Monday, June 13, 2011

Berkelana di bumi Allah s.w.t

Gambar hiasan...ini jemaah jalan kaki di Johor Bahru tahun lepas


Syair al-Imam Asy-Syafie Rah.a:

ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ

سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ 

إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ 

والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب 

والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ 

والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب 

فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ

Menetap hanya di satu tempat bukanlah sesuatu yang menyenangkannya bagi orang yang berakal dan bertamadun, justeru tinggalkanlah tanah airmu dan mengembaralah.

Bermusafirlah, nescaya kamu akan bertemu pengganti bagi orang yang ditinggalkan,
Bersusah payahlah, kerana kenikmatan hidup akan dikecapi dengan bersusah-payah

Sesungguhnya aku melihat air yang berhenti mengalir itu akan mendatangkan kerosakan, sebaliknya jika ia mengalir barulah akan mendatangkan kebaikan, begitulah jika air tidak mengalir maka tercemarlah ia.

Singa tidak akan mendapat mangsanya sekiranya ia hanya tetap di dalam sarangnya,
 
Anak panah tidak akan sampai kepada sasarannya jika ia tidak keluar dari busurnya
 
Begitujuga matahari jika terhenti pergerakannya maka pasti akan jemulah manusia sekeliannya samaada Arab mahupun Ajam.

Emas adalah semata-mata satu ketulan tanah jika tidak dikeluarkan, sementara kayu 'aud (gaharu) jika terbiar di hutan samalah nilainya seperti kayu yang biasa.

Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka barulah akan terlihat kehebatan dan ketinggian nilainya dan jika emas dalam tanah  itu dikeluarkan, maka barulah terserlah kehebatannya sebagai bongkahan emas yang tinggi nilainya.

(Syair dipetik dari Kitab Diwan As-Syafi'e)

Copy paste dari Ustaz Ishak Zaini

9 comments:

Ismi Ijmi said...

masyaALlah saya mmg terkesan dgn syair ni

1st tyme jumpa kt blog ustaz ishak

IBNU ARAHMAN said...

doakan ana ye ust, kmi azam nak klua msturat 40h ni.ust ishak zaini ni yg mngajar kat sabah tu ke?
yg bru kawin...

Toko Fesyen Islamiah said...

Assalamualaikum ust...doakan pekerja2 agama di sandakan supaya usaha sini akan terus maju...

Anonymous said...

assalamualaikum ust...doakan kami d sdk...moga dpt buat usaha dengan penuh istiqamah...amin

Ziarah76 said...

ijmi,
kata-kata ulama mmg beri kesan

Ibnu rahman,
ye...tu le orangnya.

Toko,
Insya-Allah, hidayat turutn mencurah-curah di sandakan berkat fikir dan usaha pekerja2 agama di sana.

Daud,
sama2 la kita doa dan buat usaha.

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Allahu Allah.. Sayu hati tengok gambar hamba-hamba Ar Rahman bergerak berjalan kaki untuk sebarkan agama. Betapa sukanya Allah dan rasul dengan manusia-manusia yang sebegini yang sanggup berkorban kesenangan, yang sanggup membelakangkan sesukaan, demi menyebarkan agama ke penjuru-penjuru alam.

Pertama kali Allah pertemukan saya dengan syair Imam Asy-Syafie ini adalah di masjid Kg Cempaka, Lanchang, Pahang, ketika sedang khuruj tiga hari sekitar 2004 begitu. Ada orang wakafkan buku biografi Imam Syafie di masjid itu dan dalam masa terluang saya pun membacanya. Dan saya amati amat bermakna sajak tersebut buat rakan-rakan seusaha yang selalu berkelana atas maksud agama Allah. Semoga Allah memilih kita agar dapat terus sentiasa keluar di jalan Allah sehingga akhir hayat kita. Amin..

Unknown said...

kata2 syeikh abdul majid al zindani,seorang ulama besar yaman...katanya sambil merujuk kpd pergerak usaha dakwah..

mereka-mereka ini adalah malaikat-malaikat yang berjalan di bumi...

Ziarah76 said...

Ishak,
saya pernah bayan yg point die sama mcm syair itu.. e.g singa, air mengalir tu.

Anak pendang,
semoga Allah pilih kita lagi dan lagi

fuad ansari said...

tamsilan2 dari sebuah syair yg menarik.. (",)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails