Alhamdulillah, seperti sedia maklum, kehadiran kira-kira 200,000 orang dari dalam dan luar negara. Paling menarik ialah mendengar bayan dan nasihat elders yang antaranya Maulana Saad, Maulana Zubir, Bai Wahab, Maulana Ahmad Lat dan sebagainya. Saya sendiri berkesempatan mendengar bayan subuh Maulana Saad sebaik sahaja selesai solat Subuh hingga ke pukul 10.30 pagi. Saya duduk di depan beliau dan menatap wajah beliau sehingga beliau beri targrib taklim.
Mengikut info dari jemaah 40 hari yang bergerak di sini, mereka kata, statistik menunjukkan jemaah yang dibentuk dari ijtimak ialah 216 jemaah (target 500 jemaah), jemaah yang dibentuk sejak tarikh diputuskan ijtimak iaitu jemaah yang keluar sebelum ijtimak ialah sekitar 900 jemaah. Total jemaah ialah kira-kira 1,116 jemaah. (target 1,500 jemaah). Kalau betul info ini, bermakna, kesimpulannya, ijtimak ni tak dapat capai target, atau menghampiri ke arah target, apapun syukur alhamdulillah kerana ijtimak berjalan lancar. Dan kita kena tingkatkan usaha mengikut nasihat elders.
Najib berucap... sebenarnya gua berada di bahagian depan kanan mimbar tu, kalau tak silap pada asalnya Najib ucap ringkas je dalam BM, pastu dia minta lagi micropohne tu daripada mimbar wala lalu ucap pulak dalam B. Inggeris untuk greet foreign guest. Turut kelihatan sebelah kiri Najib ialah Syura Malaysia Tuan Guru Haji Salleh (Penanti). Selain Najib, Muhyiddin, orang politik dari kalangan pembangkang sebenarnya turut hadir tapi tak jumpa gambar mereka. Antara yang hadir Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Hassan Ali. Apapun, usaha dakwah yang hak sentiasa bebas dari fahaman politik kepartian. Dan umat ini hanya boleh bersatu di bawah usaha yang mengikut sunnah iaitu cara Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Ada satu jalan sahaja, jalan yang telah dilalui oleh mereka yang telah berjaya.
Para jemaah termasuk Muhyiddin Yassin tengah solah sunat, depan beliau Mualana Hamid.
Para tetamu VVIP Yang Dipertua Negeri Sembilan dan beberapa orang kenamaan di stage yang lagi satu. Turut hadir Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi..
Jemaah dari pelbagai keturunan dan kaum khusyuk menunaikan solat berjemaah di dalam khemah ijtimak..
Najib berucap. Sebelum berucap dia kelihatan duduk bersila di belakang kerusi sambil mengangguk-angguk beberapa kali, mungkin diberi penerangan mengenai ijtimak. Lepas tu tiba-tiba dia bangun dan memberikan ucapan ringkas. Sebelum Najib datang ke mmimbar, mimbar wala (ustaz hamzah) menyeru para jemaah beristighfar banyak2 dan apabila Najib semakin hampir, jemaah diseru beristighfar dalam hati dan berdoa agar semua yang hadir pada ijtimak itu dapat keluar di jalan Allah. Kerusi itu khusus untuk Bai Wahab, sebab lepas kemunculan Najib tu, Bai Wahab beri bayan Asar dengan diterjemahkan oleh Syura Malaysia, Haji Maidin (Penang). Dalam permulaan bayan itu, antara lain Bai Wahab kata, kesilapan besar kita bila kita menganggap diri kita adalah petani, peniaga, perdana menteri atau presiden dan sebagainya. Sebaliknya kita perlu menganggap kita adalah umat Nabi s.a.w. Disebabkan kesilapan itu, bai wahab kata, kita semua perlu bertaubat, istighfar dan minta ampun dari Allah..
Solat Asar berjemaah dengan diimamkan oleh Maulana Hamid, sebelah kanan Najib adalah Syura Malaysia, Tuan Guru Haji Salleh (Penanti).
Solat Zuhur berjemaah pada hari yang sama dihadiri Muhyiddin dengan diimamkan oleh Maulana Hamid.
Prof. Abdul Rahman memberi bayan atau taklimat ringkas kepada Muhyiddin dalam khemah elders. Sebelah kanan Muyiddin adalah Syura Syeikh Mohamad.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di masjid kuaters KLIA, sebelum khutbah Jumaat, Maulana Hamid memberi tazkirah 'mantap' dan diikuti dengan ucapan ringkas Mohamad Hassan, yang antaranya dia kata, kalau buat ijtimak setiap tahun di tapak itu pun kerajaan negeri akan sokong.
Dalam khemah, walaupun kadang kala ada sikit panas, tetapi ada kemanisan dalam mujahadah itu.
Para daie mendengar bayan elders.
Solat jemaah hingga melimpah-limpah ke luar khemah...
Bazaar... walaupun dinasihatkan supaya tidak sibuk dengan bazar atau membeli belah namun sebahagian jemaah yang hadir tidak melepaskan peluang untuk meninjau dan membeli barangan..
14 comments:
time kasih sebab compile kan gambar2 ni..ijtimak ini memang sangat bermakna..semoga diterima ALLAH
subhanallah.. huhu sedih teringat kenangan yg manis ni.. semua org Islam bkumpul..ya Allah...
Assalamu'alakum tuan Mutakalim,
Tengok gambar saja sudah dapat rasa bahang kehangatan semangat perjuangan menegakkan usaha Nabi s.a.w di akhir zaman, dan kedinginan nur hidayat yang Allah curahkan ke Malaysia asbab istimak dunia tu.
Semoga Allah terima perjuangan anta dan mujahid2 sekelian untuk asbab hidayat diri kita dan umat sekelian. (amin...)
p/s: ada sebut namaku dalam doamu? :)
Van Qif,
Memang sgt bermakna.
Mat Khairil,
Berkumpul semata2 kerana Allah.
Penulis bebas,
Ada, doa utk semua muslimin dan muslimat termasuk anta la tu..
Salam pada tuan blog...
terima kasih kerana sudi berkongsi dgn kami semua kegembiraan anda menghadiri ijtimak ini..
Insya Allah kita akan berjumpa pada next gathering B101.. yg mgkin diadakan dlm bulan Ogos nanti...
Allah a'alam..
'Penghuni B101: atas katil Hafiz'
Aku di khitta 2.
Kebanyakan masa (solat, dengar bayan, makan & tidur) kat situ je. Kecuali bayan maghrib yang last tu aku depan stage dgn anak sulong aku.
Assalamualaikum,
terima kasih berkongsi pengalaman!
Salam.
Allahuakbar ...
Terasa sayu bila meninggalkan kawan2 di medan perjuangan sebelum berlepas balik ke Kuching. Namun diiringi dengan azam utk terus berjuang. Yak kira lah apa org kata pasal usaha nie ..
Hidayah di tangan Allah STW. Kita sering dingatkan, bila buat usaha ini, sila tengok kebaikan ahli jemaah, jgn cari atau terkesan dgn keburukan, Serta sentiasa betulkan niat
Hanya sekali sahaja mampu duduk di depan, semasa bayan Subuh oleh Maulana Saad.Sebab nak duduk depan kena mujahdah banyak.
Semoga Allah SWT terima dan kekalkan kita dlm usaha ini. Amin
Karkun Kuching
salam,
welcome back & selamat pengantin baru. hehehe
Pudin,
Insya Allah, kalau ada rezeki kita jumpa.
Azhar,
Aku kat khitta 7, tapi waktu bayan aku ke khemah depan sekali. Sebab penuh sgt, kadang2 terpaksa duduk kat parit border antara khemah.
Kimi,
pengalaman menarik mmg bagus dikongsi.
Karkun kuching,
bak kata, maulana zubir sebelum doa akhir, katanya lebih kurang: "Semoga Allah terima tuan2 semua buat usaha ini dengan ikhlas."
Ummu fatimah,
TQ, ye memang hari2 pengantin baru... hehe
alhmadulillah, setalah sekian lama menunggu, dapat jugak hadir ke isjtimak, walau itu bukan maksud sebenarnya. semoga Allah pilih saya untuk kekal dlam usaha kenabian yang sepatutnya menjadi maksud hidup saya sebagai ummat Rasulullah.
Anonymous,
Ye, semoga Allah kekalkan kita, amin.
Oh, Allah...
Mera Guna, Maaf Farma..
Mera Ijtimak, Qobul Farma..
Amin Ya Robbal 'Alamin...
Ade tak gambar Anwar Ibrahim dengan Menteri Besar yg dtg ijtimak hari tu..kalau tak silap diorg ni dtg solat maghrib hari pertama dan duduk bayan sekejap sblm berangkat pulang...
Post a Comment