Thursday, March 22, 2012

Takut bila jumpa orang Tabligh

SUATU ketika dahulu saya telah dipilih Allah untuk khuruj ke markaz Jerantut. Kami satu jemaah (lupa berapa orang, mungkin 10 orang kot) telah dihantar ke Kuala Lipis dan sekitarnya.
Salah satu roote ialah di kawasan Merapoh, kat situ berdekatan dengan salah satu pintu masuk ke Taman Negara Gunung Tahan (kalau tak silap ingatan saya). Sebab seingat saya, salah seorang rakan seusaha yang nusrah ketika kami di situ kerja keperluannya ialah naik turun gunung tahan bawa tourist.
Ia juga dekat dgn sempadan Kelantan, maka ramai penduduknya cakap loghat kelate. Org-org nya baik-baik.
Satu hari, saya dan seorang lagi rakan diminta buat random di sekitar kawasan kampung. Semasa kami melalui satu jalan, maka ternampak sekumpulan remaja/pemuda berlonggok lepak di tepi jalan.
Ada yang duduk atas motor dan ada yang berdiri dan ada yang mencangkuk dan duduk. Mereka berbual-bual, ada yg berseluar jeans koyak, ada yang pakai seluar pendek.
Jumlahnya sekitar 6-7 orang kalau tak silap. Jarak mereka dgn kami lebih kurang 20 meter camtu. Maka kami memberanikan diri mara menuju mereka untuk bersilaturahmi dan pada masa yang sama hendak memberitahu dan menjemput mereka ke majlis bacaan hadis yang sedang berlangsung di masjid.
Tetapi atas kelemahan fikir saya, sebaik sahaja mereka menyedari kami sedang menuju ke arah mereka, kesemuanya berdesuppp... kelam kabut meninggalkan tempat itu serta merta.
Mula-mula seorang yg dah duduk atas moto menghidupkan enjin dan blahh dgn sorang pembonceng. Sorang lagi yang atas moto cemas apabila kali pertama start (pakai kick start) gagal menghidupkan enjin. Tetapi lepas dihenjutnya 2-3 kali maka enjin hidup lalu dia pun beredar sambil tersenyih. Yang lain lari lintang pukang.
Yang lawaknya, terdapat parit sebelah jalan tu. Ada sorang berlari lalu melompat ke seberang parit itu, diikuti dengan sorang lagi yang landing betul-betul kat tepi tebing. Kemudian lesap.
Bila kami sampai tempat lepak, sorang pun tak tertinggal. Tapi yang musykil ialah, rupa-rupanya parit tu bukan kecil, agak lebar jugak, macam mana budak-budak tu boleh melompat jauh betul!!
Ni mungkin kes adrenaline rush yang boleh berlaku ke atas manusia bila terlalu takut atau terlalu gembira. Penjelasan psychology biasanya mengambil contoh seseorang yang terlalu takut bila dikejar sesuatu (manusia atau haiwan), akan boleh melompat tembok tinggi yang mana pada situasi biasa dia tak boleh melakukannya. Disebabkan takut itu badan merembeskan adrenalin utk kekuatan luar biasa. Jadi dlm kes budak-budak ni kemungkinan berlaku adrenalin rush agaknya.
Tapi apalah nak ditakutkan kepada orang Tabligh...mereka cuma mahukan kebaikan kepada umat ini dan keredhaan-Nya.
Allahu a'lam.

6 comments:

Ishak Zaini said...

Assalamualaikum..

Dalam usaha dakwah dan tabligh, setiap hari, setiap minggu kita akan berhadapan dengan bermacam-macam ragam dan gelagat bila jumpa orang mau cerita pasal Allah.

Ada yang puji, ada yang marah, ada yang perli, ada yang diam, ada yang psiko balik, ada yang lari, ada yang menyorok, ada yang ejek. Semuanya ubat yang sangat mujarab untuk menyihatkan 'hati' kita yang sakit.

Lagi banyak kita jumpa orang (atas tujuan agama), lagi banyak Allah akan beri hikmah pada lisan kita.

Umma-ali said...

macam nampak malaikat maut gamaknye...

Ziarah76 said...

Ishak,
Orang suka atau tak suka, kita terus jalan...

Umma-ali,
Macam2...

School Of Tots said...

Teruskan perjuangan. Agama ini di dapt dgn kepayahan. Bila dapat dgn mujahadah akan terasa kemanisan. Semoga segala ujian akan meningkatkan iman. Bila iman meningkat amal pun meningkat sama, insyaAllah.

Ziarah76 said...

SOT,
korban lagi dan lagi hingga tiada lagi...

JUNDULLAH said...

SALAM,

tuan dijemput beri pendapat dlm blog ini:urusanulama-hl.blogspot.com dan yang lain juga...

syukran

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails