Friday, January 30, 2009

Rumah untuk disewa

CUTI baru2 ni sibuk skit uruskan Urdu (Urusan Dunia) & tiba2 pulak darjat keduniaan kami ditingkatkan drpd penyewa rumah sewa kpd tauke tuan punya rumah sewa.
Mana taknya, rumah teres setingkat yg dibeli dgn harga RM148,000 akhirnya siap dan kuncinya kami ammik semalam. Disebabkan kami tak boleh duduk kat rumah tu berikutan terpaksa bekerja di negeri selatan Semenanjung, maka terpaksa la ia disewakan kpd sapa2 yg berminat.Detail rumah:
Jenis rumah: Teres setingkat, 3 bilik, 2 bilik air.
Alamat: Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor D.E.
Sewa: RM500 sebulan (boleh nego)
Deposit: macam biasa la di KL kena minta 2+1 campur deposit api air RM100.
Keterangan rumah: rumah ni takde rekod terbengkalai tapi progresnya disiapkan lambat akibat masalah pemaju Talam Property, tapi depa buat smart coop dgn IJM, jadi IJM siapkan semuanya.
Lokasi: kekuatan rumah ni ialah lokasinya strategik kerana dekat dgn Putrajaya, UPM, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Stadium Bukit Jalil, Cheras dan Seri Petaling. Boleh katakan rumah ni terletak di tengah-tengah semua tu. Kalau nak ke Markaz Sri Petaling lagi dekat sebab ada jalan tembus dari rumah ke taman teknologi park (TPM) pastu terus ke Stadium Bukit Jalil dan tetiba dah kat depan Carrefour. Kalau nak ke Dengkil, Sepang, Banting pun boleh tembus ikut highway belakang.
Dari angle ke arah Putrajaya, rumah ni dekat ke Pasar Borong Selangor yg terdapat depannya Jusco etc. Kemudahan byk beb, highway pun byk, stakat ni takde tol.
Rumah ni satu-satunya fasa teres setingkat di kawasan Taman Puncak Jalil (yg lain semua 2 tingkat). Surau terdekat di fasa sebelah (dekat je) n in the future ada surau (bangunan asing) di flat depan rumah (lagi dekat). Taman perumahan ni lebih kurang 65 % melayu/Islam.
Kelebihan penyewa pertama ialah menduduki rumah 'baru' dgn semua barang2 dlmnya belum dirasmikan. Banyak selling points sebenarnya dan setakat ni dah ada 2 ajen rumah berminat nak uruskan penyewa dan 2 penyewa yg dah bkahwin call untuk menyewa dan seorang anonymous bagi SMS tanya harga sewa. Tapi belum finalised sapa bakal penyewa bertuah tu. huhuhuu...
Kalau sapa2, tuan2, cik puan berminat boleh call selagi stok masih ada. Terima kasih krn membaca, ini adalah iklan pertama dalam blog ni. Jazakallah khair.

Tiba-tiba pulak CIQ

"Apa yang pasti, kesudahan isu CIQ baru atau lama ini perlu dimuktamadkan supaya CIQ tidak terus diberi julukan 'CIQ oh CIQ...' atau 'See I queue...' (lihat saya berbaris...)".
Tiba2 rase teringat pulak rencana pasal CIQ yg disiarkan dlm paper baru2 ni. Petikan atas adalah sebahagian drpdnya & kalau nak baca seterusnya boleh click Utusan Malaysia.

Wednesday, January 21, 2009

Menjadikan umat Islam mulia semula


Umar al-Khattab r.a pernah berucap: "Dahulu kita adalah kaum yang hina. Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Seandainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita, maka kita akan dihina oleh Allah. (Riwayat sahih al-Hakim).
Ulama, Abu al-Hasan Ali al-Nadwi dalam bukunya Kaifa Dakhala al-Arab al-Tarikh (Bagaimana Bangsa Arab Boleh Tercatat Dalam Sejarah) menggambarkan kehidupan orang Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan terpencil walaupun memiliki beberapa ciri-ciri kekuatan seperti akhlak mulia, bersifat berani, pandai membuat senjata, mempunyai bahasa yang indah - tetapi semua kelebihan mereka tidak meninggikan mereka dan tidak menjadi manusia mulia.
Al-Nadwi berkata: "Orang Arab perlu tahu bahawa mereka tidak akan disebut dalam sejarah (dunia) kecuali disebabkan risalah dan dakwah Islam.
"Allah tidak akan melahirkan rasa cinta dalam hati dan jiwa (orang lain) kepada mereka, tidak akan menyebarkan bahasa mereka sehingga begini luas, tidak kekal dan abadi, tidak menulis ilmu yang banyak (dalam bahasa itu), tidak membina perpustakaan yang begitu besar di mana ia dimanfaatkan oleh ulama lain melebihi orang Arab sendiri, melainkan kerana kelebihan al-Quran dan syariat Islam.
"Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan yang asal dan tidak akan dikenang dengan kemuliaan dalam sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya,"
kata ulama itu yang pernah berkunjung ke Malaysia sekitar tahun 1987 dan meninggal dunia pada tahun 22 Ramadan 1420 hijrah atau 31 Disember 1999.
Kesimpulannya, jumhur ulama bersetuju bahawa umat Islam sama ada bangsa arab, melayu, anglo saxon dan sebagainya hanya akan menjadi mulia semula jika mengambil agama dalam kehidupan dengan beramal soleh dan kembali memasuki pintu yang sama iaitu menjalankan kerja dakwah. Jika tidak, maka kehinaan dan kemunduran akan menimpa umat ini.


Friday, January 16, 2009

Senjata umat yang paling ampuh hilang?

ADALAH diketahui umum bahawa dua senjata umat Islam yang paling ampuh ialah dakwah dan doa. Dengan dua senjata ini, pertolongan dan bantuan Allah akan datang kepada umat Islam. Tetapi malangnya, disebabkan kelemahan iman secara umumnya umat Islam tidak begitu yakin dengan perantaraan kedua-dua senjata ini boleh menyelesaikan masalah umat lalu dicuai-cuaikan dan ditinggal-tinggal dakwah manakala doa dipanjatkan tidak seperti mana menepati syarat ia boleh menjadi makbul.
Maka tidak hairan hari ini timbul persoalan sesetengah pihak mengatakan bahawa mengapa beribu-ribu umat Islam di seluruh dunia berdoa keselamatan Palestin namun mengapa situasi di Gaza terus meruncing? .>BACA SELANJUTNYA!
Maka perlu ditekankan di sini bahawa Allah tidak menzalimi hamba-Nya tetapi umat Islam sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri hingga menyebabkan mereka jauh daripada pandangan Allah dan kedua-dua senjata itu tidak benar-benar berada di sisi umat.
Disebabkan itu, sesetengahnya berputus asa lalu digunapakai pemikiran manusia semata-mata lalu dicarinya senjata lain yang disangkanya lebih ampuh namun dan umat terus menderita.
Sebenarnya kedua-dua senjata ini adalah saling berkaitan sebagaimana dinyatakan dalam hadis sahih:
Daripada Huzaifah bin Yaman r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Zat yang nyawaku di tangan-Nya, kamu mestilah sentiasa melakukan amr maaruf dan nahi anil mungkar. Jika tidak, tidak lama lagi Allah akan menghantar azab-Nya ke atasmu lalu kamu berdoa maka Allah tidak akan menerima doamu (Riwayat Tirmizi).
Ulama mengatakan bahawa kecuaian daripada melakukan kerja dakwah iaitu mengajak kepada maaruf dan mencegah mungkar akan menyebabkan doa umat ini kurang berkualiti walaupun beribu tangan menadah doa. Maka tidak hairan hari ini doa umat ini tidak lagi menjadi senjata ampuh kerana tidak berpotensi untuk dimakbulkan. (Semoga Allah ampunkan saya.)
Sebaliknya apabila usaha dakwah dijalankan maka doa-doa umat menjadi berkualiti kerana umat itu mendapat pandangan Allah.
Ulama berkata, dan apabila dakwah dilaksanakan bermakna umat Islam telah membantu agama Allah dan jika kita membantu agama Allah, sudah barang pasti Allah akan memberi bantuan dan pertolongan-Nya kepada umat ini. Ini seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Muhammad: 7 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
Allah menyakinkan lagi manusia dalam surah Ali-Imran: 160 yang bermaksud: "Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu maka apakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah? Dan ingatlah kepada Allah jua orang yang beriman itu berserah diri."
Dakwah akan membawa manusia kepada Allah, dan meningkatkan kualiti iman dan amal seseorang untuk menjadikannya benar-benar bertaqwa. Maka umat ini yang menjadi benar-benar beriman pasti akan mendapat pandangan dan pertolongan Allah untuk mengalahkan musuh sebagaimana firman Allah dalam surah Rum:47 yang bermaksud: "Adalah sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman."
Maka doa akan menjadi makbul dan dakwah diterima Allah adalah jika dilakukan oleh orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
Allah berfirman dalam surah an-Nur: 55 yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu (wahai Muhammad s.a.w) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi sebagaimana Dia menjadikan orang-orang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa..."
Begitupun, dalam hubungan ini, sudah barang tentu kita perlu mengakui bahawa kurniaan Allah adalah maha luas dan sesungguhnya Allah boleh melakukan segala sesuatu tanpa asbab, dengan asbab, berlawanan dengan asbab atau bertentangan dengan asbab.
Sama ada manusia berdoa atau tidak, melakukan dakwah atau tidak, kufur atau sebaliknya - Allah boleh lakukan semua perkara dan Allah tidak pernah terikat dengan mana-mana syarat. Allah Maha Esa, manfaat atau mudharat berlaku dengan kehendak-Nya.
Walaupun seluruh manusia beriman kepada Allah, Allah tidak akan untung atau rugi sedikit pun, khazanah Allah akan tetap dengan keagungan-Nya. Allah boleh melakukan setiap sesuatu tanpa tergantung dengan apa2 keadaan.
Walaupun seluruh manusia kufur, tidak beriman kepada Allah, khazanah Allah tidak akan berkurangan sedikit pun, Allah tidak rugi atau untung sedikit pun. Allah tetap dengan kekuasaan-Nya, yang manjadi Raja Sekelian Alam, mentadbir langit dan bumi, pemberi dan menarik Rezeki, Maha Pencipta dan terus dengan kemuliaanNya dan sifat-sifat-Nya.
Jika manusia tidak mahu melakukan dakwah, Allah boleh gunakan makhluk lain untuk ingat manusia kepada Allah, Allah boleh gunakan semut, labah-labah, anjing dalam gua, burung hud-hud dan sebagainya. Allah tidak berhajat sedikit pun kepada mahkluk-Nya. Sebaliknya makhluk sentiasa berhajat kepada Allah.
Sebaliknya manusia lah yang akan rugi, tidak bernasib baik dan menerima azab yang pedih jika tidak beriman kepada Allah. Jika kita mentaati perintah Allah, beriman, beramal soleh, berdoa, melakukan dakwah maka kita la yang akan untung, mendapat pandangan dan pertolongan daripada Allah.
Itu lah adalah hakikat. Namun hakikat mesti berserta dengan syariat. Dan dengannya manusia dibimbing dengan ilmu. Siapa kah orang paling berilmu dan paling faham mengenai Islam? Sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling tertinggi ilmunya dan barang siapa yang mengikuti sunnah baginda dalam segenap kehidupan maka golongan itu lah yang diberikan taufik untuk mendapat ilmu, mengamalkan ilmu dan menyebarkan ilmu. (Semoga Allah beri kekuatan kepada saya untuk mengamalkan sunnah Nabi mulai dari bangun tidur dan tidur semula setiap hari hingga tutup mata dan nafas terakhir.)
Dalam hubungan hakikat dan syariat, sebagai contoh, walaupun hakikat mengenai kematian ajal maut adalah ditentukan oleh Allah. Namun, tidak boleh seseorang yang pergi berperang begitu sahaja dengan anggapan kalau dah nak 'mati-mati lah'. Walaupun hidup atau mati ditentukan Allah, namun Nabi Muhammad s.a.w tetap pergi berperang dengan baju besi sebagai jalan ikhtiar. Jalan ikhtiar itu adalah mengikut syariat.
Demikian juga bahawa, kita semua yakin bahawa hanya Allah pemberi rezeki dan ia telah ditakdirkan Allah. Tetapi jalan ikhtiar itu, ulama berkata adalah dengan kita bekerja, mencari rezki dan sebagainya.

BEGITU juga dengan umat ini, walaupun keselamatan dan ketenteraman umat ini bergantung sepenuhnya kepada kehendak Allah, namun syariat mengatakan bahawa umat ini juga perlu berusaha untuk mendapatkan perkara itu menggunakan senjata yang paling ampuh iaitu dakwah untuk menjadikan umat ini benar-benar beriman dan beramal soleh, dan selepas itu segala permintaan doa orang beriman dan beramal soleh pasti dan pasti Allah akan makbulkan seperti mana Allah makbulkan doa nabi-nabi bani israel pada zaman itu. Dakwah dan doa adalah senjata paling ampuh bagi orang mukmin. Senjata yang lain hanya keperluan (yg juga perlu diusahakan) untuk menggerunkan hati-hati musuh tetapi tiada janji di belakangnya untuk bantuan kemenangan daripada Allah.
Perintah Allah agar umat Islam mempersiapkan diri hanya untuk menggerunkan musuh tetapi tiada ada janji Allah, persiapan itu boleh membantu mencapai kemenangan seperti terkandung dalam surah Anfal: 60, yang bermaksud:
"Persiapkan dirimu untuk menentang (musuh-musuh Islam) dengan apa jua yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak ketahui. Sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu belanjakan di jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi."
Sebaliknya, janji terhadap bantuan dan pertolongan Allah dalam keadaan manusia benar-benar beriman, beramal soleh, melakukan dakwah dan doa adalah jelas dinyatakan.
Wallahualam bissawab.

Monday, January 12, 2009

Nak ke mumbai ke umbai?

by ahliah mutakalim,
2 bulan kebelakangan ni mmg menyeronokkan sebab byk event yg 'mengujakan'. Omputih kata full of excitement aaa. dimulakan awal bulan 12, sambut hari jadi dgn kembar, rasa cam muda balik lak pasai kami dpt kek.
Pastu, masa yg ditunggu2 tiba, pasal dah lama sgt tunggu sampai dpt 2 kali family day. first family day ofis suami, then family day keluarga suami. Mmg seronok la!!! Pasal betul2 bole rehat, makan mcm2, rehat makan, rehat makan, makan lagi rehat lagi...pemalasnyerrr. budak2 pun seronok, anak2 bantai main mcm2. kalau swiming pool tu mcm rumah diorang, melekat je mcm tak mau keluar dari mula sampai nak balik.
mula2 sempat bercuti di kampung, lepas tu pegi family day ke Sofitel Senai. Sebenornye mula2 rancangan asal nak ke desaru tp takde rezki... cancel!. Tp sofitel not bad you know, tak sangka la... ingatkan tak seronok dah, rupanya best. Org yg jadi pengerusi penganjuran family day tu mmg best giler!! (laki aku la tu... hehe).
walaupun satu malam je tapi semua staff dan keluarga lebih kurang 50 orang rasa ok la, puas hati.

nasib baik menang gak lawan tiup belon tu... kalau tak penat je la ko naufal.

family day ke-2 ke PD pulak... jauh sungguh ke sana sini bawak baby. dlm perjalanan bawak bekal, sempat pulak tu bawa roti pizza buat sendiri, hotdog special, nasi goreng mcm2 la smua home made... konon bekal la tu tapi tu la punca letih & tak larat. pastu air teh pun tak minum.
Sampai teluk kemang punya ramai umat manusiaaaaa, semua nampak gaya pakat cuti serbu laut. pantai tu macam dah tak larat nak tampung orang yg gila air masin.
Nasib baik dah book awal residence desa lagoon utk 26 org iaitu 6 family. punya ramai adik beradik suamiku... havoc jadinya. makan je dah kecoh tu belum lagi mandi manda. pak guard pun dah tak larat nak tegur pasal diorang mandi semua lengkap dgn pakaian, sluar panjang & baju padahal peraturan kolam tu hanya benarkan pakai...faham2 je la.
Mlm pulak, tunggu2 BBQ tengah makan ayam hangit tepi pantai dgn angin kuat tiba-tiba punya kuat sampai angin naik kepala...dah pening. cancel nak lama2 terpaksa tangguh awal. mujur bilik hotel selesa. baby pun siap ada babycot...aircond nyaman. tp kena baca doa sakit kepala jugak la.. alhamdulillah lepas baca doa tu dpt tidoq lena.

laa.. nape tak pakai flash kan tengah golap tu... bersama sumaiyah, suamiku si mutakalim kununnye.aksi anak-anak bersama sepupu sepapat... eemmm kecoh betol, suruh dok diam tak mau.. ketegaq!
2 budak yg berkopiah tu adik2 mutakalim.. mentang2 karkun 4 bulan, jos sangat bakar ayam sampai hangit, nasib baik ada abg ipar & kakak dok monitor.

esok, anak2 pagi2 dah terjun ke kolam renang dgn sepupu2 depa, mmg dah tak terkawal dahhhh... akhirnya dgn baby sekali masuk kolam...bogel plak tu, smua orang tengok, kira yg paling berani terseksi sekali laaa.

budak2 kalau jumpa air mmg pantang...mesti serbu, padahal bukan reti berenang pon.

tengahari berakhir la PD, next destination ke melake. suami tanya adik dia: "nak pegi mumbai macam maner?" adik dia cakap: "mana ada mumbai, umbai la.. mumbai kat India, tempat makan melake tu umbai."
Sampai di melake dari ayer keroh masuk ke bandar hilir... jem teruk... pon ramai gak orang.. dari PD ke depa nih ikut kami? pusing jln sehala dlm town byk kali sampai letih dan polis trafik pun geleng kepala nengok kitorang pusing2.
Cari hotel kat bandar hilir semua penuh... adoiii... nasib baik ada 2 bilik kosong je tinggal di hotel Queenpark. kalau takde tu, alamat la kami tido dlm keta atau suami pi tido masjid... tapi kami mcm ner? alhamdulillah Allah mudahkan bilik kami tu ok walaupun kecik, sempit dan nak bergerak pun susah bagi kami yg saiz kecil2 ni.
mlm tu bantai carik asam pedas claypot, tapi tak sedap mana pon. esoknya baru jalan sana sini sampai letih lutut. baby tu first time naik menara taming sari macam mak bapa dia jugak n naufal n farhah. byk gak produk pelancong yg biasa2 org cuba/pegi kami pun pegi tapi takle semua. paling kecian naik beca tu sbb pakcik tu dah tua larat ke dia...last2 masa kat bukit sikit kami turun la.. bila turun bukit naik balik.
suami kata, masa kecik2 ada byk rombongan sekolah pegi a farmosa tp dia tak dpt pegi sebab takde duit nak bayar rombongan... katanya dia org susah. jadi hari tu pertama kali la dia tengok a famosa depan mata pd usia 32 tahun. kih kih kih. tp bukan ada ape sgt pon.

farhah duk kat hujung sgt tu...skit lg nak tjatuh. emmm..meriam tu la dok bom orang melayu zaman dulu.

tengahari pekena asam pedas kat restoran asam pedas, punya ramai orang, mula2 terpikiaq jugak depa ni ketagih asam pedas ka? lepas rasa baru tau... mmg sedap.
lepas tu meletihkan diri round2 kawasan2 tu, sempat gak bbrp kali singgah di masjid selat pulau melaka. masjid baru tu... selesa, cantikkk.. tepi pantai ombak dan angin punya kuat. suami kata, ada 3 lokasi di msia ni dicadangkan jd lokasi buat ijtimak & masjid tu salah satu lokasi tu...entah la, most probably kat nilai, NS.
masjid selat pulau melaka... cantikk kannn.

pusing2 gak dlm town sana sini, beli sikit2 apa2 patut. Org melake mmg baik2 kalau tanya direction semua sungguh2 bagitau, depa semua pakat hemoi dgn org luaq, maybe sebab melake negeri pelancongan jadi depa dah biasa orang luaq dtg melawat @ tanya tu ni.
kapal nih tak sempat naik... ramai sgt orang.. maybe next time je la.

sebelah petang cadang nak makan ikan bakar kat umbai, tapi tiba2 dtg balik sakit kepala pening dan bbrp hal yg tak dpt dielakkan... budak2 pulak buat perangai dlm keta... hemmm... akhirnya kami decide untuk chowww awal. kami pun cabuuut.
Anyway, cuti2 ni good exprience, walaupun takle se best kalau jalan2 ke luar negara tapi kalau sahut hasrat kerajaan cuti2 mesia kira ok laa..
dlm perjalanan balik baru teringat... lupa plak... beli cencalok sebotol. takde rezki.
org smua dah letih ko masih cergas farhah?...

Thursday, January 8, 2009

Menzahirkan perpaduan di K.Terengganu

DI KALA penduduk Gaza bermandi darah dengan situasi yang menuntut kesepakatan dan penyatuan umat Islam, perjalanan pilihan raya kecil Kuala Terengganu tidak syak lagi amat perlu mencerminkan perpaduan ummah.
Ancaman dan bencana terhadap umat Islam - walaupun menyedihkan - namun memberi hikmah besar iaitu ummah perlu bersatu tanpa mengira ideologi politik.
Justeru pilihan raya Kuala Terengganu yang tarikh pengundiannya pada 17 Januari ini, merupakan medan paling baik untuk menunjukkan kesediaan memperkukuhkan perpaduan iaitu walaupun berbeza fahaman ia tidak menjadi hal dan tidak perlu berpecah belah dan bercerai berai.
Jika diibaratkan hati-hati umat Islam kini seperti sebidang kain yang luas maka mudah diketahui bahawa ia sudah berkerat-kerat dan terpisah pisah kepada banyak serpihan.
Ini kerana dalam dunia Islam terdapat banyak gerakan yang menjadi seolah-olah gunting yang mengerat kain-kain itu yakni memecahbelahkan umat. Dan sepatutnya umat Islam mengelakkan diri daripada menjadi seperti gunting.
Tetapi kita perlu menjadi umpama jarum dan benang yang menjahit semula dan menyatukan semula hati-hati manusia dan berpadu di bawah satu kalimah. Dengan cara itu, umat ini akan mendapat rahmat Allah.

Wednesday, January 7, 2009

Venezuela usir Duta Israel

CARACAS 7 Jan. – Kerajaan Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara ini sebagai protes terhadap serangan rejim itu ke atas Genting Gaza.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tindakan mengusir Shlomo Cohen dan beberapa kakitangan di Kedutaan Israel sebagai seruan ke arah keamanan dan kehormatan terhadap undang-undang antarabangsa.>BACA SELANJUTNYA!
Pengusiran tersebut dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meneruskan perdebatan mengenai prospek gencatan senjata di Genting Gaza dan usaha diplomatik yang giat dijalankan bagi mendesak Israel menghentikan serangan yang masuk hari ke-12 dan telah meragut 660 nyawa.
Venezuela menuduh Israel “melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan” dan “merancang menggunakan kekerasan” ke atas penduduk Palestin.
“Dalam saat tragik dan memeranjatkan ini, rakyat Venezuela menunjukkan rasa hormat kepada penduduk Palestin yang mempunyai semangat wira,” demikian menurut kenyataan itu lagi.
Misi Venezuela ke PBB juga akan mendesak Majlis Keselamatan agar mengambil “tindakan segera untuk menghentikan pencerobohan oleh Israel ke atas kawasan Palestin.”
Venezuela mengutuk serangan Zionis ke atas Genting Gaza dan Presiden Hugo Chavez sendiri pada Isnin lalu menyifatkan apa yang berlaku sebagai “penghapusan bangsa” dan menuduh Amerika Syarikat menyokong serangan tersebut. – AFP

Tuesday, January 6, 2009

Bolehkah boikot produk AS berjaya?

Boikot demi Palestin?

HAKIKAT bahawa Malaysia dan kebanyakan negara Islam di dunia telah sekian lama bergantung kepada kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang cukup besar daripada Amerika Syarikat (AS) adalah sesuatu fakta yang diketahui umum. Malaysia adalah rakan dagang ke-10 terbesar bagi AS dan Malaysia juga negara ke-12 terbesar dalam pasaran eksport AS. >BACA SELANJUTNYA!
Tidak boleh dinafikan bahawa FDI adalah antara faktor yang cukup memberi kesan menakjubkan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dengan AS sentiasa menjadi rakan dagangan pendahulu, terbesar dan utama kepada Malaysia.
Mengikut statistik, perdagangan dua hala antara AS dengan Malaysia dianggarkan lebih USD30 bilion setahun dengan nilai eksport barangan AS ke Malaysia sebanyak USD9.1bilion manakala AS mengimport dari Malaysia sebanyak USD21.4 bilion pada tempoh yang sama.
Pelaburan itu termasuk dalam bidang minyak, gas, elektrikal, semikonduktor, kimia dan produk konsumer dengan ia turut memberi limpahan peluang pekerjaan pula kepada rakyat.
Hasilnya, rata-rata sektor ekonomi sama ada perdagangan atau perniagaan hingga ke kedai kecil di sebelah sudut station bas dan kedai runcit di hulu banat pun terdapat produk dari AS, atau kadang kala paling kurang pun menjual minuman Coca Cola.
Dari segenap sudut tanah air ini, terdapat kesan-kesan kemasukan pengaruh AS dalam ekonomi, dan ia sesuatu yang sihat bagi pandangan pakar ekonomi apabila mengambil kira sistem kapitalis yang menerajui dunia waktu ini dikepalai oleh AS.
Namun, pada masa yang sama, hakikat bahawa tindak tanduk dasar luar AS sentiasa menjadi antithesis kepada popularitinya tidak boleh diketepikan begitu sahaja hingga menimbulkan kebencian meluap-luap, lebih-lebih lagi dalam tindakan unilateral termasuk menyokong Israel membuta tuli.
Justeru, pengaruh ekonomi AS yang kuat seolah-olah mengikat negara-negara Islam yang menjadi rakan dagang AS hingga menjadikan rata-rata negara ini tidak mampu berbuat
sesuatu yang konkrit setiap kali AS bertindak di luar batasan kemanusiaan bersama Israel untuk menindas umat Islam di Palestin.
Setelah begitu lama polimik antara hubungan politikal ekonomik ini berlarutan tanpa memberi kelebihan dalam penyelesaian isu Israel-Palestin maka hari ini untuk sekian kalinya timbul semula cadangan untuk memboikot produk AS di pasaran tempatan bagi membantah dan memberi tekanan kepada AS.
Boikot sampai letih?

Berikutan serangan tentera Israel ke Gaza ketika ini, maka hari ini tiba-tiba rakyat berasa produk AS perlu diboikot - walaupun banyak percubaan sebelum ini gagal.
Teorinya ialah jika 20 peratus sahaja daripada 1.3 bilion umat Islam berbuat demikian maka kesannya sudah memeritkan dan menjejaskan AS.
Namun bolehkah ia berjaya dilakukan?
Lebih menyedihkan terdapat tanggapan bahawa produk-produk AS termasuk barangan consumer yang dianggap rakyat negara ini amat diperlukan hingga tidak boleh dielak untuk dipakai.
Ini diburukkan lagi dengan sikap rakyat negara ini termasuk orang Islam yang telah 'membudayakan' penggunaan produk AS dalam kehidupan mereka.
Pada hemat saya, umat Islam perlu optimis dengan menganggap ia boleh dilaksanakan dan berusaha bersungguh-sungguh terhadap perkara itu.
Setiap orang perlu menanamkan rasa jijik dan jelek kepada produk AS dengan menganggap dengan setiap sen yang dibelanjakan adalah satu sumbangan untuk AS membedil dan membunuh orang Islam di Palestin.
Apabila pandang sahaja barangan atau restoran yang jenamanya dari AS, maka perlu dijauhi dengan menganggap ia jenama yang bersekongkol mengebom kanak-kanak Islam.
Secara psikologinya, anggap lah apabila duit yang 'mengalir' ke syarikat milik AS, ia turut 'mengalirkan' darah manusia tidak berdosa di Gaza.
Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, orang Islam perlu mempengaruhi rakan mereka yang bukan Islam untuk turut serta memboikot atas dasar kemanusiaan. Kerana
kekejaman AS, Israel adalah juga soal membelakangkan hak asasi, anti demokrasi dan sebagainya.
Perlu diterangkan dengan hujah tersusun kepada mereka kerana bukan Islam juga pastinya tidak menyukai peperangan, pembunuhan dan apa-apa kejahatan.
Kita perlu ingat bahawa isu Israel-Palestin sebenarnya menjadikan masyarakat dunia yang pelbagai bangsa semakin benci kepada AS dan Israel.
Terapkan nilai-nilai ini juga kepada anak-anak dan semua peringkat usia di kalangan masyarakat.
Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja dengan syarikat milik AS? Tulisan ini tidak bermaksud mencadangkan kepada golongan ini agar berhenti kerja atau mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka khususnya dari segi sumber pendapatan. Tetapi kami berpendapat, golongan ini perlu diberikan kebebasan untuk memikirkan perkara ini dan mengambil langkah sesuai mengikut kemampuan masing-masing. Lagipun, mereka lebih arif terhadap hal ehwal mereka sendiri.
Selain itu, apa yang lebih penting, umat Islam perlu mempraktikkan kesederhanaan dengan mengamalkan sunnah Nabi s.aw dalam kehidupan.
(Contohnya, jika seorang yang mengamalkan sugi maka harga sebatang sugi hanya lebih kurang RM1 dan boleh pakai hingga lebih satu tahun. Pakai 5 kali sehari ketika wuduk, maka betapa banyak ganjaran pahala, gigi dan mulut sihat dan betapa jimatnya perbelanjaan, tak payah beli ubat gigi dan berus gigi yg terpaksa ditukar tak sampai sebulan. Itu baru satu sunnah, terdapat banyak lagi sunnah lain).
Memboikot perlu juga melibatkan soal hal-hal hiburan atau perkara yang tidak perlu atau dianggap remeh. Misalnya filem-filem dan lagu-lagu dari AS perlu diboikot daripada dibeli atau ditonton.
Pulaukan program TV yang menyajikan bahan dari AS, kecuali perkara yang benar2 untuk tujuan pendidikan. Hari ini banyak rancangan TV diimport dari AS, maka penonton perlu memboikotnya juga.
Semua perkara ini perlu dilakukan oleh rakyat sendiri kerana kerajaan mana-mana negara Islam 'susah' hendak menganjurkan perkara itu secara total kerana terdapat banyak kekangan. Kita juga tidak boleh salahkan mereka. Dan rakyat sebenarnya mempunyai kuasa kepenggunaan yang boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan diri kita sendiri.
Walaupun pemimpin-pemimpin negara Islam bersetuju dengan memboikot tetapi tidak ramai perdana menteri dan presiden negara-negara ini yang mampu menyatakannya dengan lantang dan terang.
Sebagai contoh, kita boleh lihat sendiri, terdapat seorang bekas pemimpin sebuah negara (yang tidak perlu dinyatakan namanya di sini) mencadangkan langkah memboikot sekarang tetapi semasa dia memegang tampuk pemerintahan dahulu dia sendiri mengatakan boikot tidak selesaikan masalah.
Ini kerana semasa memegang jawatan, terdapat kekangan yang (mungkin) tidak dapat dia elakkan bagi menjaga kepentingan negara tetapi selepas dia melepaskan jawatan maka dia akan cakap apa sahaja yang difikirkan betul.
Begitupun kita tidak boleh menyalahkan mereka atau pemimpin ini, kerana mungkin mereka terpaksa berbuat demikian kerana difikirkannya ia dapat menjaga ketenteraman dan keselamatan awam dan tidak mahu mengambil risiko membahayakan rakyat semasa memegang jawatan.
Apapun, sementara kita menghormati semua rakyat negara ini, justeru usaha memboikot perlu dilakukan secara bersama-sama, bersepadu, terancang dan bukan hangat-hangat tahi ayam.
Bro, jika kita hendak ke Gaza tidak mampu, takkan buat perkara ini pun kita tak boleh beb? InsyAllah kita sama-sama azam dan buat perkara ini. WaAllahu alam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails