Thursday, July 23, 2009

Ijtimak Malaysia, kini ke ijtimak Singapura

Kalau setakat kapal terbang AirAsia, dlm khemah dua biji boleh masuk sekaligus kot...


Mutiara kata yang keluar daripada elders sememangnya cukup memberi kesan disebabkan keikhlasan dan rohaniyat mereka yang cukup tinggi. Tentulah ia menyebabkan apa yang disampaikan memberi kesan berbeza berbanding ceramah-ceramah lain.
Semasa ijtimak ada juga yang merakam suara, bahkan ada seorang rakan semalam telah menyerahkan satu thumbdrive rakaman bayan-bayan. Namun pastinya, tidak lah sama bila kita duduk mendengar dengan penuh adab dalam majlis itu berbanding dengar dari thumdrive tu. Bagaimanapun, rakaman itu amat dihargai.
Dalam banyak perkara, ada beberapa perkara yang jarang didengar dinyatakan dalam ijtimak itu, antaranya:

1. Maulana Saad kata, setiap seorang kena ada set kitab muntakhab hadith. Iaitu walaupun keluar dalam satu jemaah, setiap seorang kena ada satu kitab untuk baca sorang-sorang bila ada free time. Begitu juga di rumah kitab muntakhab hadith bukan perlu hanya ada satu tapi juga untuk setiap ahli keluarga untuk dibaca sendiri. Kalau tak silap la gitu katanya...

2. Bai Wahab kata, sekarang jemaah ditaskil ke Mewat untuk lihat sendiri dan belajar usaha di kawasan itu dan kemudian akan ke Madinah dan Mekah dalam tempoh sekurang-kurangnya 4 bulan. Betul tak gitu?

Sekarang di sini, ada jemaah Arab dari Mekah. Selain daripada itu, Ijtimak Singapura bermula hari ini selepas Asar hingga bayan Subuh esok. Elders termasuk Maulana Saad, Maulana Zubir dan Bai Wahab kini semua berada di Singapura mulai hari ini dan dikhabarkan dalam mesyuarat halqah kami, Syura Malaysia semua dah masuk ke Singapura secara berperingkat tanpa transit di JB. Mesyuarakat putuskan, kami kalau nak pergi, pergi infradi je.

Semoga Allah am kan hidayah seluruh alam.

6 comments:

Acik fosilmitra said...

Salam... jeles sungguh acik buat mereka² yg dpt hadir ke ijtimak aritu... erm alahaiiii

Ziarah76 said...

acik,
jeles jgn tak jeles...

MZ said...

Saya berkesempatan dengar bayan Mewat masa khuruj 3 hari masthurat di Hulu Selangor sebelum ijtimak hari tu.
Alhamdulillah.

Munir said...

confirm memang Bai Wahb ada buat tasykil macam tu. Kalau perasan Bayan dia memang lain dari elderst lain, bahkan dia suruh kita buat Dakwah terhadap orang kafir juga.

kena g Greenwood lah belajar Kerja Nabi..

Ziarah76 said...

an2blur,
alhamdulillah

munir,
byk karkun Penanti jumpa, tapi hang aku dpt tak jumpa masa ijtimak.

Munir Kangsari said...

saya khidmat Ishtiqbal foreign. X g mana2 pun time Ijtimak. Layan foreign ja. Ex-student PSP pun banyak tegur sebab x dapat jumpa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails