Thursday, July 8, 2010

Peribahasa karkun Part 1

Entry kali ni mengajak anda berperibahasa tapi dgn disesuaikan mengikut keadaan supaya peribahasa yg kita tahu dapat digunakan dgn mudah. Sebab itu, rasanya rakan seusaha lebih mudah faham peribahasa di bawah ni. Agaknya? 
Sebab tu juga, tak perlu lah kita rujuk buku Ilmu Mengarang Melayu karya Za'ba macam kat gambar sebelah tu.



"Di mana bumi dipijak di situ ghast ditegakkan"
-Utk menggambarkan kononnya kesungguhan buat ghast. Ubah suai drpd 'Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'

"Sikit-sikit lama-lama jadi jaws"
-Utk mggambarkan buat kerja perlahan2 tapi berhasil. Ubah suai drpd 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit uhud.'

"Sudah slack ditimpa tangga"
-Utk menggambarkan rakan seusaha yang tengah berehat bawah rumah, dlm keadaan sejuk beku, tiba-tiba ditimpa tangga rumah, kesian. Ubah suai drpd sudah jatuh ditimpa tangga.

"Ukur nisab di badan sendiri,"
-Utk menggambarkan rakan seusaha mesti sentiasa periksa nisab sendiri jangan terlepas.
Ubah suai drpd 'Ukur baju di badan sendiri'.

"Orang mengantuk disorongkan bedding"
-Utk menggambarkan sifat ikram member nak tido beri bedding. Ubah suai drpd 'Orang mengantuk disorongkan bantal'.


Ada lagi nak tambah? Silakan...

Tuesday, July 6, 2010

Jenazahmu dan jenazahku

 Anda ada berapa banyak jam tangan? Pernahkah anda melihat betul-betul ke arah jarum jam anda? Apakah yang anda nampak? Pujangga bermadah:

"Wahai orang yang lalai, jika kamu mendengarkan bunyi jam dengan penuh perhatian, benar-benar ia berkata, 'berkurang, berkurang,' umurmu dari waktu kehidupan (dunia)."

Tersenyum dan menangis
Salman al-Farsi r.a berkata: "Ada tiga jenis manusia, apabila aku ingat mereka maka aku berasa hairan sehingga aku tersenyum. Pertama, adalah orang yang menaruh harapan dan cita-cita pada dunia sedangkan mati hendak menangkapnya. Kedua, orang yang lalai daripada mengingati Allah padahal Allah selalu menjaganya. Ketiga, orang yang ketawa dengan penuh gembira sedangkan dia tidak tahu apakah Allah redha kepadanya atau murka.
Tiga perkara menjadikan aku sangat gelisah hingga aku menangis. Pertama, perpisahan dengan kekasih-kekasihku (iaitu Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.hum). Kedua memikirkan mati. Dan ketiga, di padang mahsyar esok aku mesti menghadap Allah tetapi aku tidak tahu, adakah aku diperintahkan untuk memasuki syurga atau neraka.

Tasauf
Suatu ketika Syaqiq Balki rah. pergi menziarahi Syaikh Abu Hasyim rah. salah seorang guru beliau dalam ilmu tasauf. Ketika melihat sebuah bungkusan yang terikat di hujung kainnya, Syaikh Abu Hasyim bertanya? 'Apa itu?' Beliau menjawab, "Kawan saya memberi sedikit makanan sebagai hadiah. Saya membawanya ke sini dengan harapan tuan guru akan berbuka puasa dengannya.
Syaikh Abu Hashim bertanya, Syaqiq, apakah kamu berharap akan hidup hingga waktu berbuka puasa? Mulai sekarang aku tidak akan berbicara dengan mu." Kemudian beliau masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.
(Dipetik dari bab Zuhud, Qanaah, tidak meminta-minta di kitab Fadilat Sedekah, susunan Maulana Zakariya rah.)

Mengiringi jenazah
Suatu ketika Abu Darda r.a mengiringi suatu jenazah. Dalam perjalanan, ada yang bertanya, "Jenazah siapa itu?"
Abu Darda r.a menjawab, Jenazahmu, Jika mahu tidak suka maka itu adalah jenazahku (Maksudnya, sekarang waktu untuk memikirkan kematian diri sendiri).
Hassan al-Basri rah berkata, Aku hairan melihat orang yang sudah menerima perintah agar mempersiapkan bekalan perjalanan (akhirat) dan telah diumumkan bahawa tidak lama lagi perjalanan itu akan dimulakan, tetapi ia masih sibuk bermain-main (dengan dunia).
(Tanbihul Ghafilin).

Ruh keluar
Umar r.a menyuruh Kaab r.a: "Ceritakanlah mengenai keadaan mati."
Kaab r.a menjawab: "Wahai Amirul Mukminin, mati adalah seperti sebuah dahan pohon yang penuh duri lalu dimasukkan ke tubuh seseorang sehingga memasuki setiap rongga tubuhnya lalu pohon itu diseret sekuat tenaga. Begitulah ruh itu dikeluarkan dari tubuh."

Thursday, July 1, 2010

Pengislaman jaguh kriket


BINTANG kriket Pakistan, Yousuf Youhana digeruni rakan dan lawan setiap kali dia beraksi di gelanggang terutama di peringkat antarabangsa.
Pukulan mantap dan larian bertenaga ketua pasukan kriket Pakistan itu, terbukti dengan pencapaian cemerlangnya pada 2006, ketika dia memecahkan rekod larian untuk musim itu.
Sebelum menganut Islam pada 2005, Yousuf atau nama Islamnya, Mohammad Yousuf ialah pemain tunggal pasukan kriket Pakistan yang beragama Kristian.
Walaupun dia merupakan antara pemain terhandal dalam pasukan kriket Pakistan, namun pelbagai kontroversi yang melanda menyebabkan dia bersara awal.
Bermula pada Mac 2010, Yousuf digantung oleh Lembaga Kriket Pakistan daripada mewakili negaranya di peringkat antarabangsa, gara-gara pasukannya kalah pada kejohanan kriket di Australia serta atas alasan masalah dalaman pasukan. Lebih malang, tempoh penggantungan itu tidak dijelaskan sehingga bila.
Ekoran itu pada penghujung Mac 2010, Yousuf mengumumkan persaraannya dalam sukan kriket antarabangsa, sebagai reaksi langsung daripada tindakan ke atas penggantungannya itu.
Namun dalam ruangan kali ini, topik yang tidak kurang hangat diperkatakan umum, khasnya di kalangan kenalan dan peminat pemain itu ialah tentang kisah penghijrahan akidah Mohammad Yousuf daripada Kristian kepada Islam.
Mohammad Yousuf yang dilahirkan pada 27 Ogos 1974 di Sargodha. Punjab, Pakistan mengakui, dia memeluk Islam selepas menghadiri siri ceramah kumpulan keagamaan terkenal di negara itu, Tablighi Jamaat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails