Monday, June 27, 2011

@mymahallah.com.my

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ
وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapa pun), kecuali kepada Allah. Maka, mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS Attaubah [9]: 18).












Tuan-tuan yang budiman, doakan lah saya, supaya Allah s.w.t beri taufik dan hidayat untuk usahakan 5 amal masjid, istiqomah.

Friday, June 24, 2011

Monday, June 20, 2011

Ma'ahad yang mana satu?

Walaupun entri kali ini lebih kepada menyajikan gambar dan tidak pula banyak teks yg ditulis namun ia sebenarnya ada kaitan dgn entri sebelum ini (sila klik utk rujuk). Ada kaitan dgn kes seperti dilaporkan di sini. Sebab, terdapat pula pihak bertanya: "ma'ahad yang mana satu?" Jadi meh kita tengok gambar...



Akhir tahun lalu, tiga pelajar dari ma'ahad ini ditahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atas kesalahan menunaikan sembahyang Jumaat berasingan atas alasan masjid-masjid lain mengamalkan bidaah.

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan awal pagi ini!

INSYA-ALLAH dijangka pukul 1.25 pagi sehingga pukul 6.59 pagi ini akan berlaku satu fenomena alam yang menunjukkan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t iaitu Gerhana Bulan Penuh yang berlaku dengan izin Allah s.w.t. Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat kusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh seperti yang dijangka. Sebagaimana yang kita ketahui, solat ini hukumnya adalah sunat muakad.



Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)

Semoga Allah pilih saya dan kita semua untuk mengerjakan solat itu.

Tuesday, June 14, 2011

Blair baca al-Quran setiap hari

LONDON 13 Jun - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair (gambar) yang sebelum ini terkenal dengan pendirian tegasnya untuk tidak bercakap mengenai agama semalam mendedahkan bahawa beliau membaca al-Quran setiap hari.
Pemimpin Parti Buruh itu berkata, beliau membaca kitab suci yang dianggap sebagai 'perkataan' Allah oleh umat Islam itu bagi memastikan kefahamannya terhadap agama terus kukuh.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan semalam, Blair berkata, adalah penting untuk memastikan kefahaman pada agama terus kukuh dalam keadaan dunia global.
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami perkara yang berlaku di dunia, tetapi paling penting kitab ini sangat penuh dengan maklumat dan boleh menjadi sumber rujukan," katanya.
Blair berkata, pengetahuan agama yang dipelajarinya dapat membantu beliau menjalankan tugas sebagai utusan Asia Barat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia.
Blair sebelum ini pernah memuji Islam sebagai sebuah agama yang indah dan Nabi Muhammad SAW sebagai 'penggerak dunia bertamadun'.
Pada 2006, bekas Perdana Menteri Britain itu pernah melambangkan al-Quran sebagai sebuah kitab yang penuh dengan sumber maklumat dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam soal perkahwinan, wanita dan pemerintahan.
Dalam wawancaranya itu, Blair turut menolak dakwaan yang mengatakan beliau melaksanakan 'Perang Salib' Kristian semasa mengetuai pencerobohan Britain di Iraq.
Bekas ejen kawasan pilihan rayanya, John Burton dua tahun lalu berkata, Blair 'percaya ketika itu bahawa campur tangan di Kosovo, Sierra Leone dan Iraq merupakan satu perjuangan Kristian, kebaikan harus mengatasi kejahatan bagi membuatkan kehidupan lebih baik'.
Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu berkata, 'orang ramai masih bertanya jika keputusan berperang di Iraq dan Afghanistan dibuat berdasarkan arahan Tuhan.
"Mengarut sama sekali. Sudah tentu bukan. Kalaulah saya boleh duduk di satu sudut untuk berdoa, saya akan bertanya kepada Tuhan apakah upah minimum yang boleh saya perolehi," katanya. - Agensi


NOTE: Orang bukan Islam pun baca al-Quran setiap hari. Orang Islam bagaimana?

Monday, June 13, 2011

Berkelana di bumi Allah s.w.t

Gambar hiasan...ini jemaah jalan kaki di Johor Bahru tahun lepas


Syair al-Imam Asy-Syafie Rah.a:

ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ

سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ 

إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ 

والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب 

والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ 

والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب 

فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ

Menetap hanya di satu tempat bukanlah sesuatu yang menyenangkannya bagi orang yang berakal dan bertamadun, justeru tinggalkanlah tanah airmu dan mengembaralah.

Bermusafirlah, nescaya kamu akan bertemu pengganti bagi orang yang ditinggalkan,
Bersusah payahlah, kerana kenikmatan hidup akan dikecapi dengan bersusah-payah

Sesungguhnya aku melihat air yang berhenti mengalir itu akan mendatangkan kerosakan, sebaliknya jika ia mengalir barulah akan mendatangkan kebaikan, begitulah jika air tidak mengalir maka tercemarlah ia.

Singa tidak akan mendapat mangsanya sekiranya ia hanya tetap di dalam sarangnya,
 
Anak panah tidak akan sampai kepada sasarannya jika ia tidak keluar dari busurnya
 
Begitujuga matahari jika terhenti pergerakannya maka pasti akan jemulah manusia sekeliannya samaada Arab mahupun Ajam.

Emas adalah semata-mata satu ketulan tanah jika tidak dikeluarkan, sementara kayu 'aud (gaharu) jika terbiar di hutan samalah nilainya seperti kayu yang biasa.

Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka barulah akan terlihat kehebatan dan ketinggian nilainya dan jika emas dalam tanah  itu dikeluarkan, maka barulah terserlah kehebatannya sebagai bongkahan emas yang tinggi nilainya.

(Syair dipetik dari Kitab Diwan As-Syafi'e)

Copy paste dari Ustaz Ishak Zaini

Sunday, June 12, 2011

Cekap Darab bantu kuasai sifir dengan mudah

Matematik adalah mata pelajaran menarik tetapi ramai di kalangan murid-murid orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar, tidak begitu menguasainya berbanding kaum lain. Antara sebabnya ialah lemah dalam menghafal sifir. Operasi math ada tambah, tolak, darab dan bahagi. Tetapi bila lemah sifir maka operasi darab dan bahagi menjadi masalah, bila berlaku masalah ini maka mula timbul tak minat belajar math bermula di peringkat sekolah rendah.
Keluarga yang mempunyai kemampuan, biasanya hantar anak mereka ke tuisyen untuk atasi kelemahan matematik anak mereka. Tapi bagaimana pula anak orang miskin atau berpendapatan rendah? Bagi budak-budak yang sudah tertinggal, mereka akan menganggap math sebagai susah dan seterusnya tidak begitu memperdulikan mata pelajaran itu.
Maka timbul satu keperluan untuk memastikan golongan sasaran itu diberi formula mudah, murah dan terbaik untuk menghafal sifir dan seterusnya membantu mereka menguasai math, dan seterusnya ke memberi peluang lebih cerah dalam mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran, insya-Allah.
Justeru, baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang rakan seusaha yang mengajar math, Azman Khor Abdullah, 55, yang gigih mengajar anak-anak orang Islam agar tidak ketinggalan dalam Math melalui formula Cekap Darab. Kerana katanya, ilmu fardu kifayah tersebut amat penting dan amat diperlukan untuk murid-murid agar cemerlang dalam pelajaraan dan membantu menguruskan kehidupan dengan lebih baik, insya-Allah.
Bercakap dengan beliau, kita dapat mengetahui begitu bersungguh-sungguhnya beliau dalam perkara ini termasuk sunggup mengajar dengan percuma formula itu. Selain itu beliau juga menjual buku Cekap Darab.


Azman Khor Abdullah menunjukkan buru Cekap Darab yang dihasilkannya.

Azman berkata, formula itu membantu murid-murid menguasai sifir dengan mudah dan menyeronokkan dengan menggunakan kaedah menghafal mental matematik, mendarab dengan jari dan sifir square.
 "Tinjauan saya mendapati murid-murid tidak menghadapi masalah untuk mengingati sifir satu hingga lima tetapi kebanyakan mereka bermasalah untuk mengingati sifir enam hingga sembilan.
 "Jadi dengan formula Cekap Darab, murid-murid boleh menguasai kesemua sifir dalam tempoh 30 minit sahaja, insya-Allah," katanya.
Azman 
 Murid-murid yang diajarnya ialah berusia tujuh hingga 12 tahun dengan bayaran hanya RM10 seorang atau secara percuma bagi mereka yang tidak mampu. Apa yang penting baginya ialah dapat membantu murid-murid khususnya daripada golongan keluarga berpendapatan rendah termasuk mereka yang tinggal di pedalaman. Cekap Darab akan melatih murid-murid mengira dengan lebih kreatif, mudah, menghafal dengan betul, menyeronokkan, merangsang minda dan mendedahkan kepentingan matematik dari perspektif Islam.
 Tambah beliau, kurangnya penguasaan sifir menyebabkan murid-murid tidak berminat dengan mata pelajaran matematik dan ia akan merugikan masa depan mereka.
Atas usaha murni Azman, saya berpendapat, kita wajar membantu beliau untuk membantu orang lain pula khususnya murid-murid sekolah rendah.
Justeru, ibu bapa atau mana-mana pihak yang berminat dengan kaedah berkenaan boleh menghubunginya di 013-4715119 atau berkunjung ke rumahnya di alamat No. 33, Kampung Baru Padang Temusu, 06400 Pokok Sena, Kedah.

Azman sempat mengajar Naufal dan Farhah menghafal sifir menggunakan jari.

Friday, June 10, 2011

dia berkata benar, walaupun dia pendusta.

Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: Aku ditugaskan Rasulullah s.a.w untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata: 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah s.a.w.' 
Orang itu berkata: 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.' 
Maka aku pun melepaskannya.
Pada keesokan harinya, Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku: 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?
Aku menjawab: 'Ya Rasulullah s.a.w, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'
Nabi bersabda: 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' 
Saya sedar bahwa orang itu akan kembali kerana Rasulullah s.a.w mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah s.a.w' 
Dia berkata: 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, saya tidak akan kembali.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi.
Keesokan harinya, Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku: 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?'
Saya menjawab: 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'
Nabi bersabda: 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.'
Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali, namun nyatanya kembali lagi.' 
Dia berkata: 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.'
Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' 
Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan  melindungmu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'
Maka akupun membebaskannya. Keesokan hari, Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku: 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?'
Saya menjawab: 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajar kepadaku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.' 
Baginda s.a.w bertanya: 'Kalimat apakah itu?' 
Saya menjawab: 'dia berkata kepadaku, 'apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' dia berkata kepadaku, Allah akan senantiasa melindungimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.'
Maka Nabi s.a.w bersabda: 'dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?'
Saya menjawab: 'tidak'. 
Nabi bersabda: 'dia adalah syaitan.'" 
(Riwayat Bukhari).


Kita diseru agar memohon perlindungan Allah supaya dijauhkan dari godaan syaitan.

Tuesday, June 7, 2011

Pengakuan Amerika berkaitan Wahabi

Sebagai susulan entry sebelum ini yang diambil dari SINI, terasa hendak melanjutkan entry baru berkaitannya tetapi hanya dari sudut isu semasa, sejarah dan politik antarabangsa sahaja.

But, I'm absolutely in no business to judge others dan entri ini BUKANNYA hendak melabelkan Amerika atau mana-mana pihak tetapi klip di bawah ini menunjukkan pengakuan Amerika sebagai penyumbang kepada keganasan dan menjadi negara pengeksport fahaman Wahabi.



Walaupun Amerika menggunakan apa saja termasuk Osama Laden (yang juga Wahabi) untuk melindungi hegemony dan kepentingannya di peringkat antarabangsa namun perlu dinyatakan di sini bahawa, Wahabi bukan lah seperti golongan syiah atau khawarij yang sudah berada di luar dari ahli sunnah waljamaah (ASWJ). Wahabi masih mengaku berada dalam ASWJ tetapi.....

Saturday, June 4, 2011

Balasan yang menentang....?

Beberapa tahun lepas satu kejadian ngeri menimpa gulongan "SalafiWahabi" yang menentang sesuatu yang dianggap "bid'ah' di Madinah An Munawwarah. Di Bawah ini gambar kejadian berkenaan:

Gambar pembenci makam Rasulullah saw (Salafi Wahabi) mati terpanggang di atas kubah hijau makam Nabi saw.

Foto Tahun 1427 H


Terjemahan Dari Tulisan Arab Pada Bawah Gambar :

Dikutip dari Syekh az-Zabidi: “Para musuh Rasulullah setelah mereka selesai menghancurkan makam-makam mulia di komplek pemakaman al Baqi’; mereka pindah ke Qubah Rasulullah untuk menghancurkannya. Salah seorang dari mereka lalu naik ke puncak Qubah untuk mulai menghancurkannya, tapi kemudian Allah mengirimkan petir/api menyambar orang tersebut yang dengan hanya satu kali hantaman saja orang tersebut langsung mati hingga -raganya- menempel di atas Qubah mulia itu. Setelah itu tidak ada seorangpun yang mampu menurunkan mayat orang tersebut dari atas Qubah; selamanya. Lalu ada salah seorang yang sangat saleh dan bertakwa mimpi diberitahukan oleh Rasulullah bahwa tidak akan ada seorangpun yang mampu menurunkan mayat orang tersebut. Dari sini kemudian orang tersebut “dikuburkan” ditempatnya (di atas Qubah; dengan ditutupkan sesuatu di atasnya) supaya menjadi pelajaran”.(Dari Website Indon)

Komen Penulis :

Tidak mengherankan kita jika kehadiran Imam Mahdi pastinya gulongan "SalafiWahabi"lah yang akan begitu giat menentang dengan alasan hadis Imam Mahdi adalah tidak sahih. Jika sahih sekali pun sebagaimana riwayat Imam Turmizi dengan katanya "HasanSahih" namun tidak "Soreh". Maka gulongan inilah yang akan kuat menentang Imam Mahdi dan pengikutnya dengan alasan menentang pembuat bid'ah.

Jika begitu memang benarlah kata Syeikh Isa Daud di dalam kitabnya dalam menguraikan hadis Nabi saw tentang tenggelamnya di dalam bumi di Mekah, maka beliau mengandaikan ianya adalah tentera pemerintah ketika itu (tentera Saudi)yang memerangi Imam Mahdi. Tidak semua tentera berkenaan berfahaman "SalafiWahabi" namun arahannya adalah datang dari pemerintah yang berfahaman tersebut. Yang mati dibangkitkan berdasarkan niatnya.

Katanya lagi maka itulah Imam Mahdi yang sebenarnya. Maknanya ramai yang akan mengaku Imam Mahdi sebelumnya.

Wallahualam.
Copy paste dari Al-Alorstari

Thursday, June 2, 2011

Anak gadis rakan seusaha nyaris dilarikan lelaki Lombok

Page 27 publish 1 Jun 2011.  Klik SINI  utk baca

Pada 30 Mei lepas, kira-kira pukul 10.59 malam, saya terima panggilan daripada rakan seusaha Abg S dari Pasir Gudang, Johor yang menyatakan seorang lagi rakan seusaha Hj A yang pernah jadi amir sab jemaah masturat kami suatu ketika dahulu, kini sedang menghadapi situasi serius dan ujian yang perlu kita membantunya.
Saya sudah di utara, maka panggilan dari jauh itu membawa satu hajat yang sukar dihampakan. Disebabkan Allah telah berikan sedikit kelebihan kepada insan lemah spt saya ni dalam hal tertentu maka Hj A membentangkan situasinya. Sebenarnya malam itu,  mereka bersama penduduk kampung sudah membelasah seorang pemuda dari Lombok, lalu diikat di surau sementara menunggu kedatangan polis untuk membawa ke balai dan menahan lelaki itu.
"Apa hal?" tanya saya.
"Budak lombok ni kurang hajar, dia nak bawa lari anak perempuan Hj A," kata Abg S.
Rupa-rupanya, kes lelaki lombok mahu melarikan gadis Malaysia yang sering diperkatakan sebelum ini, kini sudah nyaris terjadi kepada anak seorang rakan seusaha kita.
Hj A memberitahu, anaknya berusia 21 tahun tu sudah terkena minyak pengasih lelaki lombok menyebabkan gadis tu jadi blur dan mengikut sahaja laki tu yg membawanya ke jeti bot untuk menuju ke Lombok pada 9 Mei lalu.
Alhamdulillah, tekong tu member Hj A yang cepat-cepat memberitahu Hj A lalu mereka dapat selamatkan gadis tu.
"Alhamdulillah, Allah Taala pelihara, mungkin asbab buat usaha agama," kata Hj A.
Pemuda lombok tu ditahan beberapa hari dan lepas tu diikat jamin oleh majikan tetapi, bila dia bebas, dia repeat balik datang ke kawasan perumahan Hj A untuk cuba lagi berusaha membawa lari anak gadis Hj. A. Bila penduduk dan Hj A perasan kelibat pemuda itu, maka mereka termasuk rakan seusaha lain berjaya tangkap dia lalu budak lombok lembik dibelasah pada malam 30 Mei lepas.

Apa yang tragis ialah, gadis itu dijadual bernikah 4 Jun (sabtu) dgn seorang rakan seusaha dari Pahang. Begitu lah kurang ajarnya perangai lelaki lombok. Bakal pengantin dan orang pakai purdah pun dia jadikan mangsa.


Front page Kosmo

Penduduk tak puas hati lelaki lombok tu boleh dibiarkan berkeliaran lagi selepas kali pertama ditahan. Hj A dan Abg S, mahu kes ini diambil perhatian serius oleh pihak berkuasa kerana tak mustahil selepas ini ada lagi lelaki lombok berkeliaran mencari mangsa, kalau bukan gadis di kawasan itu, mungkin anak orang lain di kawasan lain. Mereka juga mahu pihak berkuasa lebih serius memastikan keselamatan anak gadis Hj A.
Mereka juga mahu apa yg sudah berlaku dijadikan pengajaran agar ia tidak berulang di mana-mana pun dlm masyarakat Msia. Mereka mahu juga agar ibu bapa lebih berwaspada menjaga anak-anak gadis mereka.Itu lah niat murni Hj A, Abg S dan penduduk2. Jadi saya pun buat arrangement sikit2 apa yg patut untuk bantu mana2 yg boleh. Alhamdulillah, asbab tu nampak ada impaknya, dengan izin Allah. 

Apapun, ini bukan masalah yang boleh dipandang ringan dlm masyarakat kita.Jika ada yang menganggapnya isu terpencil atau remeh temeh maka nanti kalau sudah terkena pada dirinya sendiri, baru dia tahu. Na'uzubilah.
Berdasarkan kes-kes sebelum ini, banyak gadis yang dibawa lari, hidup menderita di Lombok, apatah lagi taktik lelaki lombok adalah dengan cara menipu dan menggunakan minyak pengasih dan sebagainya untuk mencapai matlamatnya.
Di Pulau Lombok juga ramai wanita Msia yang jadi mangsa ditinggalkan suaminya di sana dan mengalami pelbagai kesusahan termasuk anak-anak tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Lelaki lombok akan berasa bangga sesama mereka di pulau itu jika berjaya membawa balik gadis cantik, lebih2 lagi dari Malaysia untuk dinikahi. Ia semacam terbukti dirinya macho. Bebal lah...!!
Bagaimanapun, satu perkara yang baiknya, modus operandi si lelaki lombok biasanya tidak mencemarkan kesucian atau mengusik apa-apa si gadis kerana matlamatnya ialah membawa gadis ke lombok lalu dinikahi secara sah. Jadi dia hanya stay focus terhadap misi khasnya membawa gadis keluar dari Msia shj.
Untuk itu, dia akan berusaha sedaya upaya membawa pulang gadis dari Malaysia menggunakan pelbagai cara termasuk ilmu hitam.
Ini lah perkara yang masyarakat kita perlu berhati-hati terhadap lelaki dari Lombok yang boleh dipanggil Mat Romeo Penjahat yang datang ke Msia atas alasan hendak bekerja tetapi mempunyai hidden agenda.
Berwaspada lah...Sekian...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails