Sunday, November 30, 2008

Bergerak atau tidak?

SESUATU yang hidup itu bergerak dan kalau yang hidup tidak lagi bergerak maka besar kemungkinan ia sudah mati. Manusia yang tidak bergerak boleh jadi sudah mati atau menghampiri saat-saat kematian atau dalam keadaan koma - iaitu keadaan yg menyamai orang mati walaupun hidup dia tidak boleh berbuat apa-apa.
Pergerakan amat penting untuk menunjukkan sesuatu perkara atau makhluk, hidup. Begitu juga dalam badan manusia jika darah tidak lagi bergerak - maka maknanya kematian. Atau jika kita lihat air, kalau ia tidak bergerak iaitu bertakung dalam longkang, maka apa yang terjadi ialah bahaya, nyamuk, jentik-jentik, berbau busuk dan sebagainya. Jika air itu mengalir maka ia bersih dan boleh membersihkan dan tidak berbau.
Begitu juga agama Islam yang suci ini, jika tidak digerak-gerakkan maka ia akan mati begitu sahaja. Jika agama mati depan mata kita sendiri, apa akan jadi, sebagaimana air tadi yang telah bertukar menjadi mudarat, maka manusia menjadi jauh daripada agama, perintah Allah ditinggalkan, larangan Allah seronok dilakukan, umat dipinggir-pinggir kemurtadan, aurat diperkecil-kecilkan, sunnah nabi diperlekehkan, al-Quran ditafsir mengikut nafsu, artis diagung-agungkan, ulama diketepikan, kesesatan datang dan sebagainya.
Namun jika agama hidup, maka rahmat Allah turun mencurah-curah bukan sahaja kepada manusia malahan untuk seluruh mahkluk di permukaan bumi. Dan memberi kejayaan kepada manusia di dunia dan akhirat.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w agama digerakkan dan jemaah-jemaah dibentuk dan dikeluarkan hingga sahabat-sahabat r.hum bertebaran di permukaan bumi hingga ke China atas maksud dakwah dan agama menjadi hidup subur.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w hampir wafat maka agama telah sempurna dan Allah redha Islam sebagai agama.
Walaupun agama telah sempurna namun adakah agama yang diamalkan dalam diri saya/kita telah sempurna?
Atas maksud yang besar itu, dengan keberkatan fikir risau tuan-tuan kepada umat, maka baru-baru ini, saya diputuskan oleh syura supaya melapangkan dan mewakafkan diri, masa dan harta saya beberapa ketika bersama jemaah 40 hari bermula 1 Disember ini dengan niat untuk belajar dan mengislahkan diri sendiri.
Dengan itu, blog yang dhaif ini dihentikan sementara untuk berehat seketika. Terima Kasih. Jazakallah khair.

5 comments:

Tujuh Kaki Dalam said...

ada yang rasa sudah bergerak tapi sebenarnya belum lagi bergerak.

Erman Muslim +6019 9331766 said...

Amin..semoga Allah terima pengorbanan tuan.. Tolong doakan saya 4 bulan IPB bulan July depan sempena Ijtima'..Jazakallah.

ABU LUQMAN said...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

Salam Persahabatan & Salam 'aidil adha
Tahniah, info yang cukup menarik dan bermaklumat
Sila bekunjung ke abunusaircty.blogspot.com dan ibnuwalid.blogspot.com Selain dari itu terdapat lagi 2 blog kepunyaan saya iaitu >> abubasyir.blogspot.com, & ardulmuqaddasah.blogspot.com

Unknown said...

Slamat Ari raye Aidil Adha.....

Moga kita mampu korbankan harta dan diri di jalan Allah....

Mardhotillah

;-)

azharjaafar said...

Terlambat komen. Selamat keluar 40 hari.

Umat akhir; ada tarikh pergi dan ada tarikh balik. Umat sahabat; ada tarikh pergi tapi tak tahu tarikh balik.

Belajar-belajar tiru sahabat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails