Sunday, August 15, 2010

Ini lah peluang kita





Syukur alhamdulillah,
dgn keberkatan Ramadan, masjid dan surau melimpah dgn jemaah,
hingga ke tangga bahkan ke jalan saf-saf jemaah tersusun indah,
terutama masa tarawih yang berkah.

Tikar plastik yg sebelum ni sekali-sekala diguna utk lapik jamuan makan,
kini di luar masjid, surau jadi lapik untuk saf-saf tambahan,
yang kecil besar, tua muda datang berbondong-bondong,
termasuk mereka yang sblm ni tak pernah nampak batang hidung,

Masjid, surau kini tempat paling glamer,
dan diminati umat Islam seluruhnya,
rumah Allah jadi tumpuan semua,
alhamdulillah, berkat Ramadan yang sungguh banyak kelebihannya.

Di masjid sekarang ada suasana amal,
Umat Islam berlumba-lumba mengerjakan amal,
dari satu amal ke satu amal,
Hati-hati jadi lembut, inginkan kebaikan kekal.

 "Ini lah tempat kita umat Islam berkumpul dan bersatu padu,"
kata-kata begini bukan lagi retorik yg dikatakan terjadi hanya zaman dahulu,
sebaliknya Ramadan menunjukan realiti itu.
zaman ini di depan mataku.

Ramadan sungguh berkat terasa,
hati insan saling mengasihi antara.....
satu sama lain, ukhuwah dan memuliakan saudara seagama,
yang pernah bermasam muka,
kini bermanis muka, bertegur sapa, tersenyum tertawa.

Ada pula manusia yg serta merta berubah,
yang kedekut tiba-tiba jadi pemurah,
bersedekah,
tak berbalah...
furuk khilafiyah, siasah....

Banyak lagi la keindahan,
tak bisa diungkapkan di sini wahai Ramadan...

Tetapi alangkah malangnya kawan...
para daie juga terkesannnn,
ada yg tiba-tiba concentrate abid saja jadi pilihan,
peluang bertemu ramai orang tak diambil kesempatan.

Hati-hati yang lembut mahukan agama,
tak ditarik gara-gara si daie sibuk dgn amal infradi sahaja,
lima amal masjid tinggal beberapa amal saja....
yg beberapa amal jadi entah berapa amal pula.

Usaha menurun semasa Ramadan byk yang terjadi,
ini peringatan untuk daku sendiri...
ini lah tragedi umat hari ini,
Kena solat taubat hari-hari.

Di negara maju dlm usaha, ini bulan musim keluarkan jemaah,
di negara kita musim ikram keluarga dan rumah,
almaklumlah tak lama lagi dah nak raya dah,
istighfar saja lah...

Patutnya ini bulan mau jadikan suasana masjid penuh jemaah sepanjang masa,
bukan semasa Ramadan sahaja,
ganjaran berlipat ganda sudah tersedia,
ini lah masanya... peluang kita,
Ayuhhhh...tingkatkan usaha!!

5 comments:

Peluncur Islam said...

wah2....

Apa yang ana nmpak sama dengan anta nmpk..
para daie bulan puasa jadi "Slow" sikit...
time orang berpusu-pusu dtg masjid...
sibuk plk dgn amalan infradi...

apa sudah tiada fikir risau umat dah ke?

instighfar2....
gunalah peluang yg diberi...
insyaAllah kita usaha biar di bulan2 yg lain pun ramai orang dtg msjid...bkn hnya bln ramadhan sahaja...

kalau tidak...ia menjadi adat...bukan lagi ibadat!

Ziarah76 said...

peluncur Islam,
tu lah yg terjadi... maafkan saya, salah saya.

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

InsyaALLAH..tuan ziarah,
sama2 terus tingkatkan usaha.

" Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, kurniakanlah hidayah kpd seluruh umat manusia, kurniakanlah hidayah sejati kpd kami, kpd kaum kerabat dan saudara mara serta rakan-rakan seperjuangan kami, kurniakanlah kami hidayah yg Engkau telah kurniakan kpd para mujahidin dan para pendakwah agamaMu, ya ALLAH, kurniakanlah kpd kami hidayah yg Engkau telah kurniakan kpd pesuruhMu Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya serta para ambia dan para aulia yg terdahulu" Amin...

nadri said...

diharap bilangan jemaah yg dtg kemasjid utk solat tarawikh akal kekal dri hari pertama hingga terakhir ramadhan...

selamat menunaikan ibadah puasa buat saudara..

Ziarah76 said...

aisyahHumaira,
mari lah kita berdoa byk2 di bulan yg mulia ini.

nadri,
biasanya 10 hari terakhir Ramadan, bilangan jemaah terawih menyusut sebab ramai sibuk dgn persiapan raya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails