DALAM diri manusia terdapat banyak keperluan untuk ditunaikan sama ada makan, minum, tidur, rehat dan sebagainya, namun manusia memerlukan hidayah lebih daripada semua keperluan lain.
Satu orang yang mati kerana kelaparan, maka di akhirat nanti dia tidak akan diazab kerana kelaparannya (selagi dia bukan sengaja tidak mahu makan kerana hendak membunuh diri), tetapi seorang yang mati tanpa hidayah iman maka dia akan diazab dalam neraka selama-lamanya.
Manusia, jika diberi hidayah maka boleh mencapai darjat lebih tinggi daripada malaikat manakala manusia yang menjalani kehidupannya tanpa hidayah akan mendapat martabat yang lebih hina daripada binatang. Walaupun manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang terbaik.
Yakni walaupun malaikat hanya beribadat dan menurut perintah Allah, tetapi mereka diciptakan tanpa sebarang hawa nafsu, namun manusia walaupun diciptakan dengan hawa nafsu tetapi masih juga dapat mentaati perintah Allah. Maka dalam hal ini, manusia yang taat lebih tinggi kedudukkannya berbanding malaikat.
Bahkan, para nabi yang merupakan manusia mencapai martabat lebih tinggi daripada malaikat. Dan umat Nabi Muhammad s.a.w yang terus menjalankan tanggungjawab kerja dakwah iaitu kerja yang ditinggalkan oleh baginda Nabi s.a.w. juga boleh mencapai martabat yang tinggi di sisi Allah.
Bagaimanapun, tanpa hidayah daripada Allah, manusia akan terjerumus ke lembah yang lebih hina daripada haiwan, yakni sebagai contoh, haiwan sendiri masih mengasihani dan membesarkan anak-anak mereka sedangkan manusia sanggup membunuh anak seperti di zaman jahiliyah atau membuang anak seperti zaman ini.>BACA SELANJUTNYA!
Betapa penting hidayah, hinggakan apa-apa yang dilakukan oleh manusia akan menjadi asbab manfaat jika mendapat hidayah daripada Allah, sebaliknya apa-apa yang dikerjakan oleh manusia akan menjadi asbab mudarat jika tanpa hidayah.
Ini melibatkan segenap kehidupan manusia, contohnya, jika seorang yang hendak makan tanpa hidayah untuk mengamalkan sunah dan adab makan yang betul, lalu seseorang itu akan makan berdiri, tanpa membasuh tangan atau dengan tangan kiri atau sebagainya.
Disebabkan tiada taufik dan hidayah maka, makanannya tidak berkat, makan berdiri menyebabkan proses penghadaman tidak begitu lancar, tidak membasuh tangan menyebabkan kekotoran dan terdedah kepada penyakit dan makan dengan tangan kiri yang digunakan dalam urusan tandas mendedahkan mereka kepada risiko kekotoran.
Makan tanpa hidayah, yakni tidak membaca doa akan menyebabkan hilang keberkatan selain diganggu syaitan. Maka perbuatan itu menjadi mudarat kepada manusia itu sendiri.
Sebaliknya, jika mendapat hidayah maka perbuatan itu menjadi berkat, bersih, mendapat ganjaran pahala, menyihatkan dan lain-lain kebaikan.
Ulama menyatakan bahawa, begitu penting hidayah, hingga seseorang yang ingin bersama isteri pun perlukan hidayah supaya mendapat taufik untuk berdoa, adab dan sebagainya sebelum, semasa dan selepas melakukan perbuatan itu. Jika tidak, perbuatan bersama
isteri itu bakal mengundang mudarat sama ada disedari atau tanpa disedari. malahan syaitan akan bersama pasangan itu jika tidak disertakan dengan doa, adab dan sebagainya.
Begitu juga dengan perbuatan lain dalam setiap hari bermula bangun tidur dan tidur semula.
Disebabkan terlalu penting, umat Islam diwajibkan memohon hidayah dalam setiap rakaat dalam solah ketika membaca surah al-Fatihah yakni meminta ditunjukkan jalan yang lurus. Solah fardu lima waktu pula diwajibkan ke atas setiap orang Islam, maka secara tidak langsung umat Islam wajib memohon hidayat sebanyak 17 kali setiap hari.
Ini kerana hidayah adalah hanya milik Allah dan kepada-Nya juga kita memohon. Allah mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang Dia sukai.
Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak boleh memberi hidayah kepada pakciknya Abu Talib walaupun Abu Talib telah banyak membantu Nabi di Mekah.
Allah boleh memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja atau di mana-mana dalam apa jua keadaan. Sama ada dengan asbab (penyebab2) atau tanpa asbab. Allah boleh gunakan semut, labah-labah, burung, manusia atau apa sahaja untuk menjadi penyebab hidayah.
Begitupun, adalah penting untuk umat Islam mengetahui hal keadaan hidayah itu termasuk cara mendapatkannya dan di mana ia boleh diperolehi.
Sebagaimana kita menyakini bahawa rezeki itu di tangan Allah dan Dia memberikan kepada makhluk-Nya tetapi tetap juga kita perlu berikhtiar mencarinya dan perlu diketahui bagaimana atau di mana ia diperolehi.
Maka bagaimanakah hidayah boleh diperolehi?
-bersambung dalam episod seterusnya...
11 comments:
=)
do u think they should ban manchester united too?
Fatwa Bans Red Devils and Christian Clubs
http://juslo.blogspot.com/2008/11/fatwa-bans-red-devils-and-christian.html
juslo, I strongly and totally AGREE and SUPPORT all fatwa especially on the recent banning of yoga and pengkid. Those who object them, is absolutely irrelevant. Sapa depa e.g kak in Islam nak pertikai? Regarding red devil n christian club, it's all up to the mufti2 n jawatankuasa fatwa to decide. Fatwa for hukum hakam is not the field that everybody could simply give ijtihad.
kak in islam..hehe
ye.. depa sebenaqnya 'kak in selam'
Hidayat tidak dapat diwarisi..
Berbahagialah & bersyukurlah orang2 yg menjadi pilihan ALLAH utk menerima hidayat.
saudara sepatutnya sediakan ruang chatbox kat blog ni.. senang nak bertanya.Takdelah saya bagi penjelasan kat tajuk N3 ni..
Berkenaan N3 azharjaafar tu..
Memang dr azharjaafar..saya copy paste coz nak kongsi dgn member2 kat blog saya. dah minta izin tapi tak tau lah dia izin atau tidak. hehehe.. tak rugi berkongsi ilmu. kalau ilmu berkembang org yg tulis N3 ni akan dapat byk pahala. Lagi bykkkkkkkkk org baca & amal, lagi bykkkkkkkkk azharjaafar dapat pahala tak gitu? mudah jer nak dapat pahala free.. :)
Assalamualaikum.. si jahil ni nak tanya skit, N3 tu apa ye? :):)
sambungan N3 hidayah akan menyusul tak lama lagi. Mengenai chatbox tu, thanks for the suggestion. N3 tu yg saya tahu ialah entry atau kemasukan posting baru..etc. TQ.
tq ats penerangan utk si jahil...
sama-sama, anda langsung TIDAK jahil, kerana orang yang jahil ialah orang yang tidak tahu tetapi berlagak tahu dan tidak mahu bertanya. TQ
Post a Comment