Tuesday, November 18, 2008

3 perkara yang disukai

Daripada kitab Munabihat yang ditulis oleh Hazrat Hafiz Ibnu Hajar rah. menceritakan dalam satu majlis semasa bersama-sama dengan para sahabat, Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah s.w.t menjadikan hatiku menyukai tiga perkara di dunia ini iaitu wangi-wangian, wanita dan solah yang menjadi penyejuk mataku." Hazrat Abu Bakar r.a berkata, "Segala yang disabdakan oleh tuan itu benar. Saya juga menyukai tiga perkara iaitu melihat wajah Rasulullah s.a.w, harta bendaku dibelanjakan untuk Rasulullah s.a.w dan anak perempuanku dinikahkan dengan Rasulullah s.a.w."
Kata Hazrat Umar r.a, "Benar, wahai Abu Bakar, saya juga menyukai tiga perkara iaitu amar bil maaruf (menyuruh berbuat baik), nahi anil mungkar (mencegah kemungkaran) dan memakai pakaian yang usang."
Hazrat Uthman r.a berkata, "Segala yang kamu kata itu benar, wahai Umar, saya juga menyukai tiga perkara iaitu memberi makanan kepada orang lapar, memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian dan membaca al-Quran."
Kata Hazrat Ali r.a, "Segala yang dikatakan oleh kamu itu benar wahai Uthman, saya juga menyukai tiga perkara iaitu melayani tetamu, berpuasa pada hari yang panas dan memancung kepala musuh."
Pada ketika itu, Hazrat Jibril a.s muncul lalu berkata, "Saya dihantar oleh Allah s.w.t supaya memberitahu kamu perkara yang akan saya suka jika saya seorang manusia." Baginda s.a.w berkata,"Beritahulah."
Jibril a.s berkata, "Memimpin orang yang sesat, mengasihani orang miskin yang soleh dan membantu orang miskin yang mempunyai ramai anak."
Hazrat Jibril a.s berkata lagi, "Allah s.w.t menyukai tiga perkara daripada hambaNya iaitu menggunakan keupayaan diri dan harta pada jalan Allah, menangis kerana kesal atas dosa semasa bertaubat dan bersabar semasa ditimpa kesempitan."
(Hadith daripada kitab al-Munabihat yang dinukilkan dalam Kitab Fadhail Amal oleh Maulana Zakariya rah.)

2 comments:

Dr. Bentara said...

beberapa hari lepas baru je baca hadith ni kepada family masa sesi takli.

Ziarah76 said...

alhamdulillah... taklim rumah tuan dlm BM atau bahasa ostolia? kitab taklim kami kat surau dah berapa hari hilang, ada orang pinjam kot. Kami kena mesyuarat carik yg baru dan beli sekali fadhilat haji sebab sekarang musim haji. Jazakallah khair..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails