|
Masjid adalah jantung kepada umat Islam |
Hari ini orang Islam sibuk bincang sama ada wajar atau tidak bukan Islam masuk masjid atau surau. Sama ada bincang dari segi hukum sehingga lah ke isu politik kepartian - semua sudah diulas.
Sama ada dalam bentuk ilmiah diperkatakan, emosi dan nafsu amarah juga sudah dihamburkan.
Kalau orang bukan Islam masuk masjid heboh diperkatakan, antara perkara yang belum disebut ialah bagaimana pula:
1-Orang Islam sendiri yang tidak mahu menjejak kaki ke dalam masjid? Berapa ramai saudara mara kita begini?
2-Orang Islam menjauhi masjid? Berapa saf sahaja solat fardu, ada surau yg kosong azan tak berkumandang terutama waktu Zohor dan Asar.
3-Orang Islam sendiri tidak mahu memakmurkan masjid? Masjid tak hidup!
4-Salah faham orang Islam bahawa menjaga masjid ialah memastikan ia dikunci daripada dimasuki jemaah?
5-Jemaah masjid terdiri daripada golongan warga emas, lanjut usia? Tiada pelapis, anak-anak muda jauh daripada masjid, takutkan masjid, pandang rendah pada masjid.
6-Pecah belah dalam masjid sesama Islam perlu diselesaikan, (berpecah di masjid, kemungkinan besar berpecah juga dalam masyarakat). Ini lebih berat hendak ditanggung.
7-Di masjid tiada amalan seperti Masjid Nabawi di zaman Nabi Muhammad s.a.w.
8-Masjid hanya jadi struktur bangunan, yang diperlumba-lumbakan untuk dihias-hias, tetapi kosong amalan memakmurkan masjid di dalamnya. Umpama sangkar yang diperbuat daripada emas tetapi burung di dalamnya tak cukup makan, minum, nazak menunggu masa hendak mati.
9-Zaman Nabi s.a.w, orang bukan Islam masuk masjid akhirnya dapat (jadi asbab) hidayat masuk Islam, tetapi zaman sekarang, orang bukan Islam masuk masjid dijadikan bahan kontroversi.
10-Bila kita sendiri tak faham fungsi masjid, jangan harap orang bukan Islam pula hendak faham perkara itu.
Bukankah perkara ini lebih penting untuk diambil fikir risau, diambil usaha yang sewajarnya berbanding kerisauan masjid yang berlainan sifatnya.
Semoga Allah ampunkan kita di bulan yang berkat ini.