Saturday, November 22, 2008

Sikap ingin tahu bawa Michael Jackson memeluk Islam


KEINGINAN kepada agama dan sikap ingin tahu menjadi penyebab (asbab) hidayah kepada Michael Jackson atau nama Islamnya, Mikaeel, 50.
Abangnya, Jermaine Jackson atau nama Islamnya, Muhammad Abdul Aziz, 53, berkata, Michael Jackson mulai secara serius untuk memikirkan tentang memeluk Islam sejak tahun 2005 dan hari ini (22 November 2008) superstar itu mengucapkan syahadah sambil memakai jubah dan berkopiah putih.
Muhammad yang memeluk Islam pada tahun 1989 berkata: "Apabila saya pulang dari Mekah, saya berikan dia (Michael Jackson) banyak buku dan dia tanya saya pelbagai perkara mengenai Islam dan saya beritahunya bahawa ia adalah agama yang indah dan kedamaian."
"Dia membaca semuanya (buku itu) dan dia berasa bangga dengan saya kerana saya menemui sesuatu yang boleh memberikan kekuatan dalaman dan ketenangan." kata Muhammad (gambar kanan) di sini.
"Dalam Islam ada kekuatan dan perlindungan," kata Muhammad dalam satu interview baru-baru ini.
Muhammad yang mendapat hidayah untuk memeluk Islam selepas didakwahkan oleh sekumpulan kanak-kanak, merupakan antara orang paling bertanggungjawab membawa Michael Jackson atau 'Jacko' kepada Islam. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah memberi taufik dan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

7 comments:

Tujuh Kaki Dalam said...

aku minat michael jackson ni gila-gila dulu.

sebab minat punya pasal maka mulut aku "gatal" minta kat Allah Ta'ala agar di bukakan hidayah untuk dia.

tapi aku yakin bukan doa aku yg jd asbab dia dapat hidayat.

sebab aku pk dunia byk sgt dan amal sgtlah hampeh.

huhu

Dr. Bentara said...

tujuh kaki dalam, kalau ko yakin doa ko kan bagus. Allah s.w.t. buat keputusan atas sangkaan hambaNya. Pahal besar tu weh!

Tahniah untuk tuan punya badan. Alhamdulillah. Moga jadi insan kamil yang beramal soleh.

fahana_ann said...

mulanya ku memang tergelak mndengar berita yang dismapikan rakan..rasa tak percaya..tapi hidayah ALLAH untuk siapa sahaja yang dikehendakiNYA

Ziarah76 said...

7 kaki dlm, alhamdulillah doa ko makbul. Allah brsama sangkaan kita. Aku minat gak jacko ni dulu, masa sekolah tiru2 menari style jalan ke belakang tuh! tp tak jadi pun.
Sam langsuir, pastu bila sek men onward masuk sikit2 dunia batu & pastu logam/bawah tanah...etc.
Kalau dulu sampai 3am pun sanggup menggoreng gitar..etc tapi alhamdulillah dgn berkat usaha dakwah iman amal, sekarang 3am Allah mudahkan tahajud. Apa lagi yg aku nak, jika Allah dah ubah kpd yg baik & berikan sesuatu yg amat bernilai utk dunia/akhirat.
Semalam, syura dtg rumah khususi sebab aku dah slack & terlepas nisab 40hari. Tuan2 tolong doa supaya cuti lulus utk sambut takaza 40hari, 1 Dis ni. Amin...

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Miss Appleijo said...

tapi comfirm ker michael jackson ni dah masuk islam ekk

cohong gym said...

ehh betul ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails