Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

Gangguan mistik dalam perjalanan ?


Solat hajat diadakan semalam bagi mendoakan keselamatan pengguna lebuh raya LPT2.

BAGI mana-mana masyarakat termasuklah orang Melayu, cerita-cerita mistik adalah sesuatu lumrah dan amat diminati. Tetapi jika ia dikaitkan dengan sesuatu yang menyebabkan kematian maka ia menjadi sesuatu yang bertambah nilai kegerunan.

Tuesday, November 8, 2011

Sentiasa pertingkatkan keimanan


Perutusan Aidiladha Muhyiddin pada 5 Nov. 2011.
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Umat Islam diminta  menyemarakkan ajaran agama itu yang  menggalakkan seruan ke arah kebaikan dan  mencegah kemungkaran bagi menangkis  gejala-gejala yang boleh melalaikan diri daripada  mentaati perintah Allah.
Maulana Hamid mengimamkan solat Zuhur di Ijtimak Nilai.
Muhyiddin turut serta. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin berkata, seruan ‘al-amr bil ma'ruf’ dan  ‘al-nahyu anil-munkar’ yang diterapkan oleh agama  Islam adalah benteng terbaik untuk menghadapi  cabaran keimanan, di dalam konteks kehidupan  masyarakat yang semakin kompleks.
“Saya yakin dengan adanya usaha berterusan  daripada pelbagai pihak untuk menyeru ke arah  kebaikan dan membimbing masyarakat menjauhi  kemungkaran, kita akan dapat mewujudkan  sebuah masyarakat yang harmoni,  bermoral dan  berakhlak mulia,'' katanya dalam perutusan  Aidiladha yang dikeluarkan di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, kesepaduan umat Islam untuk  membimbing masyarakat agar sentiasa mentaati  perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.  akan menjadikan umat Islam sentiasa dipandang  mulia.
Dalam perutusan itu Timbalan Perdana Menteri  turut menyarankan umat Islam supaya  menghargai nikmat keimanan kepada Allah dan  sentiasa berusaha memperkukuh dan  meningkatkan keimanan dengan mentaati segala  suruhan dan menjauhi segala laranganNya.
Prof. Abdul Rahman memberi taklimat ringkas kepada
Muhyiddin di Ijtimak Nilai. 
Sejajar dengan sambutan Aidiladha yang disambut  esok, beliau turut mengingatkan umat Islam  menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan  ketaatan anaknya Nabi Ismail menunaikan  perintah Allah.
“Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban tidak  dapat dipisahkan daripada ibadah korban.  Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia  merupakan hari untuk umat Islam memperingati   kisah pengorbanan Nabi Ibrahim  dan  kesabaran  tiada tara anaknya Nabi Ismail dalam mentaati  perintah Allah.
“Pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim  membuktikan kemuncak takwanya kepada Allah   SWT,'' katanya.
Selain itu, penghayatan juga harus diberikan  kepada junjungan besar Nabi Muhammad, para  sahabat dan ulama yang menyebarkan Islam ke  seluruh alam.
 "Alhamdulillah, dengan pengorbanan yang  dilakukan oleh mereka dalam menyebar syiar dan   dakwah Islam, kita telah menerima sinar hidayah  paling bermakna untuk menjadi umat terpilih,  umat yang beriman kepada keesaan Allah SWT   dan kerasulan Nabi Muhammad,'' katanya.
Bersempena sambutan itu, Timbalan Perdana  Menteri dan keluarga mengucapkan Selamat Hari  Raya Aidiladha kepada umat Islam di seluruh  negara dan rakyat Malaysia yang meraikannya di  seluruh dunia.

---------END------------

NOTA: Blog ini bukan blog politik, jadi ketepikan soal perbezaan politik, kerana jika ada unsur politik maka seruan TPM di atas mungkin tidak mahu dipersetujui oleh musuh politiknya. Hakikatnya, apa yang benar tetap benar walau siapa sahaja yang memperkatakannya. Di sini, apa yang dikatakan Muhyiddin adalah benar dan kita perlu menyokongnya!

Tuesday, March 15, 2011

Jepun...

musnah...



hancur...



meletup...



diselamatkan...



diimbas radiasi...



Habis...



rosak...

Friday, March 4, 2011

Masjid terselamat daripada gempa bumi

Siapa pernah jejak kaki di bumi New Zealand? Saya tak pernah.
Pada 22 Februari lepas, berlaku gempa bumi berukuran 6.3 skala Richer di bandar Cristchurch. 
Yang ajaibnya sebuah masjid, Masjid An-Nur dan Pusat Islam Canterburi (CIC) yang terletak di bandar itu tetap kukuh berdiri walaupun bangunan lain yang terletak berdekatan dengan masjid, rosak. Masya-Allah!
Antara yang runtuh, rosak itu termasuk bangunan perniagaan dan sebuah gereja runtuh atau rosak akibat malapetaka itu.
Seorang kawan Z76 yang berada di sana memberitahu, keadaan masjid sedikit pun tak terusik dan dapat berfungsi sempurna seperti biasa termasuk digunakan untuk jemaah menunaikan Solat Jumaat hari ini.
Sebahagian jemaah yang baru keluar dari masjid selepas
selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid An-Nur.
Kawan Z76 kata, lepas kejadian itu, masjid tersebut dan CIC terus tumpuan pelbagai pihak yang ingin melihat dari dekat strukturnya yang langsung tidak diapa-apakan oleh bencana itu.
Beberapa bangunan yang terletak bersebelahan masjid itu seperti sebuah bangunan dua tingkat runtuh dalam kejadian tersebut.
Begitulah kekuasaan Allah yang mahu memelihara rumah-Nya. Masjid itu boleh menampung kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa.
Semoga Allah pilih kita untuk menjadi pekerja memakmurkan rumah-rumah Allah walau di mana berada sekali pun.

Thursday, January 27, 2011

Pengalaman luar biasa tarik Booth peluk Islam

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Perasaan luar biasa yang menyelubunginya ketika melihat keindahan pokok, merupakan detik yang membuka hati Lauren Booth (gambar), seorang wartawan Britain untuk memeluk agama Islam pada 2009.
Booth berkata, perasaan itu muncul ketika beliau sedang berjalan-jalan di kawasan hutan berhampiran rumahnya, selepas keluarganya menghadapi pelbagai tragedi termasuk suaminya koma setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Menceritakan pengalamannya dalam syarahan bertajuk,Perjalananku Menuju Islam di hadapan 300 tetamu di sini, malam ini, Booth berkata, segalanya bermula ketika beliau menemu bual penjaga Masjid Al-Aqsa pada 2007 di Copenhagen, Denmark.
"Pada hari yang berkenaan, saya berasa amat tenteram, dan saya seakan memberi sepenuh perhatian kepada apa yang dipertuturkan oleh lelaki yang berada di hadapan saya itu, walaupun saya tidak memahaminya," katanya yang pernah bertugas untuk Sky NewsBBC One dan BBC News 24 di United Kingdom (UK).
Perasaan itu, katanya, berterusan apabila beliau melalui banyak pengalaman luar biasa ketika berada di Iran atas tujuan kerja pada tahun yang sama.
Booth yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair berkata, beliau akhirnya menyedari perasaan yang menyelubunginya itu adalah hidayah dari Allah SWT yang membawanya mengenali agama paling suci di dunia.

Tuesday, August 17, 2010

Pull Out paper, pokok kurma

RUTIN harian antaranya baca mcm2 paper, Jadi semalam, masa belek2 satu paper, TIBA-TIBA!!!!.... terserempak pulak story pasal rakan seusaha kita yg menanam kurma.... 4 page liputan penuh dgn gambar, fakta detail, ceritara. Wah wah..... ni mesti kawtim baikkkk punya nihh. Tahniah la.


Front page Agro Mega, sisipan Utusan Malaysia 16 Ogos 2010
Berdasarkan artikel pjg lebar tu bole jadi tak menang tangan jawap tepon emel dari pembaca, mudah-mudahan bisnes terus maju.
Kalau berminat boleh call cikgu ni, TAPI INGAT!!! berminat dgn pokok kurma sahaja dibenarkan, berminat dgn orangnya TAK DIBENARKAN!!! oleh ahli keluarganya, kan kak umma ali ( ahlia saya yang tanya  tu )....hehe


page 2 (Agro)

page 3 (Agro)
page 4 (Agro)

Dlm mega mcm2 ada..engineer2 Msia mmg bagus2...
guru2, lecturer2 depa harus dipuji

ICT pun ramai suka baca...

yg masak2 ni orang umah suka ler..
Dlm utusan msia hari isnin sahaja ada banyak pull-out tapi kebanyakkan kita tak menghargai, contohnya sisipan Jawi di atas yg diterbitkan oleh Utusan untuk menunaikan tanggungjawab sosial dan memelihara tulisan jawi. Hari lain, mcm2 sisipan ada. 

Wednesday, May 26, 2010

Transit tanpa visa warga IPB-SL

SEMOGA Allah permudahkan jemaah dakwah bergerak atas maksud agama Islam untuk datang ke negara ini lagi dan lagi...



Kemudahan transit tanpa Visa diberi semula mulai 1 Julai
PUTRAJAYA 24 Mei - Kerajaan akan memberi semula kemudahan transit tanpa visa kepada warga India, Sri Lanka, Pakistan dan Bangladesh mulai 1 Julai depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan memberi semula kemudahan tersebut adalah kerana kerajaan mendapati ia memberi faedah kepada industri pelancongan negara.
"Satu ketika dulu, pernah diadakan (kemudahan transit tanpa visa ini) tetapi atas sebab-sebab tertentu, ia ditarik balik.
"(Perkara ini) kita bincang semula kerana daripada segi faedah pelancongan, kita dapati adanya faedah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Muhyiddin berkata, bagi memaklumkan mengenai kemudahan itu, kerajaan akan berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan yang transit di Malaysia dan membawa penumpang-penumpang dari keempat-empat negara berkenaan.
Katanya, Kementerian Dalam Negeri telah mencadangkan agar diwujudkan kriteria khas sebelum mereka diberikan kemudahan transit tanpa visa itu bagi memastikan ia tidak disalahgunakan.
"Beberapa perkara telah diputuskan untuk dipatuhi. Kalau ia dipersetujui maka transit khasnya yang datang dari empat negara itu boleh dibenarkan untuk masuk dengan pemberian transit tanpa visa,” katanya. - Bernama

Wednesday, February 17, 2010

Cerita set toam, pengomen

DI KAMPUNG 17 Feb. _ Cerita pasal set taam atau toam kadang kala memang melucukan dan tak kurang juga yang menjadi sumber hidayat dengan izin Allah.
Mana tidaknya, manusia ada macam2 jenis maka tidak hairanlah 1,001 kisah boleh timbul hingga pasal benda simple menjadi huru hara atau sebaliknya.
Sebut pasal set toam ini, tentu lah rakan2 seusaha mempunyai banyak kisah yang boleh dikongsikan, al maklumlah kalau khuruj itu bab makan ini perlu diberi perhatian juga. Sebab silap hari bulan boleh pecah hati ooo...
Pernah juga dengar cerita kegigihan seorang karkun bawa tong gas naik moto untuk ke mahallah yg dimesyuaratkan untuk bayan hidayat waktu malam.
Malangnya on the way karkun tu accident, moto terpelanting, karkun tu ok, tapi tong gas dia tercampak ke dalam gaung kecil semak samun!
Sebab malam, gelap, akhirnya, esok pagi je lah dia dan karkun lain cari tong gas tu.
hemmm macam-macam!
Apapun entry kali ni hendak memberi laluan kepada pengomen2 menambah cerita mengenai set taam kerana rasanya menarik juga komen-komen yang diberikan dalam posting sebelum ini yang bertajuk Syahid di jalan Allah. Selain itu, tujuannya juga untuk menghargai pengomen budiman!
Jejaka Baru Tangguh IPB, Peluncur Islam yang mengulas mengenai kehilangan tong gas jadi asbab hidayat, berkata: "Betul2... smga jadi asbab hidayat..kat kampung sini..bkn setakat tong gas tetapi keranda pun... huhuhu."
Selain itu, Musa selaku orang lama dari Kuala Kedah berkata, mahallahnya dulu zaman 80-an 'pakat-pakat' beli sesiapa mampu beli satu atau 2 jenis alat taam, tetapi katanya, banyak kali hilang lepas dipinjam.
"Selesai keluar mereka hantar semula melalui rakan tempatan, bila ahliah buat pemeriksaan 10 jenis barang hilang termasuk cerek besar, tudung periuk, 10 biji cawan, pisau, 3 biji talam besar ada lagi 7 jenis barang, tak tahulah serik nak bagi pinjam, Alhamdulillah ahliah istiqomah masturat jadi dia cuma Alhamdulillah sahaja,katanya semua taqdir Allah benda baharu akan binasa. Cubaaaaaaan," jelasnya.
Bapa kepada 3 orang anak yang menetap di Kajang, Ahmad Al-Hadi yang baru-baru ini ikram family ke tempat tinggi pula berkata dengan nada risau bimbang: "Dalam bab ini ana paling takut kalau set taam saja yg dapat hidayat keluar..... saya dah tak keluar keluar....."
Apapun, ringkas dan padat adalah statement Kilat yang membuat perbandingan dengan berkata: "Tong gas hilang tak pa.. jangan iman hilang."
Husaini yang kini merantau jauh dengan semangat kental menuntut ilmu mendoakan hidayat: "Haha..suspen jer citer..doa2 la hidayat kat org tuh..amin.."
Walaupun belum sudi memberi link, namun komen ahlia hubbee boleh dijadikan iktibar dan bermanfaat untuk kita, iaitu:
"Ohh pernah masa kat Mekah, makcik sebilik dgn saya bagitau, org tempat dia tak suka org tabligh sebab ada yg datang masjid kg dia, pastu hilang cawan dsbnya. Alaa saya cakapla pada makcik tu, orang Tabligh ni baru nak belajar jadi baik, mungkin tersilap/terlupa dsbnya."
"Tapi agaknya mungkin bab khidmat toam among men kurang ditekankan bab2 ni(kadangkala kecik pada pandangan org lain tapi besar pd pandangan org lain). Tapi perkara macamni bukanke masuk bab muasyarat..ini adalah agama. Saya juga pernah jaga set toam marhala...aduh..saprah plastik bila saya nak pinjam nak guna, rupanya dah hitam berkulat. Pastu kes tudung periuk hilang, kadang2tu periuk tak basuh lagi dan mcm2 hal. Memang nak kena terus check set toam bila men balik khuruj...kena bersihkan dan kemaskan balik. Yang kena khidmatni boleh lah anggap Allah nak bagi kiat kerja, Alhamdulillah."
Kelakar juga dengar cerita Van qif yang meriwayatkan kisah kawannya:
"Ada sorang kawan citer, masa khuruj kat satu masjid ni...ada ler seorang lelaki duduk join jemaah ni...x kenal pun, bukan koriah kg tu pun kot...dah sifat karkun Ikram muslimin, layan jer..."
"aleh aleh waktu balik gash...lelaki td hilang, tong gas pun hilang....ahaks" kata Van qif yang merupakan antara orang awalin dlm memberi komen di Ziarah76.
Pengomen feveret yg ditunggu-tunggu, Zarzh pula sempat mengimbau zamannya di Nizamuddin waktu dahulu dengan berkata:
"Terbayang tangga-tangga Nizamuddin yang suatu waktu dahulu dipenuhi dengan barang-barang taam set, dari ceret alu ketembaga, talam, cawan semua ada, free aje.
"Tapi semua buat tak kisah, kalau ambil pun, hanya untuk khuruj, malah ada yang beli lain dan tinggalkan disitu lepas khuruj untuk jemaah lain pula.
"Bagaimana pun, sentiasa dipesan lepas hayatu sahaba, "protect your Iman and your saman (barang)".
"-Moga pencuri tong gas tu dapat hidayat dan jadi wali tong gas..." katanya.
Zarzh juga menambah:
"Ada satu kisah tentang Junaid Al-Bagdadi rah, satu hari dia balik rumah, didapati ada penyamun dalam rumah dia tentang kutip semua barang dia dan dibungkus. "Ada dua-tiga bungkus, lalu Junaid rah pun bertanya kalau dia boleh menolong sipenyamun untuk mengangkat barang-barang tersebut kerumah sipenyamun.
"Sipenyamun yang tidak tahu itu tuan rumah pun gembira kerana ada orang nak membantunya.
"Bila sampai kerumah sipenyamun, sipenyamun pun berkata pada Junaid rah, kamu ambillah sedikit dari barang samunan ini buat upah.
"Tapi Junaid rah menolak dengan berkata, "Ambillah kesemuanya, rumah yang kamu samun tu, rumah saya, jadi tak apalah, saya sedekahkan pada kamu."
"Sipenyamun terkejut dan terus bertaubat. Hebat orang-orang dulu yang tak ada dunia. Kalau kita, tak tahulah apa jadi..."

-end-

Tuesday, February 9, 2010

Memenuhi jemputan multaqa

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan memenuhi jemputan menghadiri Multaqa Ulama dan Ilmuan anjuran Badan NGO Johor, Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dan Majlis Agama Negeri Johor di Persada Johor Bahru pada 4 Februari lalu.
Ia dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri Menteri Besar, Mufti Johor dan lain-lain bersama lebih 1,000 peserta, pembentang kertas kerja, pembahas, moderator dan para jemputan.
Multaqa ini bertujuan untuk menggerakkan ulama, ilmuan, bermuzakarah, membentuk saf ulama membantu ulul amri bagi memartabatkan ummah dan sebagainya.

Ia termasuk menghadapi cabaran pemikiran yang tidak selari dengan arus perdana Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Dr. Muhammad Uthman El Muhammady dari International Institute Of Islamic Thought and Civilization membentangkan kertas kerja bertajuk 'Perpecahan Menghakis Pengaruh Kekuatan Umat Islam' pada sesi 1.
Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ke Arah Memperkasakan Kesatuan Ummah di Malaysia: Peranan Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah' pada sesi 2.
Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Tan Sri Muhammad Ali Hashim membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ekonomi Menjana Kekuatan Ummah' pada sesi 3.
Pengarah Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn, Prof. Dr. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus membentangkan kertas kerja 'Mengangkasa Pendidikan Negeri Johor pada sesi 4.
Selain itu, Prof Sidek Baba dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut membentangkan kertas kerja bersama beberapa lagi pembentang dari lain-lain universiti.
Antara yang menarik, Datuk Nakhaie mengupas tajuknya dalam isu perkembangan sejarah Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga sahabat-sahabat dan seterusnya. Tajuk kecil pembentangannya dipecahkan kepada:
1-Siapa al-Salafu al-Soleh.
2-Kemunculan Muktazilah.
3-Lahirnya mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
4-Fitnah Wahabiyyah. 
5-Ulasan pendapat Yusuf al-Qaradawi.

Bagi saya yang kerdil ini, walaupun sebahagian kecil isi pembentangan-pembentangan memang telah diketahui namun banyak benda lain yang baru diketahui, dipelajari. Dan ini menambahkan lagi keyakinan bahawa semakin banyak lagi yang masih tidak saya tahu. Ikut lah resmi padi 'semakin berisi semakin tunduklah ia'. Moga kita dijauhkan drpd ilmu Azazel iaitu 'aku lebih baik drpd kamu', 'semakin banyak diketahui maka semakin sombong bongkak' hingga 'orang lain semuanya salah, dirinya sahaja yg betul.' 

Apa yang menyedihkan ialah tergamak sesetengah golongan menggunakan nama-nama seperti Imam Syafie, Imam Abu Hanafi dan lain-lain sebagai orang yang menyokong fahaman baru mereka.
Lebih dahsyat golongan itu meminda dan menokok tambah kitab-kitab lama. Antaranya ialah kita nukilan ulama tauhid, Abu Hassan Al-Asy'ari berjudul Al-Ibanah fi Usul al-Diyanah' dan lain-lain kitab.
Kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi turut diubah suai, dipinda dengan dipadam bahagian tertentu oleh golongan tidak bertanggungjawab yg melakukan pengkhianatan. Ini diterangkan oleh Nakhaie dalam bab Fitnah Wahabiyyah.

Apapun, tidak lah semua mengenai program itu dapat dipostingkan di sini. Pada majlis itu turut dilancarkan buku 40 Tokoh Ulama Johor oleh TPM. Salah seorang tokoh itu adalah bapa TPM sendiri. Seorang lagi tokoh ialah Bekas Mufti Johor, Datuk Sayyid Al-Alwi Tahir al-Haddad (1884 - 1962). Tahun lepas, ada pihak 'tertentu' dari kalangan kaum muda tergamak menerbitkan risalah menuduh, menfitnah beliau yang bukan-bukan.
Selepas itu ada pula kolumnis akhbar menyiarkan fitnah tersebut dalam sebuah akhbar hujung minggu untuk disokong hingga mula menimbulkan kegelisahan dan keresahan masyarakat arus perdana.
Sebagai orang awam perlu lah kita berdoa semoga Allah ampunkan kesalahan dan kesilapan semua ulama-ulama itu walau siapa pun dia (dari golongan mana pun) dan semoga Allah ampunkan kita semua juga.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya menghadiri program seperti ini iaitu yang terakhir ialah memenuhi jemputan menghadiri pada Nadwah Ulama Nusantara III anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada April 2005.
Selain itu, ada juga program lain seperti persidangan OIC dan NAM (negara2 berkecuali) juga pernah dihadiri, namun multaqa kali ini ternyata mempunyai kelainan kerana ia relevan bagi memperkukuhkan perpaduan ummah negara ini.

Akhir kalam posting ini disudahi dengan kata-kata Yusof al-Qaradawi dalam laman webnya pada Rabu 23 Disember 2009, iaitu:
"Al-Allamah Shaikh Yusuf Qaradawi mengajak Perdana Menteri Malaysia dan para ulama supaya bersatu tenaga bagi memelihara jati diri keIslaman kaum muslimin Malaysia yang berpaksikan mazhab Syafi'i dan berakidahkan mazhab al-Asy'ariyyah bagi menghalang kemasukan pemikiran asing dari luar yang boleh memecah-belahkan perpaduan mereka."


Wallahualam bissawab. Sekian, buat kali ini. Hangpa semua ada masa ka nak baca semua ni? 

Saturday, October 3, 2009

Kisah pejuang...

Ini kisah simpati terhadap seorang rakan yg dikenali lebih 8 tahun. Kami masuk kerja sekali bahkan dlm batch kami hanya kami berdua. Latar belakang agak berbeza, dulu belajar di universiti berbeza, bidang berbeza - tapi gaji sama, kerja pun tonggang terbalik sama, susah payah sama, byk yg sama, gelak ketawa pun sama.
Kehebatannya dlm kerja tak dapat disangkal lagi tapi entah kenapa saya lebih dahulu naik pangkat dan byk bekerja di negeri-negeri dan kadang2 ke luar negara.
Setelah lama membelanjakan masa dlm kerjayanya baru dia ditawarkan kenaikan pangkat tetapi dia menolak. Sebabnya, jika naik pangkat dia tak boleh aktif persatuan sekerja - berjuang membela nasib pekerja bawahan. Kepimpinannya boleh tahan, garangnya selalu menggigit, marahnya merah padam dan taringnya selalu berkilat.
Sebagai pressure group dalaman, dia mengatur pelbagai langkah contohnya menuntut kenaikan gaji, elaun, kebajikan dan sebagainya - tetapi ditolak majikan. (Saya bukan ahli persatuan kerana tak termasuk dlm golongan itu). Setelah berlarutan pelbagai kes dan ranjau yg panjang akhirnya sblm raya dia dibuang kerja dan kenyataan dia bukan lagi kakitangan disiarkan dlm akhbar selepas raya.
Dia yg pada waktu ni giat cari kerja lain, tiba-tiba terjejas reputasi dan imej hingga ada syarikat yg mentah2 tak mahu menimbangkan permohonan kerjanya.
Walaupun orangnya jenis tabah, tapi kini perasaan tertekan, berkecamuk, down, serabut mula datang, sbb waktu ni takde kerja, takde income untuk menyara keluarga iaitu sorang anak berusia 2 thn yg cute dan sorang isteri.
Semoga Allah mudahkan urusan dia.

Sunday, August 30, 2009

Iklan rumah sewa ditutup lagi

Pandangan deretan rumah dari jalan utama di Fasa 11, Taman Puncak Jalil, Kuala Lumpur, tidak lama dulu.

MUKABUMI 30 Ogos _ Iklan rumah sewa di Puncak Jalil yang dibuka semula pada empat hari lalu di blog ini, hari ini ditutup semula selepas sepasang suami isteri mengesahkan mahu menyewanya mulai 1 September ini.
Pasangan muda Melayu yang bekerja di Kuala Lumpur dan Subang Jaya itu turut membayar cengkeram (booking) kelmarin sebelum membayar desposit penuh sewaktu mengambil kunci rumah esok.
"Penyewa bekerja sebagai pegawai pertanian manakala isterinya adalah pekerja swasta di syarikat komputer di Subang Jaya," kata Mutakalim dalam kenyataan akhbarnya kepada blog ini di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, permintaan beberapa orang lain untuk menyewa rumah itu terpaksa ditolak memandangkan pasangan tersebut terlebih dahulu membayar booking.
Bagaimanapun, Mutakalim berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas minat dan keprihatinan yang ditunjukkan orang ramai sama ada melalui panggilan telefon atau komen dalam blog ini.
Rumah sewa berkenaan ialah rumah teres setingkat di Taman Puncak Jalil Fasa 11 yang kedudukannya di tengah-tengah atau berhampiran antara Putrajaya, Cheras, Sri Petaling, Puchong, Subang Jaya, Dengkil, Sepang dan Bangi.
Ia mula disewakan sejak Januari 2009 dengan harga RM500 sebulan namun kini ia dinaikkan kepada RM550 sebulan kepada penyewa baru.

Thursday, February 19, 2009

Boikot Israel: Jualan produk tempatan naik 30 peratus

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Jualan produk tempatan telah meningkat sejak pelbagai pihak menganjurkan kempen memboikot barangan buatan Israel dan negara-negara yang mempunyai kaitan dengan rejim itu.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, pemantauan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati hasil jualan produk tempatan tertentu telah meningkat sehingga 30 peratus.

Baca selanjutnya di Utusan Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails