Keluarga yang mempunyai kemampuan, biasanya hantar anak mereka ke tuisyen untuk atasi kelemahan matematik anak mereka. Tapi bagaimana pula anak orang miskin atau berpendapatan rendah? Bagi budak-budak yang sudah tertinggal, mereka akan menganggap math sebagai susah dan seterusnya tidak begitu memperdulikan mata pelajaran itu.
Maka timbul satu keperluan untuk memastikan golongan sasaran itu diberi formula mudah, murah dan terbaik untuk menghafal sifir dan seterusnya membantu mereka menguasai math, dan seterusnya ke memberi peluang lebih cerah dalam mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran, insya-Allah.
Justeru, baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang rakan seusaha yang mengajar math, Azman Khor Abdullah, 55, yang gigih mengajar anak-anak orang Islam agar tidak ketinggalan dalam Math melalui formula Cekap Darab. Kerana katanya, ilmu fardu kifayah tersebut amat penting dan amat diperlukan untuk murid-murid agar cemerlang dalam pelajaraan dan membantu menguruskan kehidupan dengan lebih baik, insya-Allah.
Bercakap dengan beliau, kita dapat mengetahui begitu bersungguh-sungguhnya beliau dalam perkara ini termasuk sunggup mengajar dengan percuma formula itu. Selain itu beliau juga menjual buku Cekap Darab.
Azman Khor Abdullah menunjukkan buru Cekap Darab yang dihasilkannya. |
Azman berkata, formula itu membantu murid-murid menguasai sifir dengan mudah dan menyeronokkan dengan menggunakan kaedah menghafal mental matematik, mendarab dengan jari dan sifir square.
"Tinjauan saya mendapati murid-murid tidak menghadapi masalah untuk mengingati sifir satu hingga lima tetapi kebanyakan mereka bermasalah untuk mengingati sifir enam hingga sembilan.
"Jadi dengan formula Cekap Darab, murid-murid boleh menguasai kesemua sifir dalam tempoh 30 minit sahaja, insya-Allah," katanya.
Azman |
Tambah beliau, kurangnya penguasaan sifir menyebabkan murid-murid tidak berminat dengan mata pelajaran matematik dan ia akan merugikan masa depan mereka.
Atas usaha murni Azman, saya berpendapat, kita wajar membantu beliau untuk membantu orang lain pula khususnya murid-murid sekolah rendah.
Justeru, ibu bapa atau mana-mana pihak yang berminat dengan kaedah berkenaan boleh menghubunginya di 013-4715119 atau berkunjung ke rumahnya di alamat No. 33, Kampung Baru Padang Temusu, 06400 Pokok Sena, Kedah.
Azman sempat mengajar Naufal dan Farhah menghafal sifir menggunakan jari. |
1 comment:
Assalamu'alaikum.
Wah, semangat Farah dan Naufal belajar sifir. Sejuk hati melihat keihlasan dalam berkongsikan ilmu dari pakar matematik yang diceritakan ini.
Post a Comment