebut agak bersemangat iaitu dilakukan dengan suara yang agak lantang serta dalam tempoh yang agak panjang. Setelah selesai berwirid, imam pun membaca doa yang diaminkan oleh para makmum. Sejurus selepas berdoa, orang tempatan yang tinggal bersama ahli jemaah telah mendirikan solat sunat dan selepas itu program bayan pun mengambil tempat. Orang-orang tempatan yang tinggal, ternyata teruja dengan kehadiran jemaah dan terus duduk untuk mendengar bayan yang akan disampaikan. Setelah pembayan yang diputuskan berdiri diposisi yang berseusian, maka beliau pun memulakan bayannya. Rupa-rupanya, sebagaimana penampilannya yang tampak berjazbah, begitu juga tutur katanya. Pembayan telah memulakan bayannya dengan ungkapan “Tuan-tuan yang mulia… tuan-tuan ingat dengan zikir yang tuan-tuan buat tadi boleh masuk syurga ke?”. Ambikkkk kau… amir saf bila mendengar sahaja ungkapan yang terpacul keluar dari mulut pembayan tadi, terus jadi gementar dan bergegas keluar lalu menyembunyikan diri di belakang pokok di luar surau sambil mengintai dari celah pokok apakah yang seterusnya berlaku di dalam surau. Dari luar surau terdengar suara orang bertengkar dan marah memarahi. Mendengar dan melihatkan apa yang berlaku beliau menjangkakan pastinya jemaah ini akan dihalau keluar. Sangkaan beliau sememangnya tidak meleset bahkan tepat kerena tidak lama selepas itu beliau melihat satu demi satu beg-beg jemaah melayang dan terbang keluar daripada tingkap surau. Ternyata, mereka semua dihalau keluar dan terpaksa bergerak pulang ke markaz dalam keadaan hampir semua ahli jemaah tergelak dan ketawa mengingatkan insiden yang melanda mereka. 



Copy paste dari Mohamad Noorman Masrek

Monday, September 26, 2011

KESAH KHADIJAH R.HA DAN INGATAN NABI TERHADAPNYA

Kasih Rasulullah s.a.w terhadap Khadijah begitu mendalam. Baginda sentiasa menyebut kebaikan Khadijah hatta selepas kewafatannya hingga dicemburui Aisyah.

Kata Aisyah:
Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah s.a.w sebagaimana aku cemburu terhadap Khadijah walhal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakala menyembelih kambing lalu diberikan kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan aku pernah berkata; bukan kah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah telah
memberimu penganti yang lebih baik, isteri yang lebih muda dan baik darinya?
Rasulullah s.a.w menjawab; Tidak! Demi Allah! Dia tidak memberikan seorang pengganti yg lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku disaat orang lain mengingkariku. Dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakanku.
Khadijah membantuku dengan menginfakkan seluruh hartanya ketika orang lain menahan harta dariku dan Allah mengurniakan beberapa zuriatku dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain " [H.R. Ahmad]

Kewafatan Khadijah meninggalkan kesedihan yang begitu mendalam di jiwa nabi hingga tahun tersebut dikenali dengan tahun kesedihan. Sekalipun selepas kewafatannya, nabi selalu mengenang saat-saat indah bersama Khadijah r.h.a.
Mulianya Khadijah hingga Allah mengirim salam kepadanya dan menjanjikan sebuah istana di syurga.
Di saat-saat akhir kewafatannya, ketika dipangkuan nabi, masih sempat beliau meminta nabi menggunakan tulang belulangnya untuk agama Allah. Inilah bukti kecintaan yg tidak berbelah bagi.

Kesah ini sering ku dengar dari bayan-bayan orang lama-lama, bila sahaja ku dengar pastinya air mataku akan mengalir keluar tanpa disedari, sesungguhnya kesah mereka dapat menimbulkan keinsafan pada diri dan menaikkan semangat ingin beramal untuk mengikut jejak langkah mereka.

Oleh itu ku seru pada diriku dan juga kepada para suami dan isteri sekalian
Jika jadi seorang suami, jadilah suami yang selalu mengenangkan kebaikan , ketaatan dan kasih sayang isteri kepada kita, walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia, inikan pula mereka berada disisi kita, kenangkanlah keikhlasan mereka kepada kita. Balaslah segala bentuk khidmat ikhlas dan manja mereka dengan doa dan kasih sayang dari kita. Janganlah berkasar dengan mereka, mereka adalah dari kaum yang lemah kekuatan fizikalnya dan halus dalam jiwanya dan cepat terasa hatinya dan mudah dibentuk jiwanya. Teladanilah nabi saw begitu berlemah lembut dengan isterinya.

Jika kita seorang isteri pula, jadilah isteri yang selalu diingati akan kebaikan kita oleh suami kasih sayang , khidmat ikhlas dan tutur kata yang lemah lembut dan menjadi penolong dalam urusan ketaatan kepada agama sentiasa menjadi ingatan suami kita. Isteri yang baik untuk suami yang baik, jadilah kita isteri yang paling baik bagi suami kita. Jangan jadi diri kita suatu bebanan kepada suami, iaitu melalui percakapan kita yang selalu mengguris hatinya, akhlak dan tingkah laku yang tidak disenanginya atau apa sahaja yang tidak digemari oleh suami kita.

Untuk itulah suami dan isteri sama-sama kena berusaha membawa amalan agama cara nabi saw didalam rumah tangga kita, sebab itulah penting para suami kena membawa isteri-isteri dalam usaha dakwah bersama untuk belajar usaha nabi saw. Permulaannya 3 hari kemudian 10 hari dan 40 hari dan 2 bulan di Jalan Allah saw untuk belajar kehidupan sunnah nabi saw.

Semuga aku dan isterku dapat beramal. Amiiiin.

---Copy paste dari Tuan Haji Musa

Saturday, September 17, 2011

4 kesudahan manusia

Dalam kesibukan kita melakukan kerja buat kita setiap hari. Kadang kala kita terlupa bahawa mati itu dalam keadaan mengejut. Terdapat empat jenis manusia dengan kesudahannya.
1) Seorang yang dilahirkan Islam dan mati dalam keadaan Islam.
2) Seorang yang dilahirkan Islam dan mati dalam keadaan bukan Islam.
3) Seorang yang dilahirkan bukan Islam tetapi mati dalam keadaan Islam.
4) Seorang yang dilahirkan bukan Islam dan mati dalam keadaan bukan Islam.





Semoga kita dimatikan dengan iman dan Islam serta diberikan kesudahan yang baik.

Tuesday, August 23, 2011

Kisah 4 ulama besar

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam sebuah kitab yang cukup terkenal di dunia tasawuf, Kasyful Mahjub, diceritakan bahawa suatu ketika Khalifah al-Mansur dari kerajaan Abbasiyah mengundang empat ulama besar datang ke istananya.
Mereka ialah Abu Hanifah, Sufyan al-Tsauri, Mis'ar bin Qidam dan Syuraih.
Khalifah berhasrat melantik salah seorang daripada mereka menjadi hakim agung kerajaan, satu jawatan yang sangat strategik dan menjadi idaman banyak orang.
Bagaimanapun keempat-empat ulama besar itu sepakat menolak permintaan Khalifah al-Mansur. Sufyan al-Tsauri memilih melarikan diri ke sebuah pelabuhan dan bersembunyi di bawah kapal yang hendak berlayar, sementara yang lain berangkat menuju istana untuk menyatakan penolakan mereka.
Apabila tiba di istana, Khalifah al-Mansur melantik Abu Hanifah untuk menjadi hakim agung. Abu Hanifah berusaha menolak dengan menegaskan: "Wahai Amirul Mukminin, aku bukanlah orang Arab melainkan sahabat orang-orang Arab. Pemimpin Arab tidak akan menerima keputusan hakim agung seperti aku."
Khalifah pun menerima penolakan Abu Hanifah dan memanggil Mis'ar bin Qidam.
"Engkaulah yang harus menjadi hakim agung," kata Khalifah al-Mansur. Namun, Mis'ar berpura-pura berkelakuan seperti orang gila.
"Keluarkan orang ini, dia sudah gila," teriak Khalifah al-Mansur.
Tinggallah seorang ulama lagi, Syuraih pun dititahkan mengisi kekosongan jawatan hakim agung. Syuraih menyatakan keberatannya seperti mana dilakukan oleh dua ulama sebelumnya.
Syuraih berkata: "Wahai Khalifah, aku ini mudah bersedih dan suka bergurau. Padahal orang yang bersedih dan suka bergurau tidak layak menjadi hakim."
Bagaimanapun alasan Syuraih itu tidak diterima oleh Khalifah al-Mansur. Syuraih dilantik menjadi hakim agung, sebab tidak ada lagi ulama yang sesuai untuk memegang jabatan tersebut.
Kisah ini mencerminkan keteguhan ulama dalam memegang prinsip untuk tidak tergoda oleh kekuasaan.
Bagi mereka, kekuasaan merupakan wajah yang sangat menakutkan. Oleh itu, ia berpotensi menyempitkan ruang gerak dan pendirian berkecuali seorang ulama.
Selain itu, jawatan sebagai hakim sangat berat, kerana ia amanah besar dan mampu memalingkan mereka daripada ibadah kepada Allah SWT.
Justeru para ulama berusaha menghindari segala macam bentuk kekuasaan dan godaan duniawi daripada diri mereka dengan melakukan pelbagai cara.
Sudah pasti keadaan ini amat berbeza dengan situasi sekarang di mana ramai para ulama yang berebut-rebut untuk merebut kuasa terutamanya politik.
Dalam usaha berkenaan mereka berusaha mengumpul kekuatan bagi membolehkan cita-cita tercapai.
Akibat tindakan tersebut, sesetengah ulama tidak lagi dilihat membimbing umat sebaliknya banyak daripada mereka menjadi punca kepada perpecahan umat Islam.
Apa yang lebih malang situasi itu berlaku hanya kerana perbezaan politik. Segala kenyataan serta tindakan yang dibuat bukan lagi berlandaskan kebenaran dan tuntutan Islam. Sebaliknya atas perhitungan sejauh mana ia menguntungkan politik pihak yang mereka sokong atau sertai.
Situasi umat Islam juga menjadi semakin bercelaru apabila ada ulama yang dilihat berpengaruh membuat kenyataan-kenyataan kontroversi.
Lanjutan itu umat Islam di negara ini terus berpecah belah disebabkan semakin ramai ulama yang tidak memainkan peranan sebagai pembimbing umat sebenar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails