Saturday, February 2, 2013

Masjid lebih RM1 juta tiada tandas, tempat wuduk

TAWAU 2 Ogos 2012 - Pelik tetapi benar. Masjid  Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dekat sini  yang bernilai lebih RM1 juta dan baru siap tidak  mempunyai ruang mengambil wuduk serta tandas  untuk wanita.
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur  Salleh yang amat kesal dengan keadaan itu  menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri  Sabah menjelaskan mengenai keadaan itu  termasuk kos sebenar pembinaannya.
"Saya difahamkan ia menelan belanja kira-kira  RM1.1 juta, adakah wang sebanyak itu tidak  mencukupi untuk membina kedua-dua kemudahan  asas berkenaan.
"Agak sukar untuk difahami bagaimana  kemudahan yang wajib ada itu tidak disediakan di  masjid. Macam mana jemaah wanita mahu  mengambil wuduk dan menggunakan tandas?,"  katanya di sini semalam.
Tegas Abdul Ghapur, sekiranya berlaku  penyelewengan ke atas peruntukan pembinaan  masjid itu, beliau menggesa Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia campur tangan  untuk segera menyiasatnya.
Katanya, situasi 'aneh' di masjid itu telah  menimbulkan rungutan daripada masyarakat  setempat dan ia secara tidak langsung  menjejaskan imej kerajaan.
"Sepatutnya setiap pembinaan kemudahan  kerajaan terutama masjid harus dilaksanakan  penuh teliti dan sempurna kerana ia melibatkan  wang rakyat, apatah lagi apabila kemudahan itu  adalah untuk tempoh jangka masa panjang,"  katanya.

----> komen Z76: Betul ke ni?

3 comments:

Skudal said...

hanya majlis agama sabah dan kontraktor aje boleh jawab soalan ni....isk!!

Nadri Mohd said...

assalamualaikum..lama sungguh tak singgah sini..bg aku masjid tak cantik pn takpe, janji tak putus dikunjungi & tak sunyi drp aktiviti keagamaan..kemudahan asas tak sepatutya terlepas pandang..

farazura said...

pelik jugak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails