بسم الله الرحمن الرحيم
Doa penutup ijtimak oleh Maulana Yusof rah
Ya Allah ya tuhan kami! Ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah ampunilah dosa kedua-dua ibu bapa kami, ya Allah ampunilah dosa dan kemaksiatan saudara mara kami, ya Allah ampuni lah dosa dan kejahatan anak isteri kami, ya Allah ampunilah dosa dan kesalahan umat Muhammad s.a.w. Ya Allah! kami bersalah, kami berdosa, kami telah mnzalimi diri kami, jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah, Engkau Amat Mengetahui bahawa kami telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak terkira banyaknya, kami mendurhakai-Mu, kami tetap bersikap acih tak acuh terhadap perintahMu, tetapi ya Allah! Kami sedar dan insaf kami bertaubat kepadaMu maka terimalah taubat kami dan ampunilah kami. Ya Allah Ya Tuhan kami! Kami beradadalam kancah kemaksiatan dan kejahatan, ya Allah masa hayat kami hampir berakhir dalam mengikut nafsu, wahai Yang Maha Pengasih! Kami telah terbenam dalam keduniaan da dunia ini telah menjadi pujaan kami, wahai Yang Maha Pengampun! dalam megutamakan dunia maka segala kebolehan dan tenaga telah kami sia-siakan, wahai Yang Maha Rahman, kami telah menyeleweng dari agamaMu yang telah menjadi kesalahan palijg besar maka ampunilah kesalahan kami yang paling besarnitu. Wahai Yang Maha Rahim, kami benar-benar telah insaf bahawa yang penyelewengan dari agamaMu telah mencampakkan kami ke dalam kancah kejahatan dan kebinasaan dan penyelewengan dari agamaMu telah melenyapkan dari kami segala rupa kebaikan yang dahulunya Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, ampunilah kami segala kesalahan kami itu, ampunilah segala kesalahan umat Muhammad s.a.w. Ya Allah, tugas yang diletakkan oleh PesuruhMu Muhammad s.a.w ke atas bahu kami telah kami campakkan dan kami telah menyerahkan agama kami kepada anasir-anasir yang tetap menjauhkan kami daripada ajaran-ajaran kekasihMu Muhammad s.a.w. Ya Tuhan Yang Maha Rahman, kasihani lah kami,t ya Allah kasihanilah kami, kasihanilah kami ya Allah...............
-doa di atas hanya permulaan dan sebenarnya ia lebih panjang lagi seperti yang dipetik dari buku berjudul 'Doa dan Zikir Rasulullah s.a.w.'
Thursday, December 22, 2011
Tuesday, November 8, 2011
Sentiasa pertingkatkan keimanan
![]() |
| Perutusan Aidiladha Muhyiddin pada 5 Nov. 2011. |
![]() |
| Maulana Hamid mengimamkan solat Zuhur di Ijtimak Nilai. Muhyiddin turut serta. |
“Saya yakin dengan adanya usaha berterusan daripada pelbagai pihak untuk menyeru ke arah kebaikan dan membimbing masyarakat menjauhi kemungkaran, kita akan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni, bermoral dan berakhlak mulia,'' katanya dalam perutusan Aidiladha yang dikeluarkan di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, kesepaduan umat Islam untuk membimbing masyarakat agar sentiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. akan menjadikan umat Islam sentiasa dipandang mulia.
Dalam perutusan itu Timbalan Perdana Menteri turut menyarankan umat Islam supaya menghargai nikmat keimanan kepada Allah dan sentiasa berusaha memperkukuh dan meningkatkan keimanan dengan mentaati segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya.
![]() |
| Prof. Abdul Rahman memberi taklimat ringkas kepada Muhyiddin di Ijtimak Nilai. |
“Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran tiada tara anaknya Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah.
“Pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim membuktikan kemuncak takwanya kepada Allah SWT,'' katanya.
Selain itu, penghayatan juga harus diberikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat dan ulama yang menyebarkan Islam ke seluruh alam.
"Alhamdulillah, dengan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka dalam menyebar syiar dan dakwah Islam, kita telah menerima sinar hidayah paling bermakna untuk menjadi umat terpilih, umat yang beriman kepada keesaan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad,'' katanya.
Bersempena sambutan itu, Timbalan Perdana Menteri dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di seluruh negara dan rakyat Malaysia yang meraikannya di seluruh dunia.
---------END------------
Monday, November 7, 2011
Korban perasaan
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat menyambut Aidiladha kepada semua pembaca dan pengunjung Ziarah76 walau di manapun berada.
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s yang didengari berulang kali, mudah-mudahan memberi keinsafan mendalam kepada kita semua.
Satu ketika semasa hampir-hampir menjelang aidiladha beberapa tahun-tahun dulu, saya berkesempatan menghadiri majlis penerangan untuk wanita (bayan masturat). Walaupun ia adalah untuk golongan ibu-ibu tetapi golongan suami turut boleh mengikutinya di tempat yang berasingan manakala si penceramah juga dipisahkan oleh dinding dan tabir ketika menyampaikan ceramah kepada golongan ibu-ibu.Ceramah diberikan oleh seorang ustaz. Dalam beberapa perkara yang disentuh ustaz itu, beliau turut bercerita mengenai ibadat korban yang mana ketika itu amat bersesuaian untuk disentuh.
Dalam salah satu ceritanya, beliau memberitahu tentang kisah seorang ulama di sebuah negara (sama ada di India atau di Pakistan - saya sudah tidak ingat negara mana).
Ulama ini membela seekor lembu sejak ia kecil hingga cukup umur untuk tujuan ibadat korban.
![]() |
| Sabar menunggu turn... |
Dan apabila lembu itu cukup umur dan 10 Zulhijjah sudah tiba, maka ulama tadi akan membawa lembu kesayangannya tadi untuk disembelih. Maka apabila semuanya sudah siap, maka ulama itu pun menyembelihlah lembu kesayangannya dan apabila beliau menyembelih lembu itu, beliau akan terasa satu mujahadah perasaan dalam dirinya iaitu menyembelih perasaan sayang itu.
Ulama itu sengaja cuba merasai rasa menyembelih perasaan kasih sayang itu berbanding hanya menyembelih haiwan ternakan yang tiada apa-apa kaitan dalam hidupnya.Ulama itu mahu sekurang-kurangnya mahu mendapatkan satu perasaan menyembelih sesuatu yang disayanginya, walaupun ia hanya seekor lembu. Begitulah kelakukan seorang ulama yang mana saya tidak pernah mendengar kisah sebegitu sebelum ini.
Namun kisahnya itu begitu menyentuh pendengar. Lebih-lebih lagi, dari segi benda dunia, tentulah ada bezanya antara kita memberi sesuatu yang kita sayangi berbanding dengan sesuatu yang kita tak sayang.
Pengajaran kisah ini ialah menyeru pendengar membuat pengorbanan terutama apa yang kita sayang untuk agama Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



