Monday, August 30, 2010

Memerdekakan umat

Marilah kita mensyukuri nikmat kesejahteraan tanah air kita.

Pernahkah anda terfikir, jika sekarang anda tinggal di sebuah negara yang masih dijajah kuasa penjajah?
Atau berlaku letupan di sana sini, kiri kanan atas bawah rumah anda? Bocor bumbung dek bom, peluru ketika dalam rumah anda juga ada anak-anak yang masih kecil yang tidak faham apa-apa kecuali mahu perut dan mulutnya disusukan?
Atau anda hidup dalam kem pelarian menyeberang sempadan negara mencari perlindungan politik? Atau anda diusir dari tanah air sendiri dan pada masa yang sama Yahudi dari segenap pelusok inci bumi hendak dibawa masuk mencerobohi halaman rumah anda? Membunuh kejam anggota keluarga?

Tentulah kita amat perlu bersyukur terhadap nikmat kemerdekaan negara yang Allah berikan kepada kita.

Nikmat yang paling besar adalah nikmat iman dan Islam.

Keselamatan, kesihatan, kesejahteraan dan lain-lain juga adalah nikmat yang perlu disyukuri. Apabila kita bersyukur maka Allah akan tambahkan nikmat, apabila kita kufur nikmat maka azab Allah amat pedih.

Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7:
Maksudnya: ”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”

Marilah kita mensyukuri nikmat kesejahteraan tanah air kita.

Namun satu perkara teramat mustahak yang perlu kita sedar bahawa, umat Islam perlu faham bahawa mereka bukan orang Malaysia, Indonesia, Jawa, Melayu, Cina, India, Pakistan dan sebagainya. Ini kerana, lebih penting umat Islam memahami bahawa kita adalah umat Nabi s.a.w. Kefahaman begini akan mengetetepikan perbezaan identiti dan assabiyah sempit, merobohkan benteng perbezaan kaum sebaliknya dicari persamaan dan elemen penyatuan ummah dalam satu kalimah.

Kefahaman begini akan memberi perubahan besar dalam ummah dan sekali gus menghapuskan rancangan asal barat memecahbelahkan umat dengan sempadan negara, nationalisme yang melampau, asabiyah sempit dan sebagainya. Lebih-lebih lagi sejarah membuktikan nationalisme yang melampau telah menyebabkan kemusnahan atau peperangan kepada manusia contohnya perang dunia pertama dan kedua, perang dingin dan sebagainya.

Dengan kefahaman bahawa kita adalah satu umat, iaitu umat Nabi Muhammad s.a.w, maka ini satu bentuk kemerdekaan diri dan umat yang tinggi nilainya dalam ketamadunan manusia.

Justeru, kita bukan peladang, petani, guru, engineer, doktor atau apa-apa, tetapi kita adalah umat Nabi s.a.w dan kerja umat ini adalah kerja dakwah menyeru manusia kepada Allah. Mahkota segala kerja. Dengan cara ini umat akan merdeka dengan satu jalan yang sama, satu pintu yang sama, pintu yang pernah dilalui oleh umat yang gemilang terdahulu.

Bukan sahaja merdeka daripada pelbagai kongkongan dunia, belenggu isme dan idelogi dunia bahkan merdeka daripada kekangan nafsu, godaan syaitan, bertaubat dari dosa, sifat-sifat tercela dan sebagainya. Ini lah jalan meMerdekakan umat.

Ini kerja saya, saya bertanggungjawab. Kerja anda juga, jika anda umat Nabi s.a.w. Anda juga bertanggungjawab.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.

Wednesday, August 25, 2010

Jemaah masturat 3 hari

Rumah yang penuh berkat di Felda Semenchu, diwakafkan 72 jam untuk jemaah masturat kami.
Ini adalah kali keempat kami keluar masturat. Baru nak blaja... semoga Allah sebarkan hidayat kepada kita semua dan seluruh umat.

Tuesday, August 17, 2010

Pull Out paper, pokok kurma

RUTIN harian antaranya baca mcm2 paper, Jadi semalam, masa belek2 satu paper, TIBA-TIBA!!!!.... terserempak pulak story pasal rakan seusaha kita yg menanam kurma.... 4 page liputan penuh dgn gambar, fakta detail, ceritara. Wah wah..... ni mesti kawtim baikkkk punya nihh. Tahniah la.


Front page Agro Mega, sisipan Utusan Malaysia 16 Ogos 2010
Berdasarkan artikel pjg lebar tu bole jadi tak menang tangan jawap tepon emel dari pembaca, mudah-mudahan bisnes terus maju.
Kalau berminat boleh call cikgu ni, TAPI INGAT!!! berminat dgn pokok kurma sahaja dibenarkan, berminat dgn orangnya TAK DIBENARKAN!!! oleh ahli keluarganya, kan kak umma ali ( ahlia saya yang tanya  tu )....hehe


page 2 (Agro)

page 3 (Agro)
page 4 (Agro)

Dlm mega mcm2 ada..engineer2 Msia mmg bagus2...
guru2, lecturer2 depa harus dipuji

ICT pun ramai suka baca...

yg masak2 ni orang umah suka ler..
Dlm utusan msia hari isnin sahaja ada banyak pull-out tapi kebanyakkan kita tak menghargai, contohnya sisipan Jawi di atas yg diterbitkan oleh Utusan untuk menunaikan tanggungjawab sosial dan memelihara tulisan jawi. Hari lain, mcm2 sisipan ada. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails