Tuesday, September 21, 2010

Bantuan ghaib daripada Allah


SEMASA Perang Khandak, tentera-tentera Islam terpaksa menghadapi serangan musuh yang ramai. Sementara tentera Islam menghadapi serangan kaum Musyrikin Mekah. Mereka juga terpaksa menghadapi ancaman daripada kaum Yahudi daripada Bani Quraizah di Madinah.
Tentera-tentera Islam sudah keluar dari bandar Madinah bagi mempertahankan kota itu. Ahli keluarga mereka terpaksa ditinggalkan bersendirian tanpa ketua keluarga.


Ini menyebabkan sebilangan daripada tentera-tentera Islam takut dan bimbang ahli keluarga mereka di apa-apakan oleh Bani Quraizah. 
"Wahai Nabi Muhammad s.a.w, saya rasa tidak sedap hati. Isteri dan anak-anak saya tinggal seorang diri di rumah. Saya takut Bani Quraizah membunuh ahli keluarga saya. Saya mahu pulang ke rumah," kata salah seorang tentera Islam yang menyertai perang Khandak itu.

Nabi Muhammad s.a.w tidak menghalang dan berkata: "Pergilah kamu pulang ke rumah."

Seorang demi seorang meminta izin daripada Nabi Muhammad s.a.w pulang ke rumah. Mereka khuatir keluarga mereka diancam oleh Bani Quraizah yang berada di Kota Madinah.

Pada malam itu, tentera yang lemah semangat pulang ke rumah. Keadaan malam gelap gelita. Angin bertiup kencang. Kini hanya tinggal cuma tiga ratus orang tentera Islam di tempat perkubuan mereka.

Pada malam itu, Nabi Muhammad s.a.w pergi menziarahi setiap khemah tentera Islam bertanyakan khabar masing-masing.

Nabi Muhammad s.a.w sampai di khemah Huzaifah. Huzaifah pada ketika itu tidak mempunyai pakaian dan senjata dan hanya mempunyai sehelai cadar milik isterinya yang dibawa bersama dalam perang Khandak itu. Cadar itulah yang digunakannya menutupi sebahagian badannya.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w berada di hadapannya, beliau masih berada dalam keadaan berlutut di lantai khemah. Lalu Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Siapakah kamu?"

Huzaifah r.a menjawab: "Saya ialah Huzaifah. Maafkan saya kerana tidak dapat berdiri melihat Nabi Muhammad s.a.w kerana badan saya menggigil kesejukan dan saya malu kerana badan saya tidak berpakaian lengkap."

Nabi Muhammad s.a.w berkata: "Bangun Huzaifah. Kamu perlu pergi ke khemah musuh. Kemudian kamu pulang dan beritahu saya berita mengenai pihak musuh."

Sebelum Huzaifah r.a berangkat ke khemah musuh, Nabi Muhammad s.a.w sempat berpesan: "Selepas kamu melihat apa yang dilakukan oleh pihak musuh, cepat-cepat kamu pulang ke khemah kita. Jangan kamu buat tindakan sendiri."

"Baiklah," jawab Huzaifah r.a.
Selepas mendapat arahan itu, Huzaifah r.a bangun dan terus menuju ke khemah musuh. Pada ketika itu Huzaifah r.a tidak mempunyai kelengkapan senjata dan tidak berpakaian lengkap.
Semasa Huzaifah r.a mahu pergi ke khemah musuh, Huzaifah terdengar Nabi Muhammad s.a.w mendoakan keselamatannya. Selepas Nabi Muhammad s.a.w berdoa, Huzaifah r.a menjadi berani dan kesejukan badannya hilang serta merta.
Huzaifah r.a mempercepatkan langkahnya menuju ke khemah musuh. Sampai sahaja di tempat musuh, beliau melihat tentera musuh sibuk memanaskan badan masing-masing kerana kesejukan malam.
Tentera musuh mengelilingi unggun api.
Pada malam itu, angin bertiup kencang. Terdengar tentera musuh menjerit memberitahu "Lari..., lari..." Masing-masing di antara musuh itu berkemas dan mahu pulang.
Angin kencang menyebabkan batu-batu berterbangan dan binatang yang mereka bawa juga mati akibat terkena batu-batu itu. Khemah mereka juga turut musnah.
Pada masa itu juga, Huzaifah r.a ternampak ketua panglima perang pihak musuh, iaitu Abu Sufian. Beliau asyik memanaskan dirinya bersebelahan unggun api.
"Ini peluang saya menghapuskan Abu Sufian," kata Huzaifah r.a sambil tangannya memegang anak panah bagi memanah Abu Sufian.
Sedang Huzaifah r.a menarik anak panah itu, Huzaifah r.a teringat pesanan Nabi Muhammad s.a.w tadi. Beliau tidak harus bertindak sesuka hati. Tiba-tiba, pihak musuh mengetahui bahawa ada penceroboh masuk ke kawasan khemah mereka. Pihak musuh berjaga-jaga selepas mendapat tahu ada pengintip datang ke tempat mereka.
Mereka diarahkan supaya memegang tangan orang di sebelah mereka bagi mengetahui siapakah sebenarnya pengintip itu. Pada ketika itu Huzaifah r.a mendapat satu idea. Beliau segera memegang tangan musuh itu. Kemudian Huzaifah r.a berkata kepada orang di sebelahnya: "Siapakah kamu?"
Musuh di sebelahnya menjawab: "Kamu tidak kenal kami berduakah? Kami berdua ini satu kumpulan dengan kamu juga." Huzaifah r.a terselamat daripada diketahui oleh musuh bahawa beliau sebenarnya adalah pengintip.
Selepas itu, Huzaifah r.a segera pulang ke khemah tentera Islam. Semasa dalam perjalanan pulang, Huzaifah r.a terserempak dengan 20 orang. Semua memakai serban.
Mereka berkata kepada Huzaifah r.a: "Sampaikan berita kepada Nabi Muhammad s.a.w bahawa Allah membantu kamu semua mengatasi musuh. Kamu semua tidak perlu risau lagi dengan serangan musuh itu."
Huzaifah r.a segera mendapatkan Nabi Muhammad s.a.w di khemahnya. Sampai sahaja di khemah, Huzaifah r.a melihat Nabi Muhammad s.a.w bersembahyang. Ada selempang kecil menutupi sebahagian badannya.

Selesai Nabi Muhammad s.a.w sembahyang, Huzaifah r.a segera membuat laporan yang dilihatnya dari pihak musuh. Huzaifah juga menceritakan detik-detik cemas apabila pihak musuh mengetahui bahawa ada penceroboh mengintip kegiatan mereka.

Nabi Muhammad s.a.w tersenyum lebar mendengar cerita Huzaifah r.a. Selepas habis bercerita, Nabi Muhammad s.a.w menyuruh Huzaifah r.a baring bersebelahannya.
Inilah ketaatan Huzaifah r.a kepada Nabi Muhammad s.a.w. Segala arahan yang disuruh oleh Nabi Muhammad diikutinya tanpa bantahan. Oleh yang demikian kita juga seharusnya taat kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad. 


Artikel copy paste diambil dari Huzaifah r.a pengintip yang pintar dalam Ruang Bicara Agama. Digalakkan baca kisah ini dalam Kitab Hayatus Sahabah susunan Maulana Zakariya rah. Kitab itu lengkap dengan penerangan ulama.

9 comments:

Peluncur Islam said...

Warning: Visiting this site may harm your computer!


The website at ziarah76.blogspot.com contains elements from the site saifulmerahs.blogspot.com,


harap anta boleh baiki... cz visitor tidak dapat masuk...
ana curi2 masuk je ....

kalau lama dibiarkan...virus ni akan mem"block" blog anta...


risau2....

Ziarah76 said...

peluncur Islam,
macam mana boleh kena ini virus?
minta tolong kalau boleh bagitau macam mana mau kasi baiki itu??

terima kasih

zarch said...

Jazakallah diatas kisah diatas tentang para sahaba. Banyak iktibar dari kisah sebegini dan biarpun dibaca ribuan kali, tetap terasa akan darjat ketaatan serta perngorbanan para sahaba begitu tinggi apatah lagi nak dibandingkan dengan kita ini.


- Rasanya yang selalu menganggu blog adalah dari sumber widget-widget yang kita tanam toolkitnya dalam blog kerana melalui toolkit ini, ikhlan-ihklan luar boleh keluar sekali dengan blog kita, cthnya dari web-site widgeo dll. (Cuba keluarkan tool-kit dari widgeo ditempat link penziarah disebelah kiri...kalau tak berkesan pun tak apa, kerana kata orang, cuba-cuba adalah percuma..)

Peluncur Islam said...

ana cadang anta delete je link
saifulmerahs.blogspot.com.... cz virus ditujukan kat situ... buang je...
ana dah kena dulu... ana ikut je apa yang ditulis...satu persatu...sehingga tiada lagi virus...

insyaAllah blh cuba...

setakat ni...ana tak dapat baca blog anta...buka sekejap dlm 5 saat...terus padam...

yg pasti bkn masalah laptop ana...

atau anta boleh cuba cara ni... rujuk...

http://ohmed1a.com/cara-solve-problem-google-report-attack/



insyaAllah boleh...

arizWanmerahs said...

Salam. Kisah yg sgt bagus utk d jdkn ikhtibar buat pejuang islam akhir zaman.

Malware tu mmg dtg dr blog aku, dn malware d blog aku pula dtgnya dr blog 'gengblogger'.. Adoi! Mmg dajal tul virus ni.. Bnyk dh blog2 lain dh kena dlm mggu ni. Aku minta maafla krn dh susahkn ko, sila buang link blog aku tu sbagai jln penyelesaian.. Wassalam.

Ziarah76 said...

zarch,
para sahabat r.hum umpama bintang2 di langit...

t.kasih atas advice, saya akan keluarkan apa2 yg patut. Rasanya ini bukan pertama kali berlaku.


Peluncur Islam,
Alhamudulillah anta bagitahu cepat, boleh bertindak segera dgn izin Allah.
Dulu pun rasanya pernah berlaku serangan virus. Ok, encik saifulmerah pun sudah mengaku virus tu dari blog dia maknanya mudahlah nak selesaikan dan tepat lah cadangan anta agar buang link saiful tu.
Jazakumullah khair.


merah_s,
mula2 pelik jugak ada yg kata tak boleh buka Z76, tak boleh komen la... etc, bila ana buka via phone, dia tetiba kata not supported, sblm ni ok je ...etc.
Ni la gara2 diserang virus, rupa2nya dari blog anta. Ish..ish... apa la gengblogger tu bikin susah sama manyak olang.
Takpe la saiful, anta punya link sudah kasi buang. Mudah2an semua ok semula.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam Tuan ziarah,

Cuba buka blog ni.. www.azlinadeco.blogspot.com

Kat entry tu dia ada linkkan blog2/cara2 yg bleh bantu buang virus ni. Mana tau kot brjaya. InsyaAllah.

ابن زين الرمباوي said...

Allahumansurna Wala Tansur Alaina...

Ziarah76 said...

aliaazuan,
terima kasih bantu dlm problem ni.
mmg nak kena virus2 ni..

ibnuzin,
Amin... thumma amin...thumma amin.. amin ya robbal alamin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails