Friday, December 19, 2008

Jalan hidayat di depan mata...

JIKA seorang ibu kehilangan anak, tiba-tiba ada seseorang yang bersusah payah mencari lalu menjumpai dan memujuk anak itu dan dibawa anak itu kembali dekat kepada ibunya. Bayang kan betapa suka dan gembiranya si ibu itu, bukan sahaja kepada si anak tetapi juga betapa sukanya si ibu tadi kepada orang itu yang begitu berjasa menemukan mereka berdua.>BACA SELANJUTNYA!
Begitu juga terdapat ramai manusia yang jauh daripada Allah, tidak menghiraukan perintah Allah, tidak menganggap agama penting, jauh daripada rahmat Allah atau sibuk dengan maksiat, kesesatan dan sebagainya.
Tiba-tiba ada golongan lelaki atau wanita yang bersusah payah berjumpa saudara seIslam kita itu, memujuknya dan dengan penuh kasih sayang membawa mereka kembali kepada Allah, dekat dgn perintah-perintah Allah, rumah Allah yakni masjid, amalan-amalan agama, merasai agama begitu penting, ingat semula kepada akhirat dan sebagainya.
Begitu juga la amat gembira Allah kepada hambaNya yang datang semula kepada-Nya yakni bertaubat, mengislahkan diri dan lebih-lebih lagi teramat suka Allah kepada mereka yang buat kerja membawa hamba-Nya tadi yang jauh daripada Allah supaya dekat kembali kepada Allah.
Jika seorang ibu suka kepada orang yang menolong anaknya itu hingga mereka berjumpa semula, Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang lebih-lebih lagi suka kepada orang yang bersusah payah, bermujahadah dan menanggung penderitaan, cemuhan, menahan perasaan, berjauhan seketika daripada keluarga semata-mata untuk berada di jalan Allah bagi mendapatkan kesukaan/keredhaan Allah. Dan dengan pengorbanan itu, manusia yang jauh daripada Allah telah menjadi dekat semula kepada Allah. Ini kerana kasih sayang Allah kepada seorang hambaNya melebihi 70 kali ganda daripada seorang ibu kasih kepada anaknya. Bahkan kasih sayang Allah melimpah ruah dan terlalu banyak hingga tidak dapat dihitung lagi.
Seorang yang dekat dengan Allah, maka rahmat dan kasih sayang Allah akan meliputi dirinya dan kehidupannya dipenuhi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tanda seorang itu dekat dengan Allah dan dikasihi-Nya ialah mereka dekat dengan amalan-amalan agama, perintah-perintah Allah sebagaimana ditunjukkan Baginda Muhammad s.a.w, mengamalkan sunnah Nabi kerana Baginda adalah orang dikasihi Allah (kekasih Allah). Jika kita mahu dikasihi Allah maka perlu kita mencontohi kekasihNya. Mereka yang berusaha untuk mendekatkan diri (dengan jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah) maka betapa Allah suka kepada orang yang bersusah payah membaiki amalannya. Mereka diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda sehingga bil ghairi hisab, tidak terhitung banyaknya, diberikan keampunan, dosa digantikan pahala, ditambahkan ilmu pengetahuan, diajarkan ilm wa hilm, hikmah, ditinggikan darjat di dunia dan akhirat, disanjung penduduk langit dan sebagainya. Dengan pelbagai kelebihan termasuk mendapat keredhaan Allah sebagaimana para sahabat r.hum. Dunia tunduk dgn keadaan hina kepada mereka kerana kecintaan mereka kepada akhirat.
Dengan kasih sayang Allah, maka Allah masih pilih segelintir daripada umat Islam akhir zaman pada zaman kita ini untuk berada di jalan Allah, mengikut tertib yang telah ditetapkan ulama.
Disamping pelbagai rintangan dan halangan, terdapat pelbagai bantuan, asbab hidayat, nusrah daripada Allah dan kadang kala sebagai hadiah untuk menceriakan perasaan mereka yang keluar di jalan Allah, khuruj fi sabilillah.
Kita boleh mendengar dengan telinga kita sendiri bagaimana seorang perompak yang keluar masuk penjara tiba-tiba bertukar menjadi orang alim yang meninggalkan perbuatan silamnya atas asbab usaha hidayah di jalan Allah ini.
Bagaimana satu kisah, seorang pemabuk yakni pemain muzik di kelab malam, tiba-tiba berubah kehidupannya kepada ketaatan kepada agama. Dia memberitahu, bahawa pada zaman kejahilannya pada sekitar zaman 80-an, halal dan haram sama baginya, dan bagaimana orang yang berulang alik ke masjid tidak menghiraukannya malah memandang hina kepadanya, lalu hanya ada beberapa kerat orang tabligh yang memujuknya, ikram dia, menziarahinya dan bertanya khabar lalu mengajak dia keluar 3 hari, 40 hari lalu kehidupannya berubah kepada kesolehan. Semasa keluar di suatu tempat tiba-tiba siak masjid tidak membenarkan jemaah memasuki masjid, maka lelaki ini berkata, "Dahulu masa saya sibuk di kelab malam, takde seorangpun orang AJK masjid yang datang jumpa saya untuk bimbing saya bawa ke masjid, tetapi sekarang saya dah datang ke masjid, maka AJK masjid pulak tak bagi saya masuk." Maka kata-kata itu meruntunkan hati tok siak yang terus malu alah dan akhirnya dibenarkan masuk. Lelaki ini berkata: "Kalau Maulana Ilyas hidup balik dan dia kata usaha ini tak betul maka aku tetap kata usaha ini betul".
Kita boleh dengar bagaimana, ada orang yang kehidupannya yang dipenuhi rock, black metal, death metal, thrash metal dan macam-macam logam lagi dan kecintaannya memakai baju dan outfit yang menyerupai emperor, rotting christ, mahyem, cradle.., metalica, sodom... etc yg menjadi idola mereka. Dengan rantai, seluar ketat, jaket, growl ala glen benton deicide atau napalm, wisper macam lucifer king diamond, baju all black etc, bersusun cd, kaset bawah tanah dlm rak, bunyi solo gitar crybaby mengaum, riffing yg mengergaji pentas atau mengcarcasskan audien gig. Tetapi tiba-tiba berubah sikap kepada kecintaannya kepada sunnah Nabi s.a.w. Baju2 dan pakaiannya mula mencontohi sunnah kerana Nabi Muhammad kini menjadi contoh ikutan hariannya. Maka menangis la dia pada waktu malam ketika solah tahajud semasa manusia sedang nyenyak tidur. Menangis merintih, merengek, menyesali dosa silam dan mensyukuri nikmat hidayah dan berdoa dikekalkan dalam jalan hidayah dan asbab hidayah seluruh alam manakala siangnya menjadi hamba yg taat kpd penciptaNya dan menjalankan kerja umat, kerja dakwah.
Kita boleh dengar kisah seorang ustaz yang pada mulanya menyangka dengan ilmunya yang tinggi semata-mata sudah mencukupi, lalu tidak bersetuju dgn usaha atas iman.
Namun, sikap seorang alim (kerana keberkatan ilmu) ialah ada bersangka baik dan berlapang dada, dan disebabkan itu dia masih juga bercampur gaul dengan orang tabligh
yang buat usaha di surau dia mengajar setiap minggu.
Tiba-tiba ustaz ini menghadapi satu masalah yang mengganggu fikirannya lantas ketika bersembang dia tercerita masalah itu kepada orang tabligh itu yang merupakan cikgu sekolah.
Maka cikgu itu tercakap, 'nabi mengajar kita menyelesaikan masalah dengan perantaraan amal, betul tak ustaz.' Maka ustaz ini berasa tersinggung dengan kata2 itu kerana dia menganggap seolah-olah dia sedang didakwahkan dan dlm dirinya ada ego. Lalu ustaz itu berkata, 'Apa hak awak hendak cakap begitu kepada saya?' Ustaz itu terus berlalu pergi. Namun rupa-rupanya selepas kejadian itu, dalam diam-diam ustaz itu cuba menyelesaikan masalahnya dengan perantaran amal yakni beliau banyak bersolat hajat, membaca yasin dan membetulkan amalan lain lalu berdoa sungguh2 kepada Allah sambil berikhtiar/usaha. Akhirnya Allah selesaikan masalahnya. Maka tersingkap hidayah dalam dirinya bahawa benar lah apa yg dikatakan oleh cikgu tadi.
Maka selepas beberapa hari ustaz itu muncul sambil beriya-iya benar hendak berjumpa dengan cikgu tadi dan meminta maaf dan menyatakan hasratnya ingin keluar tabligh 3 hari.Selepas keluar 3 hari beberapa kali dia terus keluar 40 hari dan sekarang (masih belum balik lagi, ini berlaku di negeri selatan tanahair) sedang keluar satu tahun di jalan Allah. Baru lah ustaz itu mengerti bahawa usaha dakwah ini adalah mahkota segala kerja iaitu kerja yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi s.a.w. Dengan usaha itu boleh menyelamatkan umat, dan jika ia ditinggalkan maka kehinaan kepada umat sehingga orang kafir yang kencing berdiri pun akan didatangkan oleh Allah sebagai alat/asbab untuk menghinakan umat Islam.
Di lokasi lain, kita juga boleh dengar kisah seorang pembuat rumah, Wak Tar (orang jawa, umur lebih 60 tahun) yg amat tidak berkenan dengan usaha dakwah walaupun dia adalah bilal di suraunya di Selangor. Tetapi ketentuan Allah berlaku juga kerana tiba-tiba anak sulungnya yang belajar di UTM dipilih Allah menjadi karkun dan selepas grad dgn cemerlang sebagai graduan kejuruteraan, dia melapangkan masa 4 bulan di jalan Allah. Wak Tar sedikit gusar dengan kegiatan anaknya kerana disangkanya Tabligh tak betul. Satu hari Wak Tar sampai seru hendak pergi menunaikan haji dan seorang ustaz (bekas guru besar sekolah agama kerajaan) telah berjumpa dengan Wak Tar. Ustaz ini mengetahui hal ehwal Wak Tar kerana mereka satu kampung. Lalu ustaz ini memberikan cadangan kepada Wak Tar, "Wak doa lah dengan seikhlas hati depan Kaabah nanti supaya Allah tunjukkan hidayah jalan mana yang benar". Maka, Wak Tar menganggap ia seolah-olah cabaran maka apabila tiba di satu masa dia berdoa sambil menangis2 depan kaabah mengenai perkara itu. Apabila balik saja ke tanah air dari Mekah, selang beberapa minggu, ustaz tadi menziarahinya dan mengajaknya keluar 3 hari, lalu dgn serta merta dijawabnya: 'OK'. Hari ini, sejak 4 tahun lalu, dia sudah 4 kali keluar 40 hari dan sekarang beliau sedang bergerak dalam jemaah 40 hari yang mana amir jemaah itu adalah ustaz itu jugak.
Baru-baru ini, saya berkesempatan khuruj bersama jemaah Wak Tar dan dapat belajar banyak perkara bersama mereka dalam tempoh yg kurang daripada 40 hari. Asalnya azam saya ialah hendak keluar 40 hari tetapi permohonan cuti kerja tidak diluluskan untuk tempoh itu, sebaliknya diberi kelulusan untuk tempoh yang kurang daripada itu.
Maka syura memutuskan saya bergerak bersama dengan jemaah 40 hari yang sedang bergerak iaitu jemaah ustaz itu yang dalamnya ada wak tar, seorang guru besar sekolah rendah, seorang guru matematik dan sekolah guru biasa, seorang juruteknik elektrik, seorang penyelia kilang dan seorang pekebun kelapa sawit dan dua pelajar.
Sebenarnya terlalu banyak sangat kisah hidayah yg boleh diambil iktibar jika berada dalam usaha atas hidayah - sama ada di dalam atau luar negara. Namun ia tidak mungkin dapat ditulis di sini kerana untuk seorang yang benar2 ikhlas mendapatkannya maka satu kisah pun sudah mencukupi dan tidak perlu diceritakan kisah zaman sekarang kerana kisah hidayah usaha Baginda Nabi s.a.w dan sahabat sudah terlalu sempurna dan
mencukupi untuk dijadikan tauladan.
Kita lihat bagaimana Umar al-Khattab r.a iaitu seorang yang hendak membunuh Nabi tetapi berubah masuk Islam apabila berjumpa Nabi, asbab taklim dan bacaan al-Quran yang dibaca oleh saudaranya ketika Umar r.a dlm perjalanan hendak membunuh
Nabi s.a.w. Hindon r.a yg pada awalnya benci benar kepada Islam hingga sanggup memakan organ dalaman bapa saudara Nabi s.a.w, tetapi apabila Baginda membuat ikram yg tinggi iaitu membalas kejahatan orang Quraisy dgn kebaikan yakni apabila peristiwa futuh (pembukaan) Mekah tiada satu titis darah pun menitis malahan semua diberikan hak dan kebaikan, maka Hindu memeluk Islam. Apabila ditanya mengapa memeluk Islam sedangkan dia sebelum itu terlalu benci kepada Islam, maka Hindun menjawab bahawa Islam telah masuk ke dalam hatiku.
Begitu banyak kisah salafusolehin yg wajar dijadikan contoh dan dalam al-Quran terlalu banyak ayat yg menyeru umat Islam membelanjakan diri masa dan harta di jalan Allah. Usaha dakwah disifatkan sebagai satu perniagaan yang menguntungkan yg boleh menyelamatkan diri kita daripada azab yg pedih, yakni kita beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan bermujahadah di jalan Allah dgn harta dan diri, dan ia adalah lebih baik jika kita mengetahui.
Dengan gesaan yg begitu banyak dlm al-Quran dan hadith2 maka dalil-dalil lain seolah-olah tidak diperlukan lagi, apatah lagi kisah-kisah zaman sekarang yg terjadi di depan mata yg mana ia memang tidak layak, apa lah sangat pengorbanan kita/umat zaman ini. Namun atas kelemahan iman, kita kadang kala mahu juga melihat sesuatu yg di depan mata bagi menyakinkan diri.
Namun, kisah kemanisan hidayah kalau diceritakan berulang kali masih juga kita tidak akan merasainya betul2 jika kita sendiri tidak berusaha melibatkan diri dalam usaha yang hak itu.
Ibaratnya ialah bila ada seorang penjual buah di pasar malam mengatakan buah yang dijualnya manis, sedap maka cara untuk mengetahui adakah benar buah itu sedap ialah dengan CUBA merasainya atau memakannya. Dengan itu baru kita tahu betul atau tidak kata2 penjual itu.
Begitu juga, jika diberitahu pelbagai kisah yang indah, kemanisan dan kebenaran usaha dakwah itu, bagi mereka yang belum merasainya, maka cara yang terbaik ialah turut serta CUBA merasainya dengan keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan. Dengan itu, baru lah diketahui kemanisan usaha ini.
Atas jalan hidayah khuruj fi sabilillah dgn maksud dakwah, seorang yg miskin akan dikayakan, seorang yg kaya akan diberi keberkatan atas harta mereka, seorang yg jahil akan ditambah ilmu, seorang yg pandai akan diberi ilmu yg bermanfaat, orang yg berdosa akan diampunkan dosa, orang yg ingin sedia ada baik akan ditingkatkan darjat dan diberi kemuliaan, orang yg sibuk akan diberi kelapangan, ketenangan dan kerehatan, orang yg banyak masa lapang akan disibukkan dgn mahkota segala kerja, org berkuasa akan diberi keberkatan kuasa mereka, orang diperintah akan menjadi rakyat yg baik dan orang yg tidak bagus akan dibaguskan, orang yg berperangai buruk akan berusaha mencontohi akhlak Baginda Nabi s.a.w. Usaha dakwah adalah jalan penyelesaian kepada masalah umat dan kemundurannya.
Justeru, semua kita semua sama2 buat niat dan azam untuk melapang dan membelanjakan diri, masa dan harta kita di jalan Allah, insyAllah. Wassalam.

9 comments:

Ladyship Atie said...

uwah;)
sakan mempromosi tabligh=D
Kudoakan moga usaha Muslims memartabatkan Islam di Bumi Allah ini diberkati dan diredhai pemilik agama ini..

InsyaAllah=)

Anonymous said...

ye, sakan jgn tak sakan, perkara baik kena la sakan... betul tak?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tujuh Kaki Dalam said...

ini hanya sekelumit cerita kan tuan?

ada artis, ada penjenayah dan ramai lagi.

saya pernah jumpa yg badan penuh tatu.

siap cerita masa dia di ziarah oleh seorang rakan seusaha, dia sedang mabuk dan suruh jugak rakan itu cerita.

asbab kerja dakwah dan sabar.Alhamdulillah abg tu di bukakan hatinya.

malah sempat berjumpa kedua-dua insan itu.

he he.

entry ini sgt best.

Ziarah76 said...

TKD, betul tuan. ini hanya sekelumit drpd berbilion trilion infiniti kisah yg berlaku. Tapi tak perlu la ia dimasukkan dlm resume usaha kita utk cerita kpd orang awam, krn ulama menganjurkan kita bercerita tentang kisah bantuan ghaib Allah kpd para nabi, kisah anbiya, bantuan ghaib Allah kpd para sahabat r.hum., kisah salafusolehin. Ini semua ada dalil @ nas al-Quran, hadis. WaAllahualam. bissawab...

Anonymous said...

hmm.. aku tgk masih byk lg blogger2 yg memperjuangkan dakwah tabligh ni dlm blog2 mereka.. tuan2 semua, cuba lah belajar taat dgn keputusan yg dah di buat. ada hikmah di sebalik keputusan mesyuarat.. sy kene belajar jd insan yg "sami'na wa ato'na" dan bukan "sami'na wa 'asoina". begitu juga tuan2 semua.. semoga allah ampunkan kita dan jadikan sifat perjuangan kita sepertimana sifat sahabat R.A.Hum.. Wallahua'lam...

Abu Zarim Mohamad said...

masyaAllah,,,mmg menusuk di hati bile bce post ni,,walupon da lme,,,,sob3,,,sebak2,,,moga Allah pilih kita semua mnjadi asbab hidayah seluruh alam,,n moga Allah terima usaha kita y sedikit ni,,,insyaAllah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails