Yang terbaik ialah mengikut saranan Nabi s.a.w iaitu dari segi keduniaan hendaklah kita melihat orang yang lebih rendah agar kita bersyukur dgn apa yang dimiliki, tetapi dari segi keagamaan, perlu lah kita melihat orang yang amalan agamanya lebih baik dan mengikutinya.
Mafhum hadis, Dari Abdullah Ibnu A'mr r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang berdoa kepada Allah, Allah akan memasukkannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barang siapa yang tidak berdoa dengan doa ini Allah tak akan menuliskan di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar.
Dan barangsiapa yang melihat seseorang yang lebih baik dari segi agamanya dan dia mengikutinya, dan mengenai perkara dunia dia melihat orang yang lebih rendah daripadanya dan dalam keadan itu dia bersyukur kepada Allah (dengan kurniaan dan limpah rahim Allah), Allah akan meletakkannya di kalangan orang-orang yang terbaik dan akan menuliskannya di kalangan orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan barangsiapa yang melihat kepada orang yang kurang agamanya dan melihat orang yang lebih dari segi dunianya dan sentiasa mengeluh dalam memperolehi duniaannya yang kurang, maka Allah tidak akan menggolongkannya di kalangan orang yang bersabar dan di kalangan orang yang bersyukur. (Hadis riwayat Tirmidzi. Boleh juga dirujuk dalam Muntakhab Hadith).
Mendengarkan mafhum hadis, dari satu segi, sudah barang tentu kita menyakini bahawa jika kita melihat orang yang lebih tinggi keduniaannya lalu cuba melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya akan sengsara.
Bagaimanapun, bukan setakat individu yang punah bahkan sesebuah negara pun boleh punah akibat sikap demikian. Ini pernah terjadi kepada sesebuah negara yang berstatus negara maju, kaya bahkan ia adalah negara paling kuat kononnya pada waktu ini hingga memegang hegemony dunia dan tak ada masalah kalau hendak bertindak secara unilateral dalam isu antarabangsa. (Seluruh kekuatan dunia tak lebih dari kekuatan sarang labah-labah; nilai seluruh dunia tak lebih dari sebelah kepak nyamuk).
Tak lain tak bukan negara itu ialah Amerika Syarikat (AS). Sesiapa yang mengikuti perkembangan politik dan ekonomi dunia takkan terlepas daripada melihat AS sebagai punca kelembapan ekonomi global, akibat krisis kewangan yang antaranya berpunca daripada krisis subprima.
Krisis ini bermula 2007, akibat sikap tamak dan kehendak yang melebihi kemampuan. Waktu ini kebanyakan rakyat mempunyai impian yang dipanggil American Dream iaitu kehendak memiliki dan membeli banyak benda akibat keyakinan diri yang tinggi. Lebih-lebih lagi terlalu yakin terhadap ekonomi Amerika.
Salah satunya ialah hendak memiliki rumah atau hartanah sendiri, sebab itu, terdapat peningkatan mendadak terhadap permintaan dan harga dalam sektor hartanah di AS. Dasar kerajaan juga mahu agar seluruh warga AS memiliki rumah.
Apabila orang nak beli rumah tetapi dia takde duit lalu apa yang dibuat ialah ambil pinjaman wang daripada bank atau institusi kewangan.
Bank dan institusi ini mempunyai keyakinan pada ekonomi lalu pinjaman perumahan mudah diberikan dan diperolehi dengan mudah oleh kebanyakan warga AS, tidak terkecuali di kalangan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Maknanya, kalau orang yang latar belakangnya tak mampu bayar pun boleh dapat pinjaman.
Untuk itu sektor kewangan telah memperkenalkan pakej subprima kepada mereka yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah. Maknanya yang tak mampu pun boleh beli rumah, pinjam duit.
Pakej-pakej itu dan instrumen kewangan sebahagiannya ada yang dirangka oleh golongan pakar kewangan yahudi juga.
Akhirnya, dianggarkan kira-kira 80 peratus pinjaman perumahan yang diberikan merupakan kadar pinjaman khas yang dikenali sebagai adjustable-rate mortgages.
Bila permintaan tinggi (ramai nak beli) terhadap rumah berbanding penawaran maka pada mulanya harga rumah naik mendadak, tetapi disebabkan spekulasi dan aktiviti jualan semula, harga rumah yang naik memuncak mulai tiba-tiba menurun akibat ketidaktentuan semasa.
Bank bermasalah kerana ramai peminjam tak boleh bayar pinjaman. Bila dicampurkan kesemua hutang itu ialah menjadi terlalu besar dan dinamakan 'toxic loans'.
Keadaan ini juga menimbulkan masalah untuk pinjaman semula kepada pembeli yang bergantung kepada adjustable-rate mortgages untuk mendapatkan keuntungan.
Sekuriti yang menyokong pinjaman subprima kehilangan nilai yang ketara. Kesannya ialah penurunan nilai modal dalam institusi kewangan termasuklah bank dan insuran. Akhirnya struktur kewangan runtuh dan memerlukan kerajaan untuk menyelamatkannya.
(Sila rujuk byk bahan bacaan lain atau salah satunya: Shiller R.J 2009. The Subprime Solution: How Today's Global Financial crisis Happened, and What to do About It. Princeton University Press).
Dari satu segi, bila berlaku masalah kewangan di AS, maka ia memberi kesan kepada negara lain khususnya yang berhubungan rapat dengan AS. Dua sebab, satu dari segi politik, AS kononnya memegang hegemony dunia dan kedua ekonomi, sebab AS adalah bapak sistem kapitalis maka negara-negara yang menggunakan sistem kapitalis, akan turut bermasalah atau setidak-tidaknya terkena tempias.
Sebab itu berlaku apa yang dipanggil kelembapan ekonomi dunia. Pada masa yang sama, negara yang kurang berhubungan ekonomi dengan AS kurang mengalami kesan.
Dari segi hegemony dunia, kita boleh faham kenapa setiap kali Perdana Menteri kita bertukar, akan ada lawatan beliau untuk bersalaman dengan Presiden AS di Rumah Putih. (Walaupun ia melibatkan kos!
Secara strategiknya membina hubungan erat dgn AS adalah foreign policy yg amat bijak dan prakmatik, kerana ia dlm byk hal ia menjadi keperluan.
Jadi kenapa perkara kelembapan ekonomi global ini ada hubungan dengan anda?
Kalau anda rakyat Malaysia maka ada sebab yang besar untuk tahu.
Kerana AS merupakan rakan dagang kedua terbesar bagi Malaysia iaitu pada tahun lepas sahaja, menguasai 11.7 peratus jumlah dagangan global Malaysia. Jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM139.2 bilion.
Bagi tempoh Januari hingga September 2009, jumlah perdagangan antara Malaysia dan AS susut sebanyak 26.4 peratus kepada RM79.1 bilion daripada RM107.5 bilion pada tempoh yang sama pada 2008 disebabkan oleh kelembapan ekonomi global.
Jumlah eksport susut 32.2 peratus kepada RM43.7 bilion manakala import turun 17.7 peratus kepada RM35.4 bilion semasa tempoh berkenaan.
Pembangunan di Malaysia sblm ini banyak bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) tetapi berdasarkan Laporan Pelaburan Dunia 2010 oleh Persidangan Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), kita dapat tahu bahawa pengaliran masuk FDI ke Malaysia jatuh 81 peratus daripada RM23.47 bilion pada 2008 (AS$7.381 bilion) kepada RM4.43 bilion (AS1.381 bilion) tahun lalu.
Justeru, Tun Dr. Mahathir memberikan alasan FDI berkurang ke Malaysia sebab banyak syarikat dan negara luar tiada duit untuk melabur di Malaysia akibat kelembapan ekonomi dunia. Ia menjadi isu yang dibincangkan dalam media, lebih-lebih lagi bekas Duta AS (yang bertugas di Msia 1998), membangkitkan alasan FDI Malaysia kini menyusut untuk merendah-rendahkan Malaysia - suatu tindakan biadap!.
Sebenarnya, berbalik kepada argumen asal pada perengan atas iaitu, setiap individu dari segi keduniaan kita perlu melihat orang yang lebih rendah daripada kita agar kita bersyukur dan tidak menyimpan impian yang bukan-bukan sehingga bertindak di luar kemampuan.
Kerana bukan sahaja seorang yg akan bangkrap bahkan satu negara, satu dunia akan terkena tempias akibat perbuatan amal manusia yang buruk dan tangan-tangan manusia. Sifat2 tercela seperti tamak, menipu dan mengagungkan dunia memberi natijah buruk.
Dari segi dunia, jika manusia melihat orang lain yang lebih rendah maka dia akan bersyukur dengan apa yang dia ada dan tidak menyusahkan orang lain.
Apabila melihat orang yang tinggi agamanya dan mengikutinya maka dia akan menikmati kebahagian di dunia dan akhirat.
Jika tidak, di dunia lagi dia sudah merasai derita...
Wallahualam.
8 comments:
entry yang bagus... bersyukurlah walau apa keadaan kita, kaya atau miskin sama sahaja... yang penting bagaimana cara kita membina hubungan dengan Allah s.w.t dengan mengikut sunnah baginda s.a.w..........
p/s: berhutang bukanlah amalan orang islam yang mementingkan akhirat.
Syukur dan sabar.
Orang yang banyak syukur pada Allah dia akan dapat nikmat bertambah.
Orang yang bersabar, dia akan dapat Allah bersamanya. (Innallah ha ma assobirin)
ibnu dinar,
Qanaah adalah sifat terpuji. itu antara yg terbina dlm diri org buat usaha agama.
Tn Haji Musa,
Mudah-mudahan kita diberikan syukur dan sabar
hutang untuk bantu agama n usaha agama adalah zaman nabi...loanrumah n keta, blaja tak penah dengar plak...ada kata tu pun agama gak...ntahlah...
zin,
doakan saya yg byk hutang ni
tiada istimewanya diri dengan kelebihan yang ada,
kerana kita semua hakikatnya 'sekasta' : hanya hamba,
kepada Allah yang Esa,
sama-sama akan dimatikan oleh Allah,
sama-sama tidak terlepas dari ketakutan Alam Barzakh,
sama-sama akan dipersoal dan dihisab di Akhirat,
Bukankah kita senasib?
"Banyak berhutang akan mengelincirkan orang yang benar kepada pendustaan." - Saidina Ali bin Abi Thalib.
Cinta kepada harta dunia, membawa kesenangan yg sementara, tp apabila cinta kepada akhirat itulah yg kekal abadi, indahnya apa yg telah diajarkn oleh Rasulullah S.A.W pd kita sbg umatnya supaya besederhana dlm apa jua. Dgn melihat kpd org yg lebih rendah membuatkan hati kita akan sentiasa bersyukur atas pemberianNya.InsyaALLAH, sentiasalah kita pelihara iman dan amal kita mengikut kehendak ALLAH, mengikut contoh yg telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W..Sama2 doakan hidayah umat seluruh alam..
aisyahHumaira,
cinta dunia takut mati ialah penyakit umat hari ini.
Korban 3hari, 40 hari, 4 bulan di jalan Allah, akan dapat ubat tak berkeinginan terhadap dunia dan buat persediaan untuk mati.
Post a Comment