Friday, January 28, 2011

Mazhab bantu memahami agama

SOALAN: Apakah maksud sebenar mazhab dan apakah kepentingan kita mengikut sesuatu mazhab?

JAWAPAN:
MAZHAB menurut kamus dewan adalah: "Cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam". (Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm: 1010).
Mazhab adalah berasal daripada bahasa arab, yang bermaksud kecenderungan dalam sesuatu perkara. Soalan sebegini sudah acap kali orang bertanya.
Bila baca soalan sebegini dan sebelum ini ada juga yang bertanya soalan yang seumpama dengan ini lantas apa yang terlintas di benak saya, adakah kita lebih hebat daripada Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali sehingga sudah tidak mahu berpegang kepada mazhab?
Saya tidak salahkan yang bertanya, tetapi saya yakin pertanyaan ini adalah sebagai landasan mendapat penjelasan yang betul dalam persoalan yang dimusykilkan.

Thursday, January 27, 2011

Pengalaman luar biasa tarik Booth peluk Islam

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Perasaan luar biasa yang menyelubunginya ketika melihat keindahan pokok, merupakan detik yang membuka hati Lauren Booth (gambar), seorang wartawan Britain untuk memeluk agama Islam pada 2009.
Booth berkata, perasaan itu muncul ketika beliau sedang berjalan-jalan di kawasan hutan berhampiran rumahnya, selepas keluarganya menghadapi pelbagai tragedi termasuk suaminya koma setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Menceritakan pengalamannya dalam syarahan bertajuk,Perjalananku Menuju Islam di hadapan 300 tetamu di sini, malam ini, Booth berkata, segalanya bermula ketika beliau menemu bual penjaga Masjid Al-Aqsa pada 2007 di Copenhagen, Denmark.
"Pada hari yang berkenaan, saya berasa amat tenteram, dan saya seakan memberi sepenuh perhatian kepada apa yang dipertuturkan oleh lelaki yang berada di hadapan saya itu, walaupun saya tidak memahaminya," katanya yang pernah bertugas untuk Sky NewsBBC One dan BBC News 24 di United Kingdom (UK).
Perasaan itu, katanya, berterusan apabila beliau melalui banyak pengalaman luar biasa ketika berada di Iran atas tujuan kerja pada tahun yang sama.
Booth yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair berkata, beliau akhirnya menyedari perasaan yang menyelubunginya itu adalah hidayah dari Allah SWT yang membawanya mengenali agama paling suci di dunia.

Sunday, January 23, 2011

Penanti ohh Penanti...

Tak tahu apa nak dikatakan tentang posting kali ini yang tiba-tiba muncul selepas sekian lama blog bersawang dan menyepi. Nak kata karkuzari pun bukan sangat la sebab takde apa sangat nak dikatakan di sini. Ini lebih kepada sembang suka-suka saja. Kalau betul2 nak dengar karkuzari dakwah maka pergi lah ke Masjid Seri Petaling. Baru real punya....
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah dan taufik hidayat-Nya serta berkat doa anda maka baru-baru ini dapatlah gunakan diri, masa dan harta di jalan Allah untuk satu cillah (sahaja? patut kena korban lebih la!).
Sebagaimana ditakdirkan oleh Allah, kami jemaah dari JB telah dihantar ke Penanti yang kemudian dihantar pula ke halqah Bagan (atau nama orang putihnya Butterworth).
(Bagi sesiapa yang tidak sure apa yang dimaksudkan kawasan markaz Penanti, ia adalah daerah Seberang Perai yang mencakupi Kepala Batas, Pulau Pinang di utara membawa ke selatan di Parit Buntar, Perak manakala di barat sekali ialah Perai yang membawa ke Kulim, Kedah di Timur).

Sesi taklim.... mari mendengar berita-berita akhirat.

Berada di Penanti, bagaikan 'sirih pulang ke ganggang telefon', kerana 3 tahun lepas saya menetap di Penanti untuk tempoh 4 tahun yang Taman Pauh Indah.
"Macam balik kampung sendiri la," kata beberapa kawan2 lama yang ditemui semasa menghabiskan 40 hari.
Begitupun, tidak lah sampai takde trill langsung. Bahkan kadang2 mujahadah perasaan juga.
Bagan adalah halqah sebelah halqah lama. Paling seronok bila dapat jumpa member lama dan lebih seronok dan cemburu bila melihat usaha mereka meningkat maju, dengan izin Allah.
Penanti, memang terkenal dgn ramai orang lama buat usaha istiqamah. Satu perkara yg tidak dapat dinafikan kehandalan mereka dalam bab ikram orang, memang gred A memanjang. Layanan mesra mereka bukan dibuat-buat atau sebab kita ni dok dalam jemaah yang sedang keluar tetapi sebenarnya, begitu juga lah akhlak dan ikram tinggi mereka jika kita duduk menetap di sana.
Sebab itu, saya perasan, ramai juga orang luar Penanti (dari negeri lain) yg pernah menetap di Penanti maka akhirnya terus tinggal menetap melekat di Penanti ataupun bila dah keluar dari Penanti kerana arahan tugas berpindah, rupa-rupanya repeat datang balik ke Penanti dan terus tinggal dan buat usaha di Penanti. Antara mereka ada yang terjadi kes begini termasuk la beberapa syura, orang tanggungjawab dan fikirmen dan rakan seusaha biasa.
Orang Penanti rata-rata adalah orang yang suka bersembang-sembang mesra, pandai ambil hati, berjiwa besar dan berfikiran terbuka. Mungkin sebab di Seberang Perai pada zaman dahulu terdapat banyak pondok maka sebab itu agaknya walaupun ramai orangnya hebat-hebat tetapi sentiasa bersikap merendah diri dan cukup hormat orang. Ini bukan lah exaggerated atau overstated statement.

Set toam... masak apapun...insya-Allah habis mengerlip...licin... 

Time jemaah kami bergerak adalah musim jemaah keluar bagi cillah di seluruh negara kerana waktu ini musim cuti sekolah dan kebanyakan 'geng cikgu' atau bukan cikgu akan berada di jalan Allah waktu ini. Jadi di setiap halqah pasti ada jemaah masuk dan di sesuatu kawasan rakan seusaha tempatan tiada di mahalah kerana sedang berada di jalan Allah.  
Saya terkesan dengan nusrah Abg Usop yg berhabis-habisan membantu jemaah buat kerja dan bertungkus lumus mahu menyenangkan jemaah walaupun sebenarnya dia dalam keadaan yang amat memerlukan. Begitu juga dengan yg lain... Allah Maha Mengetahui. Semoga Allah jadikan nusrah mereka asbab hidayat seluruh alam.
Usaha bersungguh-sungguh di Bagan menyebabkan usaha maju dan sebab itu halqahnya sudah dibahagikan kepada tiga kawasan lain. Melihat cara mereka bekerja, saya merasakan diri amat kerdil dan tidak berbuat apa-apa.

Penanti... wajahnya dulu lain, sikalang lain...




Ruang dalam..


Pondok yg tertinggal... tengok betul-betul apa yg tertulis pd papan biru tu?


Itu lah dunia....penuh senda gurau main-main

Dalam beberapa kesempatan, saya berkunjung ke mahalah lama saya dan didapati mahalah yang dahulunya ada 6-8 orang rakan seusaha kini tinggal 3 orang - Hj Rid Daya Qur, anaknya Ust Hfz dan Abg Rml. Sebab yg lain sudah berpindah ke mahalah baru dan memajukan usaha di medan masing-masing.
CK sudah menyelinap ke dalam pintu gerbang PSP dan hasilnya lumayan di akhirat, insya-Allah. Begitu juga Faizul, HjR Arkitek, Munir dan sebagainya yg masing-masing mendambakan ganjaran kehidupan yang lebih baik dan berkekalan di akhirat.

Surau mahallah lama, sekarang dah ada nama, dulu takde..



Muhamad Fateh kalau tak silap nama diberi kpd surau.


Dikhabarkan bhw jadual kuliah penuh di mahalah ni..
Di Tmn Pauh Indah, style ikram makan di gerai-gerai masih diamalkan oleh CK untuk 'mengumpan' student2 agar hampir dengan Allah melalui perantaraan kerja iman amal ini. Ini mmg skill CK. Pd satu malam, Faizul tiba2 mahu bernostalgia bila menjemput jemaah makan kambing bakar di rumahnya. Menu ini zaman dulu mmg kepakaran dia yg kami dok beberapa kali buat majlis ikram orang kampung di surau di bbrpa kali di rumahnya, mmg meriah!!    
Hj Rid Daya Qurban tak ketinggalan, sudah lah jamu jemaah makanan special penang mari, dia sanggup pulak hendak menguji sama ada saya terkesan dengan satu makhluk yang baru dibeli dgn harga RM jutaan lemon. Jadi tanpa membuang masa, saya pun test drive dari Perai ke Alor Setar ikut highway dan pastu berpatah balik. Berdesuppp...


Test-drive Porsche Cayenne.... tak terkesan aduih.. 

Antara sugi dan Porsche, mana lebih berharga? 

Pergi khususi jauh tu... gunakan asbab tapi jangan yakin dgn asbab.

Satu perkara yg tak kurang bestnya ialah bila dapat merasai lagi keenakan cendol Maklom Corner.... memang terangkat!
(Kalau tak silap, ada 3 gerai jual cendol di simpang maklom ni, hanya satu saja yg mantap, bagi saya. So sesiapa nak try jgn tersalah gerai pulak.)

isi banyak... ais halus...


Ikram blanja amir sab... bukan bodek amir sab tau!..


yg cendol licin....line clear... abc blum abis lagi tu
Kisah-kisah suka duka dan cerita-cerita meningkatkan jazbah takde lah diceritakan di sini kerana disimpan sahaja untuk menjaga ikhlas (kononnya). Jadi posting ini hanya cerita entah apa-apa tah. Alhamudlillah semua ahli jemaah satu hati, dan buat kerja.. sikit2.
Bila balik dengar jemaah lain punya karkuzahri di Seri Petaling.... masya-Allah, rasa diri amat kerdil. Termasuk dengar laporan satu jemaah bahawa ada seorang YB di Johor yg nusrah jemaah dan dia karkun yg pernah keluar zaman masjid India dulu. (Sekarang saya dah pindah ke utara, padahal masa duduk Selatan dulu pernah jumpa dia tapi tak bersembang pasal usaha agama, ruginya rasa!!).
Apapun, ni cerita 2010 punya cillah, semoga Allah pilih lagi saya untuk bagi cillah tahun ini dan hingga akhir hayat.

Sekian.

Sunday, January 9, 2011

Apa khabar iman?

Sudah lama tak berblog. Sudah bersawang nampaknya Z76. Bagaimanakah iman kita hari ini? Amal kita adakah lebih baik dari semalam?
Bagaimanakah keyakinan dan hubungan kita dengan Allah? Semakin hampir atau sebaliknya? Jalan taqwa yg terbentang di depan kita, adakah kita sudah campakkan diri kita ke situ agar betul2 berada di situ?
Adakah sunah-sunah baginda Nabi Muhammad SAW, semakin banyak diamalkan atau semakin berkurangan atau tiada pada diri kita? Kecintaan kita kepada baginda, adakah bertambah?
Bagaimana keyakinan kita terhadap enam perkara?
Ingatan kita kepada alam akhirat, adakah semakin meningkat?
Persiapan - terhadap kubur, mahsyar, mizan, sirat, alam-alam yang bakal ditempuh - sudahkah diusahakan bersungguh-sungguh?
Risau terhadap umat yang menderita, bagaimana tuan?
Apa khabar mahallah kita? Adakah masih satu atau dua saf? Lima amal masjid? Tenggelam timbul atau belum start lagi? Atau hidup segan mati tak mau...
Check diri masing-masing. Saya check diri saya.
Diri masa dan harta - itu lah modal kita untuk perkara ini pada waktu ini. Bagaimanakah kita membelanjakannya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails