Semasa negeri Mesir ditawan oleh tentera Islam, Khalifah Umar al-Khattab r.a melantik Amru al-As r.a sebagai gabenor di Mesir.
Pada suatu hari datang seorang penduduk Mesir berjumpa Amru al-As. Orang itu berkata: “Nampaknya air sungai Nil bakal kering tidak lama lagi. Kami sebagai penduduk Mesir bimbang mengenai perkara ini. Air sungai Nil adalah sumber rezeki kami bertani dan bercucuk tanam.”
Amru berdiam diri mendengar penjelasan orang itu. Kemudian orang itu berkata lagi: “Kami bercadang mengorbankan seorang gadis cantik ke dalam air sungai Nil. Itu adalah upacara nenek moyang kami. Melalui cara itu, air sungai Nil bertambah banyak dan tidak kering lagi.”
Amru terkejut mendengar penjelasan penduduk Mesir itu.
Beliau tidak berkata apa-apa sambil memikirkan cara terbaik bagi mengatasi masalah itu.
Orang itu berkata lagi: “Kami mahu gabenor bersetuju dengan cadangan kami ini. Upacara itu perlu dilaksanakan dengan segera.”
Kemudian Amru menjawab dengan tegas: “Upacara itu tidak harus dilakukan. Ia bertentangan dengan ajaran Islam.”
“Itu adalah cara yang kami lakukan sejak turun temurun. Kami harus mengorbankan seorang anak gadis cantik di sungai ini. Jika tidak, kami semua bakal mati kelaparan,” kata salah seorang penduduk di kawasan itu.
Puas Amru memikirkan cara terbaik bagi mengatasi masalah itu. Air sungai Nil kering sedikit demi sedikit. Kegiatan pertanian di Mesir tergendala. Malah penduduk Mesir bimbang situasi itu. Ada di antara mereka berpindah ke tempat lain bagi mencari rezeki.
“Kami tidak dapat tinggal di sini lagi. Kami harus berpindah ke tempat lain. Tempat ini sudah tidak berguna lagi. Kami perlu mencari rezeki di tempat lain,” kata beberapa penduduk yang sudah bersiap sedia membawa segala barang-barangnya berpindah.
“Ya, saya juga mahu meninggalkan tempat ini. Tempat ini tidak mendatang hasil kepada keluarga saya lagi,” kata seorang penduduk lagi.
Sedikit demi sedikit penduduk meninggalkan kawasan itu dan berpindah ke tempat lain. Amru al-As masih belum mendapat jalan penyelesaiannya.
“Bagaimanakah cara bagi saya mengatasi masalah sungai Nil ini? Hari demi hari air sungai Nil semakin kering. Penduduk mula meninggalkan tempat ini,” kata Amru seorang diri.
Keadaan sungai Nil itu membimbangkan Amru dan beliau tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Penduduk Mesir semakin cemas. Kepada siapakah Amru mahu meminta pertolongan?
Kemudian Amru terfikir, bahawa beliau perlu meminta pertolongan (nasihat) daripada Khalifah Umar al-Khatab r.a.
Akhirnya Armu memberitahu Khalifah Umar mengenai sungai Nil itu.
Beliau menulis sepucuk surat kepada Khalifah Umar al-Khattab meminta jalan penyelesaian yang terbaik.
Surat itu disampaikan kepada Khalifah Umar. Selepas Khalifah Umar menerima surat itu dan membacanya, beliau membalas surat itu, dan ditujukan khas kepada sungai Nil, dan bukan kepada Amru.
“Apakah isi surat ini? Mengapakah surat ini ditujukan kepada air sungai Nil?” soalan itu bermain di fikiran Amru al-As.
“Baik saya buka dan baca isi surat ini sebelum saya campakkan surat ini ke dalam sungai Nil,” kata Amru al-As.
Kemudian Amru al-As membuka sampul surat itu dan membaca isi surat tersebut. Satu demi satu ayat dalam isi surat itu dibaca oleh Amru al-As.
Antara isi surat itu berbunyi seperti ini: “Wahai sungai Nil, sekiranya air yang mengalir ini hanya kerana kuasa dari gerakkan kamu sendiri, kami semua tidak perlukan air ini lagi. Tetapi sekiranya air yang mengalir ini adalah kuasa dari Allah, maka teruslah mengalir dengan izin Allah juga.”
Seperti mana yang disuruh oleh Umar al-Khattab, Amru al-As mencampakkan surat itu ke dalam air sungai Nil. Kemudian beliau beredar meninggalkan sungai itu.
Pada malam itu, air sungai Nil terus naik sedalam empat puluh lapan kaki tingginya. Berkat kekuasaan Allah, air sungai Nil terus mengalir.
Penduduk Mesir bertambah gembira selepas mendapat tahu air sungai Nil sudah mula bertambah banyak. Mereka juga tidak percaya lagi dengan amalan karut marut nenek moyang mereka.
Mulai hari itu, penduduk Mesir tidak lagi mengamalkan upacara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka percaya bahawa Allah sentiasa membantu mereka apabila berada di dalam kesusahan.
Copy paste dari Bicara Agama.
Sungai Nil sekarang |
4 comments:
lama gak tak tengok sg nil..
bila kita patuh pada Allah, seluruh makhluk akan patuh pada manusia.
Dunia dijadikan untuk manusia, bukan manusia dujadikan untuk dunia..
Begitulah hebatnya tahap iman dan yakin terhadap Allahu Ta'ala oleh Sayyidina Umar al Khattab Radhiallahu Anhu.
Pemimpin sekarang tak berani nak perintah bini tutup aurat tatkala berada di khalayak ramai.
Pemimpin pemimpin dayus sebegini tak layak memegang kuasa pemerintahan ke atas kita.
Maksiat semakin bermaharajalela dan sudah terbukti satu demi satu bencana mula menimpa kita.
Kisah Umar dan Sg Nil ini sudah lama diperkatakan orang tetapi orang orang yg gila kuasa di Akhir Zaman ini bagaikan buta, pekak dan bisu terhadap jeritan meminta tolong umat ini.
zin,
dulu study Mesir ke?
scuba,
ya benar, manusia dijadikan utk beribadat kpd Allah
Mahaguru58,
Ini yg saya suka baca komen Tn Mahaguru kita, sungguh berbisa. He speak his mind.
Pemimpin yg gagal melaksanakan tanggungjawab pasti akan ditangkap jika tak di dunia, pasti di akhirat.
Semoga Allah pelihara kita.
Post a Comment